2,019
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1

1 Anggerik. Kelas aku pada tahun ini. Mungkin disebabkan keputusan UPSR yang agak cemerlang, aku ditempatkan di dalam kelas pertama dalam aliran. 

Bangga? Tidak. Kenapa? Mana tidaknya, rakan-rakan sekelas aku ini sama serupa macam tahun lepas. 

Tiada seorang pun tak aku tidak kenal. Semuanya kenal belaka. Membosankan. Aku sepatutnya bersekolah di sekolah lain. Dapat jumpa kawan-kawan baru. Kan? Mana tahu boleh jumpa si dia yang aku impikan. Si dia? Hmm. 

Oh ya. Nama aku, Alia. Nama penuh aku, Wan Nur Alia. Aku ini pelajar biasa-biasa. Tak secantik macam kawan-kawan aku yang lain. Aku selesa dengan diri aku yang serba-serbi sederhana. 

Tapi aku tak faham. Kenapa aku kena duduk betul-betul menghadap meja guru dalam kelas ni? Aku nak duduk dekat tengah kelas! Bawah kipas! Isk!

"Barang kau ni jangan sentuh meja aku, boleh tak?" marah jiran sebelah kanan aku. 

Sangatlah malang hidup aku bila terpaksa duduk sebelah dengan musuh aku. Kelakar kan? Sudahlah musuh. Duduk sebelah-sebelah. Gila ke apa?

Aku menarik kembali bekas alat tulis aku. Mata musuh aku itu pandang tajam ke arah aku. Takut? Tak. Meluat! Menyampah.

"Wahida, ada orang nak jumpa kau," pekik ketua kelas. 

Wahida terus berdiri dan sengaja melanggar kerusi yang aku duduki. Tersentak aku dibuatnya.

"Apahal minah ni? Skru otak tercabut ke? Oh lupa! Musuh!" gumam aku dalam hati. 

"Aku cemburulah dengan Wahida. Dah lah lawa. Ramai peminat. Seronoknya jadi dia,"

"Dia kan kacukan cina. Mestilah cantik. Kulit putih macam tepung,"

"Dah lah cantik, pandai pula tu. UPSR dia cemerlang kan?"

"Aku lagi cemerlang. Dia tu dapat 3A je," jawab aku dalam hati. 

Rakan sekelas aku dibelakang seronok mengagung-agungkan Wahida, musuh aku. 

Cemburu? Buat apa aku nak cemburu dekat orang yang cemburu dengan aku? Kelakarlah!

"Minggu ni je dah dapat 5 surat! Serabutlah!" omel Wahida dengan nada suara yang sengaja dilantangkan.

"Surat apa wei?" tanya grup peminat Wahida. Grup wei! Dah taksub sangat, aku bubuh grup. Senang.

"Mesti surat cinta kan? Yelah, kau kab lawa. Mesti ramai minat kau," ujar ketua grup. 

"Aku lawa? Mana ada. Biasa-biasa je. Kita semua kan lawa," bidas Wahida.

"Plastiknya! Macam plastik tong sampah!" celah aku dalam hati lagi. 

"Wahida, kan 3 hari lepas ada senior tingkatan 5 ajak kau keluar kan? Kau jadi ke keluar dengan dia?" tanya naib ketua grup.

"Tak naklah. Muka tak kacak. Tak kena dengan cita rasa aku," ujar Wahida sambil memegang dagunya.

Aku baru teringat akan buku teks Sejarah dalam beg aku. Cepat-cepat aku keluarkan dan buat-buat ulang kaji. 

"Kau tak takut ke?" sampuk ketua grup. 

"Takut apa?" tanya Wahida risau.

"Tak takut ke kalau kau tolak peminat-peminat kau tu nanti, salah seorang daripada mereka, santau kau," sambung ketua grup.

"Santau? Apa benda kau merepek ni. Mengarut jelah," bidas Wahida. 

"Kau kena hati-hati. Sekarang ni macam-macam orang boleh buat kita. Entah-entah orang yang dekat dengan kita yang santau kita," ujar naib ketua grup.

"Isk kau orang ni. Ada-ada jelah," omel Wahida. 

