Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Umum Mr. Bae, Imamku!
Mr. Bae, Imamku!
merpatiputih
20/5/2018 18:03:10
2,728
Kategori: Novel
Genre: Umum
Senarai Bab
Bab 4
Matahari terik yang menyakitkan mata menggangu lena Inara membuatkan dia terus bangkit dari tidurnya yang lena itu. Biasalah hujung minggu dapatlah dia 'meluangkan' lebih banyak masa dengan katil kesayangannya itu. Kalaulah mak tau habislah aku! 


Tok! Tok! Tok! 

"Assalamualaikum!" laung seseorang diluar pintu rumahnya. 

"Assalamualaikum! Ada orang di rumah tak?" laung Adam sekali lagi setelah dia tidak mendengar sebarang jawapan dari penghuni di dalam rumah.

"Ish! Siapa pulak dah datang pepagi buta ke rumah orang ni ishh ganggu betul lah!. Eh pagi ke hahaha" ketawa Inara dengan dirinya sendiri walaupun tengah bengang dengan orang yang mengetuk pintu rumahnya itu.


Dengan rambut yang kusut, muka bangun tidurnya yang memang tak semengah itu, dia berjalan mencapai tudung sarung yang tergantung di dalam almarinya itu. Setelah memastikan dirinya menutup aurat walaupun dengan rupanya yang separuh siap itu dia berlari mendapatkan pintu rumahnya.


"Sekejap! ish tak tau sabar betul orang ni" ucap Inara sambil tangannya memulas tombol pintu rumah itu. Dari sebalik pintu itu dia melihat wajah seseorang yang amat dikenalinya itu. Abang Adam! 

"Allah! Eh, eh kejap, kejap!!!" Dihempasnya pintu rumah dek terkejut melihat orang yang berada di hadapnya tadi. Bergegar bahagian depan rumah kayunya itu. Nasib tak runtuh aje!

"Alamak, alamak, alamak!!! Macam mana ni???!!!" gumam Inara sambil bermundar mandir di depan pintu rumahnya dengan hati yang berdebar dan sangat gelisah. Seluruh badannya terasa ketar bagai ada kuasa vibrate yang sangat dahsyat mengalir ke setiap inci badannya.


"Nak bukak ke taknak, nak bukak ke taknak?!"

"Aduh, kalau tak bukak karang tak ke pelik. Mak! Abah! Taknak balik ke?!" saat inilah  dia memerlukan sangat kehadiran kedua ibu bapanya itu. Emergency! Urgent!

"Ah, lantaklah, bukak jelah!" ucap Inara setelah berperang dengan hatinya seraya mencapai tombol pintu rumahnya dengan tangan yang terketar. Wajahnya sedaya upaya dimaniskan bagi menyimpan debar di dada.


"Eh, Hi abang Adam! Sorry, tadi kelam kabut sangat 'tertutup' pulak pintu tadi. Hehe, bila balik?" ucap Inara dengan harapan Adam tak syak apa-apa.

"Waalaikummusalam, tak apa. Sorry ganggu awak tengahari macam ni. Em, mak dengan ayah ada?" kata Adam dengan nada yang cuba dikawal supaya tidak kedengaran terlalu gementar. Kalaulah Inara tau dia dalam diam menyimpan perasaan padanya...Haru!


Eh eh dia ni sempat pulak nak perli aku. Apa, ingat aku tak reti beri salam ke?! Aku taulah, ASSALAMUALAIKUM! Tapi apakan daya, takkanlah dia nak sembur si Adam ni. Tak mampu.


"Sorry abang Adam, sekarang ni memang takde sesiapa dekat rumah. Mak dengan abah awal awal pagi lagi dahh keluar ke pekan,nak cari barang sikit untuk persiapan raya nanti. Kerul pun ke rumah kawan dia, ada assignment nak kena siapkan katanya" Hambik! panjang lebar Inara beri keterangan macam nak beri keterangan polis. Biasalah kalau dah tengah nervous, apa pun tak kena.

"Oh yeke, takpelah kalau macam tu. Abang gerak balik dulu lah ya, tak manis pula orang kampung tengok nanti. Tolong sampaikan salam pada mak dengan abah ya, cakap dekat diaorang nanti abang datang lawat semula, takde rezeki pulak nak jumpa harini" kata Adam dan disambut dengan anggukan daripada Inara.

"Satu lagi, jangan lupa basuh muka!" bicara Adam dan setelah itu dia ketawa kecil lagaknya macam ada sesuatu yang kelakar aje. Lantas, dia melangkah pergi tanpa menunggu jawapan balas dari Inara. 


Inara hanya melihat Adam melangkah pergi dengan ekor matanya. Eh? Dia dah balik kampung ni semula ke? Kenapa aku tak tau, mak dengan abah pun takde cerita apa-apa. Aih. Pening! pening! dahlah bangun-bangun tidur aje dia terkejut beruk dengan kedatangan orang yang langsung tak diduganya akan bersua muka kembali, ini ditambah lagi soalan yang amat menyesakkan kepala! Takpe-takpe nanti mak abah balik aku kan buka buku siasatan, baik pergi mandi dulu. Teringat pula pesan abang Adam tadi yang menyuruhnya mencuci muka sedangkan mandi pun dia belum buat lagi. "Ni mesti kes dia tengok muka aku still macam diva tu yang tak perasan tu!" puji Inara dengan dirinya sendiri sementelah itu dia gelak macam tak ingat dunia, sampailah.....


Hah! Wehhhh, muka aku! Lantas dia berlari menuju ke arah cermin di biliknya. Huwargh!!!!! Ni siapa?! Bagaikan tak percaya dengan apa yang baru dilihatnya, Inara terduduk di atas lantai biliknya. Mukanya masih ada bedak sejuk yang sengaja dipakainya selepas solat subuh tadi. Macam mana aku nak hadap muka dia lagi lepas ni?! Argh!!! Malu!!!



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.