Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Keluarga TERUKIRNYA TAKDIR
TERUKIRNYA TAKDIR
Linitsu
28/6/2018 22:50:49
1,042
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
BAB 1

The day it all started. 

Hari pertama. 

Natasha dibawa ke tingkat 10 oleh Pengurus HR iaitu Puan Khalida. Diterima untuk bekerja di syarikat yang sangat gah di kota metropolitan Kuala Lumpur, agak mengujakan. Biarpun cuma berjawatan PA. 

PA kepada MD syarikat tersebut. 

Abadiver Holdings.  

Siapa yang tidak kenal dengan syarikat pembinaan itu. Got most iconic and sophisticated construction masterpiece. Seluruh Malaysia tidak mungkin akan meragui kewibawaan syarikat ini.  

Dan apabila permohonan Natasha tidak diterima pada awalnya, ia seperti sudah dijangkakan. Maklumlah syarikat besar, mungkin ditolak kerana tidak cukup pengalaman. 

Namun alasan penolakan yang dia terima dalam email itu dibaca dengan sedikit rasa kurang percaya. 

‘We are unable to process your application due to age restriction.’ 

Age restriction? 

Bulan ini, masuk umurnya 25 tahun sebelas bulan. Terang nyata di dalam iklan tertulis umur 25 hingga 45 tahun. And they judge her just like that?

Masih dia ingat nama yang tertera di email tersebut [email protected]

Farhan Dato’ Shaari. Managing Director. 

Fine.  

Namun, panggilan yang diterima seminggu selepas penolakan awal itu tidak terduga langsung. 

Natasha telah dipelawa untuk menghadiri satu sessi temuduga.  

Yang pasti tiada nama Farhan Shaari di dalam email tawaran itu tetapi [email protected] 

Seterusnya adalah sejarah. CEO syarikat itu sendiri yang menjalankan sessi temuduga. Resume Natasha telah di review semula oleh pihak HR kerana kesibukan MD yang tidak berkesudahan.  

And, here I am, berjaya melepasi kehendak dan kriteria temuduga oleh CEO tersebut, Dato’ Shaari Ahmad, dan usianya tidak sedikit pun menjadi isu. 

Diberitahu kemudian, MD syarikat itu, ya yang telah menolak permohonannya dahulu, terlalu sibuk dan tidak berkesempatan untuk menjalankan sessi temuduga seperti dirancang, dan… jawatan itu telah pun kosong selama lebih tiga bulan! 

Dengan perasaan yang sedikit bercampur, Natasha cekalkan hati melapor diri. Kalau dia boleh yakinkan Dato’ Shaari bahawasanya dia cukup matang dan qualified untuk jawatan itu, bermakna Encik Farhan Dato’ Shaari juga lambat laun akan terima. Anak dan bapak kan? 

Small thing. I see rejection as a redirection. 

Drama apa yang akan menyusul kemudian, dia akan terima saja. Dia suka pekerjaan ini, maka dia sudah bersedia dengan minda yang terbuka. 

Penerimaan yang negatif biasanya akan berubah sedikit demi sedikit. Lebih baik dia tenang-tenang sahaja. Kiranya Encik Farhan fikir dia telah merayu dan melutut untuk jawatan itu, tidak mahu menerima kehadirannya dan tiada keserasian, Natasha sentiasa boleh berundur. 

Maka saat Natasha ternampak Encik Farhan melangkah masuk buat pertama kalinya, dia hanya berdiri spontan, tegak dan memandang tenang. Kedudukan cubical barunya yang agak terketepi, tidak memungkinkan dirinya disedari. 

Bagaimana dia boleh mengenali yang mana satu Encik Farhan? 

Tidak sukar menemui bahan bacaan tentang Encik Farhan di internet. Ikon bisnes. Berkelulusan Master in Architecture and Urbansm dari universiti ternama di UK. Berumur 35 tahun dan bujang lantaran terlalu workaholic. Ulasan itu dia baca di ruangan komen. Entah manusia mana yang berani komen sebegitu. Mungkin bekas kekasih atau pemuja lelaki itu yang pastinya bersepah di luar sana. 

