Home Novelet Umum HANYA KAU KU MAHU
HANYA KAU KU MAHU
Afie
21/10/2017 17:35:39
6,294
Kategori: Novelet
Genre: Umum
TIGA❤

Air dituangkan ke dalam cawan yang disediakan di atas meja dengan penuh sopan . Mata Dhiya melirik ke arah Puan Sri Hanani yang tekun melihat cara nya menuang air ke dalam cawan . 


'Dah kenapa pulak lah orang tua ni . Semacam saja tengok aku . Lawa sangat ke aku ni ?' Ahakss . Terangkat bakul sendiri pulak


Terperasan pulak. Dhiya berlalu ke dapur setelah menyiapkan kerja.


Yes . Ini lah peluang untuk Puan Sri Hanani bertanya tentang gadis yang dipandang nya tadi . Manis dan sopan orangnya . Boleh dibuat menantu .


"Lupa pulak saya nak tanya . Siapa anak dara Kak Dayah tu ? " soal Puan Sri Hanani sambil mata nya melirik ke arah anak sulung nya, Tengku Raihan . 


Dikenyit mata apabila berbalas pandang dengan suaminya , Tan sri Daniel . 


"Ouh . Yang itu anak kedua kami , Puan Sri . Dhiya namanya . Dah kahwin pun ." Jelas puan Dayah . Sengaja ditekankan suaranya menyebut 'kahwin' .  


Tak adalah kempunan puan sri tu nanti.


"Lah iye ke ? Aish . Kempunan lah abang nak berbesan dengan kawan baik sendiri" ketawa puan sri menutup malu . Hajat di hati tak kesampaian lah tu .


Tersedak kedua beradik lelaki . Oh no . Dah mula dah mama ni . Sape pulak lah yang jadi mangsa kali ni . 


Eh, siapa lagi yang akan kene kalau bukan yang sulung , Tengku Raihan . Ye dak ?  


Tersenyum saja Encik Luq melihat keletah mereka . Oh , takut kahwin rupanya . Ni yang rasa gatal hati nak mula mengusik  


" anak dara saya yang kahwin baru sorang . Ada dua lagi bawah Dhiya tu . Sorang belajar dekat uitm seri iskandar . Fathihah namanya . Yang sorang lagi tu Damia . Baru tingkatan 6 . Hah . Sudah elok lah tu sorang satu . "  


herot bibir encik Luq menahan ketawa melihat muka pucat tengku raihan dan tengku rabbani .  


  "Boleh jugak . Apa salah nya kan Nani ?" Diangkat kening sebelah kirinya ke arah isteri tercinta .


   

Tersengih saja puan sri Hanani . Hai anak teruna . Tabahkan hati mu bila dapat ibu bapa begini . Nak buat macam mana lah kan.


Dhiya yang mencuri dengar hanya mampu menggeleng kepala . 


Kasihan adik nya kalau betul jadi lah mereka nak kenenkan anak masing masing . Cukup lah dia terseksa dengan perkahwinan yang diatur kedua ibu bapanya. 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Afie