Home Novel Fantasi ESTODANIA : Hikayat Nusantara
ESTODANIA : Hikayat Nusantara
Awan Wafdan
28/12/2017 18:42:21
63,635
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
AKHIR


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih kepada mereka yang sudi membaca dan setia menanti kisah Hikayat Estodania ini sehingga ke akhirnya. Penantian dan kesabaran kalian sangat besar maknanya kepada saya, manusia yang masih bertatih dalam bidang penulisan ini.

Baiklah. Ruangan ini saya gunakan untuk mencurahkan sedikit perasaan berkenaan Estodania ini. Ala2 diari gituuu.

Mungkin ada dalam kalangan kalian yang mula mengenali karya Estodania ini sejak 2017 lagi. Semenjak Estodania saya pernah hantar untuk disiarkan dalam Fiksyen Shasha dan Arkib Angker Negara lagi. Kemudian berpindah ke wordpress sehingga akhirnya kita bertemu dalam ruang wattpad ini. Lama dan jauh perjalanan kita bersama-sama kan? Layaknya "Established Since 2017". tepatnya, manuskrip Estodania mula ditulis pada 12 Disember 2017. Habis Bab pertama, dihantar terus kepada Fiksyen Shasha untuk eksperimentasi penerimaan pembaca terhadap karya Estodania. Positif! Maka diteruskan lagi sehingga ke titik akhir Estodania 1. Walhal, asal kisahnya, Estodania mula singgah di minda saya sejak Dua Julai 2015 lagi, bermula di blog peribadi saya dahulu (awanandaidapatkugapai.blogspot.com). Lama. Memang lama.Sudah lima tahun lamanya (hantaran ini disiarkan pada 2020).

Perjalanan menerbitkan Estodania.

Selepas manuskrip Estodania 1 siap sepenuhnya pada Disember 2018.  Perlahan-lahan kemudian saya mula hantar kepada penerbit. Sebenarnya, sebelum sempat siap manuskrip draf pertama, saya sudah berhubung dengan satu pusat penerbitan ini, tetapi tidak sempat menyimpulkan perjanjian, syarikat tersebut terpaksa gulung tikar. Lalu Estodania kembali seperti lelayang tanpa tali. Maka, dihantar ke rumah penerbitan lain. Ditolak sebab isu dalaman syarikat juga. Dan... saya pilih untuk bawa Estodania dalam satu program penulis dengan harapan agar lebih mudah Estodania itu diterbitkan. Malangnya, program tersebut ibarat hidup segan mati tak mahu kini. Paling terkini, Estodania saya hantar kepada rumah penerbitan lain. Dalam urusan bersama rumah penerbitan lain ini, saya 'terpaksa' ubah sedikit arah haluan kisah Estodania bagi memenuhi kehendak rumah penerbitan. 'Mengubah Jalan Cerita' tidak menjadi masalah besar bagi saya, asalkan Estodania diterima untuk diterbitkan. Kalau diikutkan cakap-cakap, sepatutnya Estodania akan disiarkan tahun 2020 ini. Malang walang mendatang. Bukan rezeki Estodania untuk dicetak. Hikmahnya, PBAKL2020 ditangguhkan. Semestinya Allah menyediakan ruang lain yang lebih sempurna.

Dalam dunia digital kini, saya perasan satu kelemahan Estodania (lebih tepat kelemahan saya sebagai penulisnya). Saya tidak ada kuasa media sosial yang boleh meyakinkan rumah penerbitan (sebenarnya ini terhasil selepas deduksi kendiri penolakan Estodania baru-baru ini). Ada hikmahnya! Hikmahnya saya boleh menyiarkan Manuskrip Estodania 1 Draf Pertama di sini, dan anda juga boleh membacanya.. Hikmah bukan? Perlu kita syukuri. Sedangkan sebelum ini, galak saya maklumkan bahawa Estodania tidak akan saya siarkan pengakhirannya di alam maya.

Dek kerana itulah, saya selalu menyiarkan dan meminta agar kita bergabung di media sosial, Twitter khususnya. Tidak mahu pisang berbuah dua kali. Lagipun, saya maklum akan makna nilai tambah media sosial dalam keadaan dunia kini. Saya sangat berharap agar Estodania dijilidkan.

Keseluruhan kisah Estodania

Estodania saya anggarkan bukan setakat satu novel. Kisah lengkapnya sangat panjang. Plot keseluruhan secara kasar saya sudah siapkan. Bahkan, duologi juga tidak cukup. Trilogi juga mungkin tidak. Estodania saya anggarkan keseluruhan kisahnya akan cukup dalam bentuk pentalog. Banyak kan? Jadi, kisah yang kalian baca dalam ruangan wattpad ini baru sedikit daripada keseluruhan kisah, dan tidak akan sampai ke resolusi terakhir Hikayat Estodania di alam maya ini. Dek kerana itulah, saya lebih berkenan untuk berusaha agar Estodania diterbitkan. Maka, saya sangat mengharapkan bantuan anda agar meminjamkan saya nilai tambah yang dapat meyakinkan rumah penerbitan untuk menerbitkan Estodania (dengan cara berkongsi Estodania di media sosial, mengajak rakan-rakan membacanya... dan kita berkenalan di media sosial. Lagipun, saya sunyi. Di dunia luar, saya tidak ramai kawan (sebab kebanyakan kawan sudah bertemu jodoh masing-masing). Yup! Ini kecindan sahaja. Tetapi media sosial saya (seketulawan) dalam Instagram dan Twitter.

MANUSKRIP ESTODANIA 1 : DRAF PERTAMA

Seperti yang dinyatakan di atas, kisah yang kalian baca di sini merupakan Draf Pertama manuskrip. Manuskrip Estodania 1 sudah tiga kali dipinda. 

Pada saat aksara terakhir Draf Pertama ditulis, hampir tumpah air mata kerana saya tidak pernah menjangka bahawa kisah awal ini berjaya saya habiskan dalam kesibukan sebagai pendidik (ditambah lagi dengan kisah yang mendasari Estodania itu sendiri). Jadi, apa yang kalian baca selepas ini merupakan wacana yang sangat istimewa bagi saya. Berkira-kira untuk menyiarkannya, tetapi selepas melihat perjalanan dunia untuk 2020 ini, saya putuskan untuk siarkan.

.

Akhirul kalam, terima kasih kepada mereka yang sudi bersama saya sejak 2017 lagi (saya tidak tahu jika ada dalam kalangan kalian yang pernah membaca cebisan awal Estodania 2015). Semoga kita dapat kekalkan ukhuwah ini. Terima kasih kerana sudi mendoakan agar "Estodania diterbitkan tepat pada waktunya yakni pada waktu pesan-pesan yang diselitkan dalam Estodania mudah untuk sampai kepada ramai orang". Aamiiin.

 Aamiiin



Oh, ya!

Sesi QnA. Jika ada soalan berkenaan kisah Estodania, boleh utara diruang komen. Soalan berbentuk spoiler juga akan dilayan (dalam ruangan ini sahaja saya akan dedahkan.)


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Awan Wafdan