Home Novel Komedi/Romantik Komedi Adakah Kau Menungguku?
Adakah Kau Menungguku?
Aaliya Adni
9/12/2020 20:27:52
2,179
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4

Perasaannya membara. Jika diikutkan kebiasaannya, dia teragak mahu sahaja mencurahkan air minuman welcome drink itu, ke atas kepala Khabib Benjamin.  Tetapi itu teramat cliché dan dia pun cuba bertenang.

            “Kau tak ada apa-apa cadangan lain untuk aku pilih?” tanya Layla matanya meneliti pemuda di depannya.

            “Hmm…kau pernah ke  Greece?” tanya Khabib.“Hurmm..mungkin soalan aku agak menjengkelkan..tapi…berapa kerap kau melancung?”

            “Oh..tak banyak,” ringkas sahaja Layla menjawab. “aku tak ada masa untuk melancung melainkan kerana kerja.”

            “Kau masih tak mahu bercerita lebih lanjut tentang karier kau?” tanya Khabib, matanya beralih daripada menu, ke wajah Layla. Nampaknya mereka sama-sama sedang mengkaji sesama sendiri.

Layla tidak berminat untuk meneruskan perbualan, dia rasa lapar dan mahu beredar segera. Teman makan yang membosankan akan membuat makanan paling lazat menjadi meloyakan, fikirnya.

            “Aku cadangkan kau pilih antara  Schnitzel tadi, makanan Afrika Chakalaka…atau Greek Chicken Souvlaki…semuanya amat lazat…”

            Layla kelihatan membuat pertimbangan beberapa ketika.

“Hmm..okay aku tak akan buang masa lagi, so please order kan aku yang ni,” katanya menuding ke arah menu main course. “Yang ini…dan yang ini…”Tangannya menunjukkan kepada kesemua yang telah dicadang oleh Khabib sebentar tadi.

 “Baik…lagi?” tanya Khabib,kehairanan melihat begitu banyaknya makanan dipesan Layla. Tetapi dia menduga kemungkinan Layla sedang lapar atau sememangnya gemar makan sebagaimana yang telah diceritakan Shaff kepadanya tempoh hari. “Owh…aku memang suka wanita yang kuat makan dan tahu menikmati makanan!”

Ada aku kesah kau suka atau tak suka dengan aku, fikir Layla sambil menghadiahkan senyuman kepada Khabib.  

“Kemudian dessert aku nak yang ni..dan airnya bagi aku fruit cocktail,”kata Layla Olivia masih menahan perasaan sebenarnya.

“Hmmm…melihat kau begitu bernafsu dengan makanan, membuatkan aku seronok memikirkan kemungkinan lain tentang diri kau..” tiba-tiba Khabib menatapnya dengan wajah semacam.

“Aku tak tahu apa yang kau nak cuba sampaikan, tapi aku memang tengah lapar,” balas Layla enggan melayan kata-kata sugestif Khabib. “Lepas itu, kau boleh mula makan dulu…aku nak ke washroom.

Dia ke washroom dan kemudian terus beredar dari situ, melangkah pulang ke pejabatnya.

 

Dia singgah di sebuah gerai burger di tepi jalan dekat menara di sebelah bangunan pejabatnya.Ketika di lobi, beberapa orang sedang berjalan cepat ke arah lif kerana waktu makan tengahari sudah hampir selesai. Dia tidak sabar hendak naik ke tingkat 38, dan menunggu lif khas untuk level 30 dan ke atas terbuka. Fikirannya dipenuhi dengan apa yang perlu dilakukannya selepas masa makan selesai dan menyusun kerja yang perlu di selesaikan untuk mesyuarat besok.

“Haih..kau dah balik?” tanya Shaff keluar dari lif satu lagi yang terbuka di sebelahnya. Matanya sempat menangkap bungkusan burger di tangan Layla.

“Dan kau, bukan ke kau sepatutnya ada kat sana sampai kita habis makan?”tanya Layla mendengus.

“Hurmm…Aku saja nak bagi korang peluang berkenalan lahh…macam tak biasa.” kata Shaff ketawa kecil.

“Kau nak ke mana?” tanya Layla.

“Aku rasa bersalah, ingat tadi nak pergi jenguk kau orang semula…” kata Shaff. “Since kau dah pulang ke pejabat, aku naik semula lah.”

Shaff masuk semula ke dalam lif bersama Layla.

“Itu kawan kau ke?” tanya Layla. Mujur lah dia sudah kenal Shaff dan ada kepentingan bersama dalam syarikat. Jika tidak….Matanya tegak memandang ke butang lif yang menuju ke tingkat atas tingkat 38.

