Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Thriller/Aksi Professional Lover
Professional Lover
Karisma
6/8/2018 16:33:56
2,187
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 5

Saling berpandangan, tangan yang sedang saling bergenggaman, mesra Zareeny ramas. Serupa Rika membalas, meramas-ramas tangan rakan barunya itu.

Sebaik Rika kata tadi di awal pertemuan; 'We met each other in heaven before', boleh dikatakan, sejak itulah kemesraan di antara mereka berputik. Ia mekar ketika mereka duduk semeja, dan berlangsung hingga ke saat itu.

Sungguh,kemesraan mereka mengalir tanpa dipaksa. Seakan saja sudah kenal lama. Sepertinya, apa yang dikatakan Rika itu memang benar; 'We met each other in heaven before'.

"It's nice to meet you, dear. And, thanks for the treat," ucap Rika.

Zareeny angguk. Perlahan bibir mengukir senyuman.

"You are most welcome. It's nice to meet you too," balas Zareeny.

Mereka berpelukan. Saling mencium pipi.

Dan dalam pada itu, Haikal yang sedang berdiri di belakang Zareeny, tak berkedip Rika pandang.

Terpaku Haikal. Mata terus beradu mata, dan saling berbalas renungan.

Perlahan Rika mengulum senyum. Kening diangkat-angkat, mengusik Haikal.

Terpana Haikal, yang masih lagi di awangan impiannya menjadi kenyataan, iaitu dapat bertemu lagi dengan Rika, perempuan idaman. Berderau darah dengan tingkah Rika. Berdebar-debar hati melihat aksinya yang menggoda. Juga terpegun melihat perempuan seksi itu yang kelihatan semakin cantik saat angin petang membelai rambutnya.

‘Mengancam!’ Hati Haikal berbisik.

"Jangan lupa contact I. ASAP!" Zareeny mengingatkan saat mata mereka kembali bertentang. Dia sudah tak sabar mahu berunding lebih lanjut dengan Rika tentang projek yang dibincangkan tadi di meja makan.

"Of course I akan contact you, ASAP!" Rika memberi jaminan sambil ketawa kecil.

"You betul setuju kan jadi model untuk I?" Zareeny inginkan kepastian.

"Tentu, dear. Lebih dari setuju!"

Sekali lagi mereka berpelukan. Ketat-ketat kali ini Rika memeluk seperti tak mahu melepaskan.

Rika sengaja. Dia mahu mengambil kesempatan sebenarnya.

Haikal dipandang lagi dengan sinar mata semakin tajam, menikam dan menusuk. Lama dipandang, mengajak Haikal senyap-senyap bermain mata dengannya selama mungkin yang boleh.

Tadi ketika duduk semeja, tak berpeluang mahu bermain mata dengan Haikal, lelaki yang dilengkapi Tuhan dengan rupa yang sedap perempuan melihat. Mata dan tumpuan Rika tak sempat meliar ke mana, kerana diikat Zareeny yang asyik menerangkan projeknya. Kini barulah dia berkesempatan memandang Haikal dengan puas. Dan peluang ini tak mahu dilepaskan.

Saat terasa Zareeny mahu meleraikan pelukan, cepat-cepat Rika mengenyit mata. Manja menjeling diiring senyuman manis seakan memberitahu Haikal, carilah jalan serta peluang untuk mendekatinya.

"Kita jumpa lagi," lirih Zareeny.

"Tentu, dear. Tentu kita akan jumpa lagi. ASAP!"

"By the way, hmmm... like I said, you look familiar." Zareeny mengungkit lagi.

"Well...like I said too, we met each other in heaven before." Pantas Rika membalas dengan nada bersenda.

Mereka ketawa, sebelum berpisah.

Rika ke keretanya sebaik Zareeny dan Haikal beredar. Menyandarkan badan ke kerusi, mata dilepaskan ke hadapan.

Tersenyum saat teringat apa yang berlaku tadi. Lucu mengenangkan mimik muka Haikal yang seperti dibangunkan dari mimpi, saat mereka diperkenalkan oleh Zareeny. Lucu melihat dia seperti serba-salah dan salah tingkah, tergagap-gagap memperkenalkan diri.

Teringat juga rancangannya yang berjalan lancar dan berhasil dengan begitu mudah. Tak sangka Zareeny akan menjadi rakannya, dan mesra pula. Lebih tak disangka lagi, Zareeny telah meletakkannya di posisi yang strategik dengan menawarnya menjadi part time model. Ini bermakna, mereka akan banyak menghabiskan masa bersama. Juga bermakna, peluang untuk mendekati Haikal kini lebih mudah dan luas terbuka. Inilah yang diinginkan Rika.

