Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Komedi/Romantik Komedi KAU BUNGA CINTAKU
KAU BUNGA CINTAKU
NyonyaSky
26/7/2018 18:11:55
1,652
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 3.2

SEKUAT tenaga Camelia cuba melepaskan kedua tangannya yang dicengkam Rizqi ke belakang. Lelaki itu ada di belakangnya mendorong tubuhnya terus bergerak. Sungguh tak berhati perut manusia-manusia kat sini. Tak seorang pun yang tampil untuk menolongnya. Semua hanya memandang dengan mulut melopong. 

“Jalanlah.” Jangan salahkan Rizqi memberi layanan begini. Kalau dilepaskan memang gerenti kepalanya botak. Tadi dah segenggam rambut dia putus diragut Camelia.  

“Lepaslah bodoh!!!” tempik Camelia sekuat hati. 

Rizqi buat-buat tak dengar tayang muka bodoh seolah-olah tempikan Camelia adalah angin bayu yang menenangkan walaupun pada hakikatnya telinganya berdengung kuat macam nak pecah. 

Sakit hati betul. Kalau lelaki memang dah lama dia buat jadi bisu. Sumpah! 

Tiba di depan bilik kosong didorong tubuh Camelia dengan sedikit paksaan. 

Camelia pula tak tunggu sesaat membuat jarak sejauh mungkin menyandar di sudut dinding. Tubuhnya menggigil hebat. 

Berada di dalam bilik bersama lelaki yang cuba mencelakakannya seperti mengulang semula peristiwa pedih yang menyakitkan dulu dan ini cukup menyedut semua tenaganya.

Rizqi menyandar tenang di pintu. Melipat tangan depan dada. Perubahan Camelia yang jelas-jelas mengalami ketakutan yang luar biasa membuat sebelah kening Rizqi terangkat. 

Baru beberapa saat tadi Camelia hampir buat dia jadi tuli sekarang ni Camelia dah lembik macam jeli. Ajaib betul.

“Kenapa sayang? Takut ke? Semalam sayang bawak kereta macam orang gila. Tengok apa dah jadi dengan muka abang.” 

Tarikan nafas Camelia tersentak keras. Bagai terhenti degupan jantungnya. Kereta yang dia himpit semalam kereta Rizqi ke? 

Sumpah, dia takkan cari pasal kalau dia tahu yang orang itu adalah Rizqi.

“Aku minta maaf. Aku tak tahu. Sumpah!” 

“Tak tahu ke buat-buat tak tahu.” Rizqi menyeringai.

“Aku tak tahu. Aku betul-betul minta maaf,” pinta Camelia dengan suara yang tercekik. 

Melihat muka sadis Rizqi buat Camelia betul-betul ketakutan. Dia seperti melihat semula ulang tayang kejadian dulu. Kepalanya digeleng-geleng keras cuba menghalau semuanya pergi.

“Kau ada hubungan apa dengan jantan lembik tu? Boyfriend kau?” Tanpa sedar tangan Rizqi terkepal bila menyebut lelaki itu sebagai kekasih Camelia.

Camelia yang masih kalut diserang kejadian silam langsung tak menghiraukan Rizqi yang mengharap jawapan bukan darinya.

Melihat Camelia yang tak kunjung memberi jawapan Rizqi menganggap yang memang betul si gajah tu kekasih Camelia dan itu buat kemarahannya meledak-ledak.

“Kau tak nak cakap. Okey, tak apa. Biar aku pergi tanya dia. Jangan salahkan aku kalau dia mati di tangan aku.”

Dengar saja perkataan mati dan Aiman akan menjadi mangsa kebuasan, Camelia menggila tiba-tiba. 

“Kau jantan tak guna. Apa hak kau nak ambik nyawa orang. Jantan pengecut, tindas orang-orang lemah. Kau jangan sentuh dia. Kau sentuh dia aku bunuh kau!!!” Camelia bertempik penuh kemarahan.

Tersentak Rizqi bila mendengar perkataan bunuh keluar dari bibir Camelia. Memang bukan manusialah dia kalau dia tak sakit hati. Benci sangat ke Camelia kat dia sampai nak bunuh-bunuh segala.

Dengan memasang wajah kejam Rizqi sepantas kepantasan vampire mengepung tubuh Camelia. 

Camelia menjerit, terkejut. Tubuhnya menggigil. Bagaikan mimpi ngeri dia berada di dalam situasi menakutkan ini sekali lagi. 

“Kenapa kau benci sangat kat aku?” 

Camelia menunduk. Menggeleng-geleng kepala. Kenangan pahit dulu datang menerpa membuat dia ketakutan setengah mati.

Rizqi turut menunduk, cuba melihat wajah Camelia yang pucat dengan air mata yang tak henti-henti mengalir. Separuh hati cakap suruh dia berhenti buat gila. Separuh lagi cakap ajar Camelia biar sampai serik dan tak melawannya lagi.

Tapi untuk orang yang tak berperikemanusian sepertinya tak mungkin Rizqi tiba-tiba aje jadi baik. Apa yang dia nak dia mesti dapatkan. Dan kali ni dia nak sangat tahu kenapa Camelia benci sangat dengan dia. 

Kejadian di restoran cukup membuktikan yang Camelia memang bencikannya. 

“Aku benci bila aku tanya orang tak jawab.” Suara Rizqi berguman rendah tapi cukup menakutkan Camelia.

“Cakap kenapa kau bencikan aku! Cakap!” Kali ni Rizqi menggertak kejam dengan kedua tangannya mencengkam kedua belah lengan Camelia. 

 Camelia tersentak dan menatap ngeri wajah kejam Rizqi. Tak boleh! Dia tak boleh jadi lemah lagi! Dia kena lawan! Lawan!!!

“Kau pergi mampus!!!” Camelia hentakkan kepalanya dengan sekuat hati ke muka buruk Rizqi. Rizqi yang lengah tak sempat mengelak dan bamm!!!

Bunyi itu cukup kuat dan tak mungkinlah tak sakit. Rizqi berundur memegang mukanya yang sakit Tuhan saja yang tahu. 

Camelia apa lagi terus bukak langkah seribu larikan diri. Tak hirau dah kepalanya yang sakit nak mati. Mungkin dahinya pun dah retak seribu. 

“Camelia!!!” raung Rizqi penuh sakit hati.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.