11,272
Kategori:
Genre:
Bab 5
#HANTU KUM KUM



Dalam banyak-banyak gangguan,  cerita seterusnya ni agak seram bagi aku.  Masih lagi berlaku dirumah sendiri dan sebulan sekali aku akan pulang ke kampung menjenguk keluarga.  Kali ni aku ingin memberi kejutan kepada ibu tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

Setelah menempuh empat jam setengah perjalanan,  akhirnya tiba juga aku  dikampung halaman tercinta.  Dengan pemandangan yang indah ditambah pula  dapat menghirup udara yang segar adalah suatu nikmat besar buatku yang selama ini selalu terperangkap didalam kesesakan lalu lintas.

"Assalamualaikum..ibu ooo ibu...anak ibu balik ni"  suara ku lantang memberi salam.

" Waalaikumusalam...hah.  Bertuah punya budak, balik tak bagitau.  Kalau apa-apa berlaku siapa yang susah? Mak dengan ayah jugak.  Ni drive sendiri ke naik bas?"  soal ibu.  Roman wajahnya masih lagi terkejut dengan kehadiranku secara tiba-tiba.

Aku menyalami tangan ibu dan memeluk cium bagi meleraikan kerinduan yang lama terpendam.

"Qila drive sendiri je ibu sebab Qila sambung cuti dua tiga hari.  Nak bermanja-manja dengan ibu.  Kedua-dua belah pipi dan dahi ibuku dikucup lembut.

Mata ibu bersinar-sinar dengan senyuman lebar hingga ke pipi mendengarkan aku akan tinggal lama sedikit dikampung kali ini.

" Dah makan? Pergi lah makan dulu.  Hari ni ibu masak asam pedas" pelawa ibu.

"Wahhh...ibu ni macam tau-tau je Qila nak balik hari ni.  Lauk favorite Qila tu."  Aku membayangkan kesedapan lauk asam pedas hasil air tangan ibunda.

" Tapi Qila nak mandi dulu la.  Nak rehat jap,  solat pastu baru makan.  Ibu dah makan? Jom la makan sekali"  pujuk aku.

"Ibu dah makan tadi dengan ayah,  dengan adik-adik.  Tapi... ibu boleh je temankan.  Kenyang lagi ni" kata ibuku.

" Baik la ibu.  Qila masuk bilik dulu ye.  oh ye...ayah mana?"  Kelibat ayah masih tidak kelihatan.

"Ayah macam biasa la petang-petang macam ni.  Kat belakang rumah tu cabut rumput, tebas lalang, cantas pokok mulberry ex boyfriend Qila dulu tu"  ibu mengusikku

" Dah la bu...benda lepas tak baik kenang lagi.  Takde jodoh nak buat macamana?"  luahku tanpa kesal.   Tak guna meratap jika tiada jodoh antara kami.  Ye dak?

"Qila mandi dulu ye.  Mak tunggu nak temankan Qila."  Tanpa membuang masa Qila terus beredar ke bilik.

" Kak Qilaaaa!"  jerit Anis sebaik saja melihat aku memasuki bilik.  Dia berlari-lari anak ke arahku lalu memelukku.  Terharu pulak rasanya. 

"Anis sihat?"

" Sihat Alhamdulillah.  Akak...Anis ada something nak cerita kat akak ni"

"Ye?  Apa dia?"

Anis menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan.

" Akak nak tau...kampung kita sekarang ni dilanda satu musim"

"Musim apa? Musim buah? Musim hujan?"

" Musim makhluk mengganas!"  Anis berbisik ke telingaku.

"Hahh?  Maksud Anis?"

" Akak ni...hantu la..pocong, hantuk kum kum, pontianak, balan-balan"  terangnya.

"Haishhh...biar betul dik.  Ibu takde cerita pun kat akak.  Padahal tiap-tiap hari akak call ibu."

"Hmmmm...mungkin ibu taknak akak takut.  Karang akak stay je kat KL tu tak balik-balik."

" Mungkin la...Insya Allah Anis.  Kita doa banyak-banyak supaya dijauhi semua tu.  Kita ada Allah untuk lindungi kita,: nasihatku.

Selesai makan aku duduk di beranda rumah untuk mengambil angin dan bersembang-sembang kosong.  Cuaca bertukar mendung dan hujan lebat turun hingga ke malam.  Badanku kepenatan akibat memandu tanpa henti siang tadi. 

Aku segera menghempaskan badan ke katil.  Anis turut baring disebelahku untuk tidur.  Oleh kerana jarang dapat berbual denganku,  bermacam-macam cerita yang diceritakan oleh Anis dan sekali sekala disampuk oleh Farah. 

Hujan diluar mula berhenti.  Namun,  rintik-rintik hujan masuh menimpa ke atas bumbung.  Setelah membaca doa tidur aku diserang rasa tidak sedap hati.  Bertambah gusar rasanya bila satu suara kedengaran sayup-sayup seperti memberi salam.

Kummm...!!!  Kummmm...!!!  Kummmm....!!

Kummm...!!!  Kummmm...!!!  Kummmm....!!

Badan Anis mula rapat ke arahku.  Dia memeluk lenganku erat.  Matanya terbeliak seperti memberi isyarat tentang bunyi tadi.  Anis menyelimutkan dirinya hingga ke kepala.  Aku terlelap agak lama hingga lah aku terjaga kerana terkejut.

Kummm...!!  Kummm!!  Kummm...!!

Ahh sudah...!   Dia bunyi lagi.  Ku toleh ke sebelah.  Anis memang lena sungguh.  Langsung tak terkutik.  Tiba-tiba satu bayang-bayang seperti kabus keluar menembusi dinding bilik air.  Bayang-bayang tersebut terus berubah rupa kepada satu lembaga berambut panjang dan kusut masai.  Berbaju putih kesan kotoran tanah dan lumpur.  Walaupun rabun aku masih lagi dapat mengamati dengan jelas lembaga itu apabila mengecilkan mata.

Tanpa diduga,  lembaga tersebut duduk diatas badanku sambil ketawa ngeri.

Hihihihihihii...

Seketika kemudian,  sebelah tangannya  mengenggam tangan kiri ku dan sebelah lagi tangannya seperti memangku sesuatu.  Objek yang dipangku dibalut dengan kain putih.  Kulit tangan dan muka hantu tersebut kehitam-hitaman seperti terbakar dan terkopek-kopek.  Hodoh sungguh!! Aku melihat tangan kiri yang digenggam kemas.  Jari-jari serta kukunya yang panjang dan kotor melalui jari-jariku.  Aku membaca ayat Kursi dengan agak kuat.  Lembaga tersebut turut mengulangi bacaanku sambil ketawa mengejek sehinggalah tiba ke ayat terakhir tanganku akhirnya dilepaskan. 

Bayangan lembaga itu hilang menembusi dinding bilik kami.  Beberapa minit kemudian azan Subuh berkumandang di udara.  Ibu masuk ke bilik kami untuk mengambil wuduk.  Rasa takut mulai hilang sedikit demi sedikit.  Yang pasti,  tangan kiriku sakit dan bengkak digenggam hantu tadi.

TAMAT








Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh