Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Cinta Bukan Suami Biasa
Bab 36

Kembali tenang perempuan itu


Sarah membuka matanya apabila merasakan Al Hadi sudah melepaskan tangannya. Sarah hanya diam membisu. Air mata masih bersisa. Dada yang tadi sesak dan sakit sudah semakin tenang. Tiada siapa yang faham betapa sakit dadanya apabila mania. Tiada siapa. Al Hadi pun belum tentu faham. Malam tadi dia serba salah samaada mahu melayan keinginan Al Hadi atau tidak. Namun akhirnya diturutkan juga kerana rasa bersalah jika menolak keinginan suaminya. 


Selepas itu timbul kerisauan yang dia akan mengandung, kemudian suaminya akan menceraikannya apabila tidak tahan beristerikan pesakit bipolar sepertinya. Bagaimana anaknya nanti? Bagaimana mahu hidup tanpa ayahnya? Cukuplah pengalaman kehilangan Iman. Dia tidak mahu lagi apa-apa kejutan. Kemudian semua perasaan takut, panik, gelisah bergaul menjadi satu sehingga dia mania sangat teruk sekali.


Al Hadi baring di sisi Sarah sambil kepalanya ke arah Sarah. Dia menarik nafas kelelahan. Sungguh dia masih belum faham, bagaimana mahu mengendalikan Sarah? Apa yang patut dia buat? Bagaimana supaya Sarah tidak marah-marah lagi?


"Sayang, abang minta maaf kalau abang ada buat sayang marah". Al Hadi mula memujuk isterinya. Sarah hanya diam sahaja. Menjawab tidak, marah pun tidak. Sarah rasa sejuk hati sedikit apabila Al Hadi meminta maaf. Dia kemudian mengalihkan pandangan ke arah Al Hadi. 


"Lepaskan saya", kata Sarah dengan lemah.


"Abang tak boleh. Abang tak boleh hidup tanpa sayang", jawab Al Hadi dengan sayu.


"Abang carilah orang yang baik. Sarahni jahat. Teruk. Kalau abang nak lepaskan Sarah, lepaskan sekarang. Jangan buang masa abang dengan perempuan macam Sarah. Leave me. Starts your new life and be happy." Habis Sarah menuturkan kata-kata itu, dia terus menangis. Air mata mengalir di pipinya. Bukan dia tidak sayangkan suaminya. Sebab dia saya, dia mahu Al Hadi bahagia. Al Hadi tidak akan bahagia dengannya.


Al Hadi memeluk Sarah. Dia mengelap lembut air mata Sarah. 


"Abang nak Sarah. Abang nak hidup dengan Sarah. Abang tak boleh bayang hidup abang tanpa Sarah. Jangan tinggalkan abang. Tolong jangan tinggalkan abang. Nanti abang boleh gila", jawab Al Hadi dengan lembut tetapi serius. Sarah diam sahaja. Sebahagian dirinya rasa gembira dengan pengakuan suaminya. Sebahagian lagi rasa risau yang ianya tidak akan berkekalan. Bila-bila masa saja suaminya boleh tinggalkan dia. 


Selepas mengemas barang dan bersiap, mereka turun dan makan. Kemudian terus bergerak ke kereta. Al Hadi memegang erat tangan Sarah. Walaupun Sarah menolak, dia buat tidak peduli. Lagi Sarah tarik, lagi kuat dia pegang. Malam ini, ada majlis makan malam pejabat Al Hadi. Ini kali pertama dia mahu memperkenalkan isterinya setelah sekian lama Sarah menghilangkan diri. Ini bakal menutup gosip-gosip yang sengaja direka-reka oleh rakan-rakannya dengan eksekutif wanita bujang di pejabatnya. Walaupun Al Hadi jenis buat tidak tahu, tapi dia masih ada mata dan telinga. Dia bukan jenis lelaki yang mudah melayan perempuan. Apatah lagi jika tiada hal penting atau hal kerja. 


"Malamni ada majlis. Sayang ada baju tak? Abang pakai suit hitam. Jadi sayang boleh pakai baju apapun nak match abang." Al Hadi memberitahu Sarah sambil matanya melihat ke jalan raya. Toyota Camrynya meluncur laju menuju ke Bangi. Majlis bakal diadakan di sana. Jadi, dia perlu melihat persiapan timnya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.