Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Komedi/Romantik Komedi Miss Hantu Laksa
Miss Hantu Laksa
Nurul Shamin
6/10/2018 11:11:24
958
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1

“Pernah dengar kan orang selalu cakap cinta itu buta.Cinta tak pernah buta tetapi sebenarnya kita yang selalu salah menilai cinta.Kita selalu salah bila kita terlalu hanyut dilamun cinta,”ujar Najja, kakak sulong Najrul, Najwa dan Najmi.Dia juga pernah bercinta.Pernah merasai mencintai dan dicintai tetapi sudah dua tahun dia kehilangan cinta itu.Kini Najja sudah hilang penglihatan sejak terlibat dalam kemalangan dua tahun yang lalu.Dia sendiri tidak tahu kemana cintanya pergi sejak itu.Dia sudah putus asa untuk terus mengenal apa itu cinta.

“Kak long tak nak cari cinta kak long semula,”tanya Najwa yang penasaran akan kekasih hati kakak sulongnya.Dia belum sempat mengenal lelaki itu memandangkan waktu itu dia masih menuntut di universiti.

“Perlu ke kak long cari lagi sedangkan keadaan kak long dah macam ni,”jawab Najja sambil tersenyum.Wajahnya sentiasa berseri.Tak lekang dengan senyuman.

“Dia yang buat kak long kemalangan.Dia sepatutnya bertanggungjawab.Bukan menyepi macam tu je,”bidas Najwa.Geram sungguh dia pada kekasih kakaknya itu.Terus menyepi tanpa khabar berita.

“Apa yang jadi ni semuanya ketentuan Allah.Kak long redha.Tiap apa yang Allah aturkan itu pasti ada hikmahnya,”riak wajah Najja tenang bersahaja.Tabah sungguh hatinya.Sentiasa berfikiran positif.Dia tidak mahu merisaukan hati sesiapa dengan keadaan dirinya.Kehilangan penglihatan sudah cukup berat buat dirinya.Untuk memikirkan soal cinta pula hatinya sudah tawar.

Najwa terus memeluk erat kakak sulongnya itu.Begitu juga Najja.Najja selalu memberi kata-kata semangat berupa nasihat buat adiknya itu.Jauh beza sikap mereka berdua bagai langit dengan bumi tetapi kasih sayanglah yang banyak menyatukan mereka.

“Apa cerita mamat yang suka bergaduh dengan Najwa hari tu,”tanya Najja.Pertanyaan yang tak sengaja terlintas di fikirannya.

“Mamat yang naik honda petak tu ke ?”tanya Najwa sekadar memastikan.

“Yelah kot,”Najja mula tertawa.Walaupun tidak melihat dia dapat merasakan reaksi muka Najwa yang pastinya berkerut.

“Kak long nak tahu tak.Petang kelmarin Najwa jumpa dia lagi.Boleh dia ketawakan Najwa.Dia kata muka Najwa ni dah macam beruk dah.Geram sangat,”

“Dah kenapa orang kata adik kak long ni macam beruk,”Najwa ketawa sambil menutup tangannya di mulut.

“Alahan la kak long…Kak long janganlah ketawa,”

“Lepas tu kan kak long.Kami gaduhlah.Perangai dia tu macam budak-budak.Malas nak layan dia.Najwa blah je lah,”sambungan Najwa.Panas betul hatinya petang kelmarin.


***


“Panas pula petang ni.Garam je pun.Nak juga suruh orang pergi beli petang-petang ni,”

“Dah kenapa pula malam-malam kedai tak jual garam?”bebel Najwa sambil berjalan.Mukanya masih lagi digaru-garu.Bibir dan muka semakin membengkak.Laksa punya penangan.Soal malu dia tak peduli sangat.Lantaklah orang nak kata apa.

“Lah…kau.Aku ingatkan beruk manalah jalan tadi,”usik seorang lelaki yang membonceng motor honda petak.Motornya diperlahankan seiring Najwa yang sedang berjalan kaki.Rupanya tampanlah juga.Ada lesung pipit di pipi.Tetapi dia sangatlah poyo.

“Kau lagi ? Tolonglah jangan ganggu aku.Tolong blah dari sini,”Najwa menjeling.Ini kali kedua dia jumpa mamat poyo.Pertama kali berjumpa pun di kedai.Berebut mahukan pisang yang cuma ada sesikat.Najwa beralah ketika itu.Sudah geram pun belum habis.Tambah lagi yang sekarang ini.

“Dah kenapa muka kau macam beruk ni ?” teguran mamat poyo itu betul-betul menyakitkan telinga Najwa.

“Kau ni kan entah dari hulu mana datang.Dah la mulut tu tak ada insurans,”Najwa berang.Dia berhenti melangkah.Terus dia menghalakan jari telunjuknya ke arah mamat poyo itu.Geram sungguh hatinya.

Najwa berjalan masuk ke kedai.Mujurlah mamat poyo itu dah pergi jauh.Sejuk sedikit hatinya.

“Dah la mulut celupar.Kenal pun tak.Suka-suka dia je nak tegur orang,”bebel Najwa sendirian sambil membelek-belek barang.

“Dah kenapa marah-marah ni ?”tegur Pak Leh taukey kedai runcit Kampung Semarak.

