Home Novel Thriller/Aksi Mr Princeslon : Si Jejaka Itali (Completed)
EPILOG

SUNGGUH meriah suasana rumahku hari ini dengan tetamu-tetamu yang dijemput hadir ke majlis hari kelahiran Noah yang ke-8 tahun. Staf-staf yang bekerja di Princeville Holdings turut hadir ke majlis hari kelahiran anak aku ini. Ini kali pertama mereka diundang ke rumah majikan sendiri. Jadi, muka masing-masing teruja dapat menjejakkan kaki di rumah keluarga Princeslon ini.

Rae tidak mahu ketinggalan juga. Sanggup terbang dari Itali ke sini semata-mata mahu menyambut hari kelahiran Noah bersama-sama kami. Fazio diarahkan untuk menjaga syarikat di sana sementara Rae berada di sini. Mujur Fazio seorang wakil yang sangat boleh dipercayai. Dan ada satu berita gembira buat kami sekeluarga. Rae bakal melangsung perkahwinannya pertengahan tahun ini nanti. Julian orang yang paling bersorak sekali diikuti dengan Rery.

Aku tak sangka. Akhirnya Rae akan berkahwin juga dengan gadis pilihannya yang merupakan anak jati Malaysia. Sekarang ni, dia sedang menunggu bakal isterinya itu menamatkan pengajian di salah sebuah universiti terkenal di Itali. Selepas itu, bolehlah mereka merancang untuk majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung beberapa bulan saja lagi. Rery dan Julian awal-awal dah beritahu yang mereka akan taja majlis perkahwinan Rae.

"Mama, jom. Papa panggil ajak bergambar sama-sama," panggil Noah sambil menarik-narik hujung bajuku.

Aku menundukkan kepala sekali gus tersenyum. Kepala dibawa angguk sekali. Aku berpegangan tangan dengan Noah dan sama-sama melangkah ke arah Rery yang sibuk menyusun kedudukan untuk bergambar.

"Honey, come here. Kita ambil gambar keluarga."

Aku menganggukkan kepala lalu menyambut tangan Rery. Dia menyuruh aku duduk di atas kerusi yang sudah disediakan. Aku memang tak larat nak berdiri lama-lama memandangkan perutku sudah memboyot besar. Kandunganku sudah mencecah hampir sembilan bulan. Tak lama saja lagi, aku akan melahirkan adik buat Eusoff, Noah, Ryana dan Ryan. Mereka pun dah tak sabar nak menanti kehadiran adik kecil mereka ini.

Melina pula sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan beberapa bulan yang lepas. Nama si kecil yang berpipi merah itu Aira Maryam. Pandai abang aku dan Melina memilih nama itu.

"Gambar-gambar ni nanti aku cuci, lepas tu aku akan bagilah setiap gambar dekat korang. Rae kau balik bila?" ujar Rery sambil memeluk bahu adiknya itu.

"Esoklah, bang. Mana boleh lama-lama. Puting beliung pejabat tu nanti. Fazio tu pun tak cukup tangan nak buat. Aku ambil cuti ni pun, dia dah buat drama air mata."

Rery melepaskan tawa seraya kepalanya digelengkan beberapa kali. Julian yang mendengar pun turut ketawa. Reda sajalah Fazio menjaga syarikat itu seorang diri selama dua hari. Entah macam gayanya pun tidak tahulah.

"So, nanti. Kau roger la pasal wedding kau tu nanti. Aku dengan Ian dah niat nak sponsor majlis kau. Bukan selalu. Kau keluarkan duit untuk apa yang patut saja."

Rae tersenyum lebar. Kepalanya diangguk sekali. "Semoga abang-abang aku ni dimurahkan rezeki dan bahagia selalu."

"Aamiin..." Serentak Julian dan Rery mengaminkan doa Rae. Aku dan Melina hanya tersenyum saja sambil duduk di sofa ruang tamu.

"Akak ipar aku ni bersalin bila? Aku ingat nak datang nanti. Jumpa anak buah baru."

