Home Novel Cinta Ada Untuk Aku
chapter 51

The Children of Henry the 8th dibaca penuh khusyuk. Aqi berbaring santai di katil dengan kedua belah tangan menahan buku sejarah raja England itu di udara. Tiba-tiba riaknya berubah, tegang, sebelum tergelak tak percaya.

“Dasyat seh King Henry ni…” Aqi menolak tubuh, berbaring menelentang pula dan terjatuh pula kepalanya dari katil. Rambut panjang itu terjuntai turun ke lantai. Ketika itulah dia perasan Umar yang berkemas di almari baju.

“Seronok baca buku cerita?” Tanpa menoleh Umar menegur dahulu.

“Ni bukan setakat buku cerita. Ni fakta sejarah England. Zaman Tudors okey…”

“Ya… ya… dah siap lipat baju pelbagai?”

“Dah sudah. Jangan risau.” Sengih diberi, merenung tubuh sasa dengan gaya pakaian yang cukup smart. “Kau nak ke mana?” soalnya dengan pandangan yang terbalik.

“Keluar.”

Right.” Aqi faham sendiri. Barisan ayat yang membentuk kata-kata fakta sejarah anak-anak raja England itu dibaca kembali. “Hati-hati dengan JAIS.”

Umar mendesis. “Kau jangan la doa yang buruk-buruk. Lagipun buat apa JAIS pergi Melaka?”

“Cari pasangan dalam kategori suami dating dengan perempuan lain bila sudah ada isteri tercanguk-canguk di rumah, Umar Darius?” balas Aqi tak bernada, tak berperasaan. Umar yang mengadap cermin menoleh. Pelik melihat gaya baring Aqi. Diabaikan.

“Kau nak cakap apa sebenarnya?”

Nothing. Just a word out. Meaningless.” Lalu tubuh ditarik, duduk bersila di atas katil. “Argh… pening kepala aku.” Darah terasa penuh di kepala, lalu dahi dipicit. Lelaki itu mengeluh perlahan melihat tingkah isterinya. Aqi menjeling, “Dah berapa lama korang bercinta?”

Umar merenung saja sebelum kembali mengadap cermin. “Dunno. I lost count.”

Aqi menjeling geram. Sengaja nak sakitkan hati orang. “Tentu korang seronok, kan?” Dan dia berbaring kembali, mengadap siling. “Holding hands, dinner and star gazing simultaneously, watching shooting star on top of a mountain…” Bicaranya disusuli imaginasi dan senyum nipis. “Or tetengah Selat Melaka… on the dinghy…” sengihnya pula. Umar merenung imej wanita itu dari balik cermin. Aqi menyambung kata. “If compared to ours, it’s next to none kan? Wonder kenapa aku bertahan dengan kau.”

“Dah la tu…” Angin nak berpusar dibuatnya. Aqi menoleh.

“Kenapa pulak. Saja je aku nak berimaginasi… atau korang buat lagi seronok dari tu?” Dia bangun duduk dengan tangan menyokong badan ke belakang. “Slow dance under the moonlightCapoeira?”

I can’t dance,” ujar Umar tajam. “And stop talking bullshit. Kitorang dinner and tengok movie je.”

Aqi mengerut dahi, lalu ketawa kecil. Semacam sinis gelaknya. Umar menoleh ke belakang. “Come onla, Umar Darius. You really are a failure as a romeo. Cuba la act romantic sikit.” Lelaki itu direnung.

Nafas didesis deras antara gigi. “I’ll be one after we’re married. Sekarang mana boleh nak buat semua benda tu,” cemiknya, membuat sengih lawak Aqi menipis. “Woman outside the house, katakan.”

“Kau memang…” Nafas terluah. Hati lega. Sangat-sangat. “Ada ke boyfriend buat alasan macam tu. Melawak je kau ni,” usiknya, duduk bersila. Umar menoleh.

Abis tu kau nak aku bermesra ngan dia?”

“Bukan…” Lain pula jadinya. Aqi tersenyum nipis. “Yalah… kau cakap kau love her… dan normal la kalau nak memanjakan pasangan walau dengan satus apa sekalipun. Suami orang pun boleh menyamar jadi orang bujang.”

Dan lelaki itu berdiri mengadap Aqi, tegak sambil mencekak pinggang. “Dah berapa lama kita berkenalan sampai kau masih tak kenal aku camtu sangat?” Tajam nadanya, semacam marah. Aqi mengerut dahi, mendongak. “Bercinta atau tidak, itu bukan lesen untuk saling berpegangan tangan sampai aku sendiri sambut tangan kadi pasal nak berkahwin ngan Mimi. Aku bukan lelaki yang takat guna perasaan je. Aku ada otak tau. Ni… nak kena guna untuk berfikir.” Kepalanya ditunjuk-tunjuk. Wajah di hadapannya itu direnung. “You’re looking down on me too much.

Tersengih lagi dia. Terasa kelakar. Sungguh! “Ya… ya…” Nak merajuk le tu. Umar dipukul dengan bantal. “Pergi la, you wise man. Your mistress is waiting.

Umar terdiam, merenungnya. “Speaking of which… kau sendiri yang menggalakkan suami kau pasang dua. Kau sendiri tak rasa diri pelik?” Memang dia sangat hairan dengan reaksi Aqi. Ada niat lainkah di sebalik gaya selambanya? Atau cuba nak jadi isteri solehah? Atau ini ialah sejenis camouflage depan aku sedangkan dia menyerang Mimi di belakang aku?

Kalaulah dia tau apa yang kau fikirkan, Mar…

Nak juga aku tengok reaksi dia. Haha.

Sengih Aqi melebar. “Kalau aku mintak kau jangan pergi, kau nak dengar?” Perangkapnya. Kening Umar terangkat sebelah, lalu ikut tersengih.

Boleh tahan kau.

“Emm… mungkin aku boleh pertimbangkan.” Umar membongkok, menghulur tangan nak menyentuh muka Aqi. Wanita itu tidak bereaksi, membiarkan tingkah suaminya. Umar mengusap cuping yang kosong tanpa anting-anting. Tersipu Aqi, dan Umar tersenyum melihat perubahan warna di pipi mulus itu. “Since it’s my lovely wife who’re requesting on it.

Terkaku dia. Naik segan. Hilang gaya santai dan patah bicara petah di hujung lidah. Umar tersenyum kecil – smirk, dan menarik balik tangannya. Nak berkalih pergi.

Bibir Aqi terketar nak menutur sesuatu. “Ka… kalau…” Langkah Umar terhenti. Gadis itu bangun, berdiri di sebelah katil tangan digenggam ke dada umpama menahan degup jantung yang kencang. “Kalau aku taknak kau pergi… boleh?” pintanya sedikit terketar. Umar menoleh, sedikit terkedu. “Kalau… aku nak kau stay kat rumah malam ni… boleh?” soalnya lagi, menggigit bibirnya kuat. Hati dah bertindak dulu tanpa sempat akal memikir baik buruknya.

Umar merenungnya lama, lalu mengukir senyum nipis. “My mistress is waiting,” dan dia pergi, tanpa menoleh ke belakang lagi.

Aqi terpempam, melihat badan Umar menghilang di sebalik daun pintu. Nafas terluah rendah.

Stay here…” Tangan yang tergenggam di dada turun. “with me…” lanjutnya, hampa. Sangat! Lalu Aqi merebah badan atas katil. Guess you can’t….

Malu je Aqi. Buat malu je!! He makes me excited for nothing! Kalau tetap tolak, jangan la bagi ucapan pengharapan camtu…!! Aaaahhh…!

Stupid Umar.” Terkilan.


AQI layan diri dengan Misery Business – Paramore memekak di telinga. Kuat benar lagu itu dipasangnya, hingga menenggelamkan diri dari kehidupan luar. Tangan pula memegang komik Zaki. Dibaca tanpa sebarang riak pada muka. Kaku.

Farid bergerak ke luar dari dapur, terlihat gadis itu dengan headphone sebesar alam di telinga. Lalu Aqi didekati. Gadis itu masih tak perasan, leka merenung buku di hadapan mata. Entah membaca atau sekadar merenung tanpa fokus. Farid mengerut dahi.

“Aqi, oi.”

Concentrate.

“Aqi!” Headphone ditarik dari telinga adik iparnya itu. Aqi tidak bereaksi namun lambat-lambat menjeling. Kening diangkat tanda bertanya. Farid terdiam sebentar.

Free benar kau?”

“Mun tidur dan Pal dah masuk sekolah, Aqi free la.” Headphone itu digantung pada leher. “Dan naper CEO hotel tiga bintang itu ada kat rumah time office hour macam ni?”

“Abang kan bos,” sengihnya lalu duduk di sebelah adik iparnya itu. Aqi mencemik.

“Bos besar pun takkan nak escape kerja macam ni.”

“Abang tak escape. Abang berehat.” Dia membetulkan terma yang digunapakai sambil merenung adik iparnya. Riak wajah itu diperhati, cuba membaca. “The truth is, abang menyiasat.” Dan tenungannya menajam. “Tell me what’s in you brain.

Neutron?”

Neuron, bukan neutron. Dan bukan tu yang abang tanya!” Geram pula dia. “Apa nak jadi antara kau ngan Umar ni?”

Aqi mengelip mata. “Jadi manusia la. Takkan nak jadi king kut?” Bibir mengukir sengih. “Cer abang tanya Aqi, nak jadi king apa?”

“Kau nak jadi king apa?” Menurut.

“King Kong!” Hidung diangkat tinggi ke langit. “Hahahahahahhaha. I always want to use that joke. Hahaha…” Sengih lebar walau ketawanya cukup terkawal nadanya. Farid senyap, merenung reaksi si adik ipar. Ketara, hati wanita ini sedang huru hara, kerana tak lama kemudian ketawa yang dipaksa itu termati sendiri berganti helaan panjang.

Kepala digeleng perlahan. “Antara kau dengan Umar sangat tidak okey, bukan?”

“Apanya tak okey.” Aqi tersengih kembali. “Kitorang tak gaduh tak macam-macam…”

“Korang tak gaduh means korang tak communicate,” potong Farid serius. Sengih Aqi kaku, terkedu. “That’s even worse, Aqi.”

Lalu sengih itu memudar. Senyumannya hilang. Riak beku menjadi sayu, lalu tubuh disandarkan. “Abis tu abang nak Aqi buat apa? Benda dah jadi macam ni. Mar masih lupakan Aqi. And he’s madly in love withher.” Farid dijeling. “There’s nothing I can do about it.” Bibir tersenyum nipis.

Farid merenung senyum itu. Senyuman pasrah. Mengalah sepenuhnya. Farid mencerun. “You let Mimi winning over you by default? Kau tak rasa kau menjadi pengecut terlalu awal? Taknak sedarkan dia? Suruh dia ingat kamu balik?”

Wonder how can I do that,” keluhnya sambil meletak komik Zaki di antara ibu jari kaki dengan jari telunjuk kaki. Kaki dipanjangkan ke meja, memindahkan komik itu di situ. Gaya pemalas habis! “Dengan Mimi all the time, there’s no room for me,” ucapnya agak lirih, kecewa. “Lagi-lagi bila dia masih lupakan Aqi… but at the same time he remembered everything along the process his recovering.” Muka diteleng pada Farid. “Tidakkah itu seperti memberitahu sesuatu?”

Terdiam sebenar lelaki itu. “Dia masih belum sembuh sepenuhnya?”

Means, Aqi tak penting dalam hatinya.” Wanita itu membetulkan dengan nafas ditelan. Perit nak terima hakikat itu, namun tetap dipaksa masuk ke dalam perut dan dicerna lumat-lumat. “Means, dia sebenarnya tidak cintakan Aqi… like how he proclaim sebelum ni…”

Senyap. Si abang itu merenung tanpa kata, manakala Aqi merangkul nafas dalam. Cuba memberi kekuatan pada hati yang pilu. Cuba bersabar dengan topik hidupnya yang dipersoalkan ahli keluarga.

All his words before it’s all meaningless, hati melanjut.

Nafas terluah keras. “Tak.”

“Huh?” Aqi menoleh terperanjat. Farid mencemik.

“Abang cakap tidak. Pendapat kamu salah. Abang pasti Umar masih belum sembuh sepenuhnya. Cuma antara kamu berdua, tiada sebarang perkembangan selepas Umar keluar hospital… kan?” Aqi direnung. Wanita itu terdiam. “Tell me, berapa kali kamu berdua berjumpa seminggu.”

