Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Komedi/Romantik Komedi Isteri Kali Kedua
Isteri Kali Kedua
NyonyaSky
8/7/2018 06:44:12
1,208
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 2.2

"KAU ni kenapa?!" Irshad yang tengah memeriksa buku akaun tergendala bila Naila meluru masuk dengan muka merah padam siap hempas pintu lagi.

"Bang Chadlah suruh Nai belajar hidup dengan tengok cerita barbie! Athif cakap Nai bodoh!"

Irshad geleng-geleng kepala. Budak dua orang ni tiap-tiap hari buat hal. Boleh bikin dia depresi.

"Kan tu dulu. Sekarang kan semua cerita kau tengok. Dengan wrestling-wrestling sekali aku bagi. Aku dah tebus kesalahan aku tu. Jangan diungkit benda lama, tak baik. Sekarang keluar, pergi tengok TV aku nak buat kerja." Irshad kibas-kibaskan tangan menghalau.

"Nai tak kira, Nai nak keluar tengok dunia luar!" teriak Naila tak puas hati bila Bang Chad pandang remeh pasal sakit hatinya. Selalu aje begitu.

"Pergilah kalau kau nak kena tangkap dengan orang tua tu! Kau ingat seronok jadi pelacur!" 

Tubuh Naila mula bergetar. Dia benci bila hal hina dina itu diungkit-ungkit.

"Jawab!" Irshad dah masuk mode gila bila Naila menjolok sarang tebuannya.

"Mestilah tak." Naila menangis meraung sakan buat Irshad mula diserang rasa bersalah.

"Athif mana?!"

"Kat bilik Nai," jawab Naila tersedu-sedu.

Irshad bangun penuh kemarahan. Budak tu memang nak kena ajar. Tapi belum sampai ke pintu namanya dipanggil dengan begitu sayu.

"Bang Chad..."

"Apa dia?" Dada Irshad macam kena cucuk dengan jarum tengok Naila sapu air mata dengan lengan baju.

"Pukul tu biar sampai lebam berdarah-darah ya. Baru Nai puas hati."

"Beres!" 




ATHIF terhendap-hendap masuk ke dalam rumah. Dari pagi tadi dia berjaya mengelakkan diri dari bertentang mata dengan si papa, setakat ni berjaya. Baru sehari keluar sebelum subuh dan balik pukul 2 pagi pun dah cukup-cukup seksa. Cukup 10 hari dia gerenti jadi gila punya.

Kalaulah tadi Naila tak mengadu kat Bang Chad mesti dia tak macam pelarian tak tahu nak pergi mana nak cukupkan masa baru pulang.

Nasib baik dia sempat lari tadi, kenalah jugak sedas penendang Bang Chad kat punggung. Sakit tu tak adalah sangat, sakit hati tu banyak.

Tengok line clear Athif macam lipas kudung naik tangga tapi entah macam mana malam ni memang malang tak berbau kakinya tersadung tangga dan…

“Athiiiif!!!”

Jeritan kuat itu mengiringi tubuh Athif yang melayang ke udara dan kemudian jatuh tergolek dari tangga ke tangga dengan penuh siksa akhirnya sampai ke lantai juga.

Athif tak sedar apa-apa lagi lepas tu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.