3,774
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1

Yadira Yumna berlari sekuat hati melepasi pintu masukPopular Shopping Mall dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia sudah terlambatlima minit! Kesian Diana terpaksa bekerja lebih masa sedangkan sekarang sudahmasuk shift dia. Dia berlari lagi tanpa menghiraukan pandangan jengkel yangdilontar orang sekeliling. Yadira mengeluh spontan apabila tersedar dia sudahtersilap langkah. Sepatutnya dia berkejar ke lif di sebelah barat sahajawalaupun agak jauh daripada terpaksa mengharungi manusia yang sedang bersesakdi tengah-tengah mall.

"Sorry,tumpang lalu." Suaranya tenggelam timbul sahaja dalam keriuhan orang ramaiitu. Dia cuma mahu menggunakan escalatoryang berada beberapa meter daripadanya. Itu sahaja! Kenapa pula dia harusberada di tengah-tengah kesesakkan orang ramai?

Yadira cuba menyelit di celah orang ramaiwalaupun tubuhnya asyik ditolak ke kiri dan kanan. Ah, program apa pula hariini sampaikan orang ramai sebegini? Dia cuba memanjangkan leher, mencarimana-mana banner yang berdekatannamun ketinggiannya membataskan penglihatannya. Dia masih belum berputus asa.Wajah manis Diana yang mempunyai darah India-Pakistan itu terbayang di matanya.Alahai, kasihan Diana!

Yadira mencuit seorang gadis yang berpakaiansantai sambil memeluk novel di sebelahnya.

"Adik, program apa ni? Kenapa ramaisangat orang?" Dia menjerit sedikit, cuba menyaingi bunyi bising orangramai yang bersorak.

"Ali Mizwar datang untuk promosi dramaJangan Pernah. Akak tak nak selfie dengan dia ke?" Balas gadis berambutpendek itu sambil sesekali dia bersorak riang. Di celah novel setebal dua iniciitu tersisip gambar seorang lelaki yang Yadira kira agak kacak juga, tapi sukaruntuk dia meneka kerana dia hanya nampak kepala lelaki itu sehingga paras matasahaja.

Patutlah semua orang bersorak, ada artisrupanya. Hensem sangatkah hero drama tu sehingga orang ramai bersorak meriahsebegini? Yadira berkira-kira mahu merempuh semua yang berada di situ namungadis tadi lebih dahulu menoleh ke arahnya sambil bertanya.

"Akak tak nak selfie dengan Ali Mizwar ke?" Soal si gadis berambut pendeksekali lagi sambil matanya menjamah raut wajah Yadira Yumna. Seketika kemudianmatanya membulat seperti mata kucing.

"Eh, muka akak macam Ali Mizwarlah!" Jerit gadis itu penuh teruja. Belum sempat Yadira berbicara apa-apa,gadis itu lebih duhulu mencuit rakan-rakannya sambil mengacu jarinya ke arahYadira.

"Wei, samalah!" Jeritan merekayang penuh dengan keterujaan itu mendapat perhatian orang-orang disekeliling.

Yadira sudah cuak apabila hampir semua yangberada di situ menumpukan perhatian kepadanya. Ah, sudah! Apa salah dia? Diacuma bertanya hal yang kecil sahaja, kenapa pula semua melihat dia denganpandangan lain macam sahaja?

Gerak geri orang ramai yang tiba-tiba sahajamembentuk bulatan di hadapan pentas mula menarik perhatian pengacara majlis danAli Mizwar.

"Ada yang lebih menarik daripada sayake pada pandangan korang?" Soal Ali Mizwar sambil ketawa kecil.

Para peminatnya turut bergelak ketawamendengarkan gurauan Ali Mizwar sementara di pendengaran Yadira, kata-katalelaki itu kedengaran sumbang dan penuh sarkastik. Awal-awal lagi dia sudahtidak suka dengan lelaki yang dikatakan artis terkenal itu. Yadira Yumnamenoleh, mencari seraut wajah lelaki yang sedang berdiri di tengah-tengahpentas sambil memegang mikrofon.

"Eehh, muka dia iras…. Aku??"Bisik Yadira Yumna dan Ali Mizwar serentak di dalam hati.

 

YADIRA cuba mengukir senyuman semanis mungkin walaupunsebenarnya dia tahu dia nampak sangat kekok berdiri di sebelah lelaki yangkononnya terkenal itu. Entah kenapa dia boleh terjebak naik ke pentas untukbergambar dengan artis yang dipanggil Ali Mizwar itu. Ini semua gara-garadesakan orang ramai serta pengacara majlis sedangkan sewaktu dia melirik kearah Ali Mizwar, lelaki itu seperti jengkel betul memandangnya.