Aku hanya tersengih. "Lagi beberapa minggu aje. Insya-Allah. Nanti Rery bagi tahulah bila anak buah Encik Rae dah lahir nanti."

Rae ketawa. Dia menganggukkan kepalanya. "Ni, aku nak mintak izin memandangkan majlis pun dah tamat. Masa pun ada banyak lagi terluang. Aku ingat nak bawa anak-anak buah aku keluar berjalan dekat mall depan ni aje. Sokorang bolehlah ada masa dengan pasangan masing-masing. Boleh tak?"

Rery dan Julian saling berpandangan antara satu sama lain. Aku tak kisah. Keputusan semuanya aku serahkan kepada Rery.

"Kau serius ke? Boleh jaga dia orang semua ni? Lasak tau," kata Julian.

"Boleh saja. Aku ajak anak-anak buah yang lain. Dah lama tak spend time sama. Bukan aku sorang aje. Ramai pembantu aku nanti."

Rery mencebik. Geliga betul otak adiknya itu. Fikirkan nak melayan seorang demi seorang anak buahnya yang boleh tahan lasak. Sap, sup, sap, sup... sekejap saja lesap entah ke mana. Terutamanya si kembar itu.

"Kalau macam tu, aku boleh tarik nafas lega sikitlah. Kau nak ajak budak-budak kita yang lain dipersilakan. Jangan semua pulak."

Rae menjeling. "Hish. Aku tahulah. Takut sangat. Aku ajak dalam dua ke tiga orang aje untuk teman aku spend time dengan budak-budak ni."

Rery dan Julian menganggukkan kepala mereka.

"Kalau macam tu, pergilah bawa. Hati-hati. Apa-apa call aku atau Julian. Aku pun nak ajaklah Ju keluar sebelum dia bersalin nanti. Nanti dah berpantang, kena duduk rumah aje. Ya, kan honey?" Rery mengenyitkan matanya ke arah aku.

Bukan main suami aku ni. Laju saja mengambil kesempatan yang ada. Aku pun dah lama tak keluar jalan-jalan dengan suami aku sejak dia sibuk menguruskan Princeville Holdings yang kini semakin menjadi bualan orang ramai. Dah masuk dalam carta Top 10 di Malaysia.

"Kita nak pergi mana, sayang? Tapi kita kena bawa Aira sekali. Dia nak menyusu." Julian tertawa kecil.

"Ke mana saja abang. Mel tak kisah."

"Kalau macam tu, jomlah kita keluar dating," ajak Julian laju.

"Honey, jom. Biy tunggu dalam kereta tau."

Aku menganggukkan kepala. Sebelum keluar dari rumah, aku sempat berpesan kepada Noah, Ryan dan Ryana supaya menjaga diri sesama mereka. Dengar kata Rae. Dan jangan jauh-jauh daripada Rae. Ibu mana yang tak berat hati nak lepaskan anak-anak keluar dengan orang lain. Walaupun keluarga sendiri. Bila anak-anak tak ada depan mata, jadi risau dan kadangkala fikiran boleh menjadi overthinking.

"Bye, mama. I love you!" ucap anak-anakku serentak seraya melambai-lambaikan tangan mereka.

"Bye, sayang-sayang mama. Ingat pesanan mama, ya. I love you more..." Aku membalas lambaian mereka sebelum melangkah masuk ke dalam perut kereta. Rery turut melambaikan tangan ke arah mereka.

"Kita nak pergi mana, sayang?"

"Tempat yang menenangkan. Kalau boleh, tak ramai orang. Boleh spend time berdua."

"Kalau macam tu, kita pergi Cruise Tasik Putrajaya. Okey tak?"

Laju aku menganggukkan kepala. "Boleh, boleh. Teringin nak pergi sana. Dah alang-alang ni. Boleh kita naik bot sama-sama, kan biy?"

Rery tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya. "Boleh, sayang. Anything for you. Hari ini, cakap saja apa yang honey nak. Biy akan cuba turutkan semampu biy. Okey?"

