Home Novel Komedi/Romantik Komedi Miss Hantu Laksa
Miss Hantu Laksa
Nurul Shamin
6/10/2018 11:11:24
10,800
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 2

“Ceria bukanlah gambaran hati tetapi tindak balas terhadap sesuatu keadaan,”ungkap Najwa.

“Keadaan ?”berkerut dahi Muhammad.

“Hidup kita ni ada suka ada duka.Normal lah kan.Kadang orang nampak kita ceria.Padahal hati kita ni Allah saja yang tahu,”ucap Najwa.Mereka berjalan menuju ke surau tempat Muhammad mengajar anak muridnya mengaji al-quran.

“Betul tu.Sebenarnya kita semua ni tak lari dari ujian Allah,”

“Tapi…Kita kena ingat Allah tak akan uji diluar kemampuan kita.Setiap ujian yang hadir tu ada hikmah,”sambung Muhammad lagi.

Petang ini Najwa mengenakan baju kurung berwarna biru dan bertudung bawal.Dia ingin mengulang membaca al-quran semula.Memperbetulkan bacaan.Syida pula tidak dapat ikut bersama kerana bekerja.Mujurlah Najwa seorang bisnes online.Jadi banyaklah masa terluang yang dia ada.

“Wow…pakai baju kurung barulah nampak ayu.Tak kasar,”usik mamat poyo setelah melihat kelibat Najwa dan Muhammad memasuki perkarangan surau Kampung Semarak.

“Kau lagi ?”

“Aku puji kau je kot.Bukanlah aku caci kau pun,”

“Apa kau buat dekat sini.Kenapa kau suka kacau aku,”

Muhammad tersenyum.Matanya sengaja menghala ke arah lain.Sebenarnya dia sangat mengenali mamat poyo di hadapan Najwa itu.

“Eh…Kau ni dah kenapa senyum.Korang ni kenapa ?”Najwa berang saat Muhammad dan mamat poyo itu berbalas senyuman.

“Dah dah la tu.Kita dah ada kat depan rumah Allah ni.Jom masuk,”ajak Muhammad yang ingin menjernihkan keadaan.

Muhammad sempat bersalaman dengan mamat poyo itu sebelum masuk ke dalam surau.Najwa jadi terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.Jujur dia tidak berpuas hati.Mujurlah mereka berada di hadapan surau.Petang ini Muhammad mengajar mengaji sebelah petang untuk orang dewasa sahaja.

“Hmmm…”Najwa mengeluh.Masuk saja ke dalam surau.Dia membuka naskhah al-quran.

Fikirannya jauh menerawang.Matanya saja melihat ayat suci al-quran.Tetapi dia masih fikirkan siapa mamat poyo itu sebenarnya.

“Kalau Muhammad kenal.Dah tentulah aku kenal.Muhammad tu bukannya ada kawan sangat,”ujar Najwa di dalam hatinya.

“Astaghfirullahalazim,”ucap Najwa perlahan.Sedar akan lamunannya yang hanyut entah ke mana.Dia kembali fokus membaca al-quran.Sebentar saja lagi akan masuknya waktu solat asar.Mereka akan solat berjemaah bersama dan kemudian menyambung semula pengajian sampailah ke lewat petang.Begini rutin setiap petang jumaat.



***


“Kau kenal ke mamat poyo tadi tu,”tanya Najwa sewaktu jalan pulang ke rumah.Rumah mereka tidaklah jauh dari surau.

“Kenal,”ringkas saja jawapan Muhammad.

“Dia tu la yang suka kacau aku,”

“Takkan kau tak kenal dia ?”tanya Muhammad.

“Tak la.Memang aku tak kenal pun.Siapa dia tu ?”

“Kau tak ingat apa-apa ?”

“Tak la,”Najwa menggeleng kepala.Dia sama sekali tidak mengenali mamat poyo itu.

