4,305
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 5

Balqis duduk sendirian di pangkin tepi kolam tanpa ditemani 

siapa-siapa. Seorang perempuan terus memerhati Balqis. Setapak demi setapak dia berjalan mendekati Balqis. 


Dia sangat merindui Balqis. 


Kedua-dua belah mata Balqis ditutup rapat. 


"Siapa ni? Abang Ahnaf ke? "Soal Balqis polos. 


Perempuan itu menggeleng. 


"Abang Har ke?"


"Hey perempuan! Kau buat apa dengan adik aku!? "Jerkah Ahnaf seraya pantas mendapatkan Balqis. 


"Kak Lia... Abang, kenapa abang marah Kak Lia? Dia kan kawan Aqish."Marah Balqis sambil berada di dalam dakapan Ahnaf. 


"Hoi hantu! Kau nak apa dekat dengan adik aku!? Tak tahu malu ke masuk rumah orang tanpa minta izin!? Perempuan jenis apa kau ni ha!? "


Pang! 


Satu tamparan dikenakan ke pipi Ahnaf. Lantas dia senyap. Alia menggeletar menurunkan tangannya.Setitis air matanya mengalir. 


"Ma... Maafkan saya. Saya terlepas. Saya tahu saya salah, saya tak patut masuk ke dalam rumah ni tanpa izin awak."Alia segera berlari pergi. 


"Alia! Maafkan saya! "Teriak Ahnaf menyesal. Dia tidak patut menuduh melulu seperti tadi,apatah lagi menggelarkan Alia hantu.Wajahnya diraup kasar. 


"Lia. "


Langkah Alia berhenti disaat seorang lelaki mencengkam tangannya.


"Kita kena berbincang. "


Pang! 


Buat kali kedua Alia menampar pipi seorang lelaki. 


"Takde apa yang perlu dibincangkan sekarang. Kau kena ingat ni, hutang nyawa dibayar nyawa! "


Tangannya ditarik daripada cengkaman lelaki itu.


"Urusan kita belum selesai Lia! "


Alia memekakkan telinga.


***


Ahnaf mundar-mandir di hadapan televisyen.Telefon pintar di meja dipandang berulang kali. Rambutnya diraup perlahan. Setelah penat mundar-mandir sehingga mengganggu Balqis, akhirnya dia duduk di sofa. 


Balqis memandang Ahnaf dengan reaksi aneh. Dia mendekati Ahnaf. Muka Ahnaf dipegang dengan tangannya yang kecil itu. 


"Abang kenapa? "


"Takde apa-apa sayang... Abang cuma risaukan Abang Har. Ke mana pula Abang Har pergi ni? "Balas Ahnaf diakhiri rungutan. Nombor telefon Harys kembali didail. Tetapi tidak dijawab. 


Telefon pintar dicampakkan ke sebelah.Balqis melentokkan kepala ke atas bahu Ahnaf. Lengan Ahnaf dipeluk dijadikan bantal. 


Ahnaf sekadar tertawa kecil. 


"Aqish, abang nak tanya sikit boleh? "


"Boleh tanyalah abang. "Jawab Balqis tatkala matanya fokus ke arah kartun di televisyen. 


"Kak Lia tu...Dia ada cerita apa-apa tak kat Aqish? "Tanya Ahnaf sambil menyelam minum air. 


"Takde. Kenapa abang? "


"Eh. Takde apa-apa. "Lantas Ahnaf membalas takut Balqis mengesyaki sesuatu. 


"Hmm... Kak Lia selalu cerita, dia rindukan anak dia... Kesian kat dia tau abang. Sebab tu dia selalu bagi Aqish lollipop sebab dia kata bila tengok Aqish,dia akan teringat kat anak dia. "


Ahnaf terkedu. Dia terdiam seketika.Selepas perbualan itu, mereka kembali menyambung menonton televisyen sambil menunggu Harys pulang.

Mentang-mentang dah nak sihat, merayap pula dia sampai tengah malam. 


***


Bunyi pintu dibuka hampir menyedarkan Ahnaf. Terdengar bunyi tapak kaki berjalan perlahan. Ahnaf buka kelopak matanya. Dia berpusing ke belakang, rupanya Harys sedang menghendap naik ke bilik. 


"Har. "


Lantas Harys berhenti. Kakinya yang baru hendak melangkah naik satu anak tangga diturunkan kembali. 


"Apa dia? "Soal Harys seraya menjungkitkan sebelah keningnya.


"Apa dia kau tanya aku? Kau dari mana ni? "Marah Ahnaf lalu berjalan ke arah Harys. 


"Kau tak payah menyibuk hal akulah bang!"Bentak Harys lalu menolak kasar dada Ahnaf. 


"Kau kenapa ni!? Kena sampuk ke? Balik rumah je terus naik angin!?"Bentak Ahnaf semula.


"Senyaplah bang! Aku dah sembuh! Kau tak payah nak sibuk hal aku!"Jerkah Harys sambil mencengkam baju Ahnaf.Baju itu dilepaskan. Ahnaf tergamam melihat tingkah laku adiknya. 


"Aku... Tak sangka kau dah berubah Har. Kau adik aku, aku kenal kau. Ini bukan adik aku.. "


"Woi!Aku ni adik kaulah! "Jerkah Harys bagai orang gila. 


"Aku dah banyak berkorban untuk kau Har... Ini ke..."


"Tak payah nak mengungkitlah! Aku nak tidur! "Laju Harys memotong percakapan Ahnaf. Dia berlari naik ke biliknya. 


Ahnaf melangkah lemah menuju ke sofa. Balqis tersedar.Dia hanya memerhati raut wajah Ahnaf yang sedang bersedih. 


"Abang janganlah sedih... Aqish kan ada... "Pujuk budak kecil itu lalu memeluk erat badan Ahnaf. 


Ahnaf sembunyikan tangisannya. Senyuman tawar diukirkan dibibir. Tubuh Balqis didukung untuk dibawa ke bilik tidur. 


***


Pokok di luar rumah disiram di pagi hari. Dia menyiram pokok-pokok itu sambil tersenyum. Nak pokok sihat, kenalah menyiram sambil tersenyum. 


Ahnaf berjalan perlahan ke arah Lia. Walaupun berasa was-was, dia tetap gagahkan untuk meminta maaf terhadap Lia. Sekuntum bunga raya dihulurkan ke hadapan Lia. 


"Bunga raya mana awak petik ni?"Tanya Alia apabila bunga raya itu nampak seperti bunga raya di hadapan rumahnya. 


"Errr... Kat sana. "Balas Ahnaf.Sah,dari pokok di hadapan rumah Lia. 


"Tak malu ke?Awak dah petik dari tanaman saya, lepas tu awak nak bagi kat saya pula!? "Marah Alia.Paip dihempaskan ke tanah. 


"Janganlah marah... Saya nak minta maaf je pasal semalam... "


"Eh, tak payah! Ni sekarang saya dah naik hantu! Awak juga yang panggil saya hantu kan, sekarang rasakan! "


Alia menumbuk badan Ahnaf. Ahnaf menjerit kesakitan. 


"Aduh, sakit Lia!Saya nak minta maaf."


"Astaghfirullahaladzim...Apo punyo anak.Ekau masuk ke dalam! Eden suruh siram pokok! Bukannyo suruh pukul anak orang! "Mak Cik Gayah mengamuk dalam loghat Negeri Sembilan. Alia berhenti,dia melangkah naik ke rumah kayu yang usang itu. 


"Maafkan Alia tu yo... "Ujar Mak Cik Gayah dalam loghat Negeri Sembilan.Kelmarin,tidak pula dia bercakap dalam loghat Negeri Sembilan. 


"Namo mak cik, Gayah. Namo anak ni siapo? "Tanya Mak Cik Gayah. 


"Ahnaf mak cik. "


"Oh... Abang kepada Harys yo? "


Ahnaf terkedu. Dia teragak-agak mengangguk. Harys? Ini maknanya, Mak Cik Gayah dan Harys memang dah kenal lama. 


"Mak cik kenal adik saya? "


"Mostilah mak cik kona... Dah lamo mak cik duduk sini. Apa namo tadi? Ha... Ahnaf, jomputlah singgah rumah mak cik. Kito 

sembang-sembang."Pelawa Mak Cik Gayah peramah. Ahnaf terima pelawaan itu. Selipar dibuka lalu menaiki setiap anak tangga. 


***


"Jemputlah minum."Pelawa Alia acuh tak acuh. 


"Terima kasih "Ucap Ahnaf. Alia buat tidak tahu dengan ucapan itu, dia melabuhkan punggung di sebelah Mak Cik Gayah. 


"Harys apo khobar eh? "


"Alhamdulillah... Keadaan dia semakin pulih setelah kemalangan tu mak cik. "


Alia tersenyum sumbing di sebelah Mak Cik Gayah. "Buek apo mak tanyo khobar jantan tak guno tu? Memang layak pun nasib dio macam tu! Dio tu pembawa sial! "


"Lia!!! Omak tak ajar ekau bercakap tak beradab macam ni!"


Lia mendebik tanda protes.Dia bangun dan berjalan kasar meninggalkan ruang tamu. 


"Lia! Maafkan saya. Apa maksud awak? A...Apa maksud awak dengan memanggil adik saya pembawa sial?"Soal Ahnaf secara baik. Dia tidak boleh cepat naik angin.Nanti semakin merumitkan keadaan.


"Awak tanya adik kesayangan awak tu sendiri! Awak cakap dekat dia, hutang nyawa dibayar nyawa! "


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh