Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Cinta Cik Bento, I Love You
END 64

BEBERAPA bulan seterusnya…

“Suha, janganlah lari. Tak takut ke dengan kandungan tu?” Risau Aniq melihat isterinya berkejaran dengan anak-anak buah mereka. Usia kandungan Hana sudah mencecah tujuh bulan.

“Okey. Suha tak lari dah.” Hana menayang gigi. Aniq geleng kepala.

Korang berdua jom.” Hana mengajak Arissa dan juga Yana ke tempat Aniq. Hari ini mereka berdua ditugaskan untuk menjaga Arissa dan juga Yana. Ibu bapa Yana sedang bercuti. Mereka berdua hanya pergi berdua dan tidak mahu Yana ikut sekali. Manakala, ibu Arissa pula menemani Datin Ruhaina ke butik.

“Isteri abang ni kenapa nakal sangat ni, huh?” Aniq mencubit hidung Hana. Geram kerana Hana tidak mendengar cakapnya. Hana cuma tersengih. Tidak lama kemudian sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah mereka. Semua mata memandang ke arah kereta tersebut.

“Assalamualaikum, semua! Konbawa! (Selamat petang!)” Jerit Mitsuha. Dia berlari-lari anak menuju ke arah Hana dan yang lain.

“Mitsuha! Lamanya tak jumpa awak!” Hana laju memeluk teman baiknya itu. Mereka saling berbalas pelukan.

“Rindunya saya dekat Hana.” Mitsuha melepaskan rindu.

“Mana encik suami?” Tanya Hana. Matanya meliau mencari kelibat suami Mitsuha.

“Hoi, Muaz sinilah!” Laung Aniq bila melihat Muaz keluar daripada kereta tersebut. Serentak Hana dan Mitsuha memandang ke arah kereta.

“Kenapa muka suami awak tu, Mitsuha?” Pelik Hana melihat wajah pucat Muaz itu. Mitsuha tersengih. Rasa bersalah pula dia dengan suaminya itu.

“Dia baru lepas muntah. Saya mengandung dia yang kena tempiasnya.” Terkekek-kekek Mitsuha memberitahu teman baiknya itu. Sejak Mitsuha kawhin dengan Muaz, dia semakin hebat menggunakan bahasa melayu.

Empat bulan lepas mereka dikhabarkan dengan berita perkahwinan teman baiknya dengan Muaz dan sekarang usia kandungan Mitsuha baru menjangkau dua bulan. Gembira tak terkira Hana bila mendapat tahu teman baiknya itu sedang mengandung dan dia juga turut gembira kerana Mitsuha bahagia di samping suami yang tercinta.

“Kau okey ke Muaz?” Tanya Aniq. Sejak Muaz kahwin, dia sudah membahaskan ‘kau-aku’ dengan pembantunya itu.

“Aku okey. Jangan risaulah. Demi anak pertama aku sanggup tempuh segala dugaannya.” Kata Muaz lemah.

“Kasihan uncle Muaz. Uncle duduklah dulu.” Yana mempelawa Muaz duduk. Muaz menghadiahkan senyuman kecil buat Yana. Dia kemudian melabuhkan punggung di kerusi tersebut.

Uncle Muaz, nah. Jus oren untuk uncle.” Tersengih-sengih Arissa memberikan jus oren itu kepada Muaz. Muaz tersenyum lagi. Laju tangannya mengambil jus oren dari tangan budak comel itu. Dia meneguk sedikit air tersebut.

"Kau dah tahu ke jantina anak kau ni? Aku tengok isteri kau tu bukan main aktif lagi. Mesti lelaki, kan?" Tebak Muaz. Aniq ketawa kecil.

"Pandai betul kau meneka. Isteri kau?" Giliran Aniq bertanya.

"Kita orang cadang bulan depan baru nak scan." Kata Muaz lalu meneguk jus orennya semula.

Arissa dan Yana yang berada di tepi mereka tersenyum lebar dengan wajah yang teruja.

“Wah, tak lama lagi kami dapat adik sepupu! Tak sabar nak main-main dengan mereka berdua.” Teruja Arissa.

Aunty Aivy, Aunty Mitsuha. Nanti, kalau dah ada baby, biarlah kami yang bagi nama. Ya! Ya! Ya!” Yana sudah siap memikirkan nama untuk dua bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.

“Amboi, korang berdua. Aunty tak nak! Aunty nak suami aunty yang beri nama untuk anak aunty ni.” Hana menolak cadangan Yana.

“Eee! Yana pun nak juga bagi nama.” Rungut Yana.

“Bagilah kita orang yang bagi nama dekat adik sepupu kita tu.” Arissa memujuk Hana.

No!”

Yes!”

“Aunty tak nak!” Hana menjelir lidah lalu berlari ke belakang Aniq apabila Arissa dan Yana mengejarnya. Mitsuha yang memerhatikan gelagat mereka bertiga hanya tersenyum.

“Suha, dah berapa kali abang cakap ni. Degil betul isteri abang ni.”

Hana ketawa kecil. Laju dia memeluk Aniq dari belakang. Dia tahu suaminya itu tengah marah. Lantas satu ciuman dihadiahkan di pipi Aniq.

“Suha buat malu abang tau. Depan orang ni.”

“Biarlah. Budak-budak je.”

“Habis yang tu?” Aniq menjuih bibir ke arah Muaz dan juga Mitsuha.

“Dia orang tak kisah pun, kan?” Hana memandang mereka berdua.

“Tak. Korang buatlah suka hati korang berdua. Tapi, bukan depan kita orang, okey.” Muaz memberi amaran sambil menghadiahkan senyuman buat isteri tercinta. Aniq dan Hana ketawa.

Selepas itu, perbualan mereka diteruskan lagi. Macam-macam topik yang mereka bualkan. Terselit juga gurau senda dan gelak ketawa mereka berempat. Arissa dan Yana sudah ke belakang. Bermain dengan permainan yang dibeli oleh aunty dan uncle mereka.

Hana memandang Mitsuha. Pandangan beralih pula pada suaminya yang galak bercerita dengan pembantunya itu. Hana bersyukur mendapat suami yang sentiasa menjadi pembimbing dan pelindungnya. Seorang yang penyayang dan menjaganya dengan baik. Terima kasih, ya Allah kerana mempertemukan jodoh ku dengannya.

 

-TAMAT-

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.