aku menyandar
merehat waktu sedar
ah, lega benar.
hidup kita
banyak bertanya
tentang kita
perilaku sehari-hari
apa yang menanti
sebentar lagi.
soalan
pertanyaan
kehidupan
perlukan jawapan.
apakah kita tahu
jawapan kita inginkan?
persoalan-persoalan itu
hanya kita saja tahu jawapan.
cuba renungi
apa kemahuan hati
rasa nurani
ada saja hendak
mahu-mahu memihak
namun masa berkata
belum lagi tiba.
soalan-soalan kehidupan
harus difikirkan
jangan diabaikan.