“Tak ada apalah.Ni Pak Leh, kat kampung kita ni ada orang baru pindah ke ?”tanya Najwa.Mana tahu dia boleh dapat apa-apa info tentang mamat poyo itu.

Pak Leh mengerutkan dahi seolah sedang berfikir.

“Setahu Pak Leh mana ada orang baru pindah sini.Kenapa tanya ?”

“Tak ada apalah.Ni nak beli garam,”

“Muka kamu alah lagi ke ?”

“Yelah Pak Leh,”Najwa ketawa sendiri.Malu pula asyik ditegur soal mukanya tetapi dia tetap selamber.

Setelah selesai membayar, Najwa berjalan keluar dari kedai runcit.Di fikirannya masih lagi tertanya-tanya identiti lelaki tadi.Mungkin lelaki itu bukan orang Kampung Semarak.

“Cepat atau lambat aku akan tahu juga siapa sebenarnya mamat poyo tu,”ujarnya di dalam hati.

Setibanya dirumah dan meletakkan garam di dapur.Dia terus meluru ke rumah Syida.Tak lupa pinggan laksa kelmarin juga dibawa sekali.

“Syida…,”panggilan dari Najwa sedikit mengejutkan Syida yang sedang mengambil angin dibawah pohon jambu.Muhammad juga ada di situ.Mak Ani pula sedang mencakar sampah.Cuaca panas sudah beralih redup.Angin pula bertiup lembut.

“Kau ni dah kenapa.Tak reti bagi salam ke.Jerit nama aku kuat-kuat.Ingat aku pekak ke,”bebel Syida.Muhammad pula hanya ketawa kecil.

“Kena kejar dengan anjing ke ?”ketawa Muhammad yang melihat nafas Najwa tercungap-cungap seolah baru lepas di kejar anjing.

“Korang ni…Aku ada benda la nak cerita,”terus Najwa melabuhkan punggungnya di atas bangku bawah pohon jambu.Di tangannya masih memegang pinggan laksa kelmarin yang sudah siap di basuh.

“Haa…Itulah perempuan.Suka sangat bergosip.Kuat membawang,”

“Amboi mulut kau.Nama je ustaz,”tegur Syida.

“Itulah.Mulut kau ni sama je macam mamat poyo tu,”

“Mamat poyo ?”dahi Muhammad berkerut.Siapa pula mamat poyo yang disebut-sebut Najwa tadi.

“Mamat poyo mana pula ni ?”tanya Syida yang tak sabar-sabar nak dengar cerita dari mulut Najwa.Bab ni dialah pendengar paling setia.

“Aku dah dua kali jumpa mamat poyo ni.Dia suka cari pasal dengan aku.”cerita Najwa.

“Mamat poyo mana pula ? Apa nama dia ?”tanya Muhammad.

“Aku tak tahu nama dia.Dua kali aku jumpa dia kat kedai runcit Pak Leh.Mungkin orang kampung kita atau kampung sebelah ?”

“Haa…Dia naik motor honda petak.”sambung Najwa lagi.Bersungguh-sungguh dia cerita.Berharap Syida atau Muhammad dapat memberi sedikit info tentang mamat poyo itu.

“Hmmm…Dia handsome tak ?”Syida mencelah.

“Erm…Boleh tahan,”jawab Najwa ringkas bersahaja.

“Nanti kau kenalkan lah dengan aku.Mana tahu jodoh aku ke, jodoh kau ke.”

“Eee…Macam tu pun boleh jadi jodoh.Minta simpang lah”

“Eee…lah sangat.Esok lusa dia betul-betul jadi laki kau baru kau tahu,”usik Muhammad.Mereka bertiga sama-sama ketawa.

“Korang ni agak-agaklah.Dah la mulut dia tu tak ada insurans.Ada ke patut dia cakap aku ni dah macam beruk.”

Muhammad dan Syida ketawa besar.

“Itulah penangan Miss Hantu Laksa,”Syida ketawa lagi.Kalau bab menyakat Najwa dialah nombor satu.

“Alahan sikit je.Aku ni kalau jumpa dia memang aku cincang dia lumat-lumat tau,”

“Apa yang korang bertiga bisingkan ni ? Ni dah kenapa pegang pinggan ?”tegur Mak Ani.

Najwa hampir terlupa.Dia terus menghulurkan pinggan kosong itu kepada Mak Ani.Seronok bercerita sampai tak sedar pula pinggan masih melekat di tangan.

“Macam-macam dua orang ni Mak Ani.Ajak pergi mengaji tak nak pula”Muhammad tersenyum lebar.Sejak bila pula dia ajak pergi mengaji.

“Bagus juga kalau korang pergi mengaji quran dengan Muhammad ni.Ada kawan ustaz.Senang nak mengaji quran.Saham akhirat tu.”nasihat Mak Ani.

Najwa dan Syida terdiam.Ada betul juga kata-kata Mak Ani.Muhammad sudah pun bergelar ustaz tetapi sekalipun mereka berdua tak pernah belajar mengaji quran dengan Muhammad.Setiap malam Muhammad membuka kelas mengajar mengaji quran di surau kampung.Siangnya pula Muhammad mengajar di Madrasah milik ayahnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurul Shamin