Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Komedi/Romantik Komedi MR. AND MRS.
MR. AND MRS.
AMARILIS RAHIM
27/4/2014 18:28:07
701,147
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 15

LANGITmenangis lagi. Tangisan yang membuatkan kulit Wafa disepuh kedinginan. Diamemakai jaket yang tebal. Suhu penyaman udara dikurangkan. Air kopi yang masihpanas ditenung kepulan asapnya. Aromanya menyegarkan. Tiba- tiba, munculseorang lelaki. Langkahnya tetap laju seperti biasa.

            Ketikapintu bilik dikuak, tangannya sempat menggapai tangkai cawan kopi dari piringbulat yang sedang dipegang oleh Wafa. Mahu tak mahu, gadis itu berpaling juga.Matanya sengaja dibesarkan. Empat mata itu berlaga sesaat sebelum Eilmi Zahrinmengakhirinya dengan kenyitan nakal di mata kanan.

            “Hujan-hujan begini memang syok pekena kopi,” ujarnya saat pintu ditolak ke dalam.Wafa malas untuk bertekak. Dia bingkas ke pantri. Air masak yang sudah kurangpanasnya dimasak semula. Satu sudu besar kopi dan dua sudu gula disatukan dalammug.

            “Widad,betul ker apa yang akak dengar nie?” sapa Puan Fida seraya duduk di kerusibulat. Wajahnya tampak panasaran.

            “Apakak?”

            “Jumaatdepan, kau dengan Tuan Eilmi nak bergusti lengan?”

            “Siapayang beritahu akak?”

            “Bosskita tu lah. Habis satu PUTIH nie, dia pukul canang,” jawab Puan Fida. Wafaterdiam. Sepertinya dia benar- benar mahu beradu kekuatan tangan dengan aku.Ish! tangan dia dahlah sado, silap hari bulan boleh bengkok tangan aku! GetusWafa dalam hati.

            “Nieapa halnya pulak sampai kau orang nak bergusti lengan?” kini nada Puan Fidalebih kepada menyibuk.

            “Bosakak tu kan mental!”

Puan Fida ketawa kecil. Tangan Wafa disentuh.

            “Esokpetang lepas habis kerja, kita ada buat latihan ulek mayang kat tingkat lapan.Widad jangan tak datang ya. Jangan cuba nak beri alasan lagi,” maklum PuanFida. Wafa terpana. Alamak! Dia hampir terlupa dengan hal itu.

            “Sayatak mahu jadi Tuan Puteri! Tangan saya nie keras macam kayu kalau dibawamenari,” bidas Wafa. Puan Fida menggeleng tanda alasan itu tidak diterima. Wafatidak dapat lari dari keadaan. Wajah Puan Fida direnyukkan dalam pandangan.Kenapa mesti aku? Rungutnya. Dia segera bingkas tika beberapa orang pekerjadari bahagian sumber manusia muncul di pantri. Tingkah mereka yang berbisiksesama sendiri menimbulkan rasa kurang senang di hatinya.

Kopi di dalam cawanmasih belum berbancuh! Wafa tahu itu tapi dia tetap keluar dari pantry denganrasa yang semu. Minatnya untuk menghirup secawan kopi panas sudah tinggalseparuh malah makin menyusut. Di hujung selekoh, langkahnya berselisih denganAmir Bakri. “Apa yang En. Bakri tak puas hati dengan saya sampai sanggup buatcerita yang bukan – bukan!”

            “Sayaminta maaf. Saya tahu semua nie salah saya tapi saya tak berniat pun nak buatawak jadi susah begini. Saya tak sangka yang keterlanjuran kata- kata sayatelah mengundang padah pada diri awak. Saya janji, saya akan cari jalan agarpertandingan gusti lengan ini tidak dapat diteruskan.”

            “Mana mungkin perlawanan inidibatalkan!”                                                                   

            AmirBakri mengeluh. Ditariknya tangan Wafa ke sudut lain agar perbualan mereka jadilebih sulit. “Nanti sehari sebelum perlawanan, awak buat-buatlah terseliuh.Bila tangan awak berada dalam kondisi yang tak baik maka secara tak langsungperlawanan ini akan dibatalkan,” Amir Bakri memberi cadangan. Wafa terdiam.

            “Macammana awak boleh sampai dulu dari saya semalam? Myvi dengan porsche kan jauhbezanya. Saya tekan 160 kut, takkan awak bawa 180?” bisik Amir Bakri hairan.Wafa terkesima. Pertanyaan itu nampak rumit untuk difahami. Bila masa pulak akuberlumba dengan dia? Soalan itu menujah- nujah fikirannya dengan kuat

            “Rahsia!”jawab Wafa. Amir Bakri mencemek. Langkahnya pergi dari situ. Dan Wafa pulaberdiri di depan pintu lif. Simbol menurun ditekannya berkali- kali.

            “Tekansekali dah cukup!”

            Wafatidak berpaling. Cukup untuknya melihat dengan ekor mata. Dia tahu suara itumilik siapa. Kemudian, muncul pula tiga pekerja lain. Wajah Danish, Farid danHaiz mengisi ruang yang terbuang. Wafa jadi menyampah. Dia ingin keluar darilif namun langkahnya dihalang oleh susuk tubuh Tuan Eilmi.

