Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan
Bab 45

BAB AKHIR


"Maa, ada kereta kudalah. Jom naik, maa..." ajak Haikal yang teruja melihat kereta kuda yang sedang berjalan sambil membawa perlancong tu.


Suhaila turut memerhati ke arah yang sama. Dia pun naik teruja melihatnya. Kuda-kuda yang ada dekat situ nampak jinak sangat.


"Abang, kakak dengan adik naiklah. Mama dengan papa tunggu dekat sini jer." Yana sudah mengeluarkan pursenya tetapi dihalang oleh encik suami.


Imran terus menghulurkan sekeping not RM100 kepada anak sulungnya tu. "Pergilah. Jaga adik tu." Pesannya.


Suhaila mengangguk, tanda mengerti.


Yana melihat anak-anaknya berlalu pergi ke arah kuda-kuda yang berada di situ.


"Sayang tak nak naik ke?" Tanya Imran sambil melabuhkan punggungnya di bangku yang masih kosong tu.


Yana sekadar mengelengkan kepala. Punggungnya turut dilabuhkan disebelah encik suami. Matanya meliar memandang sekeliling. Tiba-tiba matanya terarah ke arah gerai yang menjual pelbagai jenis minuman yang nampak menyegarkan tu. Sedapnya..., bisik hati kecilnya.


"Abang nak air tak?" Soalnya sambil menoleh ke arah encik suami yang tersayang.


"Boleh jugak." Jawab Imran.


"Tunggu sekejap tau." Yana berlalu pergi ke arah gerai yang menjadi tumpuannya tu. Baru beberapa tapak melangkah, matanya sudah dihidangkan dengan sesuatu yang tidak ingin dilihatnya. Hmm...


Dari jauh Yana melihat seorang lelaki dalam lingkungan 30-an, sedang meraba tas tangan milik seorang wanita muda yang nampak berkerjaya tu. Huh! Sempat lagi dia buat kerjakan...


Setelah berjaya mengambil purse wanita muda itu, lelaki tersebut beredar pergi dengan riak wajah bersahajanya.


Yana bereaksi seperti tidak melihat apa-apa setelah lelaki itu melintasinya. Dia malas nak ambil pot tapi apakan daya... Dia pantang betul dengan orang yang macam tu. Apa lagi, dia segera patah balik dan membuntuti langkah lelaki tersebut dari arah belakang.


Pada mulanya, lelaki itu tidak menyedari akan kehadiran Yana di belakangnya tetapi lama-kelamaan dia merasakan yang langkahnya telah diikuti oleh seseorang. Dengan penuh berhati-hati, dia menoleh ke belakang tapi tak ada apa yang mencurigakan. Hmm... Dia meneruskan perjalanan dan semakin jauh dia berjalan, semakin kuat rasa yang dirinya telah diekori dari arah belakang. Untuk sekian kalinya, dia menoleh.


Gulp!


"Perempuan ni ikut aku ke apa?" Monolognya, sekadar di dalam hati.


Yana buat-buat leka dengan telefon bimbitnya tu.


Hati lelakinya mulai rasa tak sedap, lalu dia segera mempercepatkan hayunan langkah kakinya tu.


Yana yang melihat pantas menyimpan telefon bimbitnya tu lalu segera mempercepatkan langkah kakinya.


Tak cukup dengan itu, lelaki tersebut terus membuka langkah seribu. Cuba melarikan diri.


Yana yang melihat terus mengejar lelaki itu dengan sepenuh tenaganya.


Semakin laju dia berlari, semakin laju Yana mengejar.


Lelaki itu merengus kasar. Lorong kecil dihadapannya segera dimasuki.


Yana mengekorinya dan setelah dia masuk ke lorong kecil tu, langkah kakinya terus terhenti dengan mendadak.


Lelaki tadi sudah tidak bersendirian lagi. Kini, dia diapit oleh dua orang kawan yang seumuran dengannya tu.


Alamak?


Yana sudah menoleh kiri, kanan dan belakangnya tu. Sunyi dan sepi. Bagus. Tahulah nasib kau orang nanti. Huh! Dia memandang lelaki tersebut tanpa rasa takut.


Lelaki itu tersenyum sinis.


"Bro, siapa perempuan ni?" Tanya lelaki berbadan kurus yang berdiri di sebelah kanannya tu.


