Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Komedi/Romantik Komedi Daddy and Mummy Express
Daddy and Mummy Express
Qilla
9/10/2018 20:16:17
704
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1

"You're my wife and I'm your husband and we are daddy and mummy express"



PALING dibenci, anak kepada kawan baik ibunya yang jenis suka berlagak pandai dan kuat mengarahnya. Depan ibunya dia boleh kalah tapi, depan ibu kepada lelaki itu, dia akan menang.

Dia, Adelina Tiffany yang dari kecil bermusuhan dengan anak kepada kawan baik ibunya. Harap aje muka berupa tapi perangai...nauzubillahminzalik!! Kalah syaiton!

Wildad Hadfi...,

Sebaris nama yang indah tetapi perangai tak seindah namanya.

Kehadiran Hadfi, melemaskan hidup Adelina. Adelina sangka, dia tak perlu menghadap wajah lelaki perasan bagus tu dah selepas lelaki itu mengikuti ibunya berpindah ke luar negara. Tapi sangkaan Adelina meleset sama sekali. Dia perlu menghadap lelaki itu buat sekian kalinya!!

Harulah hidup Adelina Tiffany dengan kehadiran lelaki yang bernama Wildad Hadfi....


SPLASH!!

Tersentak gadis comel berusia dua puluh tiga tahun itu tatkala wajahnya dibasahi dengan percikan air.

Terkebil - kebil dia mendongak memandang wajah lelaki dihadapannya yang sudah ketawa sebaik sahaja dia melihat riaksi Adelina.

Wildad Hadfi.

Lelaki yang tak pernah berhenti menganggu Adelina. Dari mereka kecil, sehinggalah dewasa, Adelina lah sasaran utama yang akan dibulinya. Lagipun, buli Adelina menyeronokkan!

"Puas gelakkan aku?!" Marah Adelina sambil merampas kasar tuala yang berada di bahu Hadfi. Lalu tuala itu dilapkan pada seluruh wajahnya yang basah dek direnjis oleh Hadfi.

Hadfi tersengih nakal.

Dia suka tengok Adelina marah dia. Dia seronok! Hati dia rasa bahagia sangat bila Adelina menjerit marahkan dia.

"Seronok. Tadi niat aku sebenarnya nak simbah kau sebaldi air. Tapi, aku batalkan niat aku. Takut kalau aku buat nanti aku terpandang benda yang tak sepatutnya". Balas Hadfi sambil tersenyum penuh makna. Lagi melebar senyumannya tatkala dia melihat kerutan di dahi Adelina.

Hehehehe, nampak sangat gadis itu tak faham apa yang dia maksudkan.

"Hmmm, by the way kau dah ada kat dapur ni...kau tolonglah eh basuh pinggan aku. Kau tu perempuan kan? Buat lah cara perempuan. Jadi sopan sikit depan lelaki handsome macam aku ni". Kata Hadfi sambil berura - ura ingin melangkah pergi. Matanya masih tertumpu pada wajah kebingungan Adelina.

Hadfi menghela nafas perlahan.

Kadang - kadang si Adelina ni bangang jugak rupanya,

Dia berjalan merapati gadis itu sambil mengukir senyuman senget tatkala melihat wajah kebingungan Adelina yang memandangnya.

"Aku tak nak simbah kau dengan sebaldi air sebab aku takut aku nampak body shape kau. Nanti takut aku tak tahan pulak tengok kau, iman aku ni tak lah tebal sangat", Bisik Hadfi perlahan.

Merah padam wajah Adelina tatkala mendengar kata - kata Hadfi.

"Gatalnya kau ni!!!" Jerit Adelina.

Hadfi ketawa nakal lantas melangkah menuju ke ruang tamu meninggalkan Adelina seorang diri di dapur.

Adelina merengus geram. Paip air dibuka kasar lalu dia mencuci pinggan yang Hadfi selamba badak tinggalkan sambil mulutnya terkumit - kamat mengutuk Hadfi.


HIDUP Adelina langsung tak tenteram bermula dari si Hadfi datang menumpang dirumahnya. Ini semua cadangan ibunya yang mengajak Hadfi dan ibu lelaki itu menumpang dirumah mereka sementara mereka mencari rumah untuk dijual di kawasan ini. Kadang - kala Adelina tertanya jugak. Kenapa perlu mereka beli rumah di sini memandangkan si Hadfi tu dah ada rumah sendiri kat luar negara tu?

Aneh sungguh....

Sofa bersebelahan Adelina terasa diduduki oleh seseorang. Gadis itu langsung tak menoleh kerana dia sendiri sudah tahu siapa yang duduk bersebelahannya.

Keropok potato chips yang dinikmati oleh Adelina sambil menonton televisyen dengan selamba badak saja dirampas oleh Hadfi.

"Kau tengok cerita apa ni?" Sengaja Hadfi menyoal Adelina walhal dia sendiri tahu cerita apa yang gadis itu tonton. Alaaah, drama petang yang pukul tujuh tu...

"Kau tak ada kerja lain ke selain menyemak dan mengganggu aku?" Soal Adelina dalam nada tak puas hati.

Hadfi tersengih.

"Aku bosan. Aku baru nak ajak ummi aku berbual. Tapi, ummi aku duduk berbual dengan ibu kau kat bawah. Aku pergilah pulak tawaf satu rumah kau ni then, aku nampak kau tengok cerita mengarut ni. Jadi aku buat keputusan nak duduk tengok televisyen dengan kau jelah. Sambil tu boleh kacau kau sekali kan? Barulah best!" Terang Hadfi dalam nada teruja.

Adelina menjeling Hadfi.

"Habis, kau tak ada kerja? Aku tengok bila ummi kau suruh kau keluar beli barang macam - macam alasan kau bagi. Paling kerap aku dengar, kau bagi alasan yang kerja office kau tu bertimbun. Mana kerja kau tu? Pergilah buat". Balas Adelina tanpa nada.

"Kerja aku tu dah siap dah semalam".

"Kata banyak sampai bertimbun. Ayat kau dah macam kerja kau tu bertimbun tinggi macam gunung everest. Takkan sehari je dah siap?" Soal Adelina hairan.

Alien ke mamat ni? Sehari je boleh siapkan kerja yang menimbun macam gunung everest tu.

"Alah, aku upah je orang suruh buat kerja tu. Ayah aku bukan tau pun". Balas Hadfi dalam nada selamba sambil koropok tersebut disuap ke dalam mulutnya.

Adelina terkaku mendengar kata - kata Hadfi. Dia sendiri pun dah tak tahu nak nenangis ke nak gelak dengan perangai Hadfi. Boleh si Hadfi tu harapkan orang lain untuk buat kerja dia? Teruk betul!

Hadfi tersengih sebaik sahaja melihat riaksi pada wajah gadis itu.

"Kenapa buat muka macam tu?" Soal Hadfi sambil tersenyum nakal. Suka dia melihat wajah terkejut Adelina. Comel!

"Suka hati aku lah. Muka aku". Balas Adelina kasar.

"Masalahnya muka yang kau buat tu hodoh sangat! Macam nenek kebayan. Tu yang aku tegur. Takut lari pulak lelaki lain tengok kau nanti". Sengaja Hadfi mengusik gadis itu. Bikin Adelina marah baru syiokkk!

Adelina menjeling Hadfi.

Tanpa berlengah segera dia bangun meninggalkan lelaki itu sendirian.

Dengan Hadfi, apa yang dia buat pun tak senang. Semua nak dikritik! Benci betul!

Hadfi tersengih sendiri.

Seronok dia mengganggu Adelina.

πŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’žπŸ’ž
Thanks sbb baca story baru saya! Teruskan membaca ya❣️Segala typo tu abaikanlah. Jgn lupa vote and comment.

Tataaaaa~


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.