Lelaki itu tegap dan tinggi, kacak-tidak dinafikan, seperti mana-mana anak orang kaya yang memiliki dan mengusahakan syarikat milik keluarga.  

Lelaki yang Natasha jangkakan sombong dan serius, tegas dan keras; kelihatan agak ramah menegur semua pekerja yang dia jumpa di sepanjang laluan ke ruang pejabat.  

Eric, si lelaki tionghwa di cubical sebelah, sempat mengucap selamat pagi kepada Encik Farhan lalu dibalas mesra seraya menerima tepukan perlahan di bahu.  

Menyeringai senyum si Eric mendapat respon itu. Pasti mood akan ceria hingga ke petang. 

Natasha telah dimaklumkan awal pagi tadi oleh Puan Khalida bahawa Eric adalah antara orang yang mengambil alih tugas PA sementara itu. 

“babe, tu Encik Farhan MD company ni. Don’t worry, dia tak makan orang… tak pernah ada sesiapa di dalam company ni yang pernah kena marah tak tentu arah dengan dia..,” Eric memberikan penerangan singkat sebaik sahaja lelaki itu melangkah keluar dari lif dan mula memasuki ruang pejabat yang luas itu. 

Natasha senyum cuma. Memang lah dia tak makan orang, tapi dia reject aku! 

Bangunan yang tersergam ini mempunyai 12 tingkat. Ruang kerjanya ini terletak di tingkat 10. Kebanyakkan core person dan Directors, serta middle management staff dan ke atas berada di tingkat yang ini. Turut sama IT department, Corporate Office, HR Office, Marketing dan Sales. Terdapat tingkat lain yang turut menempatkan pelbagai department lagi termasuk Operation, Research dan Technology. 

CEO serta beberapa orang lagi directors berada di tingkat 12. Tingkat paling atas. 

Di tingkat ini setiap ruang kerja individu berada di dalam ruang lingkup bersegi empat dipanggil cubical setinggi 1.5 meter tinggi setiap sisi. Hanya Directors mempunyai ruang pejabat tertutup masing-masing.

Natasha menyedari yang cubical 4 ruangan yang saling bersambung ini agak terpisah dengan cubical yang lain dan 4 cubical ini juga yang paling dekat dengan pejabat MD.  

Natasha ditempatkan di salah satu cubical 4 sekawan tersebut. 

Setakat ini hanya Eric yang dia kenal. Lagi dua penghuni cubical itu masih tidak kelihatan, mungkin lewat atau ada urusan tersendiri. 

Natasha turut memerhatikan kehadiran seorang lagi wanita lain yang sedia menuntun rapat di belakang Encik Farhan, selain Puan Khalida yang dia sedia kenali. Wanita yang lain itu mungkin agak sebaya dengan Encik Farhan. Agak tinggi walaupun tanpa kasut bertumit, berkulit agak gelap tetapi berambut ikal dan cantik. Bergaya orangnya. 

Mungkin assistant atau orang kuat di dalam syarikat ini. 

Natasha terpaksa ambil peduli semua itu. Dia perlu bersedia dari semua segi. Bersedia di benci, atau dibuli atau dikerah sehabis tenaga.  

Workoholic quotes : Work or get fired!

Mereka, Encik Farhan dan wanita yang masih tidak dikenalinya itu berbual agak serius sepanjang langkah mereka ke pejabat yang berdinding kaca biru keseluruhannya. Dari tempat dia berdiri, ruang pejabat MD itu, sebahagiannya jelas kelihatan, dengan hiasan yang sedia simple, ia sangat terang dengan natural light dari luar yang menerobos. 

Tanpa pasang lampu siling sekalipun, pejabat itu sedia kelihatan bernyawa dan segar. 

Telinga Natasha tidak dapat mengelak dari menangkap butir perbualan mereka, yang tidak lain berkisar tentang dirinya. 

Ya, dirinya yang sedia tercegat disitu. Nyata ada bantahan dari Encik Farhan, seperti yang dijangka. 