"Entah. Dia follow aku, bro." Jawab lelaki itu, bersahaja.


"Hoi! Kau nak apa, hah?" Tanya lelaki berbadan gempal yang berada di sebelah kirinya tu.


"Aku tak nak cakap banyak. Aku cuma nak apa yang kau dah ambil tadi. Itu jer." Jawab Yana, bersahaja.


"HAHAHA..." Mereka ketawa serentak.


Yana tersenyum sinis melihat mereka bertiga tu.


"Kau nak ni ke?" Soal lelaki itu sambil menayangkan purse yang diambil tadi.


Yana tak jawab. Dia hanya diam seribu bahasa sahaja.


"Kalau nak ni, ambil lah sendiri. HAHAHA..." Lelaki itu sudah menghamburkan tawanya tu.


Tanpa membuang masa, Yana segera menghampiri lelaki itu.


Terbeliak biji mata lelaki itu apabila melihat keberanian perempuan di hadapannya ni. Tak takut ke? Biar betul, kan?


Yana segera menghulurkan tangannya, meminta purse tersebut.


Lelaki itu buat endah tak endah sahaja.


"Aku tak nak berkasar dengan kau tau. Lebih baik kau bagi sebelum..."


Yana terkejut apabila lengannya dipegang oleh lelaki itu.


"Alang-alang dah serah diri tu, jomlah ikut abang. HAHAHA..." Kata lelaki itu sambil tersenyum gatal. Begitu juga dengan kawan-kawannya.


Yana bengang lalu tangan kirinya segera mencengkam pergelangan tangan lelaki tersebut dan dipulaskan tangan lelaki itu agar terlepas dari lengannya.


"Auww..." Lelaki itu sudah menyingai apabila dengan sekelip mata lengannya sudah dipulaskan ke belakang oleh perempuan tu.


Lelaki berbadan kurus itu cuba menyerang dari belakang. Nak selamatkan kawannya tu lah kan. Kononnya lah...


Tumbukkan padu cuba diberikan tetapi malang baginya apabila Yana lebih pantas menghadiahkan tendangan padu di perutnya tu.


Kan dah kena...


Lelaki berbadan kurus tu sudah memegang perutnya.


Lelaki berbadan gempal sudah mendengus kasar. Dia menghampiri Yana lalu dia cuba melayangkan tumbukkan padunya jugak.


Yana pantas bertindak dengan memusingkan lelaki itu lalu tumbukkan lelaki berbadan gempal itu terus hinggap ke muka kawannya.


"Arghhh!" Jerit lelaki itu.


Lelaki berbadan gempal itu sudah tergamam. Tumbukkannya tersasar lah pulak. Manakala Yana sudah tersenyum sinis.


Lelaki berbadan kurus tu nampak tidak berpuas hati dengan Yana lalu dia cuba menyerang sekali lagi.


Yana yang melihat pantas menolak lelaki itu ke hadapan.


Lelaki berbadan kurus tu terkejut lalu menahan tubuh kawannya itu supaya tidak merempuh dirinya ni.


Yana sudah bersiap siaga.


Tiga orang lelaki itu sudah merenung tajam ke arah Yana yang nampak tenang di hadapan mereka ni.


"Tak puas hati ke? Sinilah..." cabar Yana.


Huh! Mereka merengus kasar.


Yana tersenyum sinis.


Lelaki berbadan gempal berang lalu dia memulakan serangannya.


Yana menanti dengan penuh sabar.


Lelaki berbadan gempal tu cuba memberikan tendangan di bahagian perut Yana tetapi malang baginya apabila Yana pantas menangkap kakinya tu.


Lelaki berbadan gempal itu meronta, minta dilepaskan tetapi tidak diendahkan oleh Yana.


Lelaki itu merengus kecil. Dia cuba membantu kawannya tu. Dia berlari sekuat hati, menghampiri Yana dari sudut lain.


Yana tak mudah gelabah. Dia terus bertindak dengan menarik kaki lelaki berbadan gempal tu lalu dia segera  melompat sambil membuat satu tendangan padu di bahagian perut lelaki tersebut.


"Arghhh!" Jerit lelaki berbadan gempal tu.


Lelaki itu ingin menumbuk Yana tetapi Yana berjaya menggelakkan diri.


