Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Puisi Umum Pesan Ujian
Pesan Ujian
Dakwatputih
5/10/2018 15:10:24
684
Kategori: Puisi
Genre: Umum



Hampirmu menakutkanku,

Membawa erti seluruh usahaku,

Lulus gagal haluan ditentu,

Apakah mahu menjadi sesuatu.


Pergi ke dewan membawa harapan,

Tenang menjawab impian sekalian,

Namun doa jangan dilupakan,

Senjata utama orang beriman.


Ingin dipesan satu ingatan,

Maaf memaafkan jadikan amalan,

Agar tiada dendam tersimpan,

Hidup harmoni pasti  berkekalan.


Ibu bapa jangan dilupa,

Pohonlah doa dari mereka,

Doa ibu mustajab belaka,

Doa ayah di sisi sentiasa.


Ingatlah juga pendidik kita,

Ilmu diberinya membawa makna,

Pintalah berkat dari si dia,

Supaya ilmunya mendampingi Kita.


Akhir sekali ingin kukata,

Peperiksaan bukan akhir cerita,

Kalau berjaya ada hikmahnya,

Ingatlah rezeki Tuhan yang punya.




Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.