Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sesejuk Sumpahan Mimpi
Sesejuk Sumpahan Mimpi
Eidawati
25/9/2018 17:20:13
1,248
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 2-1

Dayana tergesa-gesa atur langkah. Shin yang mengekorinya dari tadi tidak dihiraukan. Melilau matanya mencari nombor pada setiap pintu. 806... 807... 808! Jumpa!

Terhenti langkah Dayana. Pintu di depannya direnung lama lalu dia menarik nafas panjang.

Tenangkan hati, Dayana. Kau boleh buat! Dia cuba memujuk hati sendiri yang mula gelisah.

“Ada orang ke?” Soal Shin sambil matanya merenung arah gadis yang berdiri di depannya.

“Awak tolong tengokkan boleh?” Dayana berpaling memandang wajah Shin.

“Ish...privasi orang kut...” Bantah Shin dengan bibir dicebik.

“Alaa...mustahil awak tak boleh tembus dinding ni kut...” Balas Dayana ketara tidak mahu mengalah.

“Awa kingat saya ni apa?” Shin renung wajah Dayana.

“Hantuu...”Ejek Dayana selamba.

Shin  geleng kepala.

Teragak-agakDayana ketuk pintu bilik. Dia mengundur setapak ke belakang bila kedengaran daun pintu dibuka dari arah dalam. Sangkanya Jefri yang muncul namun seorang perempuan terjengul di muka pintu.

“Ya?”

“Sorry...saya salah bilik.” Sengih Dayana menyedari ini bukan orang yang dicarinya!

“Tak apa.” Perempuan itu turut tersenyum lantas pintu bilik ditutup semula.

Dayana mengeluh lantas pandangannya terarah pada Shin yang berdiri di sebelahnya.

“Awak cakap 808.”

“Memanglah.”Angguk Shin.

“Itu bukan Jefri.” Geleng Dayana kelihatan geram.

“Saya tak kata pun 808 tu bilik Jefri.”

“Dah tu?”

Shin tersenyum lantas tanpa sepatah kata dia terus berlalu.

Dayana menggeleng-geleng kepala. Hantu ni memang sengaja nak kenakan aku!

Tergesa-gesa Dayana atur langkah. Sebaik bilik bernombor 817 ditemui, dia terus melangkah masuk. Tubuhnya yang terasa letih dilempar atas katil. Sakitnya hati mengenangkan hal tadi! Entah perempuan mana yang muncul depan dia!

“Saya tak kenal perempuan tu.”

“Makkkk!!”

Terjerit Dayan dibuatnya. Kelam kabut dia bangun dari terus berbaring.

“Hoi! Awak ni apa hal?!” Jerkah Dayana terkejut melihat Shin berdiri di hujung katil.

“Saya nak beritahu dengan awak pasal perempuan tadi la.” Jawab Shin dengan senyum terukir di bibir.

“Eh! Ni bilik saya tau. Mana boleh sesuka hati awak je masuk kat sini.”

“Oh...sebab tu je ke?”

“Tu jeeee?!” Bergegas Dayana turun dari katil lantas Shin dihampiri. “Ini bilik perempuan. Orang lelaki mana boleh masuk.”

Shin tertawa geli hati melihat mata Dayana yang mula membulat merenungnya.

“Hantu  ni pun...”

“Awakdari tadi cakap saya ni hantu. Betul lah tu kut.” Shin pandang wajah Dayana dengan tawa yang masih bersisa.

Terdiam   Dayana mendengar kata-kata Shin.

“Sayatak kenal perempuan tu. Tapi saya suka nombor 808.”

“Kenapa?Awak pernah tinggal kat bilik tu ke?”

Shinteragak-agak menggeleng.

“Namaawak Shin je?”

Lelaki itu mengangguk.

“Lagi?”

“Tak ingat.”

“Hmm...agaknya awak mati dalam hotel ni kut...” Sengaja Dayana membeliakkan mata.

Berkerut dahi Shin mendengar kata-kata gadis itu. Iya ke? Kalau betul, apa puncanya?

“Tapi tak kisahlah. Hal tunang saya lagi penting.” Dayana kembali memanjat katil lantas dia mencapai bantal dan memeluknya erat. “Saya nak cari Jefri.”Beritahunya lagi.

“Dia tinggalkan awak ke?”

Dayana renung wajah Shin namun dia hanya mendiamkan diri.

“Kalau macam tu, saya tak kacau awak.” Shin atur langkah menghampiri pintu. “Terima kasih sebab sudi berbual dengan saya.”

Dayana sekadar mengangguk. Dia kemudiannya berpaling namun kelibat Shin sudah tiada.

Ishhh...kenapalah aku nampak lelaki tu?! Kalau manusia, tak apalah juga!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Eidawati