“Tak kan kau tak ingat.Dia satu sekolah rendah dengan kita kot,”

“Aku memang tak ingat dia siapa,”

“Dulu kan kau pernah bu…”kata-kata Muhammad terhenti di situ.Hampir sahaja dia membangkitkan kisah lama.Zaman di bangku sekolah rendah.

“Bu apa ?”tanya Najwa kebingungan.

“Tak ada apa lah,”

“Zaman sekolah rendah.Dah lama sangat tu.Sebab tu aku tak berapa ingat kot,”

Muhammad hanya mengangguk.Mujurlah Najwa tidak banyak menyoal.Kalau saja di imbas kembali.Tentulah Najwa ingat.

“Tapi kan handsome jugak dia tu,”

“Haa…Itulah perempuan.Pantang nampak lelaki handsome sikit.Mulalah nak cair.Aku yang depan mata kau ni, kau tak nampak pula,”

“Kau tu hari-hari aku tengok.Jemu dah,”

“Ohh…Jemu.Okay lah,”

“Merajuklah tu.Buruk betul ustaz ni,”

“Mana adalah,”

Najwa ketawa.

“Aku jalan dulu ye.Tak elok kita jalan berduaan.Nanti boleh mengundang fitnah.Kau faham kan,”sambung Muhammad.Mereka berpisah di persimpangan jalan.



***


Sampai sahaja di rumah mamat poyo itu sudah berada di hadapan rumah Muhammad.Waktu itu jam menunjukkan sekitar pukul 6.30 minit petang.Mereka bersalaman.

“Jom masuk dalam boleh sembang-sembang.Minum-minum,”pelawa Muhammad.

“Sembang kat luarlah.Kat buaian ni.Tempat lepak dulu tu,”

Muhammad hanya mengangguk.Mereka sembang di buaian petang ini.Tempat lepak mereka waktu di bangku sekolah rendah.Masih utuh buaian itu.Cuma catnya sahaja yang sudah bertukar.

“Kau bila balik sini Fahmi ?”tanya Muhammad.Nama mamat poyo yang digelar Najwa.Fahmi.

“Aku dah dua minggu dah kat sini.Ni baru sempat nak sembang-sembang dengan kau,”

“Patutlah Najwa asyik duk sebut-sebut mamat poyo.Rupanya kau la,”

“Sajalah aku usik dia.Dia macam tak kenal aku je,”

“Haa…Itulah dia tak ingat kau lagi tu,”

“Cantik juga Najwa sekarang ni.Tapi itulah perangai sama je macam dulu,”

“Najwa.Siapa tak kenal.Aku harap apa yang lepas tu kau tak ambik hati sangat,”

“Ye.Zaman sekolah rendah je kan,”Fahmi tersenyum kelat.Sebenarnya apa yang berlalu itu masih segar diingatannya.Terlalu pahit untuk diingati.Sebabkan Najwa dia terpaksa berpindah sekolah.Semua itu sudah lama berlalu.

“Tapi Najwa banyak juga berubah sekarang ni,”

“Kau pun sekarang dah berubah jadi ustaz,”Fahmi sengaja mengalih topik.Malas dia hendak ingat perkara yang dah lama berlalu.

“Alhamdullillah.Kau kerja apa sekarang ni ?”tanya Muhammad.

“Cikgu sekolah rendah.Aku mengajar kat sekolah rendah kita dulu,”senyuman pudar singgah lagi di wajah Fahmi.

“Wah…Dah jadi cikgu sekarang,”

“Kau pun apa kurangnya, ustaz,”

“Alhamdulillah,”

“Jom masuk dalam minum dulu,”pelawa Muhammad.

“Tak yah lah.Dah pukul berapa dah ni.Aku nak kena balik.Sajalah aku singgah sini.Lama tak sembang dengan kau,”

“Sekejap sangat,”

“Esok jom lepak pekan,”

“Boleh juga,”

“Esok lepas zohor aku datang ambik kau,”Fahmi menghidupkan motornya.

