5,213
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 2

“Suri ke sini sebentar” panggil Cikgu Maimun.

 

Suri bergerak lemah.Dikepalanya hanya teringatkan Buyung dan anak-anaknya di rumah. 


“Harap mereka semua dalam keadaan yang baik” bicara Suri di dalam hatinya.

 

“Awak ada masalah ke Suri? Jika ada boleh berkongsi dengan Cikgu, jangan takut” suara Cikgu Maimun memecahkan lamunan Suri.

 

“Tiada apa-apa Cikgu” jawabnya ringkas. Bebola matanya melilau melihat sekeliling. Dia tidak mahu berkongsi masalah dengan sesiapa kerana dia tahu mereka tidak dapat membantu.

 

“Betul? Baiklah, jika begitu awak balik ke tempat duduk awak ye.”

 

“Baiklah, terima kasih Cikgu” jawap Suri.

 

“Murid-murid, sila buka buku teks muka surat 18, hari ini kita mengenali “Rukun Negara”.Cikgu Maimun masih lagi tidak lepas memandang tubuh Suri.

 

Waktu persekolah telah tamat. Suri mencapai basikalnya yang di pakir di kawasan meletak basikal dan terus menuju pulang ke rumah.

 

“Suri! Suri!..Eh! tunggu aku lah, kita balik sama-sama” teriakkan rakan karibnya, Zurina tidak diendah. Suri terus melajukan kayuhan tanpa menoleh kebelakang. Air matanya tidak dapat di tahan lagi. Laju menuruni pipinya. Kayuhannya bertambah laju. Dia tidak mahu apa-apa berlaku kepada Buyung dan anak-anaknya. Semalam Mak Senah telah beri amaran.

 

“Dah!! Dah!! Pergi buang semua kucing-kucing tu!! Aku tak mampu nak melayan kerenah mereka! Rumah ini sudahlah macam tongkang pecah! Aku takde masa nak kemas dan menghambakan diri pada kucing-kucing semua tu! Ko bela pun bukan rajin nak tolong aku kemas rumah, buang taik, beri makan, lap lantai, habis kecah rumah.Bau taik dah la busuk kau tau?. Kita ni dah miskin. Ayah kau mati pun takde apayang ditinggalkan untuk kita.. Ini pula nak tambah beban!!!” panjang lebar Mak Senah membebel kepada anaknya Suri. Suri merayu-rayu pada mak nya untuk tidak membuang Buyung dan anak-anak nya.

 

“Mak, boleh la mak… Buyung saja ada kat rumah ini untuk menemani hati Suri… Suri sunyi sorang-sorang kat rumah mak, sekurangnya ada Buyung dan anak-anaknya menemani Suri.”

 

“Bolehlah mak ye?” dengan penuh mengharap Suri merayu agar maknya memperkenankan keinginannya.Suri merupakan anak tunggal Mak Senah, Suri jugala pengarang jantungnya setelah kematian suaminya beberapa tahun akibat daripada kejadian langgar lari.

 

“Takde-takde,aku takde masa nak uruskan mereka semua tu, ko pergi cari mana-mana tempat kau letak je, nanti-nanti ada lah yang jumpa ambil mereka” jawab Mak Senah sambil melipat baju.

 

Suri memegang tangan Mak Senah sambil melihat Buyung. Buyung ketika itu berada dihadapannya memandikan dirinya. Buyung mengangkat muka tepat memandang Suri. Ia bangun dan bergerak menuju ke Suri. Bergesel badannya dengan Suri sambil mengeluarkan bunyi yang menenangkan. Tangan Suri beralih ke badan Buyung.

 

Ada kaca di mataSuri.

 

“Senah, abang harap awak jaga anak kita baik-baik ye. Jangan hampakan dan cuba penuhi permintaan darinya.” pesan suaminya sewaktu mereka di dalam bilik.

 

“Abang, insya’allah bang, saya akan cuba sebaiknya. Tapi Suri tu keras sikit bang kepalanya” jawab isterinya sambil menatap wajah suaminya. Mukanya di labuhkan ke dada suaminya. Degupan jantung suaminya menenangkan hati.

 

“Abang cuma tidak mahu Suri rasa kesunyian sebab itu abang belikan dia anak kucing. Buat masa ini hanya itu abang mampu berikan kepada dia. Kucing bagus untuk anak-anak sebab mereka merupakan haiwan yang boleh menenangkan jiwa dengan telatahnya. Biarlah Suri yang uruskan kucing tersebut, awak hanya perhati sahaja dan bantu dia mana patut.” Jelas suami Mak Senah sambil membelai rambut isterike sayangannya itu. Mak Senah hanya tersenyum.

 

“Senah! Senah!”satu jeritan kedengaran di luar jendela rumahnya.

 

Bergegas Senah menuju ke muka pintu.

 

“Ada apa Karim”jawabnya cemas.

 

“Suami kau Senah…suami kau!” tercungap-cungap Karim sambil menekan-nekan perut kerana mengah berlari.

 

“Suami kau kemalangan disimpang depan tu! Cepat! Cepat!! Jom tengok”

 

Tanpa menghiraukan air jerangan di dapur, bergegas Senah berlari menuju ke tempat yang di beritahu Karim.

 

Sekujur tubuh kaku terbaring di tengah jalan.

 

“Ya Allah! … Abang!!!”laung Senah. Berjurai air mata melihat keadaan suaminya yang cedera parah tidak bergerak.

 

“Abang! Abang! Bangun bang….” Dipangku kepala suaminya. Suaminya tetap kaku.

 

Prang!!!!

 

Tersentak Mak Senah dengan bunyi yang kuat.

 

“Apa yang berlaku tu Suri!. Aduh, ada sahaja yang tak kena” lamunan Mak Senah terhenti dengan bunyi pecah kaca di dapur.

 

Kelihatan Buyung sedang makan ikan dimeja dapur.

 

Suri!!!! Kau tengok kucing kesayangan kau ni. Apa dia buat! Aku dah beri makan masih tak cukupkah!” jerit Mak Senah dari dapur menyebabkan Suri berlari ke dapur.

 

“Eh! Buyung! Kenapa kau curi-curi makan ni? Tanya Suri kepada kucing kesayanganya itu.

 

Ikan yang telah di gigit Buyung diambil Suri dan di bawa ke bawah para dapur. Bercangkung Seri dan diberi ikan tersebut kepada Buyung.

 

“Kau nak makan lain kali cakap dengan aku tau, jangan curi-curi macam tu, tak baik” kepala Buyung di usap. Suri senyum.

 

Mak Senah membebel sambil menyapu deraian kaca yang pecah.

 

“Esok buang!”tegas Mak Senah.

 

Mak Senah tak tahan lagi dengan kerenah kucing anaknya itu. Walau dia cuba untuk menerimanya,akan tetapi dia tak sanggup lagi berdepan dengan sindiran jiran-jirannya. Memang dia tahu kucingnya, si Buyung tu kuat merayap ke rumah-rumah jiran meminta makan malah membuang najis di rumah mereka namun ia haiwan yang tidak berakal. 

Karung guni ditepi tong beras diperhati Mak Senah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.