Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Untold Story Seram/Misteri SIAPA?
SIAPA?
Atiya Nashwa Nayla
4/7/2018 14:45:14
856
Kategori: Untold Story
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
SIAPA?

            Sebagai pengenalan cukup kalianmengenali aku sebagai ‘Aku’ sahaja dan aku bekerja sebagai seorang penjawatawam di salah tempat di Malaysia. Cukup sekadar itu pengenalan aku untuk kalianyang membaca coretanku ini. Hadirku di ruangan ini sekadar berkongsi ceritayang aku anggap agak misteri bagi diri aku. Almaklumlah selama aku hidup umurdah masuk angka 30an, ada beberapa kisah yang aku alami yang benar-benarterjadi pada diriku. Nak kata aku takut, tak juga. Cuma ia menimbulkan rasatanda tanya dalam diri aku hingga ke hari. Kisahnya bermula begini, iaituapabila aku diarahkan berpindah tugas ke satu daerah kecil dan tinggal dikuarters dan di situlah semuanya berlaku. Semua yang aku anggap mustahil sebelumini akhirnya aku alami juga. Tinggal di rumah yang ada dua bilik bilik, ruangtamu dan ruang dapur sudah cukup besar bagiku yang tinggal seorang diri.Sedikit kecut juga perutku tatkala aku mula-mula reiki tempat ini dahulu. Rasasemacam jer… Suasana kejiranan baik-baik saja. Tenang, aman dan damai akurasakan ditambah lagi dengan suasana sekitar yang sedikit suasana kampung.Syukur aku ditempatkan berkhidmat di sini tanpa kekangan tempat tinggal dansebagainya. Namun, selama aku tinggal di sini ada juga aku alami beberapakejadian yang seperti tak masuk dek akal.

            Kisah pertama yang aku lalui iaitu padasatu hari aku semasa sedang masak di dapur sementelah balik dari kerja waktumalam bertemankan bunyi cengkerik dan kodok yang kedengaran dari kawasan lapangdi belakang rumah. Memang agak menakutkan mendengarnya jika anda adalah orangyang baru merasai hidup dalam suasana kampung dan tinggal berseorangan sepertiaku. Tetapi bagiku biasa-biasa saja kerana aku juga anak kampung. Asyikmemasak, tiba-tiba ekor mataku melihat seakan-akan ada seseorang sedang dudukdi anak tangga tengah yang memisahkan di antara dapur dan ruang tamu. Sepertisosok seorang lelaki duduk dengan gagahnya sambil memerhatikan aku memasak didapur. Aku pun apa lagi, terkejutlah! Lantas ku toleh ke anak tangga itu namuntidak nampak sesiapa pun. Kejadian begini bukan sekali dua aku rasai. Seringterjadi apabila aku sedang masak di dapur. Sehingga kini aku masihtertanya-tanya siapa orang itu? Qarin orang yang pernah tinggal di sini dahulukahatau penunggu rumah ini atau jelmaan jin?

            Kisah kedua yang aku lalui di rumahini pula adalah di dalam bilik tidur. Mula-mula masuk ke rumah ini dahulu akumemang dah rasa semacam jer dalam bilik tidur ni. Panas. Ya panas. Aku pindahmasuk ke rumah ini sebenarnya pada musim hujan. Kalau hujan, tinggal di rumahyang diperbuat daripada kayu memanglah terasa sejuk. Tetapi berlainan puladengan bilik tidur aku ni. Rumah yang aku diami ada dua bilik. Bilik tidur yangaku maksudkan adalah bilik tidur paling hujung tempat yang aku pilih sebagaibilik tidurku, manakala bilik tidur pertama aku jadikan bilik tidur tetamu.Kejadian berlaku apabila aku sedang solat aku sentiasa tidak khusyuk. Seakanada saja yang menganggu konsentrasi aku. Seolah-olah ada orang lain bersama akudalam bilik tersebut kerana aku merasakan ada orang yang berjalan melintasibelakang aku apabila aku sedang sujud atau rukuk. Setiap kali aku solat bahangpanas terasa menyengat seluruh badan dan mukaku walaupun kipas aku pasangdengan kuat sekali. Itu kisah ketika  akusedang solat. Apabila aku tidur malam pula, memang aku tak pernah tidur lenahingga di buai mimpi indah. Selama tidur dalam bilik ini memang bahang panas sentiasaterasa walau keadaan hujan di malam hari aku tetap pasang kipas dengan kuat.Hujung-hujung aku mengambil inisiatif memasang radio di telefon bimbithinggalah ke pagi keesokannya bagi memudahkan aku tidur dan dengan harapansubuh esok akan kedengaran ayat-ayat suci al-quran serta azan subuhberkumandang dari radio telefon bimbit aku tu. Manalah tahu boleh hilang‘orang’ yang aku anggap kongsi bilik tidur dengan aku ni. Apabila aku sudah adatelevisyen pula, aku akan angkut televisyen dari ruang tamu bawa masuk ke dalambilik tidur apabila malam. Akan aku biarkan televisyen itu terpasang hingga kepagi. Begitu juga dengan lampu di dalam rumah kecuali dalam bilik tidur aku ini,kerana memang aku tak dapat lelapkan mata jika tidur dengan lampu terbuka. Ituadalah antara perkara yang akan aku lakukan selama 3 bulan aku tidur dalambilik ini. Setelah tiga bulan berlalu aku merasa agak menyusahkan diri pulaapabila asyik angkut televisyen keluar masuk bilik tidur tiap hari. Yalah, pagiaku keluarkan letak di ruang tamu, apabila malam aku masukkan letak pula dalambilik tidur. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidur saja di ruang tamubertemankan kipas siling dan televisyen agar tak bersusah payah lagi aku angkatia keluar masuk bilik. Paling tidak pun, aku hanya perlu angkut tilam, bantaldengan selimut saja. Tidur di ruang tamu ni, alhamdulillah dapat juga aku tidurlena jika dibandingkan dengan aku tidur dalam bilik sebelum ini. Demikian kisahkedua aku.

            Kisah ketiga pula bermula apabilapada suatu hari itu aku ikut satu pertandingan sukan anjuran tempat akubertugas. Oleh kerana kepenatan bersukan sepanjang hari, selesai saja solatisyak aku tertidur depan televisyen di ruang tamu dengan keadaan lampu ruangtamu masih terbuka. Tanpa aku sedari dek kepenatan seharian maka aku tertidurdengan kepala aku menghala ke pintu masuk ke bilik tidur yang pintunya aku lupatutup. Tak semena-mena pada malam itu, dalam tidur aku seperti terdengar kakiseseorang berjalan dari ruang dalam bilik tidur tempat aku tidur dulu menghalakeluar pintu menghala ke ruang tamu tempat aku tidur. Tiba-tiba aku rasarambutku dipijak oleh seseorang dan bunyi kaki tersebut berjalan melintasi aku kemudianmenapak menghala ke tangga tengah yang menuju turun ke ruang dapur. Bunyi dari kayuanak tangga di ruang tengah itu berbunyi ‘takkk’ seperti dipijak oleh orang.Aku apalagi, terkejutlah. Lantas aku membuka mata sebaik saja aku terasa rambutaku dipijak dan dengar bunyi dari arah tangga di ruang tengah itu. Namun akutak  nampak sesiapa pun. Aku bermimpikah?Mustahil sebab kulit kepalaku masih terasa sakit sebab rambutku baru saja kenapijak sebentar tadi. Bila aku ingat balik kejaidian itu, aku rasa silap akujuga kerana tertidur dengan kepala menghala ke pintu. Sebenarnya kalau menurutkata orang tua-tua dahulu tak elok tidur kepala menghadap pintu atau tidurdepan pintu kerana pintu adalah laluan ‘orang’ keluar masuk. Nasib baiklahrambut aku sahaja yang kena pijak, kalau kepala aku yang kena pijak aku pun taktahu apa akan jadi. Entah-entah dah arwah dah aku agaknya. Kuss semangat…Taubat aku hingga sekarang tak nak tidur depan pintu lagi.

            Demikianlah ketiga-tiga kisah yangaku alami hingga ke hari ini aku tak tahu adakah kejadian tersebut benar-benarberlaku dek kehadiran ‘orang’ lain atau sekadar aku mengalami delusi saja.Namun aku memang pasti di dunia ini bukan hanya kita manusia saja malah ada oranglain yang berkongsi alam dengan kita. Cuma kita saja yang tidak nampak mereka.Apatah lagi jika sesebuah tempat itu pernah ditinggalkan atau dikosongkan dalammasa yang agak lama tidak mustahil akan ‘ada’ yang datang mengisinya.

Tamat

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.