“Hmm..aku kenal dia kat gym..” Shaf mengurut dagu, matanya mengerling ke arah wajah Layla, cuba menduga apa carutan yang mungkin bakal diterimanya.Bukan dia tak kenal dengan Layla. Dia seorang yang amat bengkeng apa lagi sekiranya sesuatu tidak kena dengan alur pemikirannya. Siapa tak kenal dia di tapak binaan. Mereka pernah terlibat dengan kontrak sebagai cost-plus contractor di sebuah tapak binaan, Layla tidak hairan duduk bersama kontraktor lelaki dan bercakap bahasa di tapak binaan. Bukan sesuatu yang kerap dilihat,seorang wanita secantik Layla punya tahap kebijaksanaan yang tinggi dan tidak betah menjejak kawasan yang dipenuhi pekerja-pekerja binaan yang diketahui normal menggunakan bahasa yang agak keras. Mungkin kerana itu jugalah mereka tidak rasa janggal bercakap dengan bahasa yang agak kasar walaupun dia seorang wanita yang kelihatan di luarnya lembut.

“Dan kau serious nak kenal kan aku untuk berpasangan dengan spesis macam tu?” tanya Layla Olivia.

Shaf mahu membela diri tetapi ketika lif terbuka ada tiga orang naik bersama ke dalam lif di level 30. Salah seorangnya yang berpangkat Dato, mengangguk ke arah Shaf dan Layla. Nampaknya dia menekan akses ke Blue Sky View Bar & Restaurant yang terletak di tingkat atas. Dato Rahman atau dikenali dengan nama Dato Man Kanan memang dikenali dikalangan mereka yang bergiat dalam bisnes hartanah, kerana dia mempunyai saham besar dalam beberapa syarikat yang aktif membangunkan projek hartanah dan membeli kepentingan syarikat lain apabila pasaran merudum. Salah satu anak syarikat dibawah kumpulan Merak Kayangan. Ketika itu kelihatan Dato Man Kanan dan duaorang lelaki itu dalam mode serious. Mungkin sedang berbincang tentang projek baharu bernilai jutaan atau bilion ringgit.

Shaff tak senang berdiri, takut-takut Layla buat hal dalam lif. Dia teringatkan Khabib Benjamin, kenalan satu gymnasiumnya yang diketahui sering membuat gadis terlanggar tiang apabila terpandangkannya. Pemuda itu pernah memberitahu tentang cita-cita tinggi untuk menjadi Executive Chef, tahap tertinggi dalam bidangnya. Apalah agaknya yang terjadi di antara Khabib dengan Layla. Pada pemerhatiannya seketika mereka bertemu di restaurant itu, mereka nampak sepadan dari secara fizikalnya, malah kedua-duanya secocok dari segi semangat dan keinginan untuk mengejar impian tertinggi dalam bidang masing-masing. Khabib dengan badan ketak-ketaknya kerana rajin mengangkat besi di gym, manakala Layla yang bijak dengan wajah polos yang kerap disalah tafsirkan kebanyakan lelaki yang tidak mengenalinya. Layla, jika sekali imbas mungkin disangka orang sebagai seorang perempuan yang lemah dan perlu dibantu tetapi apabila dia buka mulut bercakap, kebanyakannya hanya fakta. Dan tidak juga dia jenis yang meliuk-liuk,tidak lemah lembut bagi sesetengah orang. Malah lelaki yang pentingkan ciri-ciri wanita melayu terakhir yang tradisional menganggap dia agak terlalu kasar untuk seorang wanita.

Mujur sahaja Layla diam sahaja sehingga sampai ke pejabat mereka ditingkat 38. Kehadiran Dato Man Kanan dan dua orang lelaki di depan itu, mungkin berjaya menyelamatkan keadaan baginya, fikir Shaff melepaskan nafas lega.

“Kau memang nak kena dengan aku, kan Syed?” kata Layla, ketika mereka melangkah ke luar lif. Mendengar namanya disebut begitu, Shaff tahu yang Layla memang bagaikan terjerembat dengan pertemuan dengan Khabib itu.

“Aku niat baik..tak bagus ke kawan aku tu?” tanya Shaf menggaru kepala.

“Kurang ajar tau...that is my only comment…” kata Layla sambil melangkah masuk ke resepsi.

“Siapa kurang ajar? Aku ke Khabib?” tanya Shaf.

“Kedua-duanya sekali…Khabib  Benjamin paling teruk. Kau boleh sahaja buat lagi macam ini, jangan sampai aku pangkah kau sebagai kawan! ”kata  Layla tegas. “Jangan tanya aku lagi pasal dia.”

Shaff mengangkat kening.

“Apa jugak lah si Kebab ni dah buat,” dia merungut di celah gigi. 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.