Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Cinta Oh Tuhan, Aku Cinta Dia
Oh Tuhan, Aku Cinta Dia
Nufa Hanna
11/10/2018 09:53:37
581
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

KAKINYAmelangkah longlaimenuju ke arah pasangan pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin.Dadanya terasa sebak melihat senyuman yang terukir di bibir pengantin lelakiitu. Kedua mempelai itu saling bertukar senyuman. Jantungnyaterasa seperti disiat-siat.Pedih! Mengapa ini yang harusdilaluinya pada usia yang begitumentah sebegini? Dia masih terlalu muda untuk memahamikesakitan ini. Mengapa hatinya yang dipilih untuk dilukai?

Matanya berkaca-kaca. Saat diri tersedar, cepat-cepatdia mengesat air mata yang hampir tumpah. Ya Allah, mampukah dia tersenyum?Hanya secalit senyuman untuk lelaki yang bertakhta di hatinya ini. Mampukah?

Kepalanya di gelengberkali-kali. Dia tidak mampu untuk berpura-pura di khalayak ramai. Malah dia tak mampu menipu dirinya sendiri.Dia mengenali lelaki itu ketika dia masih kecil lagi. Tanpa lelaki itu, dia tidak punya kekuatanuntuk meneruskan hidup ini. Lelaki itu banyak mengajarnya erti kehidupan. Mengajar dia akan sebuah hubungan persahabatan.

Mohd Firasz Akimi. Mereka berdua ibaratadik-beradik yang berkongsi segalanya. Hubungan mereka bertambah akrab keranamereka hidup berjiran. Dia tidak sedar bila dia menyukai lelaki itu sehinggamenyebabkan hatinya terikat dengan cinta untuk lelaki itu walaupun usianyamasih terlalu muda untuk mengalami semuanya.Dia sendiri tak sangka, hubungan persahabatan yanng dia sangkakan selama inisudah melepasi garisan yang sepatutnya. Dia… sudah jatuh cinta.

“Dania,” panggilan aunty Rosmenyedarkannya. Dia terpinga-pinga seketika.

“Tak nak berkenalan dengan menantu auntyke?” soal Aunty Ros. Dia mengukir senyum hambar. Perlahan-lahan dia mendekatimereka berdua yang sedang bersanding. Kedua-duanya kelihatan begitu anggunsekali. Mungkin agak sepadan.

Dia berhenti beberapa langkah daripadaFirasz Akimi. Mata lelaki itu menikam tajam ke arahnya. Dia turut memandangFirasz Akimi. Sedihnya saat itu hanya Tuhan yang tahu. Sampai bila dia bolehmenatap wajah ini lagi? Firasz Akimi, mengapa engkau tidak mengerti perasaankuini?

“Dania…” panggilan lelaki itu membuatkan dadanyakembali sebak. Dia tidak boleh berhadapan dengan lelaki ini. Bila-bila masasahaja air matanya akan tumpah. Dia tidak mahu Firasz Akimi tertanya-tanyananti. Dia terus berpaling dan berlari meninggalkan tempat tersebut. DaniaAleya tidak menghiraukan namanya yang dipanggil. Kakinya terus melangkah menujuke dalam rumahnya. Sebaik sahaja diamenjejakkan kaki ke dalam rumah, laju dia berlari ke bilik lalumengunci pintu. Di sebalik pintu, tubuhnya bersandar. Kakinya terasa lemah sekali. Akhirnya dia terduduk. Air matanya lajumengalir saat itu.

“Akimi...”

Dia menyeru nama itu. Tubuhnyaterhinjut-hinjut menahan tangisan. Dia bangun dan melangkah ke arah katilnya.Patung beruang yang sederhana besar itu dicapai. Dia memeluknya erat.

“Mengapa buat Dania macam ni?” soalnyadalam tangis kepada patung tersebut.

“Dania tak boleh,” tambahnya lagi. Basahlencun wajahnya dek air mata yang makin laju mengalir. Patung beruang pemberianFirasz Akimi dipeluk erat. Dia mencapai album gambar yang tersimpan di dalamlaci mejanya. Entah mengapa pada saat ini dia seperti ingin memutar kembalicerita manisnya bersama lelaki ituuntuk mengubat hatinya yang sedih.

Dia membelek album tersebut yang terisidengan wajah Firasz Akimi dan dirinya. Daripada mereka kecil hinggalah ke usiaini. Dia simpan semua gambar lelaki itu. Itu adalah kenangannya bersama lelakiyang paling disayanginya. Segala-galanyanya seolah-olah masih baru terjadi.Semuanya masih segar dalam ingatannya. Kenangan bersama Firasz Akimi kembaliterlayar di mindanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB 1

 

DANIAAleya melangkah laju ke dalam rumahnya. Kasut sekolahnya dibiarkan berseleraktidak tersusun. Matanya terus melilau mencari mamanya.

“Mama.”

Laungnya. Dia melangkah ke dapur. Tetapimamanya tiada.

“Mama.” Panggilnya lagi. Masih tiadasahutan. Dia merengus geram.

“Kenapa ni Dania?” soal Mak Siti, pembanturumahnya yang telah lama berkerja dengan keluarganya.

“Mama mana?” soalnya.

“Kat rumah Puan Ros. Hari inikan Akimi...”

Belum sempat mak Siti menghabiskan ayatnyaDania Aleya terus berlari keluar. Bibirnya mengukir senyum panjang. Diaberlari-lari anak menuju ke rumah sebelah. Firasz Akimi dah balik. Dia taksabar nak melihat wajah lelaki itu.

“Mama.”

Tanpa memberi salam dia melaung memanggilmamanya. Dia lupa akan adab sopan. Dia lupa akan perutnya yang kelaparan. Dialupa semuanya kerana lelaki itu. Dia harus menemui lelaki itu. Sudah agak lamamereka tidak berjumpa.

Tanpa menunggu mamanya bersuara diamelangkah ke dalam rumah lelaki itu. Dia tersenyum lebar saat matanya melihatmamanya sedang duduk bersama Aunty Rose di ruang tamu.

“Dania.” Tegur Datin Amina. Diamenggelengkan kepala melihat telatah anak perempuannya yang agak kurang sopanitu.

“Akimi dah balik ke Aunty?” soalnya tanpamempedulikan mamanya. Puan Rose tersenyum.

“Ya Allah, budak ni. Boleh tak bersopansikit. Ini bukan rumah kita. Balik-balik terus cari anak lelaki orang. Tak maluke?” soal mamanya sedikit marah. Dania Aleya menarik muka.

“Sorry. Dania nak jumpa Akimi.” Katanyaperlahan. Dia tunduk. Tiba-tiba terasa malu dengan perbuatan yang agak tidakbetul itu.

“Budak mana ni, mama?”

Dania Aleya terasa rambutnya yang diikatsatu itu di tarik dari belakang. Dia mengaduh kesakitan.

“Kimi.”

Aunty Rose memandang Firasz Akimi. diamenggeleng kepala dengan kelakuan anak lelakinya. Kurang senang melihatperlakuan anaknya itu. Firasz Akimi tersenyum.

“Bising betul budak ni.” Tambah Akimi. Diamemaut bahu Dania.

“Sakitlah.” Dania sedikit menjauh daripadalelaki itu. Tiba-tiba dadanya berdebar kencang. Dia bingung. Mengapa?

“Eleh, macamlah Akimi tak dengar suaraDania tadi. Rindu Kimi ek.” Firasz Akimi sedikit menundukkan badannya.

“Mana ada.” Selindungnya. Agak malu dengankata-kata lelaki itu walaupun betul. Dia mendongak memandang lelaki itu.Matanya terkebil-kebil memandang wajah Firasz Akimi. Lelaki itu kelihatansedikit berubah. Dia semakin tinggi. Wajahnya juga makin kacak. Dia terpanaseketika. Betulkah ini Firasz Akimi yang berjiran dengannya selama ini? Bukan lamamereka tidak berjumpa. Lebih kurang sepuluh bulan sahaja. Tetapi susuk tubuhnyaagak berubah dengan wajahnya yang kelihatan agak cerah daripada dulu. Dadanyamakin berdebar. Mengapa pula? Dia pantas menunduk. Tidak mahu bertentang matalama-lama dengan lelaki ini.

“Aunty Min, Kimi pinjam Dania kejap ya.”Firasz Akimi menarik tangan Dania Aleya.

“Nak pergi mana, Akimi?” laung Puan Rose.Dania Aleya terkebil-kebil memandang kelakuan lelaki itu.

“Kat taman kawasan perumahan kita je.Kejap je.” Ujarnya dan terus melangkah. Dania Aleya hanya mengikut langkahlelaki itu. Dia seolah-olah hilang kata-kata.

“Nak buat apa kat sana?” Soalnya. FiraszAkimi terus juga melangkah menyelusuri jalan menuju ke arah taman.

“Akimi.” Dia menarik tangannya daripadagenggaman lelaki itu. Firasz Akimi berpaling ke arahnya.

“Ikut je la budak kecik.” Dia mencapaitangan Dania Aleya dan menariknya supaya mengekorinya. Dania Aleya mencebik.Perangai memaksa dan suka mengawal masih ada dalam diri lelaki itu. Sampaibila-bila pun takkan berubah lelaki ini. lelaki itu berhenti apabila tiba ditaman tersebut. Dia berpaling ke arah Dania Aleya.

“Why?” soal Firasz Akimi apabila gadis itumeluaskan matanya.

“Tangan tu.” Kata Dania Aleya sambilmenjengilkan matanya.

“Hehe, sorry.” Dia melepaskan tangan gadisitu. Firasz Akimi menggaru kepalanya sambil tersengih-sengih.

“Buat apa kat sini?” soal Dania Aleya. Diasedikit mendongak. Semakin tinggi lelaki ini. Dia hanya berada pada paras dadalelaki itu sahaja.

“Kenapa Dania tak tinggi-tinggi?” gurauFirasz Akimi. Dania Aleya menjelirkan lidahnya.

“Dania baru 15 tahun. Akimi tu dah 20tahun. Memanglah beza banyak. Dah umur 20 tahun nanti tinggilah Dania.” Ujarnyageram. Firasz Akimi tersengih.

“Comelnya budak ni.” Dia menarik pipiDania Aleya yang sedikit temban. Dania Aleya menggosok-gosok pipinya yang sudahbertukar warna.

“Sakitlah, Akimi.” Marahnya. Dia duduk dibangku yang disediakan di situ.

“Tak tinggi tapi makin gemuk je Akimitengok. Dania makan banyak ke ni? Kalau dah gemuk gedempol nanti Akimi tak naktau.” Dia masih ingin menyakat gadis itu. suka melihat wajah Dania Aleya yangcemberut menahan marah itu.

Dania Aleya malas melayan kata-kata lelakiitu. makin dilayan nanti makin menjadi-jadi pula. Lebih baik dia diam. Dia tahuFirasz Akimi tetap mahu menang.

“Tahun ni Dania ambil PMR kan. Kalau dapat9A nanti Akimi bagi hadiah.”

“Mana hadiah yang Akimi janji hari tu?Dulukan Akimi dah cakap nak beli sesuatu bila balik sini untuk Dania. Mana?”dia menyuakan tangannya di hadapan Firasz Akimi. Lelaki itu tunduk dihadapannya. Dia menatap wajah Dania Aleya.

“Tunggu lepas PMRlah.” Katanya.

“Mana boleh. Hadiah lain-lain tau. Danianak yang Akimi janji hari tu. Sekarang jugak.” Dania Aleya meminta. FiraszAkimi menolak perlahan dahi gadis itu.

“Pejam mata dulu.” Ujarnya.

“Kenapa pulak?” soal Dania Aleya. pelikdengan permintaan Firasz Akimi.

“Banyak soallah dia ni. Nak ke tak nakni?” soal Firasz Akimi kembali dengan suara yang sedikit tegas. Dania Aleyapantas mengangguk. Cepat-cepat dia memejamkan matanya.

“Tak boleh mengintip tau.” Firasz Akimitersengih. Dia menatap wajah gadis itu. Baginya Dania Aleya tetap budak-budakyang selalu menangis di bahunya. Dia masih menganggap gadis itu seperti dulu.Seseorang yang selalu mengekorinya ke mana sahaja dia pergi. Seolah-olah merekaadik-beradik yang terlalu akrab sedangkan dia tidak pernah menganggap DaniaAleya seperti itu.

“Cepatlah.” Gesa Dania Aleya.

Firasz Akimi masih memerhatikan wajahpolos Dania Aleya. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Dia menyentuh dadanya.Kepalanya tergeleng-geleng.

“Akimi,” panggil Dania Aleya. risau jikalelaki itu mempermainkannya lagi.

“Kejap,”

Dia mendekati tubuh gadis. Tubuh gadis itudipeluk. Dania Aleya terpempan. Matanya segera terbuka. Tubuhnya kaku tiba-tiba.

“I wish the time will stop when we aretogether like this. Dania, walau apa yang terjadi Dania kena yakin dan percayadengan Akimi ya. Akimi tak ada sesiapa yang Akimi boleh harapkan selain Dania.Dania seperti keluarga Akimi sendiri. You are not my blood sister but you aremore than that,”

Dania Aleya masih lagi kaku. Mendengarkata-kata lelaki itu dan juga dengan keadaan mereka itu membuatkannya kaku.Firasz Akimi juga seperti abangnya sendiri. Dia tahu Firasz Akimi banyakterkongkong dengan daddynya. Pemergiannya ke luar negara juga disebabkan olehdaddynya yang menyuruhnya. Walaupun lelaki itu agak keberatan namun dia tidakmahu membangkang suruhan daddynya itu.

Pelukannya dilepaskan perlahan-lahan.Firasz Akimi mengukir senyuman yang menawan untuknya. Dia kebingungan seketika.

Firasz Akimi menujal dahinya sehingga diasedikit terdorong ke belakang. Akhirnya dia tersedar. Firasz Akimi ketawa kuat.

 “Akimi.” Jeritnya geram. Firasz Akimi masihdengan sisa tawanya. dia menpercepatkan langkahnya apabila Dania Aleyamengejarnya. Dania Aleya menggosok dahinya beberapa kali.

“Boleh tak jangan jahat sangat?” Laungnyake arah lelaki itu tetapi Firasz Akimi tidak mempedulikannya dan terus berlarimeninggalkannya. Geli hatinya melihat Dania Aleya menggosok-gosok dahinya tadi.Macamlah sakit sangat. Dia sebenarnya tidak merancang untuk menolak  dahi gadis itu. semuanya berlaku secaraspontan. Tambah pula dia segan dengan kelakuannya terhadap gadis itu.kadang-kadang dia seakan-akan terlupa akan situasi mereka ini. dia dan DaniaAleya bukanlah kanak-kanak lagi. Mereka sudah besar. Namun kadang-kadangkeakraban mereka membuatkan dia terlepas laku juga

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham