Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Cinta I LOVE U CIKGU HAIKAL
I LOVE U CIKGU HAIKAL
SITI
30/5/2018 23:38:07
6,020
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

“CUTIberapa hari lagi Angah?” Soal Puan Zaharah kepada anak bujangnya.

“Empat hari lagi,kenapa mama?” Haikal memandang mamanya.

“Marissa sampai sini pagi tadi,kalau kamu free kita pergi jenguk dia nak?” Tanya Puan Zaharah dengan mata yang bersinar. Mengharap Haikal akan setuju dengan pemintaannya.

“Yela” Pendek sahaja jawapan Haikal. Marissa anak teman Puan Zaharah. Teman sewaktu Haikal kecil. Tetapi,bila masing-masing dah menginjak dewasa mereka jarang berjumpa. Mamanya selalu suruh dia berjumpa Marissa setiap kali gadis itu pulang ke kampung. Marissa baru tamat belajar dalam bidang pengurusan pejabat.

 

HAIKAL melangkah masuk ke rumah banglo yang indah terletak di lereng bukit. suasana disini sungguh cantik bila menyambut petang. Tuan Haris tidak dapat mengikut mereka. Hanya Haikal dan Puan Zaharah yang mengunjungi Villa kasih milik PuanTina dan Tuan Hisham.

“Ini anak I,Haikal”Puan Zaharah kenalkan Haikal kepada Puan Tina.

“Dah besar budak ni,dulu masa kecil-kecil selalu datang rumah Aunty” Puan Tina agak mesra dengan anak rakannya.

“Dulu budak-budak mana tahu malu lagi,sekarang dah besar sibuk dengan kerjaya pulak” Puan Zaharah mengambil tempat di sisi Puan Tina. Tempat di sebelah Haikal sengaja dikosongkan.

“Sunyi rumah YouTina,mana Marissa?” Puan Zahrah menyoal. Dia meninjau sekeliling. Keadaan VillaKasih ini tidak banyak berubah pada pandangannya.

“Assalamualaikum”.Suara lembut Marissa menampar gegendang telinga Puan Zaharah. Terus diamemandang Marissa yang datang dari arah dapur. Di tangannya ada dulang yangberisi gelas minuman. Marissa meletakkan dulang tersebut. Tangan dihulurkankepada Puan Zaharah ingin menyalami wanita separuh abad yang sudah dianggapseperti mamanya. Puan Tina tersenyum manis melihat Puan Zaharah yang tidakberkedip perhati anak daranya.

Puan Zaharah tersenyum.Anak gadis kawannya ini penuh dengan kelembutan dan ciri-ciri wanita melayu.Masih sopan walaupun hidup sudah diulit dunia yang serba canggih. Wajah yangayu dibaluti tudung bawal berwarna krim. Senyuman yang merekah bak mawar yangdititis embun murni ,sungguh menawan. Haikal disebelah dikerling. Sedang ralitmenekan-nekan skrin telefon bimbitnya.

“Marissa apa khabar?”Puan Zaharah menyambut hangat tangan gadis itu.

“Alhamdulillahaunty,Rissa sihat” Marissa melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Haikal.

“Abang Haikal kamuni,ajak aunty melawat kamu Rissa” Senjaga dia menuduh anaknya. Mata Haikalmencerlung memandangnya. ‘itu padahnya kalau sejak tadi diam’.

“Abang apa khabar?”Marissa beranikan diri menyoal Haikal. Marissa berikan senyuman manis kepadaHaikal tanpa dipinta.

“Alhamdulillah baik”

“Abang kerja dekat manasekarang ni?” . Kemesraan cuba dipamerkan walau Haikal bersikap acuh tidak acuhdengannya.

“Guru sekolah menengahdi KL”

“Eh,Rissa pun akan lapordiri mengajar dekat sekolah di sana” Marissa tiba-tiba teruja. dia inginmenarik minat Haikal agar bersembang dengannya.

“Rissa mengajar sekolahmana?” Haikal menoleh memandang Marissa. Topik ini berjaya menarikperhatiannya. Telefon bimbit dimasukkan dalam poket seluar jean.

“Sekolah TinggiStella,abang?”

“Sama la,Ya Allahkecilnya dunia” Haikal menepuk dahinya. Marissa bakal mengajar di sekolahtempat dia mengajar sekarang.

“Abang dah lamamengajar di situ?” Minat Marissa makin menyerlah bila tempat mereka sama.Sekurang-kurangnya dia tidak canggung di situ seorang diri. Masih ada yangdikenali.

“Abang baru mengajardalam dua bulan lepas” Haikal tersenyum lagi menpamer gigi yang tersusun rapi.

“Hmmmm..amboibersembang sampai tidak ingat kami berdua ada di sini. Jemput minum airHaikal,nanti sejuk sudah tidak sedap” Puan Tina tuang air panas ke cawanHaikal. Puan Zaharah tersenyum. Seronok mendengar Haikal dan Marissa bakalbekerja di bawah satu bumbung. Mereka pasti akan lebih akrab bila selalu bertemu.Besar harapannya ingin bermenantukan anak gadis rakan baiknya Tina. Siapa yangmahu menolak gadis sopan santun seperti Marissa. Tutur katanya yang lembutseperti angin yang menepuk manja gegendang telinga. Beruntung jika impiannyamenjadi kenyataan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.