Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Puisi Alternatif Nilai Undi Pada Negara
Nilai Undi Pada Negara
JejakaTerpujiSyurga
23/4/2018 20:55:39
1,650
Kategori: Puisi
Genre: Alternatif

Undi Itu rahsia

Hak memilih pemimpin

Mengepalai negara

Memacu pembangunan

Mensejahterakan rakyat

 

Undi juga senjata

Tumbangkan kezaliman

Hapuskan ketirisan

Hentikan  rasuah

Betulkan halatuju negara

 

Wahai anak muda,

Ku tahu kamu jelek

Dengan politik di Malaysia

Yang bermodalkan

Cacian dan fitnah semata

 

Namun itu bukan alasan,

Untuk kamu mensiakan kuasa undi

Yang berada di genggaman

Yang mampu mengubah

Sama ada hari yang mendatang

Kelam atau bercahaya

 

Jika kau sayangkan agamamu.UNDIlah

Jika kau sayangkan negaramu,UNDIlah

Jika kau sayangkan keluarga.saudara dan sahabatmu,UNDIlah

Jika kau sayangkan masa depan anak cucumu.UNDIlah

Kerna inilah masanya untuk tentukannya

 

Undilah untuk perubahan

Undilah untuk harapan

Undilah untuk keadilan

Undilah untuk kesejahteraan

Undilah agar tidak menyesal di kemudian hari

Bernilainya undi kamu pada negara

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.