Lelaki itu merengus kasar. Dia takkan menyerah kalah. Perempuan yang berlagak hebat ni, harus ditumpaskan. Serangan kedua diberikan. Tendangan padunya hampir mengena di bahagian betis Yana tetapi Yana tangkas menggelak. Tumbukkannya dihayunkan di bahagian pipi kanan Yana. Hasilnya tetap sama. Yana bijak dalam menggelakkan dirinya tu.


"Kau orang bertiga bukan lawan akulah. Lebih baik kau orang serahkan purse tu sebelum kau orang mampus..." Yana mulai berkasar dengan mereka yang tak makan saman ni.


"Kalahkan aku dulu baru aku bagi purse ni dekat kaulah, bodoh." Tengking lelaki itu.


"Okay!" Jawab Yana, sepatah.


Kali ini, Yana yang memulakan serangan. Dia cuba menumbuk pipi lelaki itu tetapi lelaki itu berjaya melarikan diri. Tak cukup dengan itu, Yana menyerang di bahagian kaki  pulak, lelaki itu tak dapat menggelak lalu jatuh terduduk.


PUK!


Lelaki itu menyingai sakit. Dia cuba bangkit tetapi Yana pantas bertindak dengan menendang perutnya.


"Arghhh!" Jerit lelaki itu sambil terbaring di atas jalan. Perutnya yang sakit terus dipegang manakala purse yang diambil terlepas daripada pegangannya.


Yana terus mendekati lelaki yang sudah terbaring tu lalu tangan kanannya segera memeluk leher lelaki itu dengan sekuat hati dari arah belakang.


Lelaki itu meronta, kesakitan.


Yana tidak mengendahkannya.


Kawan-kawan lelaki itu cuba membantu. Mereka datang mendekat tetapi langkah kaki mereka terhenti mendadak apabila Yana sudah mengacukan pisau lipat di bawah leher kawannya tu.


Yana tersenyum sinis. Pisau lipat milik lelaki itu terkeluar sedikit dari poketnya lalu diambil dan dijadikan senjata. Err... Ni namanya senjata makan tuan. HAHAHA...


"Kalau kau orang dekat, aku bunuh dia!" Ugut Yana.


Kawan-kawan lelaki itu bergerak setapak ke hadapan, cuba mendekat.


Yana yang melihat pantas memeluk erat leher lelaki itu sehingga lelaki itu sukar untuk bernafas. Pisau lipat itu ditekankan di leher sehingga mengalirnya cecair merah milik lelaki tersebut.


Lelaki itu terkapai-kapai minta dilepaskan.


Kawan-kawannya segera berundur setapak ke belakang. Tak berani nak mendekat. Perempuan di hadapan mereka ni bukan calang-calang orang.


Yana terus melepaskan rangkulan di leher lelaki itu. Kemudiannya, dia mengambil purse yang tidak jauh daripada lelaki tersebut. "Aku bukannya selemah yang kau sangka. Aku tak rela di seksa..." beritahunya.


"Itu lagulah." Kata kawan-kawan lelaki itu, serentak.


"Tahu tak apa. HAHAHA..." tawa Yana sebelum beredar pergi. Pisau lipat di tangan segera dicampakkan entah ke mana.


Lelaki-lelaki itu merengus kasar. Tak guna betullah...


Yana kembali dengan membawa purse milik wanita muda itu. Ketika dia sampai, situasi yang tenang tadi sudah pun bertukar menjadi huru-hara apabila wanita muda yang menjadi mangsa itu sudah terpekik terlalak mencari pursenya yang hilang. Itulah! Lain kali hati-hatilah sikit. Penjenayah ni pasti ada di mana-mana sahaja. Ish!


"Sayang..." panggil Imran yang baru nampak kelibat si isteri.


Yana menghadiahkan senyuman manis buat encik suami yang tercinta.


"Sayang pergi mana? Puas abang cari tau." Omel Imran, separuh risau.


Yana hanya tersenyum sambil menayangkan purse di tangannya tu.


Imran terkedu. "Mana sayang dapat ni?" Soalnya, ingin tahu.


"Yana kejar si penyeluk saku tu sampai dapat, bang. Lepas tu, Yana... errr... errr..."


"Lepas tu...?" Imran sudah mengangkat keningnya, ala-ala Ziana Zain.


Yana tak jawab tetapi dia hanya menunjukkan aksi berlawannya tu.


Ternganga mulut Imran dibuatnya.


Yana sudah tertawa halus melihat reaksi encik suaminya tu. Daripada menjawab pertanyaan soal selidik encik suaminya tu, lebih baik dia serahkan purse tu kepada pemiliknya. Tak berlengah lagi, dia segera mendekat ke arah mereka yang sedang berkumpul tu.


"Makkkk..." wanita muda tu sudah menangis teresak-esak sambil bercakap dengan emaknya di talian.


Yana yang baru muncul sudah mengeluh lemah. Inilah sikap perempuan yang dia tak boleh terima. Sikit-sikit menangis. Alahai...


"Assalamualaikum." Yana memberi salam dahulu sebelum datang mendekat.


"Waalaikumusalam." Sahut wanita muda tu dengan tersedu-sedunya. Dia menoleh ke arah Yana yang baru muncul.


"Ni awak punya ke?" Tanya Yana sambil menayangkan purse tersebut.


Terbeliak biji mata wanita muda tersebut. Bergegas dia menghampiri Yana apabila matanya terpandangkan purse miliknya tu. "Mana awak dapat ni?" Tanyanya, penuh minat.


"Saya terjumpa purse ni dekat sana tadi. Mungkin tercicir." Bohong Yana sambil menghulurkan purse tersebut kepada pemilik sebenarnya.


Wanita muda tu terus mengambil huluran tersebut. "Alhamdulillah, syukur ya Allah..." ucapnya sambil mencium pursenya tu.


Yana tersenyum senang sebelum beredar pergi.


"Eh! Cik? Puan?" Panggil wanita muda tu tetapi panggilannya tidak dihiraukan.


Yana segera menghampiri encik suami lalu dipeluknya lengan encik suaminya tu.


Imran tersenyum, bangga. "Abang bangga dengan isteri abang ni. Isteriku, kakak kawasan oiii..." jeritnya penuh teruja.


Yana yang mendengar sudah terjegil biji matanya lalu dia cepat-cepat menutup mulut encik suaminya tu. "Ish! Abang ni... Tak payahlah nak jerit bagai. Bukan hebat mana pun kakak kawasan tu. Mahu dia orang ingat isteri abang ni samseng tau. Eeeiiii..." bebelnya.


Ops!


Imran terus mengunci mulutnya.


Yana memerhati sekeliling. Tak ada apa-apa yang pelik. Fuh! Legaaaa...


"Isteriku, kakak kawasan oii..." bisik Imran setelah isterinya melepaskan mulutnya ni.


"Abang!" Yana menjegilkan matanya.


Imran tertawa kecil. Saja nak menyakat si isteri.


Yana geram lalu terus mencubit lengan sasa encik suami.


"Auwww..." jerit Imran.


"Kan dah kena. Sakit tak?" Kata Yana sambil menggosok lengan sasa encik suaminya tu.


"Tak. Sedap." Jawab Imran sepatah.


Yana tertawa kecil mendengarnya.


"Mamaaa..." panggil Sofea sambil berlari anak mendekati mamanya tu.


Yana segera melepaskan rangkulan di lengan encik suami. "Best tak naik kereta kuda tu?" Tanyanya.


Sofea hanya sekadar mengangguk dengan raut wajah cerianya tu.


"Maa, abang lapar lah. Jom pergi makan?" Ajak Haikal pulak.


"Dah puas main, baru terasa lapar ke?"


Haikal menyengih menayang giginya yang tersusun rapi tu.


"Jom kita pergi makan." Ajak Yana sambil memimpin tangan anak bongsunya tu.


"Nak makan kat mana, yang? Tanya Imran.


"Yana tak kisah bang, asalkan jauh daripada dataran ni." Jawab Yana bersahaja.


Imran yang memahami segera menganggukkan kepala, tanda mengerti. Mungkin si isteri tak nak bertembung lagi dengan si penyeluk saku tu. Apalah nasib si penyeluk saku tu ek? Cedera teruk ke? Errr...


Mereka sekeluarga segera bergerak meninggalkan dataran yang meriah dengan kunjungan para pelancong dari serata negeri tu.


Di dalam kereta, Imran memandang cermin pandang belakang untuk melihat keadaan anak-anaknya tu. Suhaila sudah menyumbat telinganya dengan earphone. Dengar lagu ler tuuu... Begitu juga dengan Haikal tetapi anak bujangnya tu mesti tengah rancak bermain games. Manakala anak bongsunya, Sofea sudah pun terlena. Barangkali sudah keletihan.


