Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Komedi/Romantik Komedi Heart Guardian
Heart Guardian
Qilla
9/10/2018 20:58:28
789
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4


BERKERUT kening Maria tatkala melihat suaminya dari tadi asyik bergayut saja. Macam ada bini nombor dua pula. Haih, musykil sungguh dia rasa....


"Siapa telefon?" Soal Maria hairan.


"Huh?" Wafiq menoleh memandang isterinya.


"Siapa telefon?" Soal Maria semula.


"Ohh ni...Luke call. Dia tengah meluahkan perasaan kat abang". Balas Wafiq selamba.


Kening kiri Maria terjungkit.


"Meluahkan perasaan? Abang jangan cakap yang abang dan dia...."


"Ish.., bukanlah! Luke tengah sakit hati dengan seorang mamat nih! Mar kenalkan dengan Vy?" Soal Wafiq.


Laju Maria mengangguk.


Dia memang kenal sangat dengan Ivivy. Dia suka perangai lemah - lembut gadis itu.


"Mak Vy tu, sengaja nak sakitkan hati Luke...dia pergi suruh Vy date dengan mamat mana entah. Punya nak suruh Luke jauhkan diri dari Vy, dia sengaja suruh Luke ikut Vy". Terang Wafiq bersungguh - sungguh.


"Jahatnya Mak Vy...kesian Luke..." Maria menayangkan muka simpati.


"Hello, Fiq...kau dengar tak ni?!" Bingit suara Hakim menjerit di hujung talian.


"Ya...ya...aku dengar". Balas Wafiq serius.


Dia kembali berbual dengan Hakim.


"Ummi, Syaf nak ayam". Rengek Aysyafie dalam nada manja.


"Ya..ya...ummi bagi ayam". Maria menyuap Aysyafie dengan nasi yang digaul dengan ayam.


Mujurlah perangai ibu dan ayahnya tidak begitu. Tapi itulah, arwah nenek dia pula yang dulunya menjadi masalah. Ishh, perkara yang lepas usah dikenang. Biarlah ia berlalu pergi.


MAKIN terbakar hati Hakim tatkala melihat Xavier yang sengaja ingin menyakitkan hati dia. Ciss, nak buat suwit main suap - suap pulak!


Tengok muka Ivivy pun Hakim tau yang dia tak rela.


"Makanlah lagi, Vy.." Pujuk Xavier tatkala Ivivy menolak suapannya untuk kali kedua. Hatinya belum puas untuk menyakiti hati Hakim.


Dia cemburu melihat keakraban Ivivy.


Dia benci melihat Ivivy sentiasa mengambil tahu tentang Hakim.


Dia sakit hati bila pandangan Ivivy hanya tertumpu pada Hakim.


"Saya dah kenyang". Balas Ivivy lembut. Jujurnya dia tidak selesa dengan cara Xavier. Lelaki ini jenis yang suka memaksa.


Pandangan Ivivy beralih pada Hakim yang duduk tidak jauh dari mereka.


Tanpa membuang masa, Ivivy terus bangun meninggalkan Xavier seorang diri dan berjalan mendekati Hakim yang sedang termenung.


Panggilan dari Xavier, Ivivy abaikan.


"Ha..." Ivivy melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Hakim.


"Kau buat apa kat sini?" Soal Hakim dingin.


"Kenapa Ha marah Ivy? Ivy buat salah ke?" Soal Ivivy sebak. Dia tak mahu Hakim berterusan menjauhi dirinya.


"Kau dah ada bakal suami pun kan? Puan Naga tu pulak bencikan aku. Takkan kau tak nampak lagi? Dia nak orang yang macam aku ni berambus dari hidup anak dia". Tanpa sedar Hakim meluahkan segala yang terbuku dihatinya.


"Tapi Ivy tak nak Ha pergi". Balas Ivivy lembut.


Kalau boleh dia mahu hidupnya dipenuhi dengan Hakim. Hanya hakim seorang yang mampu buat dia gembira.


"Dah la, aku malas nak ganggu hidup kau. Aku nak keluar dari sini. Buat aku sakit jiwa, sakit mata dan tangan aku ni rasa nak tumbuk orang aje". Hakim bangun lantas meninggalkan Ivivy.


Tanpa membuang masa, Ivivy mengejar Hakim.


"Ha...Ivy sayang Ha". Luahan Ivivy membuatkan langkah Hakim terhenti. Jantung Hakim mula berkerja lebih keras dari biasa.


Hakim sedaya upaya membuang perasaan yang menjalar dihatinya.


"Ya, kau sayang aku sebagai seorang abang. Terima kasih dan aku tak perlukan sayang dari kau". Balas Hakim dingin. Dia terus menyambung langkahnya meninggalkan Ivivy.


Ivivy menahan sebak.


'Ivy sayang Ha lebih dari sayang seorang abang...'


"Vy...." Xavier segera menerpa ke arah Ivivy yang ditinggalkan oleh Hakim begutu saja. Makin cerah peluangnya untuk memiliki Ivivy kerana layanan dingin yang Hakim berikan kepada gadis itu.


"Ha...Ha dah tak sayang saya..." Teresak - esak Ivivy menangis.


Tubuh Xavier dipeluknya.


Berbunga - bunga hati Xavier. Bukan selalu tubuhnya diperlukan oleh Ivivy untuk menjadi sandaran.


"Shhh, jangan risau saya ada..." Pujuk Xavier lembut.


Ivivy ialah gadis yang dia idam - idamkan dari umurnya sembilan tahun. Baginya Ivivy seorang gadis yang berbeza dengan gadis lain.


"Saya nak balik". Kata Ivivy sepatah.


"Tapi Vy, banyak lagi tempat yang kita masih belum pergi".


"Saya. Nak. Balik!" Pelukan dileraikan. Ivivy bergerak menjauhi Xavier. Dia dapat rasakan Xavier berkomplot dengan ibunya untuk membuatkan Hakim menjauhinya.


"Okey...kita balik". Akhirnya Xavier akur.


Bila difikirkan semula, dia tak patut terburu - buru. Dengan bantuan bakal ibu mertuanya, lambat - laun Ivivy akan menjadi miliknya jua.


"KITA nak pergi mana walid?" Soal Aysyafie teruja. Terkedek - kedek dia berlari mengejar langkah ayahnya. Jenuh Maria mengawal gerak - geri anak kecilnya. Buas!


"Kita nak jumpa Uncle Luke. Syaf nak jumpa uncle tak?" Soal Wafiq.


Laju Aysyafie mengangguk.


Wafiq tersenyum kecil. Teruja sungguh anak kecilnya bila nama Hakim disebut. Bukannya dia tak tahu anak kecilnya sering jadikan Hakim sebagai idola.


"Kalau Syaf nak jumpa uncle..., ikut cakap ummi. Jangan lari - lari. Nanti jatuh then luka, sakit". Pesan Wafiq.


Aysyafie akur dengan arahannya. Terus saja dia berlari ke arah Maria untuk meminta didukung oleh umminya.


"Abang, kenapa dengan Luke? Cemas saja abang tadi".


"Mana abang tak sedap hati, suara Luke tu macam baru lepas menangis. Nampak sangat hati Luke terluka. Kali terakhir abang tengok Luke terluka sewaktu kakak dia dibunuh". Terang Wafiq. Tabah sungguh Hakim menghadapi cabaran kehidupan.


"Walid, tu Uncle Luke!" Kata Aysyafie teruja.


Tanpa berlengah, terus saja Wafiq menerpa ke arah Hakim. Tepatlah jangkaannya. Hakim memang baru lepas menangis.


"Ummi, kenapa muka Uncle Luke merah? Uncle Luke menangis ke ummi?" Soal Ayayafie hairan.


Selalunya dia lihat Hakim dengan wajah yang ceria dan bersemangat. Tak pernah sekali pun dia lihat Hakim berwajah muram dan ini adalah kali pertama.


Maria mengukir senyuman kecil.


Rambut anaknya yang berada didalam dukungannya dibelai perlahan.


"Uncle Luke sedih. Nanti bila Syaf dewasa, ummi nak Syaf jaga hati semua orang tau. Hormat orang lagi tua dari Syaf. Jangan lukakan hati orang terutamanya perempuan. Syaf faham kan?"


Laju Aysyafie mengangguk.


"Syaf saaayang ummi". Tangan kecilnya memeluk tubuh ibunya.


"Kau okey tak ni, Ha?" Soal Wafiq lembut. Risau pula dia jadinya tatkala melihat wajah gusar Hakim.


"Fiq, hati aku ni...sakit!" Balas Hakim perlahan. Dia meraup wajahnya.


"Pasal Vy?"


Hakim tidak memberi riaksi mahupun jawapan.


Wafiq mengeluh perlahan.


Susah betul bila ada kawan yang jenis tak pernah bercinta ni. Hati sejuk beku kalah ais!


"Kau cemburu dengan bakal suami dia ke?" Soalan dari Wafiq membuatkan Hakim menendang kuat kerusi kayu sehingga terpelanting jauh.


Aysyafie sudah menangis ketakutan. Gerun dia melihat Hakim yang tidak seperti selalu.


Hakim nampak agak....


Baran.


"Mar, Mar pergi bawa Syaf jalan - jalan dulu. Nanti abang cari Mar". Arah Wafiq.


Tanpa membantah terus saja Maria berlalu pergi meninggalkan suaminya bersama Hakim. Memberi ruang kepada suaminya untuk memujuk api baran Hakim yang sudah naik mendadak.


"Kau ego, Luke. Kau pura - pura bencikan dia tapi sedangkan hati kau tu...nakkan dia. Kau langsung tak nak dengar nasihat aku!" Marah Wafiq.


"Puan Naga tu! Sengaja je nak sakitkan hati aku". Amuk Hakim.


"Bukan salah Puan Naga tu je. Salah kau jugak! Kau langsung tak nak beritahu perasaan sebenar kau pada Vy! Aku jaminlah Luke, kalau kau beritahu dia perasaan sebenar kau pada dia, mesti dia terima kau punyalah". Kata - kata Wafiq membuatkan Hakim terdiam.


Ya, dia ego....


Dia hanya berpura - pura membenci Ivivy.


Hakikatnya, dia perlukan gadis itu.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.