Home Untold Story Umum I'M LONELY
I'M LONELY
Amin Mohd
9/4/2018 10:46:57
4,450
Kategori: Untold Story
Genre: Umum
Senarai Bab
KISAH 3

Kisah 3 ini adalah suatu kisah yang amat memberi kesan kepada diriku sehingga kini. Sukar untuk diungkapkan. Sukar untuk dilupakan. Cuma aku harap,dia bukanlah jodohku kerana dia bukanlah orang atau insan teristimewa yang akuinginkan. Setiap manusia pastinya mempunyai ciri-ciri insan teristimewatersendiri. Begitu juga aku. Cuma peristiwa ini banyak mengajarku erti hati danperasaan. Betapa bermaknanya kita menanamkan rasa ingin tahu dan periksa dahulusebelum menyimpul keputusan.

               Baiklah, kisah iniberlaku pada tahun 2015 dan pada ketika itu aku baru sahaja menginjak ke Tingkatan 3. Tahun yang penuh dengan debaran dan penantian. Tahun dimanaperjuangan pertama bermula. Pentaksiran Tingkatan 3 atau PT3. Kami batch kedua yang akan melalui eksperimen kementerian terhadap keberkasanan sistem terbarumereka.

               Tahun 2015 aku dipaksa untuk menjadi ketua kelas kerana hanya ada 5 lelaki dan 20 perempuan didalam kelas tersebut. Aku masih berada di kelas hadapan bagi aliran biasa.Daripada 5 lelaki hanya 3 lelaki yang tidak memegang sebarang jawatan khasdisekolah. Oleh itu, aku dipaksa menjadi ketua kelas tanpa rela kerana dinilai daripada portfolioku yang telah berjaya memegang  jawatan tersebut selama 2 tahun tanpa gagal.

               Dipendekkan cerita,pada suatu malam aku bergegas keluar membonceng motosikal yang ditunggang oleh abangku ke arah sekolah. Setelah tiba di perkarangan sekolah, aku teus berlari-lari anak ke bilik bahasa yang akan diadakan kelas tambahan Bahasa Inggeris. Mujur masih berbaki 5 minit sebelum guru yang akan mengajarku tiba kerana dia amat tidak menyukai pelajar yang datang lewat ke kelasnya.

               Sesampai sahaja aku di muka pintu, aku membukanya dengan perlahan dan seperti biasa pelajar lain yang berjemaah melihat kehadiran siapakah di muka pintu tersebut sebelum menoleh semula kearah perkara yang mereka lakukan sebentar tadi. Sasaran utamaku adalah di meja paling belakang bersama rakan sekelasku yang ku gelar sebagai ‘King of Math’. Gelaran ini diberi kerana kelebihannya yang luar biasa menyelesaikan soalan-soalan KBAT PT3 yang bukan semua peringkat masyarakat yang mampu menyelesaikannya walaupun pernah diperlekehkan.

               “Sreett….!!!”,kerusi berkaki besi itu ditarik. Sangat ngilu apabila didengari oleh manusia spesis seperti aku. Aku pun melabuhkan punggungku ke kerusi yang dialas kusyen empuk seperti kerusi pejabat itu.

               Setelah hampir 2 minit aku duduk disitu. Rakan sekelasku yang duduk disebelahku didalam kelas mengajakku duduk bersamanya di barisan hadapan. Beberapa kali dia mengajakku dan ‘King of Math’ duduk bersamanya. Aku seperti biasa sememangnya tidak menggemariduduk di barisan hadapan yang akan berhadapan dengan wajah gadis-gadis kelasku.Aku masih berfikir untuk duduk disitu dengan hati yang resah dan seperti adayang bakal berlaku.

 

 

 

               Tiba-tiba, gadisyang pernah melanggarku tanpa permohonan maaf seperti yang telah diceritakan diKisah 2 mengajak aku dengan memanggil namaku untuk duduk bersama rakansekelasku itu di barisan hadapan dengan nada marah manja. Siapa yang tidak akancair dengan nada tersebut ditambah pula dengan keayuan wajahnya. Pada waktu ituaku masih tidak merasakan apa-apa tentangnya.

               “Aminn…!!!..sini…dudukdepan..!!!”, gadis tersebut mengeluarkan nada marah manja dengan memek mukayang berbelah bagi sama ada marah atau tersenyum. Sukar diungkapkan

               “Hmmm……”,aku masihtidak dapat membuat keputusan sama ada ingin duduk didepan atau tidak.

               “Aminn…!!!..sini…dudukdepan..!!!”,gadis tersebut membuat perkara yang sama buat kali yang kedua yangmembuatkan aku dan rakanku pasrah dan duduk didepan dengan rakan sekelasku yangmengajak kami duduk bersamanya di depan tadi.

               Aku pun melihatwajahnya berulang kali dengan perasaan bercampur baur. Aku pun membiarkansahaja perasaan tersebut berlalu pergi. Kelas pun bermula dengan kedatanganguru tersebut ke kelas walaupun dia terlewat sedikit pada hari itu.

               Jadi, ketika kelassedang berlangsung aku perasan bahawa penolong kelasku berada sejajar denganpandangan mataku. Aku pun membiarkan sahaja kerana tiada sedikit pun perasaanyang terlintas atau terdetik ke atas dirinya. Peristiwa ini juga berkaitandengannya. Rupa parasnya dan bentuk tubuhnya bukanlah tidak sempurna untukdilihat tetapi seperti apa yang telah ku nyatakan. Setiap manusia pastinyamempunyai ciri-ciri dan keinginan wanita atau lelaki idaman mereka. Aku jugaseperti itu.

               Hampir setengah jamkelas telah bermula, rasa bosan dan mengantukku telah datang menjenguk. Maklumlah,ini bukanlah subjek kegemaranku. Jadi, untuk mengembalikan seketika fokuskuterhadap subjek tersebut aku membuat perkara biasa yang akan aku lakukan. Memandangkearah pandangan yang sejajar dengan pandangan mataku kerana ketika itu papanputih berada 90 darjah kearah kanan dari kedudukan aku. Sudah pandangansejajarku adalah penolong kelasku.

               Oleh itu, aku punmemandang sahaja apa yang berada sejajar dengan pandangan mataku tanpa sebarangperasaan dan dengan niat untuk mengembalikan fokus. Berulang-kali juga akupandang dan tenung wajahnya sambil memerhatikan apa yang istimewa tentangdirinya sambil membuat sedikit penilaian awal. Kelas pun tamat. Aku pun taktahu apa yang telah aku pelajari sebentar tadi. Kadang itu terasa juga aku initelah banyak menyusahkan bapaku untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk akuberjaya dalam pelajaran.

               Kisah ini masihbelum di penghujungnya. Jadi, di keesokkan paginya aku kembali semula ke kelasdan kelihatan sedikit bersepah dan ada berlakunya pengurangan bilangan meja dankerusi. Mungkin pelajar yang mengikuti kelas tambahan pada malam semalam yangmenyebabkan perkara tersebut. Mujur meja dan kerusiku masih ditempat yang sama.Sedang aku menelaah sedikit ilmu sebagai pembakar semangat aku untuk berjayadan memastikan aku dapat melanjutkan pelajaran di tingkatan 4. Tiba-tiba akuterlihat penolong ketua kelas sedang mengalihkan meja tanpa sesiapa yangmenghiraukannya. Oleh itu, aku membuat keputusan untuk menolongnya tanpasebarang balasan atau perasaan. Hanya pertolongan manusia sesama manusia.

 

               Namun, apa yang terjadisangat membuatkan aku tertanya-tanya. Terpinga-pinga dengan beribu dan berjutapersoalan. Jadi aku terus sahaja menolongnya walaupun respon mereka didalamkelas memberikan mindaku persoalan sedemikian.

               “hmm…..’wife’ kan ….Itu yang nak tolong tu…!!!”,kata seorang rakan sekelas ku.

               “Haaa…???”,akumemberi respon yang menandakan bahawa aku tidak mengerti apa yang merekamaksudkan.

Ketika itu aku masih tidak mengerti apa yang mereka maksudkan sehingga beberapakali mereka menggelarkan aku ‘Hubby’ atau ‘Husband’ apabila dia ada bersamakuatas urusan pengurusan kelas atau untuk menarik perhatian penolong ku kepadaku.Sejak itu, mindaku mengimbas kembali memori malam tersebut secara jelas danterperici. Aku cuba untuk menjelaskan perkara tersebut kepadanya namun banyakhalangan yang terjadi dan aku tak sanggup ingin melukakan hati seorang gadis yangmungkin baru mengenal cinta. Ini kerana, banyak jasa dan tugasku digalasolehnya kerana pelajar perempuan lebih dominan di dalam kelas.

Sehingga kini penjelasan tersebut aku masih tidak sanggup untukperjelaskan walaupun ibu bapaku dan ibu bapanya telah saling mengenali. Ibu bapakumengenali mereka sejak dia dapat tahu bahawa aku dan dia akan melanjutkanpelajaran ke sekolah yang sama sesama di tingkatan 4.

Namun, aku berbangga dengan diriku kerana tidak membencinya ataumenolaknya kerana aku sangat khuatir rasa benci itu akan bertukar sayang dimasa akan datang walaupun aku sangat tidak setuju dengan tindakannya yangmenggelarkan aku ‘Husband’ dan ‘Hubby’ yang menunjukkan nilai diri dan akalnya.Cuma aku masih khuatir terhadap bapaku yang bersikap suka mengatur segalaperjalanan masa depanku termasuk jurusan yang akan ku ambil untuk melanjutkanpelajaran. Justeru tidak mustahil perkahwinan dan pasanganku juga akan di aturkerana dia telah mula memuji-muji gadis tersebut. Aku sangat berharap ianyatidak berlaku kerana ibu dan bapa saudaraku yang diatur perkahwinan merekatelah banyak yang bercerai-berai. Mungkin faktor perubahan zaman yang tidak bolehdisamakan dengan zaman dahulu kala. Sama juga seperti kaedah mendidik anak-anakyang perlu mengikut perubahan zaman. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amin Mohd