Home Untold Story Umum Kertas Kosong
Kertas Kosong
NAMJ
3/7/2019 17:31:56
6,986
Kategori: Untold Story
Genre: Umum
Senarai Bab
Kertas Kosong

Hari pertama

Lembaran  kertas  A4 putih masih  lagi  kosong. Masih ragu-ragu  mahu mula  dari mana, mahu tulis apa. Aku biarkan  kosong tanpa  coretan. Kertas  kosong  bersama sebatang pen aku letak di sisi  katil . Bantal busuk  aku ambil dan peluk. Bismillahh,biarkan aku lena diulit mimpi yang belum tentu indah.Cukup sekadar  “turn off ” sekejap masalah.

Hari kedua

Kertas semalam aku ambil dan renung tanpa ada keinginan untuk menconteng.kertas bersaiz A4 masih lagi dibiarkan putih bersih.


‘waiting for you Anpannman,

waiting for you Anpannman,

I don’t have biceps or pecks,

I don’t have super car like batman,

My ideal is a really cool hero,

But all i can give you is just Anpan’-Anpaman 


lagu sama di ulang –ulang. Mungkin boleh berangan jadi superhero walaupun kenyataan pahit kena telan .

“Aku lembik !”.

Maaf permintaan anda ditolak. Jangan cuba lagi. Berhenti berangan ,buka mata dan hadap realiti.


Hari ketiga

Ya, masih lagi kertas yang sama. Idea belum singgah juga.


“Aku buntu,

Apa perlu aku laku,

Sebetulnya aku tak tahu”-250419


Hari keempat

Kertas A4 putih yang sememangnya kosong.Calitlah setidaknya satu warna atau tulis sepatah kata.Sama dengan kehidupan kita. Pilih  jalan  yang boleh buat kau bahagia.


“kembalikan cinta yang pernah hilang dari hati  aku,

Untuk mereka yang pernah aku selitkan dalam doa dulu,

Kerana aku rindu”-260419


Hari kelima

Sekian cerita kertas kosong. 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh NAMJ