"Senyum ikhlas sikit boleh? Bukansenang awak nak bergambar dengan hero malaya." Bisik Ali Mizwar sambiltersenyum ke arah kamera.

Terbatuk kecil Yadira dibuatnya. Apakah?Lelaki itu sudah gila agaknya berbisik sebegitu rapat dengan telinganya. Ah,terasa panas betul telinganya sekarang! Janganlah telinganya merah pula!

Ali Mizwar menghulurkan telefonnya kepada bodyguard yangg setia menemani. Bibirnyalangsung tidak lekang dari mengukir senyuman.

"Bang Pauzi, ambikkan gambar kamisekeping. Bukan selalu dapat jumpa orang yang seiras dengan saya yang hensemni." Pauzi menyambut telefon majikannya sambil nengangguk perlahan.

Klik! Belum pun sempat Yadira senyum, bodyguard lelakiitu sudah pun mengambil gambar. Hendak bersuara tidak berani pula dia. Pauzimelirik ke arah Yadira pula. Mukanya serius sahaja memandangkan dia sedangbertugas. Bunyi bising orang ramai langsung tidak mengganggu fokusnya.

"Cik…?" Panggil Pauzi.

"Yadira. Yadira Yumna." BalasYadira teragak-agak.

"Ya, Cik Yadira tak nak ambil gambarguna telefon sendiri?" Soal Pauzi, sopan tetapi masih punya ketegasan disitu. Yadira menggeleng laju.

"Yadira Yumna? Interestingnya nama you." Sampuk Ali Mizwar sambil tersenyumlagi. Sesekali dia melambai ke arah orang ramai yang sabar menunggunya.Mujurlah pengacara majlis bertindak mengalihkan perhatian orang ramai denganmembuat lelongan baju tshirt bercetak namanya.

"Right,you tak nak ambil gambar guna phoneyou?" Soalnya lagi apabila gadis itu tidak memberi sebarang responterhadap pertanyaan bodyguardnya.

"Errr.. saya tak ada fon. I mean, ada tapi tak ada kamera."Senyumnya terasa bertambah kekok pula. Fikirnya lelaki itu tidak sukakannyayang selekeh. Tangannya meramas telefon Corby yang disisip ke dalam poketseluar. Telefonnya itu memang sudah nazak, hanya menunggu masa sahaja!

Dia jeda seketika apabila menjeling ke arahAli Mizwar yang sedang melihat gambar mereka. Ya Tuhan, buruknya aku. Tapi diaakui wajahnya ada iras Ali Mizwar. Mungkin kalau dia menggantikan jean lusuh dan t-shirt hitam bercetakMickey Mouse itu dengan gaun cantik, dia memang sesuai digandingkan dengan AliMizwar. Eh, apa yang kau mengarut ni Yadira?

"Right.Tengok rupa pun dah boleh agak sebenarnya." Ali Mizwar tersenyum lagi.Wajah gadis di sisinya dipandang. Namun, air muka gadis itu seakan berubahsedikit mendengar bicaranya. Alamak, salah cakap ke? Dia menggaru kepala yangtidak gatal.

"It'sokay. Nanti kalau you dah beli smartphone I hantar gambar ni dekat you, okey? Your number please young lady." Keypad iphonenya ditekan. Menanti balasan daripada gadis itu. Diamenoleh sekali lagi apabila tiada balasan diterima.

"Oh, okey. No problem." Balas Yadira dengan teragak-agak. Terkejut dengantindakan drastik lelaki itu yang langsung tidak diduga dek akalnya. Mahu takmahu dia menyebut juga nombor telefonnya. Dia mengerling sekilas ke arah Pauziyang tersengih.

"Alright Cik Yadira. It's nice to meet you. Harap kita jumpalagi nanti." Selesai menyimpan nombor telefon gadis itu, dia segerakembali kepada pengecara majlis. Yadira yang termanggu-manggu di atas pentasditinggalkan begitu sahaja.

Aduh, dia sudah lewat! Sepantas kilat diaberlari turun dari pentas itu dan mendapatkan escalator. Dia sudah lewat hampir setengah jam! Habislah dia kaliini. Sempat dia menoleh sebelum escalatoritu membawanya ke tingkat 1. Yang dia nampak cumalah belakang pentas yangmenempatkan lelaki tadi. Aneh sekali adegan yang berlaku hari ini!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh