Home Novel Cinta LELAKI PALING DIA SUKA
LELAKI PALING DIA SUKA
Zakuan Faizz
1/4/2018 12:39:00
12,926
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 3

KE hulu dan ke hilir. Tak henti melangkah sambil meneliti jam di dinding. Tangannya di kuis laju. Fikirannya tidak menentu. Sekali-sekala sempat mengerling ke arah telefon rumah.

“Mana Intan ni, dah sampai ke belum?” soal Mak Anum perlahan.

“Ish tak boleh jadi ni, kalau tak call aku maknanya tak sampai lagi lahtu. Apa budak ni buat kat sana tak sampai-sampai.”

Mak Anum mula terasa tidak sedap hati. Yalah memikirkan keselamatan anak tunggalnya. Tak akan dia nak duduk diam sambil tersengih melayan televisyen ketika itu. Kalau lah terjadi apa-apa pada anaknya pasti tak senang duduk Mak Anum. Entah-entah sanggup terjun bangunan disebabkan anaknya, ah sudah.... Tak mampu dipanjangkan lagi kata-kata kesat itu.

“Wak Li ni tak datang sini pulak, selalunya dia akan ke sini lepas hantar Intan ke kolej. Apa jadi sebenarnya ni. Ish aku tak boleh. Aku kena pergi rumah Wak Li sekarang.”

Mak Anum bersiap. Kain batik yang dipakainya diikat bagi ketat agar tidak terlondeh ketika berjalan menuju ke rumah Wak Li. Kalau tertanggal pasti dia dapat malu. Ketika melangkah keluar, suaminya tiba di halaman rumah. Penat sungguh wajahnya. Di tambah dengan bebanan mengangkat setandan pisang di bahunya.

“Nak ke mana awak ni?” soal Pak Sahak dengan wajah penat.

Setandan pisang di bahunya diletakkan sebelah pangkin di bawah pokok mangga. Nafas panjang dilepaskan. Penat. Yalah bekerja di kebun sahaja sehingga lewat petang.

“Intan ni bang. Risau pulak saya.”

Mak Anum mengenakan selipar di kakinya.Setelah itu menghampiri Pak Sahak dengan laju.

“Apahal yang nak di risaukan sangat tu?”

“Abang ni, takkan tak tahu. Selalunya Intandah call saya kalau waktu macam ni.”

“Awak ambilkan air saya dulu. Haus sangat ni.”

Mak Anum mengeluh. Belum sempat dia bercerita penuh soal Intan, Pak Sahak pulak menyuruhnya mengambil secawan air kosong bagi menghilangkan rasa dahaganya. Yalah takkan nak biarkan suaminya kehausan dari pagi hingga ke petang tidak minum dan makan. Pak Sahak pun satu bukan nak bawa makanan ke kebunnya. Katanya tak suka. Niatnya pun nak makan tengah hari dirumah langsung tidak ditunaikannya. Seperiuk nasi dia masak, hanya suku sahaja yang luak. Mak Anum menjamah seorang diri.

Setelah itu, Mak Anum keluar dengan secawan air kosong buat Pak Sahak. Diberi dengan tangan kanan. Di sambut pula oleh Pak Sahak dengan tangan kiri. Tangan kanannya mengelap peluh yang terbiak didahinya.

“Penat sangat harini.”

Pak Sahak mengeluh seribu. Namun, keluhannya langsung tidak di ambil kira oleh isterinya. Apa tidaknya, Mak Anum asyik risau dengan Intan. Tak tenang jiwanya. Semua kerja yang dilakukan di dalam rumah sebentar tadi terpaksa di lupakan sementara. Anak lebih penting daripada semua benda. Kakinya tak henti daripada melangkah ke kiri dan ke kanan di hadapan Pak Sahak.

“Duduklah Anum, kusut kepala saya lihat awak mundar-mandir macam ni. Sakit mata saya tengok.”

Mak Anum langsung mematikan gerakannya. Lalu,duduk bersebelahan suaminya. Setelah menghenyakkan punggung di atas pangkin buluh yang dibuat oleh suaminya dua tahun lalu, Mak Anum menutup hidungnya dengan tangan. Pak Sahak memandang Mak Anum dengan pandangan tajam. Ada sahaja yang tak kena dengan Mak Anum.

“Apahal awak ni?” sengaja Pak Sahak menyoal.Sedikit senyuman terlakar di wajah Pak Sahak.

Dia tahu akan apa maksud Mak Anum ketika itu.Kalau bukan bau busuk yang datang dari badan suaminya itu. Yalah, bekerja, lainlah duduk sahaja di rumah tu. Tak adalah bau sebusuk suaminya ketika itu.

“Abang pergi mandi.”

Naik loya tekak Mak Anum. Oleh itu, dia menyuruh suaminya mandi. Soal Intan dapat dilupakan sementara.

“Awak tu kalau berpeluh pun busuk jugak. Lagi busuk daripada badan saya ni. Dah dah tak payah nak lagak wangi sangat depan saya. Awak dah mandi sekarang ni?”

Mak Anum senyap. Tak terjawab soalan Pak Sahak itu. Lalu, tersengih. Seperti kerang busuk. Dia juga tak mandi. Tapi taklah sebusuk suaminya yang bekerja kebun. Bau tanah, dan sebagainya yang bercampur baur dengan bau peluhnya.

“Awak pun tak mandi jangan nak tutup hidung. Saya titik tangan awak tu kang. Macamlah kita ni sorang aja busuk. Padahal orang sebelah saya ni lagi busuk.”

Mak Anum tersentak. Terpinga-pinga seketika.Benarkah apa yang di katakan oleh Pak Sahak itu? Tak semena-mena dia mencium ketiaknya. Terus buat muka. Ya. Memang bau busuk. Ah hairan juga, pakai pewangi ketiak tetapi tetap bau.

“Abang!” kerisauan Mak Anum mula menyerang.

“Apa?”

“Intan ni kenapa tak call saya?”

“Awak tanya saya buat apa? Apa gunanya awak tanya saya. Lebih baik awak call dia sendiri. Tekan nombor dia satu-satu. Kan lagi bagus.”

“Yalah bang, tapi saya malas.”

“Tu hal awak, bukan hal saya. Kalau malas duduk aja jangan risau. Menyampah pulak saya tengok!”

“Ya memang malas. Bil melambung naik nanti!” Mak Anum meninggikan suaranya. Terkejut Pak Sahak.

Takut bil naik rupanya. Tak akan pasal anak sendiri nak berkira. Apa salahnya call Intan untuk mengetahui tentang keadaannya sekarang.

“Ya Allah. Kedekut tahi hidung masin awak ya. Saya tak pernah ajar. Nanti tiap bulan saya yang bayar bukan awak.”

Dapat Pak Sahak membidas kata-kata isterinya itu. Setelah itu, langsung tidak dilihat wajah isterinya. Naik baran pula rasanya.

“Yalah saya ni bukan apa. Cuma kesian tengok abang kerja kebun sorang-sorang. Sebab tu tak nak susahkan abang.”

“Haaa bagus. Tak nak susahkan saya kan? Macam ni, esok jom ikut saya pergi ke kebun. Buat kerja sikit. Kesian tengok sayakan? Esoklah segala pertolongan awak patut hulurkan. Saya nak tengok betul ke tak awak kesiankan saya.”

Ada juga idea Pak Sahak menyakat isterinya itu. Mak Anum memandang Pak Sahak dengan wajah geram. Ingin dikunyah muka Pak Sahak. Namun, tidak langsung terbit untuk melakukannya. Suami kesayangan patut dijaga sebaiknya.

“Dah lah bang, daripada duduk sebelah abang yang busuk ni, lebih baik saya pergi rumah Wak Li tanya pasal Intan. Entah dah sampai atau belum. Kalau tak da Wak Li maknanya tak sampai lagilah si Intan tu.”

“Suka hati awak lah Anum. Buatlah apa awak nak buat. Asalkan awak puas hati. Tak ada bingit kat telinga saya lagi.”

Pak Sahak mengalah dengan isterinya. Dipujuk untuk tenang langsung tidak terima. Malah melawan segala kata-kata suaminya itu.

“Kalau Intan call nanti jangan lupa angkat ya bang.”

“Tengoklah kalau saya rajin. Kalau saya malas saya duduk sini aja.”

“Abang ni tak boleh di harap. Penat saya tau dengan abang ni. Langsung tak nak membantu. Tolonglah abang.”

Mak Anum memujuk rayu agar suaminya mahu dengan kemahuan Mak Anum. Tetapi, langsung tidak diendahkan oleh Pak Sahak.Yalah, Pak Sahak tahu, pasti Intan tak sampai lagi. Oleh sebab itu, tiada sebarang panggilan masuk ke telefon rumah mereka.

“Abang!” jerit Mak Anum ke telinga suaminya. Mujur tidak pecah gegendang telinga Pak Sahak. Cuma tersentak bagai terkena renjatan elektrik sahaja.

Lalu, Pak Sahak menampar tangan isterinya. Laju sahaja tangannya mencapai tangan Mak Anum. Rasa pedih. Birat juga terasa. Itulah, jangan dipaksa orang yang tidak mahu buat tentang perkara yang disuruh. Di tambah lagi penat setelah pulang dari kebun.

Selang beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi hon kereta yang masuk ke halaman rumah mereka. Belum sempat Mak Anum melangkah pergi, Wak Li sudah tiba di hadapan rumah mereka. Setelah itu, Wak Li mematikan enjin teksinya.

“Wak Li, Anum ni risau sangat. Tanya Intan tahdah sampai ke belum. Tapi, call pon tak dibuatnya. Takut bil melambung naik.”

Wak Li tersenyum. Dia faham benar dengan perangai Mak Anum. Tak lama selepas itu, dia membuka pintu keretanya. Kemudian, menjejakkan kaki kanan terlebih dahulu sebelum menujahkan badannya ke langit biru yang makin gelap itu.

“Aku lambat tadi. Ada masalah di jalanan.”

Wak Li mengeluh. Mak Anum termenung. Seolah-olah memikirkan sesuatu. Wak Li mula melangkah menghampiri mereka.

“Kereta rosak tadi. Tak tahu macam mana boleh rosak. Terlanggar pulak lubang di tengah jalan. Ha melambung kami. Nasib Intan baik-baik sahaja.”

Mak Anum terlopong. Sebesar terowong mulutnya terbuka. Kalau tidak terjaga mahu seekor lalat masuk menerobos mulutnya.

“Kat mana kena?” soal Mak Anum ingin tahu.

Ketika itu, Wak Li sudah duduk bersebelahan Pak Sahak. Reaksi Wak Li sama seperti Mak Anum. Menutup hidungnya.

“Kau pun nak jadi macam Anum?”

“Apasal bau semacam ni? Allah. Tak tertahanaku.”

Mereka bertiga ketawa. Naik merah padam muka masing-masing ketawa. Ketika itu, telefon rumah berdering. Terkejut Mak Anum. Melatah juga dia.

“Jap bang, saya angkat telefon.”

Mak Anum terus berlari masuk ke dalam rumah. Pantas kakinya menanggalkan selipar yang dipakai. Berselerakan. Pasti sukar untuk dicapai apabila mahu dipakai.

“Tak lain tak bukan Intan lah tu.”

“Aku dah pesan tak payah nak sibuk-sibuk ke rumah kau. Kalau kau tak datang tadi, mesti dah sampai dia berjalan kaki ke rumah kau, Wak.”

Wak Li tersenyum. Lalu, menggeleng kepala secara perlahan. Wajahnya ditundukkan.

“Intan dah sampai.”

Mak Anum menjerit dari dalam rumah.

“Ha tu, nak di risaukan apanya. Selamat budak tu.”

Pak Sahak menggeleng kepala. Hairan sungguh dia memikirkan perangai isterinya itu. Ketika itu, tubuh Mak Anum masih tak muncul-muncul selepas menjawab panggilan. Apa yang dibuat di dalam rumah tu pun tak tahu.

“Eh lama ke rosak kereta tu?” soal Pak Sahak.

“Adalah dalam 3 jam. Nak cari tukang repair bukan main payah. Berpeluh peluh ketiak aku ke hulu dan ke hilir cari kedai terdekat. Tu pun nasib aku jumpa. Intan pulak dah tak larat duduk dalam kereta. Naik bosan dah dia.”

Wak Li tersengih. Mungkin lawak apabila mengenangkan riak wajah Intan ketika dia menimpa malapetaka kecil.

“Tak apalah Wak. Yang penting selamat.”

Wak Li mengangguk.

“Bang, nampak tak selipar saya?”

Tersentak Pak Sahak seketika. Macam-macam perangai isterinya. Menatang dulang minuman sampai tak jumpa selipar sendiri. Itulah semasa menanggalkan selipar elok disusun rapi ke tepi dinding. Ini tidak dibuka sampai berselerak selipar itu. Mereka berdua ketawa.

“Ha ada tu. Ke kiri sikit. Eh eh ke kanan. Alamak bergerak pulak selipar tu. Ni makin jauh pulak.”

Sempat Pak Sahak menyakat isterinya. Naik baran Mak Anum ketika itu mencari seliparnya yang tidak jumpa. Yalah, menatang dulang besar di tangannya sehingga melumpuhkan pandangannya ke bawah. Tapi, cawan yang di bawa hanya ada dua. Hairan betul perangai Mak Anum ni. Lucu pun ada.

“Abang ni kalau tak main-main dengan saya memang tak sah!”

Mak Anum berasa geram. Ingin dipicit-picit tangan dan mulut Pak Sahak itu.

“Ha nasib baik jumpa.”

Mak Anum terus bergerak menuju ke pangkin. Diletakkan dulang tersebut perlahan-lahan ke atas pangkin. Satu-persatu piring dihidangkan. Kemudian, meletakkan pula cawan di atas piring kosong itu. Menggigil tangan Mak Anum menuang air kopi O ke dalam cawan kecil itu.

“Nah bang, Wak Li air kopi O.”

“Terima kasih. Haus juga tekak aku ni.”

“Eh Wak Li terima kasih hantarkan Intan kesana. Tambang nanti aku kasi ya.”

“Yalah Anum, bila-bila kasilah. Aku tak memaksa. Selagi mampu aku tolong, aku tolong.”

“Aku bukan apa Wak. Kereta tak ada. Kalau ada kereta lama dah aku ajak Pak Sahak ni pergi ke Selangor tu.”

“Iya aku faham Anum. Aku tahu kehendak kau.Takpalah rezeki belum sampai.”

Mak Anum tersenyum. Faham benar akan kata-kata Wak Li itu. Ketika itu, mereka menghirup air kopi yang dihidangkan oleh Mak Anum dengan berselera. Mungkin dahaga terasa. Maklumlah cuaca panas begini walaupun hampir gelap memang mendatangkan kehausan pada tekak. Jadi, air kopi O buatan Mak Anum itu dapat menghilangkan rasa keperitan di bahagian tekak ketika itu.

***

WAJAH Intan kepenatan. Penat mengangkat barang hingga ke hostel. Mana tidaknya tingkat 4 hostel kediamannya. Jenuh dia mendaki tangga seperti bukit dan gunung Everest itu.

“Ya Allah. Kalaulah ada lift kat hostel ni kan bagus. Tak adalah aku penat macam ni.”

“Amboi, banyak barang.”

Tegur Suha kawan sehostel Intan. Dia hanya mampu melihat dan langsung tidak mahu membantu.

“Suha, kau ada banyak pahala tak?”

“Apahal kau tanya tiba-tiba macam tu?”

Soalan Intan mengerutkan dahi Suha. Entah soalan apa yang cuba di tanya oleh Intan ketika itu. Sedikit pelik.

“Tak adalah, memandangkan kau tak tahu pahala kau banyak ke tak, lebih baik kau tambah pahala kau. Tolong aku angkat barang masuk bilik boleh? Penat aku daki tangga tinggi ni.”

Suha membuat wajah geram. Kata-kata Intan itu memang menusuk tulangnya. Ngilu. Mujur Intan sudah mengangkat barang hingga ke ruang tamu hostel. Tinggal masuk ke dalam bilik Intan sahaja.

“Terima kasih Suha ku sayang.”

Manis sungguh mulut Intan dalam hal meminta tolong. Manis juga ucapan yang diberikan. Patutlah Suha cair dengan kata-kata Intan itu.

“Kau dari mana?” soal Suha.

“Dari rumah lah, Negeri Sembilan.”

“Ooo. Ni mesti mak kau tolong kemaskan barangkan? Aku bukan tak tahu perangai kau. Pemalas. Kat sini pun aku yang banyak tolong kau.”

Sempat juga Suha menyindir Intan. Sudahlah penat, di tambah pula dengan benih sindiran. Pasti melambung Suha ke atas bumbung jawabnya. Ketika itu, Intan meraba-raba poket seluarnya. Memang tak henti, malah bukan main laju sekali mencari-cari.

“Apa yang kau cari?”

Intan langsung menjerit. Bingit telinga Suha. Mahu pecah gegendang telinga. Nasib sempat menutup telinga dengan kedua belah tangannya.

“Apa kau ni Intan. Aku sumbat stoking busukaku tu ke mulut kau kang.”

“Kau sebut pasal mak aku. Baru aku teringat yang telefon aku tertinggal kat atas para sebelum aku naik sini tadi. Ya Allah. Penatnya nak naik balik. Suha please.”

Intan merayu. Matanya dibulatkan. Namun, Suha langsung tak tergoda. Suha terus berjalan masuk ke biliknya. Dia malas melayan kerenah Intan ketika itu. Harap sahaja muka cantik, tapi pemalas untuk berkorban demi dirinya sendiri. Nasib baik dia sudah menelefon makanya di rumah. Kalau tidak naik hantu maknya itu. Cuma henfonnya sahaja tertinggal setelah buat panggilan.

“Tak apa Suha. Ini hari aku, hari kau aku tak nak tolong.”

Intan terus keluar dari biliknya. Kakinya laju melangkah keluar dan mengenakan kasut yang dipakainya sebentar tadi. Dengan wajah geram dia mahukan sahaja untuk turun  ke bawah. Biarlah azab itu dia rasakan agar telefonnya yang tertinggal tidak diambil orang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zakuan Faizz