Eric sudah kembali kepada urusannya dan momen itu Natasha terpaksa hadap seorangan, sudah tentu. 

“Hello,” tiba-tiba wanita yang sama-sama saing melangkah dengan Encik Farhan dan Puan Khalida tadi, telah menukar arah dan laju berjalan merapatinya. Membiarkan Encik Farhan dan Puan Khalida meneruskan langkah mereka. 

Masih lagi kala itu Natasha tercegat di tepi cubical yang agak tersorok. Sempat dia memerhati dengan ekor mata Puan Khalida yang terus berjalan rapat menurut Encik Farhan yang kini sedia menolak pintu kaca masuk ke pejabatnya. 

Bersahaja.  

Tiada sedikit pun kelihatan di riak wajah lelaki itu sebarang tekanan diasak soalan dan diekor dua orang wanita sebegitu rupa. 

“Halily Isaac- from Marketing, you Natasha Darling kan? PA baru Encik Farhan? I tolong cover part of the PA job. I will brief you later okay,” Wanita tinggi lampai itu sempat mengerling ke arah pintu pejabat Encik Farhan kemudian kembali memandang wajahnya.  

Mereka bertukar senyum. Wanita serani yang berkulit mulus dan bertubuh sedang itu menegur ramah. Natasha segera ucap terima kasih.  

Cik Halily menggamitnya hampir ke pintu pejabat Encik Farhan. Tiada perhiasan yang merepek dan hanya bidai berwarna biru lembut tersedia bagi menutup dinding kaca itu. Kelihatannya seakan tidak pernah digunakan. 

This man, is the type that will sink in his chair the moment he gets in his space! 

Dari celah ruang pintu yang kini dipenuhi dua tubuh kedua wanita itu, kelihatan Encik Farhan sibuk mencari-cari dan menyelak-nyelak segala yang ada di atas meja sambil mendengar kata-kata dari Puan Khalida. 

Natasha yang sedia berdiri di belakang Puan Khalida dan Cik Halily, cuba memerhati setiap gerak laku bos barunya itu. 

“habis, Encik Farhan tak mahu briefing dulu ke?” Puan Khalida mula menggaru-garu pipi. 

Dia? Natasha faham mereka masih memperkatakan tentang dirinya. 

Agak lama lelaki itu diam.  

“saya….. hmm…. disagree sebenarnya dengan calon yang tu, muda sangat…macam …. hmmm….” Ayat itu tidak segera di habiskan. “lagipun saya tak akan sempat nak ajar dia…,” Encik Farhan bersuara, masih bersahaja.  

Tidak ada riak kasihan sedikit pun di wajah Encik Farhan pada Puan Khalida yang pastinya sudah bertungkus lumus berusaha untuk mengisikan jawatan yang kosong itu. 

Natasha rasa, lelaki itu memang kelihatan sedang mencari alasan. 

Masih lagi Encik Farhan tercari-cari sesuatu di atas mejanya. Natasha yang berdiri tegak di pintu memang pastinya tidak diperdulikan. Lebih lucu bila Puan Khalida dan Cik Halily itu pun tidak masuk melain berdiri di situ. Seakan cepat-cepat mahu urusan itu selesai dan tidak mahu diskusi lanjut. 

“habis? candidate lain pun Encik Farhan tolak, lepas tu lama tak ada di office, Dato’ suruh speed-up, Dato’ suka candidate yang ni…,”Puan Khalida masih bersuara, gayanya seakan memujuk. 

Cik Halily, kini sudah mula bercekak pinggang menghadap bos yang tidak sedikit pun mengangkat muka. Natasha kira, Cik Halily ini agak rapat dengan MD. Itu terjemahan awal nya akan situasi itu. 

Kala ini Encik Farhan membaca pula beberapa dokumen di atas meja. Masih dilakukannya semua itu sambil berdiri.  

“…hmmm tu lah masalahnya… Dato’ yang suka kan?” Kata-kata itu diucap dengan matanya yang masih tidak lari dari dokumen sedia banyak itu. 

