Home Novelet Seram/Misteri KEM RAHSIA
KEM RAHSIA
Aida Adia
24/6/2016 23:41:53
4,429
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
BAB 3

ACARA perbarisan tamat latihan untuk Kor Risik96 Rejimen Khas Perisikan Tempur atau dikenali sebagai kumpulan 96RKTP baru sahaja selesai. Selama enam bulan mereka menjalani latihan ketenteraan secara intensif ala komando di Kem Batu Gajah, Perak.

Sesungguhnya selama enam bulan itu benar-benar memberi impak yang maksima di dalam diri kesemua anggota Kor Risik 96RKTP. Pengalaman-pengalaman sewaktu menjalani ‘Latihan Ikthiar Hidup’ selama satu bulan di dalam hutan dan paya-paya serta hidup berdikari di dalam satu kumpulan yang terdiri daripada lima orang tanpa bantuan atau kemudahan asas benar-benar mengajar mereka erti kehidupan sebenar.

Ryan dan Vijay hampir-hampir menarik diri daripada meneruskan latihan intensif itu dek kerana tidak tahan menjalani latihan-latihan keras dan mencabar sebegitu rupa. Mujurlah Zayeed dan Afy memberi semangat walaupun hakikatnya, semangat mereka berdua juga hampir goyah.

Bro..come on! Kita cuma ada satu bulan saja lagi nak habiskan latihan ni. Be strong. Kami semua ada. Kan kita berempat dah janji nak tamatkan latihan ni bersama-sama walau apa pun terjadi?” Afy cuba memberi semangat kepada Ryan.

Ryan sudah terdiam. Di saat itu dia sudah teringatkan ibu bapanya di Kuala Lumpur. Memang dia rindukan ibu bapanya itu. Rindukan keselesaan dan kemewahan hidup yang dikecapinya selama ini. Tapi, bolehkah dia berpatah balik dan lupakan sahaja impiannya selama ini?

Melihat wajah Ryan yang mendung begitu, Vijay pula mula berasa tertekan. Hatinya sudah berbolak-balik. Antara rasa menyesal dengan keputusannya menyertai angkatan tentera dan rasa ingin meneruskan sahaja apa yang telah dilaluinya serta berharap segalanya akan selesai dengan cepat.

Guys., come on! Sikit saja lagi ni. Kita dah lepas ujian Latihan Iktiar Hidup yang sangat mencabar tu, takkan korang nak give-up dengan ujian yang tinggal ni? Come on guys, korang boleh! Kita semua boleh!” Zayeed pula memberi kata-kata semangat.

“Lagipun, takkan korang nak tarik balik kata-kata korang kat parents korang dulu? Dah nak surrender dah ke?” Tanya Zayeed lagi sambil memandang kedua-dua sahabatnya itu penuh erti.

Vijay dan Ryan tertunduk sambil mengeluh. Mereka berdua sudah tiada pilihan. Mereka sudah sejauh ini dan sememangnya mereka juga tiada peluang untuk berpatah balik! Atas kata-kata semangat daripada Afy dan Zayeed, akhirnya Ryan dan Vijay meneruskan latihan yang masih berbaki sebulan sahaja lagi itu.

“Haloo..tak payah nak sentimental sangatlah kat sini!” tiba-tiba Zayeed menyergah Vijay sambil menepuk bahu Vijay yang termenung di bawah pokok seketika sambil memandang jauh padang kawad setelah selesai segala acara perbarisan tamat latihan.

You did it Bro! You did it! You should be proud to yourself,” kata Zayeed sambil memeluk mesra bahu sahabatnya itu.

Viyay memandang Zayeed sambil tersenyum dan melepaskan keluhan lega.

Yes..I should proud to myself!” jawab Vijay.

“Jangan sia-siakan apa yang kita perolehi ini. Jangan sesekali beri peluang orang lain memandang rendah kepada kita. Kita mesti teruskan dan pertahankan dengan apa yang kita mahu dalam hidup. Betul tak Vijay?” kata Zayeed lagi.

Vijay memandang Zayeed sambil mengangguk. Vijay faham akan maksud yang tersirat dalam kata-kata Zayeed itu. Zayeed sudah tentu ada matlamat hidupnya dan begitu juga dengan dirinya. Vijay juga tidak akan menoleh lagi dan membenarkan keluarganya memandang hina kepada kerjayanya ini.

***********************************************

LEFTENAN JENERALSharul Basri memandang satu-persatu wajah kelapan-lapan anggotanya yang sedang berdiri tegak penuh sedia di hadapannya. Masing-masing penuh tekun dan bersedia mendengar apakah arahan yang bakal dikeluarkan oleh Leftenan Jeneral Sharul Basri.

Sebagai seorang prebet yang baru sahaja enam bulan bertugas di kem Kor Risik itu, Zayeed tertanya-tanya dan sedikit cemas memikirkan kenapa dia bersama sahabat-sahabat baiknya, Afy, Ryan dan Vijay serta empat lagi anggota yang terdiri daripada lain-lain pangkat dipanggil mengadap Leftenan Jeneral Sharul Basri.

Bukan takut tetapi berhadapan secara langsung dengan ketua Kor Risik yang sememangnya terkenal dengan sifat tegasnya itu, membuatkan Zayeed berasa sedikit cemas. Jantungnya berdegup laju dan Zayeed juga pasti, sahabat-sahabat baiknya yang lain juga turut berperasaan yang sama!

“Okay, kamu semua tahu kenapa saya panggil kamu semua kemari?” Tanya Leftenan Jeneral Sharul Basri dalam nada yang tegas.

“Tuan, dengar khabarnya kumpulan 95RKTP telah tamat tempoh operasi mereka dengan jayanya, Tuan!” balas Sarjan Sufi. Masih berkeadaan berdiri tegak dan memandang ke hadapan.

“Iya Sarjan! Kumpulan mereka baru sahaja tamat operasi semalam. Jadi, apa kena-mengena kamu semua di sini?”Tanya Leftenan Jeneral Sharul Basri dengan nada suara yang mendatar.

Kelapan-lapan anggotanya terdiam. Mungkin ada di antara mereka ingin menjawab namun masing-masing masih tegak berdiri tanpa seorangpun yang bersuara. Melihat keadaan sebegitu, Leftenan Jeneral Sharul Basri bangun.

“Kami telah sebulat suara memilih kamu berlapan ini menggantikan kumpulan 95RKTP berkuat-kuasa serta-merta. Jadi, minggu hadapan, kami akan menguruskan transportuntuk kamu berlapan ke sana,” kata Leftenan Jeneral Sharul Basri.

“Bagaimanapun, nanti bila kamu semua sampai di sana, Staff Sarjan Zaifuzaman ada di situ untuk sehari dua bagi menerangkan secara terperinci apa tugas-tugas kamu semua di sana,” sambung Leftenan Jeneral Sharul Basri dengan tegas.

Leftenan Jeneral Sharul Basri masih lagi memandang kelapan-lapan anggotanya terutama Zayeed, Afy, Ryan dan Vijay yang dengan jelas terpancar dari wajah mereka ekspresi keraguan dan banyak persoalan.

“Kamu ada perkara nak ditanyakan ke?” Tanya Leftenan Jeneral Sharul Basri berdiri rapat di sebelah Zayeed.

Zayeed terdiam seketika mencari ayat yang sesuai untuk ditanya.

“Tuan, apa tujuan kami semua dihantar ke kem rahsia itu?” Tanya Zayeed.

“Betul kamu tak tahu? Anggota yang lain tak ada yang sudi nak beritahu kamu semua ke?” Tanya Leftenan Jeneral Sharul Basri ingin tahu.

Tiada jawapan daripada Zayeed.

“Staff Sarjan Naim, kamu sebagai anggota yang lebih senior daripada mereka berempat ini, tolong jelaskan kepada semua, apa tujuan atau objektif anggota kita dihantar ke Kem Rahsia secara berkumpulan dan ditugaskan di sana selama enam bulan?” arah Leftenan Jeneral Sharul Basri dengan nada suara yang tegas.

“Tuan, Kem Rahsia itu sebenarnya adalah satu kem khas untuk tujuan latihan ketenteraan dan tugas-tugas rahsia untuk anggota Kor Risik sahaja serta anggota tentera dari luar negara, Tuan!” jawab Staff Sarjan Naim dengan lantang.

“Jadi? Kamu faham sekarang?” Tanya Leftenan Jeneral Sharul Basri kepada Ryan pula.

“Faham Tuan!” jawab Ryan lantang.

“Bagus. Ada apa-apa lagi pertanyaan?” Tanya Leftenan Jeneral Sharul Basri.

“Tiada Tuan!” jawab kesemua anggotanya serentak.

“Bagus. Kamu boleh bersurai sekarang,” balas Leftenan Jeneral Sharul Basri dalam arahannya.

Kelapan-lapan anggota tentera itu secara serentak memberi tabik hormat kepada Lefternan Jeneral Sharul Basri dan terus keluar daripada bilik itu. Namun, sebaik keluar sahaja daripada bilik itu, masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Seolah-olah menerima berita bahawa mereka bakal dijatuhkan hukuman gantung sampai mati!

“Kenapa kita pulak yang terpilih? Bukankah ramai lagi anggota lain yang lebih senior?” Tanya Ryan meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Iyalah.. Kita baru sahaja enam bulan nak mula bertugas. Baru nak rasa ‘feel’..dah kena arah bertugas kat kem tu pulak!” sokong Vijay.

“Aku dengar dorang panggil kem tu, kem hantu! Betul ke?” celah Afy.

“Apa?? Kem berhantu? Betul ke?” Tanya Ryan pula dengan muka sedikit pucat.

“Dorang katalah. Aku menyampaikan saja. Mana pernah aku ke sana. Lagipun, mereka yang baru tamat operasi di sana dan pulang ke sini, tidak dibenarkan menceritakan apa-apa pun tentang Kem Rahsia tu. Kebanyakannya, selepas pulang daripada operasi di sana, tidak sampai setahun, mereka akan dinaikkan pangkat dan dibenarkan posting ke mana-mana Kem Kor Risik yang mereka prefer,” cerita Kopral Eqbal lagi sambil memandang rakan-rakannya yang lain yang turut terlopong sama mendengar cerita Kopral Eiqbal.

“Ohhh.. gitu ke Kopral? Wahh..kalau macam tu, aku pun teruja nak pergi ke sana!” kata Zayeed pula.

“Macam nilah skot-skot semua. Anggap sahaja kita yang terpilih ini adalah beruntung. Bersangka baik sahajalah. Mana tau selepas ini, pengalaman kita di sana boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk masa depan kerjaya kita di masa akan datang,” kata Sarjan Sufi pula.

Sebagai anggota tentera yang lebih senior, Sarjan Sufi cuba mengajak kawan-kawannya itu bersikap lebih tenang dan positif.

“Pastinya ianya adalah satu pengalaman yang berhargakan, “ sampuk Lans Kopral Saleh yang sedari tadi hanya diam membisu.

“Iya.. I hope so!” balas Ryan perlahan namun masih boleh didengari oleh rakan-rakannya yang lain.

Separuh hatinya merasa teruja bila terpilih bertugas di Kem Rahsia itu. Pastinya ianya memberi pengalaman yang mahal dan berharga. Apatah lagi, di saat dia masih bersemangat memikul tugas tentera ini dan mengejar seberapa banyak pengalaman ynag berharga demi masa depannya.

Namun, bila terdengar yang Kem Rahsia itu berhantu, separuh hatinya lagi mula terasa sedikit goyah. Benarkah begitu? Hati Ryan berdegup laju memikirkan kebenaran tentang Kem Rahsia itu. Dia benar-benar lemah bila mendengar kisah-kisah tentang hantu ini!

Ryan berdoa di dalam hati agar kumpulan mereka ini berjaya menjalankan tugas dengan sebaiknya semasa di Kem Rahsia itu nanti.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.