Aku tersenyum. Tangan kirinya aku genggam sebelah. Erat. Perlahan dia mengundurkan kereta ke belakang sebelum meluncur laju ke jalan raya. Rasa bahagia sangat bila dapat meluangkan masa berdua dengan suami setelah sekian lama dia sibuk bekerja. Berpenat-lelah mencari rezeki untuk kami anak-beranak. Boleh dikatakan dia selalu lewat pulang ke rumah sejak-sejak akhir ini.

"BIY call siapa?" soal aku dengan kerutan di dahi.

Rery menoleh sambil tersenyum. "Biy buat surprise untuk honey. Lagi dua jam kita pergi satu tempat ni. Sekarang ni, honey nak pergi mana?"

Aku ketawa kecil. Kepala aku geleng sekali. Sempat pula suami aku ni nak buat kejutan untuk aku. Kejutan apa pulalah kali ini. Berdebar rasanya.

"Kita sewa basikal bateri tu boleh tak? Lepas tu, kita keliling satu taman."

Rery menganggukkan kepalanya. Dia mengenggam tanganku lalu sama-sama menyusun langkah menuju ke kaunter penyewaan basikal bateri itu. Teruja pula aku melihat satu pasangan. Tak pasti sama ada sudah berkahwin atau belum sedang menaiki basikal bateri itu sambil bergelak-tawa. Si jejaka menunggang basikal itu manakala si gadis membonceng di bahagian belakang. Nampak sweet!

"Amboi, honey. Tekunnya tengok pasangan tu naik basikal, ya. Tak sabar ke nak naik dengan biy?" sakat Rery sambil mencuit daguku.

"Hishbiy ni. Ya! Tak sabar nak naik dengan biy. Dah sewa belum?"

"Sudah. Staf tu tengah check bateri basikal. Karang dibuatnya termati tengah jalan. Terpaksalah honey tolak basikal tu balik ke sini." Rery ketawa.

"Eh, honey pula yang kena tolak? Karang tak pasal-pasal terberanak dekat sini sebab tolak basikal tu dengan tolak-tolak biy sekali."

Semakin galak Rery ketawa. Tangannya naik memeluk bahuku. Aku hanya menggelengkan kepala. Ada-ada saja Rery ni nak menyakat aku. Ada ke patut aku yang kena tolak basikal tu. Fuh!

"Encik, ni dia basikalnya. Selamat beriadah!" ucap staf itu dengan senyuman manis terbit pada bibirnya. Bagus betul dia melayan pelanggan dia. Ceria saja wajahnya. Memang patut pun ramai yang nak berurusan dengan dia dari tadi.

"Terima kasih," ucap aku sambil tersenyum.

"Honey boleh naik tak? Langkah betul-betul. Tengok bawah. Pegang bahu, biy."

Haaa... itu pesanan dia. Punya risau sampai satu-satu dia pesan dekat aku. Takut sangat yang isteri dia ni ganas sangat naik basikal ni.

"Ya, biy. Don't worry." Kedua-dua belah bahunya aku pegang. Perlahan aku menaiki basikal itu. Fuh... muat-muat saja. Al maklumlah, aku sejak berbadan dua ni. Badannya makin naik. Jadi kembanglah juga. Tu ingatkan tempat duduk basikal ni tak muat. Nasib baiklah ngam-ngam dan selesa.

"Okay. Are you ready, honey?"

"Yes, biy. I am ready!" balas aku sambil mengangkat kedua-dua belah tangan ke udara. Mata aku pejam seketika. Seronok rasanya!

Rery sudah mula menunggang basikal bateri itu. Angin mula menampar-nampar lembut wajah dan tubuh kami. Rasa damai sangat pada waktu petang seperti ini. Lepas ni, bolehlah bawa anak-anak sekali. Mesti dia orang suka memandangkan taman ini ada macam-macam jenis permainan untuk kanak-kanak.

"Biy, lepas ni boleh bawa kids, kan?"

