Home Novel Thriller/Aksi Manuskrip Terakhir
Manuskrip Terakhir
Wafa Arissa
13/2/2018 19:01:44
3,542
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 2

PAP!Pintu bilik air dihempas kuat. Jue sudah tidak dapat menahan rasa marah. Maluditegur dan dimarahi Kamila tadi dan ini bukan kali pertama Kamila buat Juebegitu. Berdiri depan cermin, dia atur sedikit rambut perangnya yang panjangparas bahu.

“Perempuantu memang tak sedar diri. Kalau aku nak buat jahat kat kau, senang saja Kamila.Kau tunggulah untung rugi nasib kau nanti,” Jue melepas geram. Mahu rasanya diamenjerit di dalam bilik air itu untuk redakan sakit hati. Sebagai seoranggraduan sarjana Mass Media andCommunication dari universiti terkenal, Lim Kok Wing London, dia rasa amatterhina tadi. Dia hela nafas dengan keras untuk melegakan diri.

Tangannyabuka pula zip sling bag untukmengambil sesuatu. Gincu berwarna Wild Berrydibuka tutupnya lalu dioles ke bibir. Satu terapi mungkin. Dia perhati dirinyalagi sambil kedua bibirnya ditekap beberapa kali untuk meratakan warna. Georgeous, pujinya di dalam hati.Nampaknya warna gincu itu berjaya mengubah mood Juelianna, yang sudah tigatahun bekerja di syarikat Power Media Entertainment.

Hmm, one of these days Kamila, you will saygoodbye to your office and your job,” kata Jue dengan yakin sambil pusingbadannya ke kiri dan ke kanan dengan penuh bergaya depan cermin panjangtergantung di sebelah pintu. Sedang dia merapikan rambut, telinganya tertangkapbunyi derap kasut menghampiri bilik air itu.

“Selamatpagi cik,” sapa seorang makcik apabila berselisih di pintu bilik air namunsapaannya tidak dibalas Jue. Memandang pada wanita separuh abad yang bekerjasebagai cleaner  itu pun tidak.

Sayang,  muka bukan main cantik, tapi budi bahasakosong, bisik hati makcik itu seraya menutup pintu lalu memulakan tugasnyamembersih bilik air.

Juepula terus berjalan menuju lif untuk turun ke bawah. Malas hendak masuk semulake pejabat. Malas hendak menghadap muka Kamila dan staf-staf  lain yang menyaksikan insiden memalukan dibilik mesyuarat tadi terutama sekali Natasha.

Natasha,entah kenapa nama itu membuatnya sakit hati. “Huh! Baru tulis satu rencana dahberlagak. Setakat budak hingusan tu, tulis karangan untuk SPM bolehlah.” Juemencemuh dan membuat muka. Punat lif ditekan.

Sambilmenunggu pintu lif dibuka, smartphonedi tangan diamati. Jarinya pantas menjalar di skrin dan nombor telefonseseorang disentuh.

“Hey,I ni. You free tak?” tanya Jue dengannada manja. Dia kemudian mengangguk seraya mengukir senyum. “Okey. I tunggu youkat tempat biasa, Bye.”

Diaterus berjalan dengan bergaya ke tempat letak kereta sambil otaknya ligatberfikir, mencari idea untuk membuat serangan balas terhadap Kamila. Masuksahaja ke dalam kereta, emjin dihidupkan dan keretanya meluncur keluar menujuke jalan besar. Suasana di jalanraya tidak begitu sesak kerana belum waktu peak hour lagi. Dengan senang hati Juememandu sambil mendengar celoteh deejay radio HitsFm. Sesekali dia tertawaapabila dua orang deejay membuat prankyang tidak masuk akal kepada lelaki yang bernasib malang menjadi mangsa merekahari itu.

            Pemanduannya lancar sahaja sehinggakereta dipandu masuk ke parkir Merdeka Palace. Jue kemudian berjalan menujulobi hotel untuk masuk ke Ristorante Beccari,restoran makanan Itali yang mewah dan ekskluif di hotel itu. Restoran ituadalah tempat kegemaran mereka berdua semenjak menjalinkan hubungan setahunyang lalu.

Selaindaripada hidangan yang enak, suasana yang mewah, Jue pentingkan standard dan mahu menjaga imej dirinya.Buah hatinya pula bergaji lima angka, tidak termasuk dua sifar di belakangtitik dan tidak kisah membayar harga hidangan yang mahal. Lelaki, mestilahpandai menjaga hati kekasih, fikir Jue dan dirinya bukan kekasih sembarangan.

Hampamelihat tempat duduk kegemarannya sudah diambil, matanya melilau mencari tempatduduk lain. Ada sebuah meja kosong di sudut yang agak jauh dari meja lain laludia berjalan laju-laju ke situ, bimbang kehilangan meja itu pula. Sebaik duduk,jam tangan dijeling sekilas. Baru pukul sebelas pagi. Jari-jari runcingnyamengetuk meja dan kejap-kejap dia memandang ke arah pintu mencari kelibat orang yang sedang dinanti.

Setelahsetengah jam berlalu, Jue gelisah. Pelayan restoran sudah dua kali menghampirimeja untuk mengambil pesanan tapi dia minta diberi masa. Jam tangan ditatapbeberapa ketika.

“Kenapalambat sangat ni. Bukannya jauh sangat pejabat tu. Aku drive tadi sepuluh minit dah sampai.” Jue membebel sendirian. Diamemang tidak suka menunggu.

Whatsappyang dihantar tadi pun seperti belum dibaca. Jue akhirnya buat panggilantelefon.

“Hai,kenapa dia tak jawab kol ni?” Hati jue mulai terasa panas. Tiga empat kali dia membuatpanggilan namun tidak berjawab. Oleh kerana tidak tahan menunggu, Jue akirnyabuat keputusan untuk beredar dari restoran itu. Buat tambah sakit hati saja akutunggu dia, hatinya mendongkol geram.

Dialantas berdiri dan bergerak ke pintu restoran. Kembang hidungnya apabila adadua orang jejaka warga asing memerhatinya dengan penuh minat. Jue hanya lemparkansenyuman. Seronok betul dia menjadi perhatian namun seronok itu lenyap apabiladia terpandang kelibat yang dikenalinya duduk semeja dengan seorang wanita.Begitu rancak perbualan mereka sehingga tidak sedar Jue sedang memerhati denganhati yang panas membara.

MarahJue hampir meledak apabila terlihat mereka berdua saling bergenggam tanganibarat pasangan baru bercinta. Romantis sekali. Perasaannya ketika itu hanyatuhan saja yang tahu. Kalau bukan kerana dirinya sedang berada di khalayakramai, sudah tentu dia akan mengamuk.

“Kurangajar. Sejam aku tunggu dia macam tunggul kayu, rupa-rupanya dia berseronokdengan betina tu. Huh!”

Juesengaja lalu melintasi meja di mana Arman dan isterinya sedang duduk. Armanterkejut apabila Jue berdehem. Mata Jue tajam menjeling namun Arman cepat-cepattundukkan kepala, berpura-pura membaca menu. Mujur isterinya tidak perasan.

Jueketap bibir menahan geram. Kasut tinggi yang tersarung di kaki sengaja dihentakbila berjalan supaya Arman tahu dia sedang marah. Tanpa menoleh, dia cepatkanlangkah menuju ke lobi kemudian ke bahagian tempat letak kereta.

Apalahnasibnya hari ini, tadi dimalukan di hadapan staf  junior. Sekarang dipermainkan kekasih hati. Rancangannyahendak mengadu tentang Kamila juga tidak berhasil. Nampak gayanya dia perlucari jalan lain untuk membalas perbuatan Kamila. Maruahnya harus ditebussemula.

Armanseperti cacing kepanasan. Gelisah tidak menentu. Silapnya juga kerana bersetujuuntuk berjumpa Jue di situ. Oleh kerana terlalu sibuk, dia lupa lunch date bersama Katrina, isterinya.

What’s wrong?” tanya Katrina apabilaperasan suaminya seperti tidak senang duduk.

“Inak ke toilet sekejap. You orderlahdulu.” Arman berhelah. Dia bukannya ke tandas tetapi ke bistro yang dipisahkandari restoran Itali itu oleh sebuah pintu kaca. Tergesa-gesa dia keluarkantelefon dari poket seluar.

Juebaru hendak menghidupkan enjin kereta apabila telefon berbunyi. Jue mendengusmarah apabila ‘Sayang’ tertera di skrin. Sayang adalah gelarannya buat Arman.

Lelakijahanam. Ah, malaslah aku nak layan, bentak hatinya.

Panggilantidak dijawab. Dia keluar dari hotel itu dan memandu menghala rumahnya. Sekejapannada mesej masuk kedengaran pula. Kebetulan sedang menunggu lampu isyaratbertukar Jue periksa telefon. Bimbang juga jika ada mesej penting dari pejabatatau dari keluarga.

Nafasnyaturun naik membaca teks mesej di Whatsapp. ‘SorryJue. I lupa. Malam ni kita jumpa. I janji.’

“Senangje cakap sorry, lupa. Lelaki ni semuasama. Depan bini bukan main macam malaikat. Belakang bini, bapak syaitan!” Juemenghambur marah di dalam kereta. Sebaik lampu isyarat bertukar hijau, diatekan minyak dan memandu agak laju.

Dalammarah dia buat keputusan. Malam ini dia akan ajak beberapa orang kawannyakeluar dan berjumpa di tempat yang dijanjikan Arman. Biar Arman penasaran. Diaakan buat Arman melutut dan merayu-rayu seperti mana dirinya merayu Arman satuketika dulu.

Semakinsakit hatinya apabila kenangan lama itu hadir. Semasa menuntut dulu, dia dan Armanberkenalan dan bercinta dan merancang masa depan untuk berkahwin. Sayang, ibu Armantidak berkenan gadis lincah seperti dirinya. Ibu  Arman ada pilihan sendiri.

Lumrahlelaki mungkin, apabila si ibu perkenalkan dia dengan gadis pilihan yang ayu,lemah lembut dan penurut, Arman berubah hati lalu memutuskan hubungan mereka. Mungkinjuga Arman ada sebab lain, Jue tidak tahu dan tidak mahu tahu. Dia kecewa benardengan sikap Arman yang tidak punya pendirian dan mudah berubah hati. Hampirlapan tahun berlalu, lapan tahun itu jugalah Jue patah hati memendam rasa kecewasehingga tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan dengan lelaki lain.

Mungkinsudah ketentuan, setelah sekian lama terputus hubungan, mereka bersua kembalidi majlis makan malam tahunan syarikat. Rupa-rupanya  Adam merupakan rakan kongsi di syarikattempatnya bekerja. Masing-masing bertukar cerita dan bertukar nombor telefon. Semenjakpertemuan itu mereka berdua sering berjumpa di luar lalu rasa cinta berputikkembali.

 Hubungan mereka semakin rapat dan Juemerasakan kedudukan dirinya sudah dirasakan terjamin. Adam pernah mengatakanakan mencadangkan nama Jue untuk mengisi jawatan Pengurus Produksi di syarikatpenerbitan itu kerana Adam dan rakan kongsinya bercadang hendak menerbitkannovel dan drama mulai tahun hadapan. Jue anggap ia sebagai satu bonus untukdirinya.

Teringattentang itu Jue berkira-kira sama ada rancangannya tadi berbaloi atau tidak. “What if Adam gets jealous? Bahaya tu,” ujarJue pada dirinya sendiri. Bimbang kedudukan tergugat kalau-kalau Adam menukarfikiran, Jue batalkan rancangannya.

            Biarkan saja Jue. Kau mesti dapatkanjawatan tu. Gunakanlah peluang yang ada sebaiknya,mindanya bagai menghasut agar Jue lupakan apa yang berlaku di restoran tadi. Adaperkara lain yang lebih penting iaitu misinya untuk melobi jawatan tinggi disyarikat itu dan menyingkir Kamila.

            Jalan agak jem dan Jue ambilkesempatan untuk membalas mesej Adam.

Otaknyasekarang sedang membayangkan pakaian-pakaian yang ada di dalam almari baju.Semua dah pernah dipakai, rungut Jue kepada dirinya sendiri. Hm, aku pergi caribaju baru sajalah. Mungkin boleh pergi spa sekali, fikirnya lagi.

Senyumdek puashati dengan keputusan yang dirasakan dirinya sangat bijak, Jue pusingstereng untuk masuk ke simpang jalan dan terus memandu menuju VivaCityMegamall. Telefonnya berdering lagi. Kali ini panggilan dari pejabat tetapi Juetelah buat keputusan untuk tidak menjawab dan tidak membuat panggilan balas.

Biarkanmereka tercari-cari, bisik hatinya. Ketika itu dia hanya fikir untuk memanjakandiri di spa sebelum membeli-belah dengan kad kredit yang diberikan oleh Armanminggu lepas.

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.