Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Thriller/Aksi SC:47:89
SC:47:89
akumatotenshi
14/5/2018 21:36:30
2,814
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 9

Yusrizal kelihatan berdiri dihadapan skirn komputer yang bersambung dengan mesin UHPLC berjenama Shimadzuitu. Tangannya sibuk mengetik masuk semua arahan yang diperlukan untuk mengerakkanmesin tersebut. Mesin UHPLC yang berona hitam putih itu digunakan untukmengenal pasti kandungan ekstrak pokok Pecah Beling yang telah disediakan olehnyabeberapa hari lepas. Sample dari ekstrak ini akan disuntik masuk ke dalam sistemmesin ini dan kandungan ektraks akan direkodkan dalam bentuk chromatograph yangdapat dilihat melalui perisian komputer yang disambungkan pada mesin ini.Sasaran kompound yang diingin oleh Yusrizal ialah SC:47:89 yang sepatutnya dihasilkanoleh pokok Pecah Beling. Setelah keberadaan kompound itu dalam ektrsk yangdisediakannya dikenalpasti, Yusrizal akan mula memencilkan kompound tersebut. Langkahini juga boleh dilaksanakan menggunakan mesin UHPL ini di mana apabilakedudukan kompound mengikut rekod Prof Luqman berada pada kedudukan minit ke 47,sampel berkenaan akan dikumpul secara automatik. Mesin UHPL yang ada di makmalmereka juga beroperasi secara automatik di mana Yusrizal hanya perlu memasukkanbeberapa arahan dan operasi boleh dijalankan tanpa selian. Oleh itu setelahberpuas hati dengan semua arahan yang dimasukan, Yusrizal mula memerhatikeadaan operasi mesin itu. Setelah beberapa minit mesin UHPL itu beroperasitanpa sebarang masalah, Yusrizal mula begerak meninggalkan bilik itu. Hudasudah menunggunya di dalam bilik kultur. Gadis itu sedang tekun memerhatikanperkembangan eksplant yang diperolehi dari daun Pecah Beling. Kelak explant iniakan membiak menjadi kalus dan kalus yang mempunyai kualiti yang baik akan digunakanuntuk menghasilkan tunas-tunas kecil. Kemudian daun dari tunas yang matang akandigunakan untuk mengkestrak SC:47:89. Dengan cara ini kompound SC:47:89 dapatdihasilkan dengan cepat tanpa bergantung dari pokok Pecah Beling yang ditanam secaratraditional.

Kini Dafi, Jaami dan Danish beradadi rumah mayat Hospital Kuala Lumpur. Mereka bertiga bergegas ke situ apabiladafi mendapt berita buruk dari salah seorang detektifnya pagi tadi. Di hadapanmereka terbaring kaku pemuda yang menjadi suspek bagi mangsa yang ditemui matidi Hutan lipur Lentang beberapa hari lalu. Pemuda tersebut ditemui mati didalam sebuah bilik hotel budget sekitar Jalan Tun Abdul Razak. Punca kematianpemuda tersebut dipercayai pengambilan ubat tidur pada dos yang berlebihan.Botol pil tidur yang hampir kosong dan beberapa pil yang bertaburan di sekelilingmangsa semasa ditemui oleh tukang cuci itu mengukukhkan lagi teori tersebut.Namun alasan itu ditolak mentah-mentah oleh Dafi dan Jaami. Atas desakan merekasiasatan lanjut akan dijalankan oleh mereka bagi mengenalpasti punca sebenar kematianpemuda tersebut.  Oleh itu mereka jugatelah memohon agar kes tersebut diserahkan kepada mereka. Dafi dan Jaami sangatyakin bahawa kematian pemuda ini ada kaitan dengan penemuan mayat pemandu lori malamsemalam. Atas sebab itu jugalah mereka meminta Danish untuk turut serta melihatkeadaan mayat pemuda itu. Dafi dan Jaami hanya berdiri tidak jauh dari mangsasementara Danish terus membuat pemerhatian. Danish mula meneliti keseluruhantubuh mangsa. Dengan menggunakan kanta pembesar dia membelek rambut dan kawasankepala mangsa, seterusnya lengan dan kaki mangsa. Akhirnya apabila sampai kebahagian kaki kanan mangsa Danish mula berhenti. Lama dia berdiam diri sehinggamenimbulkan pertanyaan pada Dafi dan Jaami. Namun mereka masih memberi ruangpada Danish. Selepas beberapa minit sekali lagi dia membelek bahagian kaki mangsa.Setelah selesai barulah dia bersuara dengan yakin” Saya pasti bahawa mangsatelah dibunuh. It just a matter of time to find the evidence”.

Lelaki yang agak berusia itu mlabegerak ke dalam lif untuk menuju ke pejabatnya yang berada di tingkat paling atasbangunan itu. Sebelum pintu lif teretutup rapat seorang budak penghantar barangmasuk bersamanya. Budak itu dipandang enteng. Sebaik pintu lif tertutup rapatdia mula menghubungi seseorang melalui telefon pintarnya. “Aku dah baca berita harini... Bagus kerja kau. Tapi aku nak kau uruskan budak dari forensik tu... A rattold me he will cause us some troubles”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.