            PandanganWafa terhunjam ke depan bila pintu lif sudah tertutup. Dari cermin sisielevator, dia dapat melihat pergerakan mata Eilmi Zahrin yang mereling kearahnya dari atas sampai bawah. Kalau dah lelaki tu, lelaki juga!

            “Farid.Kau percaya tak bila aku kata, minggu depan ada pekerja kita yang mengalamikecederaan serius pada tangan dia?” soalan Eilmi Zahrin berbaur sindiran.

            “Maksudnya?”Farid kurang mengerti.

            “Maksudaku, tangannya terseliuh atau pun patah. Macam – macam alasan yang dia akanbagi supaya acara gusti lengan tu terpaksa dibatalkan,” jelas Eilmi Zahrin.Farid dan rakan- rakannya tersenyum. Mata hitam mereka membidik sinis ke arahWafa.

            “Itukata- kata seorang pengecut Eilmi. Cakap jer besar nak sahut cabaran konon tapiakhirnya hampeh,” ejek Farid. Wafa menggetap gigi. Hatinya jadi panas biladisindir- sindir begitu.

            "Dekkerana dia perempuan, kurus dan katik pula... aku izinkan dia guna kedua- duabelah tangan dia untuk tewaskan tangan kanan aku."

            “Akutak rasa dia kecut. Bakri pun dia boleh kalahkan dengan mudah,” celah Danish.

            “Babtu yang aku curious sangat,” ujarEilmi Zahrin sebaik saja pintu lif terbuka. Masing- masing seperti tidak mahumelepaskan gadis itu keluar. Wafa masih cuba untuk meloloskan diri. Matanyamencerlung dengan langkah yang menonong hingga dia masuk ke dalam Myvi. Enjinkereta segera dihidupkan.

            Tikapedal minyak ditekan, satu kereta muncul di depannya dengan tiba- tiba. Wafamenekan break secara mengejut hingga tubuhnya terhenyak ke depan. Eilmi Zahrinyang perasan dengan kejadian itu hanya ketawa gelihati. Dia memang sengaja memberhentikankeretanya di situ.

            “Dianie memang sengaja nak sakitkan hati aku! Kut ya pun nak cakap dalam telifon,parkirlah kat tempat lain. Janganlah depan kereta aku!” bebel Wafa geram.Pinnnn! Piinnnn! Hon kereta ditekan bertalu- talu namun Eilmi Zahrin tetapdengan lagaknya. Suasana jadi hingar bingar bila Wafa menekan hon dalam saatyang lama.

            “Iniboleh mendatangkan marah!” suara Wafa setelah hampir lima belas minit dia dankeretanya terperangkap dalam situasi itu. Piiiinnnnnnn!! Hon keretanya masihlagi bergema namun hal itu tidak mengubah apa -apa keadaan. Wafa membuka pintukereta. Dia bingkas dari kenderaan itu dengan muka yang bengang.

            “Bolehtolong ke depan sikit tak!” jerit Wafa.

            “Takboleh,” suara Eilmi Zahrin seraya turun dari kereta setelah enjin dimatikan.Anak muda itu laju melangkah sebelum tangannya menahan kereta Farid. Honda Jazzbiru gelap berhenti di hadapan Wafa. Tanpa menunggu, Eilmi Zahrin masuk kedalam kereta Farid. Wafa mengetuk cermin kereta.

            “Tuannak ke mana?”

            “Nakbalik rumah lah. Farid tolong hantarkan.”

            “Tapikereta Tuan dah halang kereta saya. Saya pun nak balik juga!” tegas Wafa.

            “Lainkali jangan ambil parking abang ye,sayang. Hari nie, abang bagi peluang pada kereta sayang untuk bermalam ditempat letak kereta abang dengan tenang. Mimpi indah!” ucap lelaki itu sebelumtingkap kereta dinaikkan dan kenderaan itu menderu laju ke jalan besar,meninggalkan Wafa dalam keadaan terpinga- pinga.

            Wafamakin menyumpah. Kakinya dihenyak- henyak ke jalan raya. Puan Fida yang melihatperbuatan gadis itu, langsung saja memberhentikan keretanya. “Tumpang akak jerlah,” pelawa wanita itu. Wafa masuk semula ke dalam keretanya. Tas tanganjenama pasar malam diraih kasar sebelum langkahnya masuk ke dalam Alphard.

            “Gerambetul saya dengan si tokek tu, kak!”

            “Apahalnya yang kecoh -kecoh sangat tadi?”

            “Diamarah saya ambil parkir dia. Lain kali, tulis nama besar- besar kat tempat tubiar semua orang tahu yang parkir tu dia punya!” bebel Wafa. Puan Fidamenggetap bibir. Mukanya berkerut.

            "Tapi..."bicaranya terhenti. Muka Wafa dipandang lagi.

            "Tapiapa?" tanya Wafa, ingin tahu.

            “Tapiitu bukan parkir dia!” Puan Fida membongkar perkara sebenar. Wafa tergamam.

“Hah! Itu bukan parkirdia! Maknanya dia memang sengaja nak kenakan sayalah kak.” Puan Fida mengangkatbahu tanda kurang pasti. Tokeekkkkk!! Jeritan Wafa bergegar kuat.


NOTE: Suka dengan kisah Eilmi dan Wafa? Boleh pm penulis untuk dapatkan novel ini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.