Tangannya mula kesejukan. Aku sedar Wahida sedang memandang aku tapi buat abaikan saja. Malas mahu melayan. Buat apa layan musuh sendiri?

"Bangun! Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh Puan Azma!"

Seorang guru berkebaya merah masuk ke dalam kelas dengan beg tangannya yang merah menyala. 

"Cikgu salah kerja ni. Patut jadi model. Bukannya cikgu," gumam aku dalam hati. 

"Waalaikumussalam. Sila duduk," arah Puan Azma.

Aku menghadap Puan Azma. Buku kehadiran diselak. Satu per satu nama disebut. 

Tok! Tok! Tok!

Seorang pelajar lelaki berbaju pengawas pusat sumber sedang menanti di luar bersama seorang rakannya di sisi. Tangan mereka teguh memegang buku-buku latihan kelas aku.

"Ha masuk. Letak dekat sini. Terima kasih tolong cikgu," kata Puan Azma.

Aku memerhati dua orang pelajar itu dari melangkah masuk hinggalah tiba di meja guru yang terletak tengah-tengah ruangab hadapan.

Rajin betul aku tengok orang buat kerja. Seronok. Lelaki berbaju hijau itu meletakkan buku-buku berhampiran dengan aku. 

Entah kenapa dan bagaimana, mata aku dan mata lelaki baju hijau tu bertembung! 

Lelaki baju hijau itu pula senyum-senyum apabila memandang aku. Mereka berdua terus keluar dari kelas aku. Tapi, si baju hijau itu sempat mencuri lihat aku semasa melangkah keluar.

"Dah kenapa dia tu? Gila?" gumam aku dalam hati.

"Wahida, budak tadi pandang kau kan?" bisik ketua grup.

"Siapa? Pandang aku? Isk. Mana adalah," kata Wahida tersipu-sipu malu. 

Meluat. Plastik sungguh perangai Wahida. 

"Baik kelas, kita masuk bab seterusnya..."






"Kau kena balik sekali dengan aku!" arah Wahida. 

"Apa fasal pula? Rumah aku dengan kau kan lain-lain jalan. Kau baliklah sendiri," balas aku.

"Hoi perempuan! Kau tu bekas kawan baik aku. Kau kena dengar cakap aku!" marah Wahida.

Beg sekolah aku kemaskan. Galas tanpa memandang wajah Wahida yang sedang menyinga. Apa fasal entah minah itu. 

"Hoi kuli!" 

Beg sekolah aku ditarik dari belakang dengan ganas. Aku terdorong ke belakang. Cepat-cepat aku memaut meja di tepi.

"Kau ikut jelah aku! Banyak bunyi pula!" bisik Wahida pada telinga aku. 

"Kau baliklah dengan grup fanatik kau tu. Rumah kau orang kan dekat-dekat," bisik aku lagi.

Jin mana entah sedang merasuk Wahida. Paksa aku teman dia balik sampai ke rumah. Rumah aku dah lah atas bukit. Dua kali kerja. Ingat aku ni balaci dia? Euw.

"Alia ada perjumpaan kelab dengan aku lepas ni," 

Wahida melepaskan beg sekolah aku. Aku terus membetulkan beg sekolah aku yang sudah senget sebelah. Salah Wahida la ni!

"Alia tak boleh pergi perjumpaan tu," kata Wahida sambil memeluk tubuh.

"Kenapa pula?"

"Dia kena balik dengan aku. Mak dia pesan," jawab Wahida sambil melarikan matanya.

"Jom Alia. Kita pergi Casa Ilmu sekejap,"

"Tapi.." Tak sempat aku habiskan kata-kata aku, beg sekolah aku ditolak kasar oleh Wahida.

"Ke tepilah! Menyemak!" marah Wahida.

"Otak dia tercabut ke macam mana? Tak habis-habis cari fasal dengan aku," kata aku perlahan. 

Nafas turun naik menahan marah. Geramlah. Dah tahu takut kena santau, nak libatkan aku sekali apa hal? Urgh!

"Kau ikut laluan belakang balik ni,"

"Eh, Mal," belum sempat aku ingin mengucapkan terima kasih, lelaki itu sudah hilang.

"Terima kasih Ikhmal sebab tolong aku daripada dibuli dengan pontianak Wahida itu,"

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.