Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Puisi Umum Rain in Rain
Rain in Rain
Pena Putera
5/8/2018 14:05:58
659
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Memikirkan sedalamnya.
Sepatah perkataan tersirat cerita.
Keanehan hidup mematikanku.
Aku mati, aku mati... Dalam diri.
Andainya tercipta peluang.
Mata bersinar menaruh harapan.
Kebahagiaan cinta menghidupkanku.
Aku hidup, aku hidup... Dalam hati.

Tiada yang tahu.
Kau dan aku menjadi satu.
Berkongsi duka yang sama.
Tak mengharap.
Tak menginginkan.
Biarkan aku kebasahan.
Rain in rain.

Stay next to me, don't leave.
Tatkala selangkah kau pergi,
degupan jantungku berhenti.
Berhenti, berhenti... Dan mati.
Always and always one.
Pengganti tidak pernah wujud.
Hanya ada satu yang teristimewa.
Istimewa, istimewa... and it's you.

Apabila mereka tahu.
Kita tidak lagi bersatu.
Dunia akan memisahkan kita.
Tak menduga.
Tak membayangkan
Dan kelebatan membasahi.
Rain in rain.

Mereka tidak pernah bertanya.
Mereka hanya akan bercerita.
Tanpa ada siapa tahu.
Cerita sebenar itu.
Only rain in rain.
Pain in pain.

Saat tibanya hari itu.
Sekali lagi kita bersatu.
Kita bangkit menentangnya.
Tak mengalah.
Tak menyesalkan.
Tiada lagi dibasahi.
Rain in rain.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.