“Okay boleh-boleh,”

“Tapi kau jangan risau lah.Kita naik kereta esok,”ujar Fahmi berupa gurauan.



***


Imbas kembali…


Kedengaran bising dan riuh rendah dari kelas 5 Gemilang.Ketika ini guru sedang bermesyuarat.Kelas di awasi oleh pengawas.

“Semua diam.Kalau korang bising aku tulis nama,”tegas Najwa.Dia penolong ketua pengawas dari kelas 5 Cemerlang.

“Kau tengok budak lelaki tu,”tegur salah seorang pengawas yang memakai tag nama Alia.

“Budak skema tu ye,”Najwa menjeling ke arah Ifwat Fahmi yang duduk di meja belakang sekali.

“Jom,”ajak Alia.Najwa mengikuti dari belakang.

“Woi…Apa kau buat tu,”tegur Najwa saat melihat Fahmi sedang menyikat rambut.Rambutnya di sikit dari depan ke belakang.Fahmi hanya tunduk mendiamkan diri.

“Kau tu sikat rambut macam mana pun tetap hodoh.Skema,”kata-kata Najwa kasar sekali.Namun Fahmi tetap berdiam.Dia pelajar paling pendiam dalam kelas 5 Gemilang.

“Bak sini sikat tu,”Alia merampas sikat rambut dari tangan Fahmi.

“Elok dibuang je sikat ni,”sikat beralih tangan.Najwa melempar sikat itu ke luar kelas.

“Korang ni.Dia tak kacau korang pun,”tegur Muhammad.Muhammad hanya pelajar biasa.Dia sering membaca doa pada setiap kali perhimpunan pagi.

“Kami ni pengawas dan kami ada hak,”jawab Alia.Lantas dia menjeling ke arah Muhammad.Tempat duduk Muhammad di hadapan Fahmi.

“Hak apa sampai membuli,”tegas Muhammad kembali.Alia jadi terdiam.

“Jom…”Najwa menarik tangan Alia ke hadapan kelas semula.

“Kau ni kan.Boleh kau biar diri kau dibuli.Janganlah lurus sangat,”tegur Muhammad.

“Aku malas lah nak bising,”barulah Fahmi bersuara.

“Hari-hari kot kau kena buli,”

“Alia dan Najwa kan pengawas.Lagi pun Najwa kawan baik kau kan,”

“Memanglah kawan baik.Tapi tak semua apa yang dia buat aku sokong.Ish kau ni…Lurus betul,”

Fahmi hanya berdiam.Melihat Fahmi,  Muhammad jadi kesian.Dah berapa kali dia menasihati Najwa agar berhenti membuli Fahmi.Namun bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Nasihatnya tidak di endahkan.

“Kau ni sudah-sudahlah tu buli Fahmi tu,”tegur Muhammad tempoh hari.

“Aku buli sikit je pun,”jawapan yang biasa yang keluar dari mulut Najwa.

“Buatnya esok lusa dia berdendam dengan kau baru kau tahu,”

Najwa hanya ketawa.Dia langsung tidak mengendahkan nasihat Muhammad.Tak mungkin Fahmi akan menyimpan dendam terhadapnya.



***


“Aku harap kau tak simpan dendam,”ujar Muhammad di dalam hatinya saat Fahmi meminta diri untuk pulang.Dia sendiri tidak pasti tujuan Fahmi mendekati Najwa.

Fahmi sudah jauh berubah.Dia nampak tegas sekarang.Mungkin profesion sebagai seorang guru menjadikan dia lebih tegas.

Setelah kelibat Fahmi hilang dari pandangannya.Dia masuk ke dalam rumah.Waktu hampir menjengah ke waktu maghrib.Dia harus bersiap-siap untuk solat berjemaah di madrasah bersama anak pelajarnya.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurul Shamin