Rery menganggukkan kepalanya. "Boleh sangat, sayang. Bagus ajak dia orang beriadah dekat sini sekali-sekala."

Aku tersenyum. Rasa tak sabar pula nak bawa dia orang ke sini nanti. Mungkin selepas aku dah habis berpantang nanti. Dekat sini pun boleh buat hari kekeluargaan. Boleh berkelah dan macam-macam aktiviti lagi yang boleh buat. Selain itu, dapat juga mengamati suasana sekeliling taman tasik di Putrajaya ini.

"Honey, are you happy today?"

"Of course, biy. I am so happy. Thank you." Aku senyum lebar. Pinggangnya aku peluk dari belakang dengan erat.

"Biy dapat rasa baby kick dari belakang." Rery ketawa kecil.

"Itu maksudnya baby pun tengah seronok sebab mama dia rasa seronok sangat!"

Rery mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali sambil tersenyum lebar. Suka aku melihat setiap kali Rery tersenyum. Senyuman dia mampu menggetarkan jiwaku. Senyumannya juga buat aku rindu setiap kali dia pergi kerja dan pulang lewat ke rumah. Senyuman dia juga membuatkan aku rasa tenang.

"I love you, honey. I love you so much. Nobody can replace you. Only you in my heart," ucapnya sebaik saja dia memberhentikan basikal di bawah sebatang pokok yang rendang betul-betul berhadapan dengan tasik.

"I love you more, biy. And nobody can replace my husband. Only Rery El-Sharif in my heart."

Rery memusingkan tubuhnya menghadapku. Perutku diusapnya lembut sebelum tangannya naik ke pipiku. Dielusnya lembut sambil bibirnya tidak lekang dari tersenyum.

"And Juliana Adra always be my angel. Till jannah."

Aku melentukkan kepala pada bahunya. Tubuhnya aku peluk. Rery pula mengusap-usap bahuku. Kami bersama-sama melemparkan pandangan ke tasik yang sungguh cantik dan mendamaikan itu. Matahari pun tidak terlalu terik. Pengunjung pun tidak terlalu ramai. Sepertinya hanya aku dan Rery saja yang berdua di taman ini.

TEPAT jam 8:00 malam, Rery membawa aku suatu tempat yang dikatakan kejutan buat aku. Aku masih tak dapat tangkap lagi apa kejutan dia malam ini. Tapi apa yang aku nampak sekarang ni, kami berada di sebuah jeti kecil dan ada terdapat beberapa buah perahu yang dihias cantik bertemakan ala-ala romantik sekitar tasik itu. Ada beberapa pasangan yang sedang duduk di dalam perahu sambil berbual sesama sendiri. Itukah kejutan yang Rery nak buat untuk aku? Kalau betul... seronoknya! Dapat makan dan meluangkan masa di dalam perahu itu selama mana kita mahu. Tapi aku tak pasti pula tentang harga. Rery mana pernah nak cakap pasal harga ni. Kalau aku tanya pun, mesti dia mengelat. Dia memang tak suka kalau aku atau orang lain bertanyakan tentang harga.

"Come, sayang. Perahu kita dah siap. Inilah kejutan yang biy buat untuk honey. Kita dinner date dalam perahu. Nama perahu ni Perahu Dondang Sayang. Ada juga yang panggil Love Boat. Sebab perahu ni boleh naik dua orang saja."

Aku tersenyum lebar. Laju aku menganggukkan kepala. Tangan Rery aku sambut lalu perlahan-lahan Rery membantu aku untuk melangkah masuk ke dalam perahu. Mujur aku ni jenis yang bukan gayat. Kalau tidak, mahu menjerit aku bila perahu itu bergoyang ke kanan dan ke kiri.

"Sayang duduk slowly..."

Aku menganggukkan kepala. Dengan penuh berhati-hati aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Manakala Rery duduk secara bertentangan dengan aku. Di belakang tempat duduk aku, terdapat satu jaket keselamatan. Pekerja di situ sempat memberikan beberapa pesanan sebelum perahu dilepaskan dari ikatan.

"So... do you like it, honey?"

"I love it so much! Terharu sangat malam ni biy buat surprise dinner date. Rasa teruja!" Aku menepuk tanganku tanda aku betul-betul tengah teruja sekarang ni. Kepala aku dari tadi tak duduk diam. Sekejap pandang ke sebelah kanan. Sekejap pandang ke sebelah kiri. Melihat suasana sekitar taman tasik Putrajaya ini pada waktu malam. Cantik sangat!

"Alhamdullilah. Biy happy sangat tengok honey happy. Ada rezeki lepas ni kita pergi lagi. Sekarang ni, kita makan. Lepas tu, kita spend time berdua. Pukul 10 malam kita balik, okey? Kesian pula dekat kids nanti tunggu kita."

Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum. Ya Allah... seronoknya hari ini. Seronok dapat menunggang basikal dengan Rery pun tak hilang lagi. Ini ditambah lagi dapat makan malam berdua di dalam perahu ala-ala romantik macam ni. Kenangan yang tak akan pernah aku lupakan.

"Honey..."

Aku meletakkan sudu dan garpu di atas pinggan. Sehelai tisu aku tarik dari dalam kotak kemudian dilap pada hujung bibirku. "Hmm?"

"Biy tahu yang biy dah banyak kali ungkapkan ayat ni. Tapi biy nak honey tahu yang biy tak akan pernah jemu nak ungkapkan ayat-ayat ni dekat honey sampai nafas terakhir biy."

Aku tersenyum. Kepala diangguk sekali. "Dan honey tak akan pernah jemu nak dengar biy ungkapkan ayat-ayat tu dekat honey. Malah setiap hari honey tunggu biy ungkapkan ayat-ayat tu."

"I'm really happy to hear that. Biy janji sampai nafas terakhir biyBiy akan jaga dan lindungi honey dan kids. Tak akan ada sesiapa pun yang berani sentuh. Kalau siapa berani sentuh tu, tahu-tahu sajalah akibatnya."

Aku tertawa kecil. "Ya, biy. I know that. Dan honey harap, lepas ni tiada siapa lagi yang kacau kebahagiaan kita. Honey dah tak nak lagi perkara seperti dulu terjadi lagi dekat keluarga kita. Serik, biy."

"Kita banyakkan berdoa. Insya-Allah tiada musuh lagi yang berani menganggu kita. Ian, Rae dan biy akan rekrut beberapa anak buah lagi untuk memantau dan menjadi mata-mata untuk keselamatan kita."

Aku menganggukkan kepala.

"Honey..."

"Hmm?" Aku merenung dalam sepasang anak mata Rery yang turut merenung ke arahku.

"Sei tutto per me. (Honey adalah segala-galanya untuk biy.)"

Aku tersenyum lebar. Perlahan Rery menarik tanganku lalu digenggam.

"Sei il raggio di sole della mia vita. (Honey adalah cahaya matahari dalam hidup biy.)"

Aku mengemamkan bibirku. Malu sebenarnya. Membahang pipi aku dibuatnya. Romantis betul Rery malam ni. Jarang-jarang nak melihat Tuan CEO dingin ni romantis macam ni.

"Ti amo davvero. (Honey sayangkan biy sangat.)"

"E ti amo così tanto fino al mio ultimo respiro. (And I love you so much until my last breath.)" ucap Rery lalu dia mengucup kekura tanganku.

Tangan kekarnya aku usap lembut. Kami saling bertatapan anak mata sambil tersenyum lebar. Aku rasa bahagia sangat pada malam ini.

Dalam hati aku berharap agar hubungan aku dan Rery terus berkekalan sehingga ke akhir nafas kami berdua. Dan tiada lagi musuh-musuh yang menganggu kebahagiaan aku sekeluarga. Terutamanya anak-anak aku.

Cinta dan sayang aku selamanya hanya untuk Mr Rery El-Sharif Princeslon, Si Jejaka Itali. Ti amo tanto, my Mr Princeslon.

T A M A T


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.