“aduh Encik Farhan, nak tunggu berapa lama lagi? Okay lah, saya ada senarai lain lah kalau Encik Farhan nak, tapi kena interview cepat, takut dikebas…,” Puan Khalida kemudian mengalah. 

“you try lah briefing or check on her first, mana tau dia okay,” kali ini Cik Halily menyampuk.  

Semua conversation ini berlaku dengan dirinya masih berdiri di belakang kedua wanita tersebut. Janggal dan aneh. 

Cik Halily sebenarnya macam kasihankan Puan Khalida yang akan berterusan dilambak masalah kekurangan pekerja. Beriya wanita itu memberi idea dan penyelesaian agar ia segera selesai. 

“you dah tak mau tolong I ke Halily?” soal Encik Farhan laju, mengusik sambil mengangkat muka seketika, memandang kearah mereka. 

Waktu ini, Natasha sudah pun sedia menjarakkan dirinya kebelakang sedikit, sambil menarik nafas panjang. Hanya memasang telinga dan tidak lagi memandang apa yang dikerjakan lelaki itu di sisi mejanya. Cuba untuk lari dari pandangan mata Encik Farhan.  

Kemudian, kala lelaki itu kembali menyelak dokumen, baru Natasha sekali lagi mencuri pandang dari celah kedua tubuh wanita di hadapan. 

Encik Farhan tiba-tiba mengangkat muka dan tersenyum memandang Halily sambil mengaju soalan. “eh, dokumen meeting minggu lepas mana?”  

Tiba-tiba isu bertukar. 

“haa kan? I pun dah tak ingat, rasanya dah passed pada Zalika, nanti kena tanya dia balik…, that’s why you need PA A.S.A.P.  ...,” kali ini Halily masih lagi cuba mengambil kesempatan untuk memasukkan jarum pujukan. 

Puan Khalida menggaru-garu lehernya yang tidak gatal. Natasha masih terpacak di tempat yang sama.  

Berdiri, mendengar setiap conversation melalui pintu kaca yang luas terbuka. Dia tak pasti perlu atau tidak dia masuk ke dalam bilik itu kerana sudah terang lagi bersuluh yang Encik Farhan tidak mengkehendakkan dia sebagai PA. 

“yeah, that is why, I need matured and experienced PA, bukan newbies macam ni….,”

Sekali lagi keluar ayat-ayat penolakan dari Encik Farhan. 

“…but she is not that young. Dia reporting to boss non-malay for about 3 years…,” Puan Khalida terus memberikan point-point yang mungkin telah membuatkan Dato’ Shaari memilihnya. 

“haaa… tu lagi masalah, nanti biasa bersosial dan skandal, rosak lah kak…,” Encik Farhan ketawa sinis seraya menuturkan ayat itu, membalas kata kepada Puan Khalida.

Natasha tiba-tiba rasa bagai di tampar di muka. Bersosial dan berskandal ya? Indah betul bahasa Encik Farhan ni. 

Sabar Natasha. Sabar. 

“haish Encik Farhan ni, tak baik tau,” Puan Khalida sempat menepis ayat-ayat itu. 

“you jangan lah compare dia dengan orang yang you pernah kenal, unfair lah macam ni…” Halily turut menambah. 

“tak apalah kak, nanti bagi saya senarai calon tu,” akhirnya Encik Farhan sebut juga ayat-ayat itu. 

Ternyata, Natasha telah ditolak. 

“tak mau try dulu ke yang ni, dia dah datang pun…,” Puan Khalida sekali lagi menyoal kali ini sudah dalam nada rayuan. 

“hmmm takpa kalau dia dah datang, nanti boleh re-arrange dia ke position lain, you pun tak ada PA sekarang kan Halily?” 

“hesh, I pulak, PA you lebih penting dari PA I,” Halily menyampuk laju.  

Encik Farhan ketawa mendengarkan itu. 

“kak Khalida tolong bagi saya list tu ya, minggu ni saya ada di office, so boleh nak slot time untuk interview…,”  

Kali ini Puan Khalida tiada daya lagi, angguk saja seraya menarik nafas. 

Tatkala masing-masing beredar dari pintu bilik kaca itu, sempat Puan Khalida menggamit lengannya meninggalkan ruang depan pejabat MD itu ke suatu sudut yang agak terlindung untuk diajak berbicara. 

“Natasha buat macam biasa je. Encik Farhan ni ada bad history sikit dengan younger girls as his PA, but don’t worry, I believe you are good enough for the position. Dato’ pun setuju. So, belajar dengan Eric dan mereka yang biasa cover kerja tu dan prove to him, that he is wrong!” Puan Khalida menyentuh lengannya perlahan seraya memberikan semangat. Laju kepala wanita itu beranggukkan. 

Natasha senyum dan membalas beserta anggukkan yang sama. Puan Khalida beredar tidak lama kemudian. 

Natasha dia tidak kisah pun sebenarnya, rutin sebagai orang baru… memang akan dapat tempias yang buruk-buruk. Dia sedikit lega kerana Puan Khalida ini sangat membantu dan menyokongnya. Pastinya di pihak HR sendiri, penuh kelegaan tatkala jawatan penting ini sudah terisi.  

Cik Halily yang masih tinggal di pejabat MD itu untuk beberapa ketika telah pun melangkah hampir ke ruang kerja 4 sekawan dan berhenti betul-betul setentang dengan cubical dimana Eric dan Natasha berada.  

Cubical Eric kala itu adalah yang paling visible dengan laluan keluar masuk antara bilik pejabat MD, ruang pejabat besar dan pintu masuk. Maka Halily secara berhemah meminta Eric bertukar tempat dengan Natasha. 

“Encik Farhan susah nak nampak Natasha, nanti sampai tua you kena buat kerja PA dia,” ayat Halily disambut ketawa kecil oleh Eric. 

“memang ini tempat PA, I tumpang je,” Eric memandang Natasha dan menyambung pantas “babe, nanti you kena pindah ke cubical ni tau…,” dan Halily senyum mendengar kata-kata Eric pada Natasha sebelum berlalu pergi. 

Eric yang sudah sedia berdiri, sempat melempar senyum kepada Halily dan senyum kepada Natasha. 

Eric, pemuda tionghua yang ramah, usianya mungkin di penghujung dua puluhan, sangat helpful dan easy going. Dia bertindak sebagai Corporate Affair Officer di pejabat MD itu dan kebanyakkannya berurusan dengan pegawai di jabatan pemasaran dan jualan. 

Natasha yang hari ini cuma memilih berbaju kurung warna biru serta kelabu gelap, menyedari yang pemilihan warna itu telah membuatkan dia tidak menarik, tidak menyerlah dan tidak menarik perhatian pihak yang berkenaan. Tetapi kalau dia pakai warna terang merah menyala nanti ada yang kata over plak!  

Haish.

“Eric,” tiba-tiba satu suara memecah hening kawasan kerja mereka yang sedia terasing dari ruang yang lain. 

Encik Farhan rupanya sudah pun berdiri di sisi cubical Eric dan sekali lagi menyebut tentang dokumen untuk mesyuarat minggu lepas. Laju Eric hulurkan satu file yang memang sudah tersedia di atas mejanya. 

“..but the full document is with Zalika, I will get it for you,” Eric turut memberi beberapa maklumat tambahan. 

Encik Farhan mengangguk dan senyum. “pass to me okay. Before 10 perhaps?”

Eric angguk laju.  

Natasha hanya memandang dengan ekor mata dan memasang telinga, rasanya memang dia kena mula ambil tahu setiap dokumen mesyuarat dan setiap jadual kerja yang melibatkan Encik Farhan. 

Waktu itu, dia menyedari pandangan Encik Farhan telah terarah tepat padanya. Dia dapat meneka sekilas, pandangan itu bermaksud… ‘Oh, ada kat situ budak ni rupanya’ 

….tetapi Natasha sikit pun tidak berasa hati dan ambil pusing. Dia segera tunduk sambil jemarinya menyelak jadual Encik Farhan yang telah diserahkan oleh Eric awal tadi.  

Oleh kerana ada ramai yang cover kerja PA itu sebelum ini, maka ada separuh maklumat saja pada Eric, selebihnya mungkin pada yang lain, contohnya Halily dan Zalika, nama yang baru disebut-sebut. Mungkin juga ada orang ketiga atau keempat yang terlibat.

Natasha perlu selaraskan semua informasi itu. Jika tidak memang akan berantakan.  

Encik Farhan berlalu ke dalam bilik kacanya semula. 

“wow, dia jeling you babe…hihihi,” dan ketawa kecil dari Eric membuat dia tertunduk seketika. “hey don’t worry okay… MD kita ni ok je, dia simple, tak banyak hal. Selama dia tak ada PA beberapa bulan ni I, Halily dan Zalika tak pernah kena marah, walau kerja messy camni,” ujar Eric sambil ketawa lagi. 

Gelihati mungkin dengan kata-katanya sendiri.  

Natasha senyum dan angguk.  

Telan saja Natasha. Jangan merungut. Ini perkara kecil!  

Minda dan hatinya berkomentar tanpa henti. Aku pekerja dan kau majikan. Aku akan melakukan apa saja untuk fulfil job ini, dan kau akan berpuas hati nanti, Insyallah. Natasha ulang kata-kata itu bagi menguat semangat. 

“nanti I tolong you synchro dengan schedule Encik Farhan, let me settle this one first. Kejap je,” Natasha senyum terus, tatkala menerima layanan yang dirasakan first class dari Eric. 

Dia biarkan Eric menyelesaikan urusannya sementara dia click-click untuk lihat apa yang ada dalam laptop yang dia baru terima. Ipad mininya turut dibuka, dicuba untuk selaraskan juga sekiranya ada application yang tersedia. Mungkin dia boleh tanya Eric untuk hal itu kemudian.  

Menyampai waktu lunch, dia sudah diperkenalkan dengan lebih ramai orang. 

Eric memperkenalkan Natasha dengan Zalika yang selama ini menjaga appointment schedule Encik Farhan. Zalika juga ramah mungkin seusia Eric. Turut diperkenalkan ialah Firdaus, pegawai kanan Encik Farhan yang mungkin berusia awal 30an dan seorang lagi yang bercuti hari itu, Phua Eng. Lelaki yang seorang ini terlibat dalam kontrak dan segala macam perjanjian. Macam lawyer untuk syarikat. 

“nanti lunch you joint I lah. Kat sini ada kantin kat tingkat 1… ada juga café berbayar kat ground floor di lobby tu. Okay?” Eric terus memberikan dia maklumat yang berguna.  

Natasha terus angguk. Senyum. Banyak sudah pertolongan lelaki itu untuk hari ini. 

Lunch tengahari itu memberi peluang untuk dia kenal lebih ramai lagi. Dari tingkat 2, 3, dan keseluruhan tingkat yang ada di bangunan 12 tingkat itu. Memang nyata Eric dan Zalika itu peramah orangnya. Tak hairan dalam masa singkat, dia sudah rasa mesra.

Lanjut ke petang, Encik Farhan sudah tidak memanggil sesiapa. Dia diam di dalam biliknya seakan tikus terjatuh ke gudang gandum. Mungkin benar kata Eric, he is a simple man, selagi ada daya akan dilakukannya sendiri.  

Schedule Encik Farhan sudah selamat dilaraskan ke laptop dan ipad mininya. Agak sukar untuk melakukan itu pada awalnya kerana ia melibatkan software dan applications yang berlesen. Tetapi untuk ‘PA Encik Farhan’ apa pun bisa- kata Eric. Semua orang mahu jawatan PA itu terisi segera kerana ia akan memudahkan urusan seluruhnya. 

Kehadiran Natasha di situ juga ternyata cepat benar menjadi buah mulut setiap lapisan pekerja.  

Yang itu, Natasha tidak mahu peduli. Asalkan ia perkara yang membawa kebaikan dan memudahkan kerja dia okay saja.  

Moga di jauhkan sebarang keburukan. Amin.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.