Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
5/10/2018 09:16:50
2,227
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Part 11

Eijaz tersenyum sambil menekan punat hijau.

"Hai sayang. Selalunya Eij yang call sayang. Itu pun jarang sangat sayang angkat. Rindu Eij ek?"

"Sorry," ucap Aliya perlahan.

Terangkat kening Eijaz mendengar kata maaf daripada gadis itu.

"Ini Aira Aliya yang Eiz kenal kan?"

"Eij,"

"Sebab Aira Aliya yang Eiz kenal tak suka minta maaf," sambung Eijaz sengaja menyakat Aliya.

"Eij please," balas Aliya tegas.

"Sorry sayang. Okay tell me.Is something happening?" soal Eijaz mula serius.

"Boleh tak kita jumpa esok?" soal Aliya pula.

Eijaz tersenyum.

"Kenapa pula tak boleh? Sejak sampai sini, Eij memang nak sangat jumpa Liya. Cuma Liya yang tak nak. Beria Liya nak rahsiakan hubungan kita dari semua orang. Eij sebenarnya agak kecewa dengan Liya" balasnya perlahan.

"Sorry Eij. I'm really sorry," ucap Aliya dengan perasaan bersalah.

"Takpe. Sebab Eij sayang sangat kat Liya. Eij sanggup buat apa aje demi sayang. Tapi jangan pula suruh Eij terjun bangunan. Itu Eij tak mampu," balas Eijaz dalam gurauan.

Aliya tergelak kecil.

"I miss you," ucap Eijaz perlahan. Aliya terdiam.

"Liya,"

"Takpe esok kita jumpa. Good night Eij," ucap Aliya sebelum menekan punat merah.

Eijaz memandang telefonnya. Dia tersenyum hambar.

See you tomorrow sayang.

*****

Afiyah melangkah perlahan keluar ke beranda biliknya. Dia berpaling memandang rumah jirannya. Gelap.

Merayaplah itu.

Afiyah menarik nafas perlahan. Suasana malam yang sunyi itu membuatkan fikirannya tidak lari dari memikirkan seseorang.

Apa khabar agaknya dia?

Sejak berpisah. lelaki itu langsung tidak pernah menghubunginya lagi. Mungkin lelaki itu benar-benar telah membuangnya. Afiyah mengeluh perlahan.

Daim Daffa. Walaupun saya dah cuba untuk lupakan awak. Namun saya sebenarnya masih tak mampu untuk lupakan awak. Sebenci manapun saya pada awak. Saya tetap masih rindukan awak.

Afiyah tunduk sebak.

Saya masih nak salahkan awak atas apa yang berlaku. Awak dah janji. Tapi awak sendiri yang mungkir. Empat tahun rupanya masih tak cukup untuk saya kenali awak.

Afiyah mengesat air matanya.

"Awak tak bosan ke asyik nangis aje?" soal satu suara.

Afiyah berpaling. Kelihatan Dahin sedang bersandar tenang pada pintu biliknya.

Afiyah mendengus perlahan.

"Dah siap merayap?" sindirnya tanpa memandang wajah lelaki itu. Dahin tersenyum.

"Awak cari saya ke?" usiknya.

Afiyah tersenyum sinis mendengar soalan lelaki itu.

"Awak ingat saya takde kerja lain ke?" dia memandang tepat ke arah wajah lelaki itu.

"Manalah tahu. Kerja awak kan asyik nangis aje," balas Dahin turut membalas pandangan tajam gadis itu.

"You don't know me.Cara awak cakap macam awak dah kenal lama dengansaya. I really hate that," balas Afiyah sambil melangkah untuk masuk semula ke biliknya.

"Ainun Afiyah," panggil Dahin.

Langkah Afiyah terhenti. Dia berpaling memandang lelaki itu semula.

"Don't cry anymore,"sambung Dahin sebelum melangkah masuk.

Berkerut dahi Afiyah.

Aku baru aje cakap. Mamat ini memang tak faham bahasa agaknya.

Afiyah mendengus sambil melangkah semula.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena