Home Puisi Kisah Hidup Watak Manusia
Watak Manusia
T.Fate
4/3/2019 15:12:52
1,512
Kategori: Puisi
Genre: Kisah Hidup

Akal berselirat

Minda berkecamuk

Detak nadi makin kencang

Bingit bunyi menerejah gegendang


Mahu diikut amarah aku mati

Mahu diikut lara aku sakit


Jadi mahu apa?

Jadi mahu siapa? 


Ketakutan pada 'aku' 

Menjadikan aku buntu

Serba tak kena

Serba semua salah

Serba itu

Serba ini


Ahh! Diam semua! 

Apa kalian tahu?! 

Mereka ada di sini

Melihat dan berbicara

Watak-watak 'aku' itu.


Yang mengutip olah mereka

A. K. U. - Aku

Yang menanggung olah mereka

A. K. U. - Aku

Yang dapat buruk mereka

A. K. U. - Aku

Yang dapat baik mereka

A. K. U. - Aku

Semua A. K. U. - Aku


Lalu bagaimana?! 

Aku sakit. 

Dipenjara diri ini perit. 

Gelap dan meraba. 

Sendiri. Sunyi. 


Bertanya pada sang bayang-bayang

"Lalu apa akalmu?" 

Berkata

"Senyapkan sahaja dirimu.

Maka mereka turut hilang". 


Apa, jika aku turutkan

Kecewakah mereka pada aku? 

Berdetik sejenak hati. 


Mereka cuma berkira

Ini egomu sahaja

Ini candaanmu sahaja

Apa mereka pernah melihat

Dan bertemu 'mereka'

Selagi mereka 

Tidak memakai kasutmu

Mereka akan tetap berkira

Ini hanya lakonan. 


Tolong aku tuhan

Aku mahu menjadi seperti mereka. 

Manusia biasa. 

Tidak menyakiti dan disakiti. 

M. A. N. U. S. I. A. - Manusia

Sekian. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.