Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Seram/Misteri Projek Seram Pokok : FABEL
Projek Seram Pokok : FABEL
SYASYA BELLYNA
25/4/2017 10:13:51
773
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab Prolog
2017, Lembah Kidung

LEMBAH yang dihiasi gunung-ganang dan dibelah sebatang sungai, memukau pemandangan. Kabus yang terapung mempamerkan lagi keindahan semulajadi. Suhu udara yang mencecah 10 hingga 20 darjah Celcius menambah pengalaman untuk dikenang. Namun, panorama itu hanya dapat dilihat berpuluh tahun yang lalu dan bukannya sekarang.

Redupan pepohon disepanjang sungai di tanah yang landai, menaikkan suasana suram. Cemerlang cahaya bulan, meratakan sinarnya di atas puncak tumbuh-tumbuhan.

Dedaun pohon Rah yang kemerahan, terliuk lentuk menyamarkan bentuk bayang-bayang. Aura kurang enak dapat dirasakan. Lelehan cecair merah dari buah yang berbentuk bulat, bergantungan di dahan-dahan pokok Rah, menitis di atas sungai di Lembah Kidung.

Air sungai yang jernih itu pernah dicemari dosa masa lampau. Namun, hal lalu itu seperti air yang mengalir ke hilir. Tiada sesiapa yang peduli. Di kaki pohon, beberapa ekor makhluk halimunan, bermata putih merenung ke depan. Duduk dalam keadaan tenang di sisi timbunan tulang temulang. Di sampingnya si mata berapi, memerhatikan persekitaran dengan pandangan tajam bak burung helang.

“Aaa...”

Sentiasa kedengaran jeritan yang mendayu-dayu, penuh kesakitan dan kesayuan. Kematian yang sudah dijangkakan. Usai seseorang diperlakukan sesuka hati, ajal pun datang menjemput. Darah yang mengalir, diperahkan limau agar rohnya sentiasa terseksa. Penyeksaan tanpa henti kerana mengikut kehendak Fabel, si mata berapi yang telah wujud beratus tahun lamanya. Senyuman yang terukir saling berbalas.

Dua makhluk berbeza ciptaan bersatu untuk melakukan kejahatan. Manusia itu sendiri sedar, hubungannya dengan yang Esa tidak terjaga dan baginya bukanlah penting kerana duniawi lebih utama. Dari dasar perut bumi sampai ke langit, makhluk hina ini membisikkan hasutan agar manusia yang lemah sentiasa mendengar kata dan terus terpengaruh. Rugilah anak-anak Adam kerana membiarkan dosa berkepuk, tidak tertanggung bebanan.

Iblis menjawab, “Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur.” (Surah al-A’raf: ayat 16 & 17)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.