Home Puisi Umum Mendepani Sebuah Pemergian
Mendepani Sebuah Pemergian
Girang Fashali
26/3/2018 22:13:07
3,847
Kategori: Puisi
Genre: Umum

Mendepani sebuah pemergian,

Menerima detik perpisahan,

tidak semudah jangkaan.


Perlu waktu bina percaya, 

bahawa si dia telah tiada.

Perlu belajar seksa rindu,

saat kauhulurkan tangan,

tiada dia untuk menyambut.

Perlu terima tetap munculnya mentari,

di mula hari, tanpa dia menemani.


Dalam kemelut mengiyakan pemergian,

ada hati yang sayat terhiris,

ada jiwa yang merintih hiba,

ada sukma yang jadi lompong, hampa,

ada atma yang terkelindan dihimpit sesal.


Tapi percayalah,

tatkala kau meletakkan Allah di depan,

kau tidak lagi meratapi derita sebuah perpisahan,

kerana di hati tetap ada ruang khusus, 

teruntuk buatnya, 

yang tidak akan dihuni sesiapa.


Kau tidak terus mengira sesal,

kerana waras dilentur membenarkan hakikat,

perginya sekadar mendahului,

langkahnya juga bakal kau turuti.


Percayalah,

bilamana kau meletakkan Allah di depan,

kau akan anyam ambal reda,

cicip tenang merelakan sebuah kehilangan.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.