Perlahan-lahan wajah Haikal melintas ruang mata. Melintas dengan senyuman mega-wattnya. Senyuman yang mempunyai potensi tahap tinggi untuk mencairkan hati setiap perempuan yang melihat.

Dalam-dalam Rika menghela nafas. Tak sedar, tangan dengan sendirinya mencapai beg tangan. Foto Haikal dikeluarkan. Direnung. Lama direnung foto itu.

Memejamkan mata, kepala direhatkan ke headrest. Fikiran dibiarkan melayang. Jauh melayang.

Bayangan Haikal semakin jelas berlegar di ruang mata. Seakan Haikal sedang berdiri dekat dan membalas renungannya. Seakan berdiri dekat mengajaknya bermesra...

Deringan telefon bimbit mengejut Rika. Terhenti lamunan indah. Pantas dikeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan.

"Waalaikumsalam." Rika membalas salam sebaik menjawab panggilan.

"Bagaimana perkembangan?" Dato Zainuddin di hujung talian, suara kedengaran ghairah.

"Alhamdulillah. Sejauh ini perkembangan sangat memuaskan. Berjalan lancar semuanya. Positif."

"Jadi maksud awak, awak dah jumpa orangnya?"

"Bukan saja dah jumpa, tapi dah berkenalan pun."

Kedengaran Dato Zainuddin ketawa kecil. "Ini yang saya nak dengar. Ini yang saya harapkan sangat. Memang saya yakin sangat dengan kebolehan awak."

Rika senyum sambil terkedip-kedip. "Saya pasti akan usahakan sebaik mungkin."

"Bagus.Itu yang saya mahu. Tapi ingat, awak sentiasa harus berhati-hati. Awak sendiri tahu dia lelaki yang macam mana, dan apa yang ada pada dirinya," kata DatoZainuddin, memesan.

"Maksud Dato... Dato tak yakin dengan saya?" Soal Rika. Merasa integritinya tercabar.

"Bukan begitu maksud saya. Awak jangan salah faham."

"Kalau bukan begitu, habis apa maksud Dato?"

"Rika...saya tahu awak seorang profesional. Rekod awak memang cemerlang. Itu saya tahudan tak nafikan. Tapi saya yakin, selama ini, awak belum pernah berdepan dengan lelaki seperti Haikal. Dan awak harus ingat, awak ini seorang perempuan. Hati awak hati perempuan. Itu yang saya maksudkan. Dan saya harap awak faham."

Rika diam, sebelum bersuara. "Ya, Dato. Saya faham apa yang Dato maksudkan. Memang saya ini seoarang perempuan. Punya hati perempuan. Tapi, bukankah hati itu lain-lain?"

Berkeluh Dato Zainuddin dalam hati dengan sikap ditunjukkan Rika.

"Memanglah hati lain-lain," jelas Dato Zainuddin. "Tapi kalau dah namanya perempuan,punya hati perempuan, berakal macam mana pun, mereka akan lebih condong kepada perasaan. Lebih senang dipengaruhi perasaan. Itu yang saya maksudkan. Dan itu yang saya takutkan akan terjadi ke atas awak."

Seketika mereka berdiam, sebelum Dato Zainuddin bersuara lagi,

"Awak tahu, Haikal tu bukan saja seoang 'Sweet talker', malah dia seorang yang 'Smartand Convincing talker'. Pandai dan bijak meyakinkan orang dengan kata-kata. Itu awak kena ingat. Itu yang saya maksudkan."

"Jadi, Dato takut saya termakan dengan kata-katanya lalu jatuh cinta? Dan seterusnya misi ini akan gagal?"

"Ya. Begitulah kira-kira."

Rika diam. Sebentar bermenung. Memikir-mikir. 

"Hmmm...baiklah, Dato. Terima kasih kerana mengingatkan. Saya hargai. Okey, nanti kalau ada apa-apa perkembangan akan saya beritahu Dato." 

Perbualan dimatikan. Entah kenapa, tiba- tiba hati Rika berdebar-debar  mengingatkan pesanan Dato Zainuddin itu. Dan masih berdebar-debar walaupun perbualan sudah lama ditamatkan. Terngiang-ngiang pesanan itu di telinga.

Dia akui, apa yang dikatakan Dato Zainuddin itu memang benar. Sepanjang karier memang belum pernah dia berhadapan dengan lelaki seperti Haikal. Begitu juga apa yang dikatakan Dato Zainuddin itu memang benar; dia seorang perempuan, yang mempunyai hati  perempuan. Dan dia sedar, memang sedar Haikal bukan sembarangan lelaki.

Menegakkan badan, erat menggenggam stereng, hadapannya dikitari. Ke kiri kanan anak mata bergerak, seolah menyelidik perasaan sendiri. Seolah memasang telinga, mendengar-dengar bisikan suara hatinya yang paling halus, paling dalam, dan paling tersembunyi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.