Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Komedi/Romantik Komedi Cik SingaHoney Dan Trouble Makers
Cik SingaHoney Dan Trouble Makers
Areum Raimah
29/7/2018 11:56:22
5,661
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 07

DARI dalam bas di seberang jalan Hani Inara memerhati Rifqy Adwa yang sedang sibuk melayan pelanggan-pelanggan yang datang ke trak makanannya. Masih sukar untuk dia percaya bahawa Adwa merupakan cucu kepada Dato Daniel. Kenapa selama ini dia rahsiakan siapa dia dari aku? Takkanlah dia takut aku akan goda dia bila aku tahu siapa dia yang sebenar? Ke dia takut aku akan jauhkan diri dari dia? Tak ada sebab kot aku nak buat macam tu.

Bas yang tadinya berhenti dekat perhentian bas. Hani bingkas bangun dari tempat duduknya lalu turun dari bas.sambil memandang Adwa. Tetapi lampu isyarat pejalan kaki masih lagi menunjukkan warna merah menandakan dia perlu menunggu sehingga lampu tersebut bertukar hijau. Tidak sabar rasanya mahu bertemu dengan Adwa. Namun pada masa yang sama dia berasa kecewa kerana Adwa bukanlah datang dari keluarga yang biasa-biasa.

“Kenapa aku nak fikir sangat Adwa tu cucu dato atau bukan? Dia tetap Adwa yang aku kenal dan tak akan berubah” bebelnya sendirian. Lampu isyarat penjalan kaki menunjukkan warna hijau.

Apa lagi Hani dengan pantas mengatur langkah setapak demi setapak menuju ke trak makanan Adwa yang berada sudah tidak jauh dihadapannya. Dapat dia melihat empat buah meja dengan empat buah kerusi penuh dengan pelanggan. Memang tidak rugi mencuba makanan yang dijual oleh trak-trak makanan di kawasan ini. Bukan sahaja harganya yang berpatutuan. Tetapi hidangan yang disediakan sama sedap seperti makanan-makanan di restoran. Terutamanya nasi lemak lauk ayam goreng berempah dan Nasi dengan lauk tiga rasa yang dijual oleh Adwa. Sekali datang pasti akan kembali.

“Selamat menjamu selera” ucap Adwa sambil menghidangkan hidangan pesanan pelanggan ke meja. Senyuman tidak lekang dari bibirnya setiap kali berhadapan dengan pelanggan. Itulah rahsia mengapa dia digemari oleh pelanggan-pelanggannya. Bukan sahaja memiliki rupa paras dan senyuman yang menarik. Tetapi makanan yang dia jual juga sedap.

Setelah meninggalkan meja pelanggan. Dia melarikan pandangan ke hadapan. Pandangan terus sahaja terhala pada Hani yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Hani melambai-lambaikan tangan kiri bersama senyuman. Namun Adwa hanya memandangnya dengan wajah yang berkerut.  

“Dah kenapa dengan tangan dan leher dia tu? Measuk gelanggan taekwondo lagi ke apa?” gumamnya. Hanya berdiri kaku menunggu Hani yang semakin hampir.

“Assalamualaikum my friend tanpa sengaja” sapa Hani dengan senyuman. Sempat juga menyiku Adwa menggunakan tangan kirinya.

“Waalaikumussalam. Apa dah jadi dengan kau ni?” Matanya tidak berkelip memandang tepat ke wajah Hani.

“Kenapa? Aku lawa sangat ke hari ni?” gurau Hani langsung tidak menjawab pertanyaan Adwa tadi. Rambut yang panjangnya paras pinggang itu dia betulkan sambil tersenyum mesra dan mata dikenyit memandang Adwa

Adwa mengetap bibirnya lalu melarikan pandangan ke tempat lain. Geram, marah, dan cuak. Itulah yang dia rasakan ketika melihat Hani dengan gaya seperti seorang perempuan gedik. Dia lebih rela berhadapan dengan Hani Inara yang berkelakuan kasar berbanding Hani Inara yang lemah lembut dan menggoda seperti ini.

“Fuhh!” nafas ditarik dalam-dalam.

Adwa kembali memandang tepat ke wajah Hani.

Hani masih mengukirkan senyuman manis yang menggoda.

“Baik kau berhenti buat perangai gedik tu sebelum aku halau atau belasah kau dekat sini” kata Adwa dnegan wajah serius sambil bercekak pinggang.

“Excuse me saudara. Nak belasah aku? Kau tak ingat ke siapa yang selamatkan siapa tiga tahun lepas?” perli Hani dengan senyuman. Dia masih ingat dengan jelas kejadian tiga tahun lepas.

Adwa mengerutkan wajah. “Hei, tu tiga tahun lepas. Sekarang aku dah berubah. Kau sekali lagi buat perangai macam tu aku tumbuk” balas Adwa sambil menunjukkan buku limanya pada Hani.

Hani ketawa kecil “Huh! Patutlah tak ada perempuan melekat dengan kau. Garang sangat” Dia menarik kerusi lalu duduk.

“Masalahnya bukan aku yang garang. Tapi kau tu yang buang tebiat. Tiba-tiba nak jadi gadis Melayu terakhir bagai. Tak sesuai langsung” jawab Adwa. Wajahnya masih lagi serius.  

“Aku buang tebiat. Tapi inilah diri aku kasar. But feminine at the same time. So it’s normal if want to be look like a lovely girl” jelas Hani pula. Siap berbahasa Inggeris bagai.

“Itu aku tahu. Tapi… kau rasa sesuai ke gaya feminine kau dengan tanga berbalut, leher pun…” Adwa menggeleng-gelengkan kepala. Nafas ditarik dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan-lahan.

Hani melarikan pandangan daripada Adwa kepada tangan kanan yang berbalut. Kemudian tangan kiri meraba-raba leher yang juga ditampal dengan kapas dan pembalut luka. Dia hampir terlupa yang dirinya sebenarnya mengalami kecedera ringan. Patutlah masa nak gerakkan tangan dan pusingkan leher tadi rasa sakit semacam.

“Macam mana kau boleh cedera?” tanya Adwa lagi. Kali ini nada suaranya lebih tenang dan rendah.

 Hani tersenyum. Kalau boleh dia tidak mahu bercerita lagi tentang kejadian yang menyakitkan hati itu. Tetapi dengan siapa lagi dia hendak mengadu kalau bukan dengan kawan baik tanpa sengajanya itu.

“Sebenarnya semalam…” tiba-tiba Hani terdiam sambil bibir diketap.

“Dik, tolong kira” panggil seorang pelanggan.

“Pergilah buat kerja kau dulu. Aku nak tolong tak mampu” tersenyum. Kemudian nafas dia tarik dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan. Hampir sahaja dia bercerita tentang kejadian semalam. Kalau tidak pasti Adwa akan tahu dia sebenarnya mengenali Dato Daniel. Baik aku tak payah cerita dengan dia. Selagi aku tak cerita dia takkan tahu punya sebab apa? Rifqy Adwa seorang yang buta. Bukan buta penglihatan atau hati. Tapi dia buta IT. Facebook, Instagram, Twitter, Whatsapp, We Chat semua tu dia tak tahu benda apa. Dia cuma tahu buat panggilan dan hantar mesej. Pelikkan? Tapi itulah fakta sebenar tentang Adwa yang mungkin Fitri sendiri tak sedar.  

“Aku selesaikan dulu kerja aku. Kejap lagi kita borak” kata Adwa. Dengan pantas dia bangun dan mendekati lelaki itu bersaa kalkulator untuk mengira. Selsai satu tugas datang pula tugas yang lain. Al-maklumlah wajah puncak macam ni memang sibuk sedikit. Hani ingin membantu. Tetapi dia pula yang menolak. Jadi terpaksalah dia duduk memerhati dan menunggu adwa sambl menikmati kuih yang terhidang di atas meja.

Mesti dia seronok dengan kerja dia. Tengoklah tu, bibir tak pernah tak senyum masa depan pelanggan. Walaupun aku tahu sebenarnya dia letih sebab terpaksa buat semua seorang-seorang. Tapi aku tolong, dia pula tak nak. Hmm… inilah Rifqy Adwa yang aku kenal. Dia tak suka bergantung pada orang lain dan akan capai yang dia mahukan dengan usaha dia sendiri. Perwatakan dia tak jauh beza dengan aku sebab itulah agaknya kami boleh jadi kawan.

Ketika merenung Adwa yang sedang sibuk bekerja. Tiba-tiba terkenang kembali peristiwa tiga tahun lepas. Perisitiwa yang membawa kepada permulaan ikatan persahabatan mereka. Dia ingat lagi malam itu waktu dia dalam perjalanan pulang ke rumah sewa dari tempat kerja. Muncul dua orang lelaki hendak menganggunya di taman berhampiran tempat tinggalnya.

Tiba-tiba Adwa yang kebetulan melalui kawasan itu melihat seorang gadis sedang diganggu. Dia dengan pantas turun dari motosikalnya dan berdiri di hadapan Hani dengan mendepakan kedua-dua tangan sambil mengarahkan supaya dua samseng itu pergi. Namun kejadian sebaliknya yang berlaku. Salah seorang daripada mereka telah menumbuk Adwa tepat di muka.

Adwa cuba untuk berlawan dan meminta supaya Hani pergi dari situ. Tapi dia pula yang dibelasah oleh dua samseng itu. Hani mengetap bibir, penumbuk digenggam kuat dan merasakan dia tidak sepatutnya berdiri di situ dan melihat lelaki lemah itu dipukul dengan teruk. Dengan helaan nafas panjang dia mula mengatur langkah, melompat ke udara sebelum kakinya mendarat di wajah samseng-sameng itu dan beberapa tumbukkan juga telah dihadiahkan sehingga mereka tidak mampu lagi untuk bangun.

“Helo, polis saya nak laporkan…” belum sempat dia menyebut perkataan seterusmya. Dua samseng yang mengganggunya tadi lari terhuyung hayang meninggalkan tempat itu. Sesekali mereka terjatuh menyebabkan Hani tidak dapat menahan rasa geli hatinya.

Kemudian dia membantu Adwa untuk bangun. Adwa tidak mengucapkan walau sepatah kata sekalipun kerana masih terkejut dengan tindakkan mengejut Hani tadi. Kalaulah dia tahu gadis itu bukanlah gadis yang lemah. Dia tidak akan susahkan diri untuk membantunya dan membiarkan dirinya cedera.

“Kau apa hal senyum-senyum?”

Suara Adwa menyedarkan Hani dari lamunannya. Dia kembali ke dunia realiti. Kelihatan Adwa sedang memandangnya dengan wajah kosong. Kerusi ditarik keluar dari meja sebelum punggung dilabuhkan di atas kerusi.

“Tak ada apa-apa. Aku cuma teringat masa first time aku jumpa kau dulu” tersenyum.

“Tolonglah jangan ingat lagi. Kau buat maruah aku sebagai seorang lelaki maskulin tercalar tahu tak” balas Adwa, mukanya sudah merah padam kerana malu. Kalaulah dia tahu Hani tahu seni mempertahankan diri. Dia tidak mungkin korbankan dirinya semata-mata untuk menyelamatkan Hani. Namun akhirnya dia sendiri yang tercedera. Kenangan yang agak memalukan untuk dia kenang. Tetapi kalau bukan disebabkan kejadian itu mereka tidak mungkin akan berkenalan.

“Maskulinlah sangat” Hani ketawa.

“Amboi gelak. Kau nak aku tunjuk betapa maskulinnya aku?”

Please jangan. Nanti kau juga menyesal” Hani menggeleng-gelengkan kepala sambil mengangat tangan kirinya menolak sekeras-kerasnya kata-kata Adwa tadi.

  Tiba-tiba suasana menjadi sepi. Mereka berdua hanya saling bertentang mata. Entah apa yang sedang mereka fikirkan sekarang. Kemudian Hani tersenyum lalu menghirup sedikit kopi susu yang dihidangkan khas untuknya oleh Fitri. Bagaimana seorang seperti Adwa boleh menjadi cucu kepada Dato Daniel? Bagaimana seorang seperti Adwa boleh merahsiakan dengan baik sekali tentang identiti sebenarnya, kisah hidupnya yang menyedihkan. Jika dia tidak mendengar kisah Adwa dari Fitri, dia merasakan kehidupan Adwa sudah sempurna dan bahagia kerana dia mampu lakukan apa yang dia suka.

“Kenapa kau pandang aku macam tu?” soal Adwa. Renungan Hani kali ini mengundang seribu pertanyaan di mindanya. 

“Tak ada apa-apa” Hani tersenyum. Cawan diletakkan semula di atas meja.

“Betul tak ada?” Adwa cuba memastikan perkara tersebut.

“Ya tak ada apa-apa” balas Hani dengan yakin. Sebenarnya ada banyak pertanyaan yang dia mahu ajukan untuk Adwa sekarang. Tetapi ini bukanlah masa yang sesuai untuk dia menjadi wartawan jsegera.

Adwa membetulkan duduk. “Okey memandangkan kau tak ada soalan. Sekarang biar aku pula tanya kau”

“Tanya apa?” dahi Hani berkerut. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang tanpa sebab. Alamak, takkan dia tahu aku pukul sepupu dia kut?

“Kau belum jawab lagi soalan aku tadi. ,macam mana kau boleh cedera?” soal Adwa serius.

“Cedera?” Hani melarikan pandangan dariapda Adwa kepada tangan kanan yang berbalut. Kemudian tangan kiri pula meraba-raba leher yang ditampal dengan kapas dan pembalut luka.

“Kau bergaduh dengan siapa pula kali ni?” sambung Adwa.

“Err…” agak terpinga-pinga Hani mahu menjawab pertanyaan itu. Peluh yang mengalir di adhi dia kesat dengan tangan sambil mata memandang tepat ke wajah Adwa. Alamak! Apa aku nak cakap ni? Takkan nak cakap aku pukul cucu dato? Mesti dia tanya dato mana? Kalau aku cakap cucu Dato Daniel mesti dia curiga. Hani Inara tolonglah fikir jawapan yang bernas dan tak mencurigakan sekarang juga. Bisik Hani dalam hatinya. Kalut juga dia bila berhadapan dengan situasi seperti ini.

“Ha!” suara Hani mengejutkan Adwa.

“Sebenarnya aku jatuh masa mandi semalam. Tangan terseliuh sikit. Leher ni pula bertampal sebab terkena percikkan minyak masa aku goreng ikan semalam” good answer Hani! Sedikitpun tidak mencurigakan. Bukan main yakin lagi dia dengan jawapannya.

Adwa mengerutkan dahi.  Entah percaya atau tidak dia dengan jawapan yang agak kurang meyakinkan itu. Hani yang dia kenali bukanlah seorang yang cemerkap. “Are you sure with you’re reason Hani Inara?” matanya menikam tepat ke dalam mata Hani.

 Hani menelan air liur sambil tersenyum. “Mestilah yakin! Ni bukan alasan okey. Tapi realiti. Kenapa kau tak percayakan aku?”

“Aku bukan tak percayakan kau. Tapi aku rasa ada benda lain menyebabkan kau jadi macam ni”

“Mana ada benda! Lantai bilik mandi aku tu licin sebab tu aku jatuh. Kau tu, suka ke dengan kehidupan kau sekarang?” untuk menyelamatkan diri. Terpaksa jugalah dia bertanya soalan kepada Adwa. Meskipun dia tahu Adwa pasti curiga.

Adwa ketawa kecil. “Tiba-tiba tanya aku pula? Kenapa kau ada nampak aku tak happy ke?”

“Aku bukannya nak kata kau tak happy. Aku cuma nak tahu kau betul-betul suka kerja kau sekarang atau kau terpaksa buat semua ni atas sebab-sebab terentu. Tiga tahu kita jadi kawan. Tapi aku rasa aku belum kenal kau sepenuhnya. Walaupun kau selalu kata dah anggap aku macam bestfriend dan adik kau” sedikit demi sedikit Hani bertukar menjadi seorang yang lebih serius.

 “Kenapa tiba-tiba kau tanya aku soalan pelik ni?” Adwa cuba tersenyum. Meskipun kelat.

“Tak ada apa-apa aku cuma nak tahu” tersenyum.

“Im happy with my life now. I love what im doing now dan aku pun ada kisah silam aku sendiri yang aku tak boleh cerita dengan kau sebab terlalu peribadi. Tapi aku tetap teruskan hidup seperti biasa seolah-olah tak ada apa-apa benda berlaku. Nak tahu kenapa? Sebab hidup kita cuma sekali. Kita rasa hidup kita panjang. Tapi sebenarnya hidup kita pendek aje. Setiap saat masa tu adalah emas. Kalau aku terus hidup dalam bayangan kisah silam aku. Mungkin aku takkan ada dekat sini sekarang. Tipulah kalau aku buang macam tu aje masa silam aku. Memori yang manis aku terus simpan dan yang pahit aku akan buang sedikit demi sedikit” jelas Adwa. Sempat juga dia mengukirkan senyuman di hujung ayat. Terbayang kembali memori indahnya ketika bersama arwah ayah dan ibunya.

Hani menganggukkan kepala bersetuju dengan kata-kata Adwa. Dia berasa bangga kerana Adwa seorang yang positif dan tidak mudah berputus asa untuk meneruskan kehidupannya. Meskipun sudah tidak berayah dan ditinggal pula oleh ibu kandung sendiri. Sekarang baru dia faham mengapa hanya Adwa seorang sahaja yang sekali sekala datang ke vila kerana dia masih mahu mengingati kenangan manisnya ketika berada di situ.

 “Wow! Aku rasa aku baru kenal sisi baru Rifqy Adwa. Tak sangka kau ni cool juga ya” akhirnya Hani dapat tersenyum dan ceriakan kembali suasana yang tadinya suram.

“Tu baru sikit. Silap-silap hari bulan kau boleh jatuh cinta dengan aku” usik Adwa sambil ketawa.

 “Yelah tu. Oh ya, aku nak minta pendapat kau. Aku dapat satu tawaran kerja. Tapi aku tak sure nak terima ke tak”

“Kerja apa?”

“Err… kerja jaga orang” tersenyum.

“J… Jaga orang? Jaga budak maksud kau?” Adwa mengerutkan dahi.

“Nak kata budak tu. Tak adalah budak sangat. Tapi rasanya perangai dia orang tu macam budak kut” jawab Hani dengan kurang yakin.

“Oh macam tu pula. Terpulang pada kau nak terima ke tak. Kalau kau rasa kau mampu galas tanggungjawab jaga budak-budak tu lebih baik kau terima. Jadikan pengalaman baru untuk kau. Jangan asyik nak kerja kedai makan je”   

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.