Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
7,646
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 16

                                                                         KESAL

 


Aku merasakan detik jam yang berputar ,perlahan mendekati jiwa yang sedikit gusar terus ke hadapan mencari  jiwa yang lapang . Aku terasa lemahnya pergerakkanku. Aku pasrah . Kian terpusar dan diputar . Terdengar beberapa bisikan yang kesat , kasar dan perit tetapi bersilang dengan satu alunan suara merdu yang mendayu-dayu. i'm not sure. Aku meraba-raba mencari suatu realiti. Mungkin ke lembah kebinasaan atau ketenangan. 

 


Satu pancakan molekul-molekul udara masuk dibirai mataku. Aku turut disajikan dengan rambatkan cahaya yang tersimpul deras bak air yang mengalir terus ke tittik buta. Kabur pandangan aku tetapi susuk tubuh sememangnya aku kenali; dia lah si Dol berubat sedang terkumit-kumit membaca sesuatu. Pandanganku kian jelas. Medan perlihatanku terbatas. Telingaku mula mencetuskan impuls. Rongga nasal mula beroperasi seperti sediakala.  Neuron afferent  dan efferent sudah mula pulih , memberi laluan untuk memulakan pergerakkan.

 


Telingaku mula mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca oleh Cik Dol. Aku sempat memandang sahabatku , mukanya gusar dan keletihan, mungkin sebab penat memikirkan aku. “Im, Im” panggil aku yang sedang ketandusan keliru. “Fahmi , kau dah sedar ke ? Abi , Fahmi dah sedar , Alhammdulillah lah kau dah sedar ” balas si Za’im dengan mimik muka yang sememangnya gembira.” Im, sekarang dah pukul berapa ?” tanya aku yang inginkan kepastian. “Kau nampak mata panda aku ini , jaga kau lah ini ? pukul 2 pagi dah” balas si Im. “Biadap. boleh tak kau jangan nak buat lawak bodoh dekat sini” balas si Dol berubat dalam nada yang marah. “Apa abi ini , orang gurau sikit je , itu pun tak boleh ke ?” balas siZa’im dengan nada yang perlahan. “Hah menjawab lagi budak ini. pergi masuk tidur , pergi sekarang” kata Cik Dol dengan arahan yang keras.



Za’im bingkas mengangkat punggungnya berlalu dari situ dengan muka yang agak kesal dan marah. “Cik Dol , Im itu memang macam itu, biasa dah tu “kata aku dalam meredakan ledakan amarah. “Fahmi , bukan sekali tapi sudah banyak kali . Cik Dol juga yang dipersalahkan kemudian harinya. Fahmi nak apa-apa tak Cik Dol ambikkan ?” balas Cik Dol berselang dengan pertanyaan kepada diriku. “Tak nak lah Fahmi okay.Cik Dol mana Abg Am ?” tanya aku. “Abg Am berada di hospital sekarang tetapi janganlah risau pula keadaannya pun sudah stabil” balas si Dol berubat

 


“Maafkan Fahmi , kalau Fahmi tak cuai semua ini tak akan berlaku macam ini , sepatutnya malam ini sudah selesai segalanya. Cik Dol kenapa semua ini berlaku ?” kekesalanku terucap . “Fahmi ini takdir yang perlu kita tempuhi , sudahlah  Fahmi rehatlah dulu tenangkan fikiran yang gusar , insa-Allah esok kita teruskan lagi ”balas si Dol yang kelihatan sudah lemah dan tidak bermaya.

 


Cik Dol melarikan punggungnya  ke arah yang lain , pergerakkannya lambat . Mulutku ingin mengeluarkan kata-kata tetapi masih tidak terucap. Aku mencuba. “C, Ci , Cik , Cik Dol kenapa Cik Dol tak pernah cerita pasal Kak Aishah dan Kak Mariam dan kedai makan itu ? Kenapa Cik Dol sembunyikan daripada pengetahuan semua , Malah Adi tu kawan Cik Dol kan ? tapi kenapa Cik Dol tak ceritakan perkara sebenar” tanya aku dengan soalan yang bertubi-tubi.

 


Mimik wajah Cik Dol tampak berubah. Aku tidak pasti. Mencari kebenaran. “sekarang Fahmi dah tahu  semua ini. Sebenarnya Cik Dol dah tiada kena-mengena  dengan semua ini ,  Fahmi datang merayu-rayu minta Cik Dol tolong” balas si Dol berubat dengan nada yang sinis. “Tetapi Cik Dol sepatutnya  ceritakan semua ini darpada awal lagi , siapa Ibu Im sebenarnya dan kenapa ......” balas aku. “Diam Fahmi , kalau tak tahu apa-apa baik kau diam ”balas si Dol dengan marah , suaranya bergema kuat.


Im tiba-tiba muncul lalu berkata “Abi , apa semua ini. betul ke orang kampung cakap ibu meninggal disebabkan Abi ? betul ke Abi , betul ke ?.” Balas si Im dengan kesat.

 


Pammmmm!!!!!!!! , pammmmmmmmmm!!!!!!! Tangan Cik Dol melekat di kedua-dua pipi si Im. Terpelanting ke hujung pintu. Aku bingkas mendapatkan Im. Cik Dol bukan lagi seorang manusia yang aku kenali. Takut melihat berubahan yang drastik sebentar tadi. Aku tidak memahami kenapa tetapi hati berdetak kekesalan. “ Cik Dol sekarang Fahmi dah tak tahu apa yang sedang berlaku, tak sangka orang yang seperti Cik Dol bertindak atas nafsu semata-mata bukanya akal. Im , jom ke rumah aku " kata aku dalam kekecewaan. 


 

Za’im kesal atas setiap perbuatan abinya malah aku juga; manakan tidak Cik Dol yang aku kenal selama ini penuh dengan jiwa nuraini. Perjalanan kami ke rumah aku mengambil masa 15 minit. Setibanya kami di rumah , kami terus ke pintu bilik sebelah belakang yang sememangnya sengaja aku tidak menguncinya untuk aku pulang jika keadaan terdesak. Aku berjaya.

 


Za’im masih menangis. Pasrah . Puas aku memujuknya tetapi masih tidak menunjukkan berubahan. Hipotesis masih tidak diterima. Kami baring bersama , menceritakan kisah-kisah riang bermain bersama suatu ketika dahulu , mungkin perkara ini dapat meredakan sedikit suasana yang muram. Aku terlelap. Harapan untuk bab berikutnya muncul lah sang pelangi menghiasi alam ini. Aku masih berharap. Eksperimen ditunda ke hari berikutnya. Masa tamat. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.