Ada can lah untuknya beramah mesra dengan si isteri yang sedang leka berbalas whatsApp disebelahnya ni.


"Sayanggg..." panggil Imran, meleret.


Dahi Yana sudah berkerut apabila mendengarkan cara encik suami memanggilnya tu.


"Sayanggg..." panggil Imran lagi.


"Iya." Sahut Yana sambil menoleh ke arah encik suami.


Imran tersenyum sebelum tangan kirinya mengenggam erat tangan kanan si isteri tercinta.


Yana turut membalas genggaman tersebut.


"I love you, sayang." Ucap Imran, lembut.


"Walaupun sayang ni kakak kawasan?" Tanya Yana, separuh berbisik. Matanya sudah melirik ke arah encik suami yang sedang memandu.


"Abang tak kisah sayang jadi kakak kawasan sekali pun, asalkan sayang pandai jaga anak-anak kita dan yang paling penting sayang pandai jaga abang ni haa..." ujar Imran sambil melirik ke arah si isteri disebelah sebelum menumpukan perhatiannya semula di hadapan.


"Betul abang tak kisah? Sayang ni ganas tau." Yana sengaja mengingatkan encik suami.


Imran mengangguk. "Abang tak kisah pun. Selama abang hidup dengan sayang, sayang tak pernah pun naikkan suara dengan anak-anak. Sayang jaga makan pakai abang pun dah buat abang rasa bersyukur sangat tau. Sayang tak pernah tunjukkan keganasan sayang tu depan  kami dan sayang ganas bertempat, kan?"


Yana mengangguk sambil mengeratkan lagi sulaman tangan mereka.


Imran tersenyum. "Lepas ni, abang nak sayang tunjukkan keganasan..."


"Mana boleh. Nanti apa pulak anak fikir, kan. Ish, abang ni..." potong Yana.


"Abang tak habis cakap sayang oiii..."


Yana sudah mengecilkan matanya, memandang encik suami.


"Lepas ni, abang nak sayang tunjukkan aksi ganas sayang tu masa bersama dengan abang, ya. Baru bestttttt oooo..." usik Imran sambil tertawa besar.


Terjegil mata Yana dibuatnya lalu bahu encik suami ditepuknya berkali-kali. "Gatal betullah laki aku ni..." monolognya.


Semakin sakan Imran menghamburkan tawanya. Geli hatinya apabila melihat reaksi si isteri yang mencuit hati tu lalu tangan si isteri segera digenggam kembali. "Abang sayanggg sangat dekat isteri abang ni tau. I love you so much, dear." Ucap Imran sambil menarik tangan si isteri dan dibawakan ke mulutnya. Kucupan hangat hinggap di atas kekura tangan si isteri.


Yana terharu. "Yana pun sayanggg sangat kat abang. Sayang Yana terhadap abang semakin bertambah dari hari ke hari tau. Tak pernah kurang pun. Abanglah suami dan papa yang terbaik dekat dunia ni tau. Kalau abang tak ada, rasa tak lengkap hidup ni. Abanglah nyawa dan abanglah raga buat Yana. I love you so much, abang. Mmuuaahhh!" Kekura tangan encik suami dikucup dengan penuh rasa kasih dan sayang.


"Amboi, siap bunyi lagi tu..." usik Imran.


Yana tertawa kecil.


"Kat sini pulak sayang." Kata Imran sambil menayang pipinya.


Yana yang memahami segera mengucup pipi encik suaminya tu.


Aksinya tu dilihat oleh si anak. Alamak? Suhaila tersenyum simpul melihat aksi romantis mama papanya tu.


"Kat sini belum lagi sayang?" Kata Imran sambil memuncung.


Yana sudah mengecilkan matanya. "Nampak ni?" Tanyanya sambil menayangkan buku limanya tu.


Imran yang melihat terus terhambur gelak tawanya.


"Nakallah abang ni..."


"Nakal dengan sayang abang ni jer tau."


"Love you, abang."


"I love you too, sayang. Mmuaahhh!" Ucap Imran sambil mencium kekura tangan si isteri.


Yana tersenyum bahagia. Inilah suaminya yang akan memimpinnya ke syurga nanti. Semoga hubungan mereka kekal hingga ke Jannah. Aamiin aamiin aamiin yarabbal alamin...


TAMAT


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AiDa