Home Novel Cinta Cinta Yang Sempurna
Cinta Yang Sempurna
Iman Zahri
13/6/2018 20:54:34
6,279
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 3

TERGAMAM mereka seketika sebaik saja kaki berdiri di hadapan bangunan Kiara Holdings. Begitu gah bangunan itu berdiri menghadap Menara Berkembar Petronas. Wow! Itu saja yang mampu mereka ungkapkan saat ini. Meskipun Anis sudah menetap di Kuala Lumpur selama tiga tahun, dia langsung tidak perasan akan bangunan hebat yang bertentangan Menara Berkembar Petronas merupakan Kiara Holdings. Tskk. Sedih betul hidup Anis.

“Cik berdua nak jumpa siapa ya?” tegur salah seorang pengawal yang bertugas di situ.Sejak tadi dia memerhati Hannan dan Anis yang tercegat berdiri di situ hampir lima minit. Bagai kera masuk kampung lagak mereka.

 “Ha? Encik tanya apa tadi?” kali ini Anis pula bertanya.

Hannan sudah tersedar dari lamunan. Dia memberi sepenuh tumpuan terhadap pengawalkeselamtan itu.

“Saya tanya, cik berdua datang sini nak jumpa siapa-siapa ke?” diulangi soalan itusemula.

“Oh… Ha! Tadi ada seorang pekerja dekat sini tertinggal dompet di Rhiney Cafe. Kami pekerja di situ. Jadi, kami datang sini nak pulangkan dompet ni.” Anis menjawab lalu menunjukkan dompet yang diambil dari dalam beg.

“Tapi kami tak tahu siapa tuan dompet ni, encik. Kad pengenalan tak ada. Lesen memandu lagilah tak ada. Ada duit semata-mata,” Hannan mencelah. Takkan dia nak berdiam diri sepanjang masa. Jadi, perlulah dia mencelah.

Dompet yang dihulur oleh Anis sudah bertukar tangan. Pengawal keselamatan itu membuka dompet dan memeriksa isi kandungan di dalamnya. Sepasang matanya tertancap pada kad pelajar yang ada di dalam dompet tersebut. Nampaknya, kad pelajar itu sudah lama kerana sudah nampak lunyai. Ish! Pelik betul. Kad pelajar pun nak simpan.Sempat pula pengawal keselamatan itu mengutuk di dalam hati.

Perkataan ‘Moscow State University’ yang tertera pada kad pelajar membuatkan pengawal keselamatan itu tersenyum lebar. Dia sangat tahu tuan empunya dompet yang tertinggal direstoran mewah di ibu kota. Siapa lagi kalau bukan anak Tan Sri Nazri. Seorangpemuda yang sangat merendah diri dan hormat semua pekerja di Kiara Holdings.

“Cik berdua nama apa ya? Saya tahu pemilik dompet ni. Anak Tan Sri Nazri, pemilik syarikat ni. Encik Hadif,” Jawab pengawal tersebut penuh yakin. Dompet diberisemula kepada Anis.

“Oh….” Terangguk-angguk Hannan tanda mengerti. Dia menyambung kemudiannya, “Boleh kami jumpa Encik Hadif tak sekarang ni? Kami serba salah sangat kalau tak dapat pulangkan dompet ni hari ini.”

“Boleh, boleh. Mari ikut saya. Kebetulan Encik Hadif baru pulang dari berjumpa dengan pelanggan,” balas pengawal keselamatan itu lagi.

Mereka berdua mengikut saja langkah pengawal itu masuk ke dalam bangunan Kiara Holdings. Sekali lagi mereka teruja. Memang besar yang amat sangat. Susun atur kelihatan tampak elegen. Mereka bagaikan berada di dalam hotel mewah pula. Untungnya dapat bekerja dekat sini.

Masuk saja ke dalam lif, pengawal keselamatan terus menekan nombor lapan. Ini bermakna, mereka akan ke tingkat lapan. Tiba-tiba hati Hannan berdebar. Tidak pasti pula kenapa hatinya berasa begitu. Aneh sungguh. Anis pula kelihatan tenang. Sejak tadi senyuman tidak lekang dari bibir.

“Cik berdua boleh berjumpa dengan perempuan yang ada dekat meja hujung sana. Bagitahu dia, cik dah dapat kebenaran naik ke sini oleh saya. Kemudian, bolehlah berjumpa dengan Encik Hadif,” ujar pengawal itu panjang lebar.

“Baiklah. Terima kasih banyak-banyak encik,” ucap Hannan dengan penuh hormat.

Sebaik saja pengawal itu beredar, mereka terus melangkah ke meja yang dimaksudkan seketikatadi. Dengan penuh sopan Hannan bersuara.

“Cik, boleh kami jumpa Encik Hadif? Er…. Kami dah dapat kebenaran pengawal yang bertugas.”

Wanita dalam lingkungan 30-an itu terus memanggung kepala apabila ada suara yang menegurnya. Pantas dia mengukirkan senyuman yang manis.

“Sekejap ya, saya hubungi Encik Hadif dulu. Silakan duduk,” jemput wanita itu penuh sopan. Tertera namanya pada tanda nama yang dipakai. Hardina.

Pantas punat di interkom ditekan. Sekejap saja, talian sudah bersambung.

“Encik Hadif, ada orang nak jumpa.” Kedengaran wanita yang bernama Hardina ituberkata.

“Siapa?” Satu suara di hujung talian bertanya.

“Saya tak kenal, encik. Tapi, nampaknya macam ada hal yang penting,” dia menjawab.

“Okey, suruh mereka masuk.” Terus talian dimatikan.

"Cik boleh jumpa dengan Encik Hadif sekarang. Mari, saya tunjukkan bilik Encik Hadif,” tutur wanita itu lagi.

Hannan dan Anis terus berdiri dan mengatur langkah dengan penuh hati-hati ke bilik anak pemilik syarikat terbesar ini. Makin berdebar-debar hati Hannan. Manalah tahu,kalau-kalau manusia yang bernama Hadif ini garang macam singa? Kalau kena usir keluar?' Ish! Dah melalut jauh ni,' getus hati Hannan.

Pintu bilik diketuk tiga kali. Kemudian, kedengaran suara yang menyuruh mereka masuk ke dalam. Wanita anggun itu pantas membuka pintu dan mempersilakan mereka masuk. Setelah berpamitan, dia beredar meninggalkan mereka berdua di situ.

Mereka berdiri tercegat sedikit jauh daripada meja lelaki di hadapan mereka. Nampaknya, lelaki itu sedang sibuk. Terbit pula rasa tidak enak apabila menganggu. Tapi, dia nak pulangkan dompet. Jadi, tak dikira menganggulah kan? Dua minit berlalu, lelaki itu masih belum memanggungkan kepala.

Anis berdehem sedikit. Hannan pantas menyiku lengan Anis.

“Eh, duduklah. Berdiri apa dekat situ. Sekejap ya, saya nak siapkan kerja saya,” beritahu lelaki itu tiba-tiba.

Hannan pantas tersenyum. Lenguh kakinya berdiri walaupun dua minit. Pantas dia melabuhkan punggung di sofa empuk diikuti oleh Anis.

Setelah sepuluh minit mereka melayan perasaan, lelaki itu bangun menghampiri mereka.

Hannan tergamam seketika. Macam pernah tengok muka lelaki di hadapannya sekarang ini. Lelaki itu pun kelihatan tergamam. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Anis pula kehairanan melihat Hannan dan lelaki yang bernama Hadif itu.

“Hannan? Aleeya Hannan?” tanya lelaki yang bernama Hadif itu.

“Er… Sekejap, sekejap. Hadif Riyad kan? Bekas pelajar Moscow State University,Rusia?” kali ini giliran Hannan bertanya.

“Tepat sekali! Ingat lagi Hannan dekat saya,” jawab Hadif tersenyum.

Anis mencuit lengan Hannan apabila melihat drama sebabak di hadapannya. Keningnya dijungkit sedikit tanda bertanya.

“Oh! Anis, ini senior aku masa aku belajar dekat Rusia dulu,” beritahu Hannan.

Anis tersengih. Kecilnya dunia. “Saya Anis. Nama penuh saya Nur Anis.” Amboi! Siap dengan penuh lagi Anis memperkenalkan diri.

Hadif mengangguk sebagai tanda perkenalan. Dia memang tidak bersalaman dengan bukan muhrim. Harap maklum ya.

“Kenapa nak jumpa saya? Ada hal penting?” Hadif bertanya lagi setelah sesi perkenalan selesai.

“Haa… Ni dompet awak kan? Tertinggal dekat Rhiney Cafe. Saya terjumpa tadi masa kemasmeja makan,” jawab Hannan. Dia tidak sedar dia sudah terlepas cakap.

Dahi Hadif berkerut. “Kemas meja makan di Rhiney Cafe? Awak kerja dekat situ ke? Bukan ke awak sekarang ni berada dalam tahun ketiga di Rusia?” dia bertanya sambil meraba-raba poket seluarnya. Sah dompetnya tercicir lagi. Ini bukan kali pertama dia tercicir dompet.

Anis yang tadinya melayan telefon bimbit terus memasang telinga. Nampaknya, Hadif dan Hannan bukan setakat senior dan junior yang biasa. Pasti mereka amat rapat sewaktu berada di universiti dahulu.

Hannan menelan liur. “Hadif, kami minta diri dulu. Ada kerja yang tak siap lagi ni.” Hannan cuba untuk mengelak. Mana dia nak letak muka kalau Hadif tahu semua yang berlaku. Memang dahulu mereka rapat. Sangat rapat. Ke mana saja bersama.

“Awak tak jawab soalan saya lagi, Hannan,” Hadif tidak puas hati.

“Nanti bila ada masa saya beritahu semuanya. Sekarang, saya kena balik,” perlahan Hannan bersuara.

Hadif mengeluh keras. Sudahlah nak berjumpa pun susah. Hari ini memang sangat bertuah kerana dapat bertemu semula dengan Hannan. Puas dia mencari nombor telefon Hannan selama ini. Tetapi, tidak berjaya. Sebab itulah mereka terputus hubungan hampir setahun.

“Ambil kad saya. Pastikan awak call saya malam ni,” pesan Hadif. Kelihatan dia serius.

Hannan terus mengangguk setuju. “Kami balik dulu. Lepas ni jangan tinggalkan dompet lagi dekat restoran,” Hannan mengusik.

Hadif ketawa kecil. Dia melihat Hannan dan Anis keluar dari biliknya dengan penuh senyuman. Gembira dapat bertemu semula dengan Hannan. Dia sudah menganggap Hannan persis adiknya sendiri.

“Hannan? Boleh kau beritahu aku hubungan kau dengan Hadif tu?” pinta Anis penuh berharap.

“Kita balik rumah kau dulu. Lepas tu, baru aku cerita,” balas Hannan ringkas. Fikirannya ligat bagaimana ingin berterus terang kepada Anis. Dia sendiri tidak tahu apa perasaannya sekarang ini. Menyesal kerana bertemu Hadif? Hannan mengeluh.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.