“Setiap hari.”

“Tu pun dia balik lewat malam kan? Mana sempat untuk kamu berdua berbual,” tuduhnya. Aqi tidak membalas. “Sempat lagi untuk kamu tarik Umar dari Mimi sekarang.” Badan disandar. “Rasa sayangnya pada kamu takkan dilupakan camtu je, kalau tak pasal ada sesuatu yang menghalang… with his crazy-fourteen attitude, and the reborn love-monkey.”

Dan Aqi kekal senyap. Tidak mampu membalas kerana tidak mempunyai sebarang jawapan. Farid sama diam, memberi masa untuk isteri Umar itu berfikir.

“Ta… tapi….”

Think positive la.” Kepala itu diketuk perlahan. “Being pessimist brings you nowhere. Umar takleh ingat, kamu yang kena ingatkan.”

Aqi terdiam. Pandangan dialihkan pada wajah Umar yang tersengih dalam frame gambar yang bersusun cantik di dinding itu. Hati yang terluka dipulihkan sendiri.

“Aqi tau, tapi…” Lutut didirikan dan dipeluk. Aqi meletakkan pipinya di situ. “…its too frustrating…”

Farid merenung gadis itu, lalu tersenyum nipis. “Dulu masa kamu dok tolak cinta Umar, he never give up, didn’t he.” Aqi terkedu, lalu menoleh. Farid merenungnya redup. “So you too shouldn’t give up easily. Lagipun, antara kau dengan Mimi, kau dah ada kelebihan nak tawan adik abang tu sebenarnya, asalkan kau pandai guna peluang.”

“Kelebihan?”

You’re his lawful wife.” Nakal bunyinya.


AUNTIEEE!!” Naufal menerpa lalu memeluk Aqi dari belakang. Wanita itu yang mencangkung di hadapan kolam ikan hampir terjatuh ke hadapan. Tangan terpusing-pusing dari belakang ke hadapan untuk menahan daya. Akhirnya stabil. Huh. Aqi menoleh deras.

“Pal!”

“Hee.” Sengih saja dia. “Bang Zaki ada beli Cheezy Wedges. Makan jom.”

“Eh?” Aqi berkalih, terlihat budak darjah empat yang tegak berdiri di belakangnya itu. “Kamu jalan-jalan dengan Pal lagi? Baik benar hubungan korang.”

Zaki tersenyum. “Takkan nak jadi macam Bang Umar yang dok kenakan Zaki.” Plastik KFC ditunjuk pada Aqi. “Nak makan sama, akak?”

Kening Aqi terangkat sebelum tersengih. At least pengajaran Umar berkesan kat budak lelaki ini. Dah bukan si manja dan crybaby lagi. “Boleh jugak.” Dia berdiri sambil mendukung Naufal di belakangnya.

“Abi dah balik?” soal Naufal terlihat kereta Umar. “Ajak abi makan sama.”

He’s busy.” Aqi menyampuk. “Pedulik la dia.”

Zaki merenung si kakak itu.


“KAY. Malam ni jumpa lagi, sayang. Assalamualaikum.” iPhonenya dipadat kembali ke dalam jeans dan kaki melangkah menuruni tangga. Perasan Aqi dan Zaki di ruang tamu. Sedang buat apa, entah.

Aqi yang membelakangkan Umar langsung tak perasankan lelaki itu namun Zaki yang mengadap kakak iparnya itu pula terkedu sedikit, memandang Umar yang menapak turun dari tangga. Lelaki itu mengangkat kening, menghantar isyarat menyuruh Zaki meneruskan kerjanya sementara dia melangkah senyap ke dapur.

“Dah siap Zaki?” Aqi bersuara bila budak sepuluh tahun itu berhenti.

“Ah? Aa… kejap lagi.” Meneruskan kerjanya. Zaki menghabiskan touch-up nya dan tersengih puas. “Akak pusing la. Zaki nak buat braid.

“Oh? Akak nak French braid.” Suara wanita itu tersengih.

“Belum belajar la.”

“Eh… pi belajar sekarang.”

“Nak aplikasi yang baru dibelajar tadi ni.” Zaki memuncung. “Akak jangan la cerewet sangat.”

Aqi terkedu, lalu tersengih lawak. “Kamu tak boleh cakap macam tu dengan customer kamu nanti tau,” lalu dia berpusing, membelakangkan Zaki. Budak itu tersenyum saja. Rambut panjang Aqi disikat lembut.

“Akak, Zaki tanya boleh?”

“Hm? Tanya la.”

“Bang Umar dah sihat ke belum?”

“Dah. Kamu tak perasan ke kuantiti makanan yang dia makan yang sangat besar tu? Akak pun tak pasti perut lembu atau perut naga dia punya tu.”

“Bu… bukan.” Diam sekejap. Aqi menjeling ke belakang, sedikit hairan melihat muka ragu-ragu Zaki. “Abang ngan akak… tak mesra macam dulu.”

“Eh?” Menoleh dia. Zaki berhenti menyimpul rambut Aqi, membalas pandangan kakak angkatnya itu.

“Abang ngan akak tak macam dulu, sebelum abang eksiden. Sekarang Bang Umar langsung tak seronok.” Kepala Aqi diteleng ke hadapan dan kerjanya kembali disambung. “Abang tak layan Zaki sangat…”

Aqi tersenyum nipis, lalu menjeling. “He loves you always loves you. Jangan deny itu je la. Abang sibuk dengan kerja kan? Dia dalam proses pemulihan lagi. Kamu sabar je la.” Cuba memujuk. Zaki diam. “Emm, kalau Zaki bosan, main ngan akak la.”

“Akak mana reti baling Zaki ke langit.”

“Akak baling Zaki ke tanah pun dah cukup.”

Terkedu budak itu sebelum tersengih. “Akak jahat. Nanti Pal sedih abang dia ni cedera.”

“Eleh. Dia dah ada Mun buat teman main.” Terkedu sekejap bila melihat Umar. Mamat itu yang baru keluar dari dapur, menoleh melihat dia. Keduanya terkaku.

“Kay, siap!” Zaki tersengih puas.

Ketawa Umar meletup, meledak keluar. Bersungguh-sungguh dia ketawa dengan telunjuk tegak ditunjuk pada Aqi. Mukanya tertolak ke langit dek ketawa galaknya. Terlalu mendadak! Memerah wajah wanita itu. Zaki memandang kosong.

“Ke… kenapa?”

“Takda… hahahhahahhaa… tahahahhahaha tahahahhahaha…” Mulut ditutup, tengok Aqi lagi. “Bwahahahahahaa!!!” Terduduk dia dengan muka yang dah memerah. Aqi memuncung. Umar menoleh lagi. “Bahahahahaha!!” Lantai dipukul-pukul.

Huh. Aku suka tengok dia ketawa, tapi kenapa ketawa camtu sangat? Aqi kecil hati. Umar dah bergolek-golek di hadapannya menekan perut. Dah berapa lama dia tak ketawakan aku macam tu….

“Abang kenapa?” soal Zaki, mendekat. Aqi menjungkit bahu, membiarkan. Rambut pegang. Terasa macam hancur hasil kerja si budak 10 tahun di belakang kepala. Muka yang disolek Zaki disentuh. Nafas terluah lagi. I knew it.

“Hey.”

“Hm?” Aqi menoleh. Snap! Umar ambil gambar dia lalu jatuh ketawa lagi. Tak dapat tahan!! Muka Aqi sangat lawak!! Hahahahhahahaha!!!

Wanita itu mendesis, lekas bangun mencari cermin. Umar menoleh, menarik tangan Aqi lalu menunjukkan hasil gambarnya tadi sebelum kembali ketawa. Aqi pula jatuh rahang melihat diri sendiri.

“Zaki!!”

“Apa…?” Sengih tak bersalah.


SERIOUSLY… hahahahaha.”

“Gelak la, gelak.” Aqi mendengus, mengelap mukanya dengan make up remover yang dipinjam dari Maya di meja solek itu. Umar sengih saja, duduk di atas katil.

“Naper kau benarkan Zaki conteng muka kau? Dia tu dah la budak lagi.”

“Nak encourage dia la. Dia cakap nak jadi beautician macam kat dalam TV… aku tak tau macammana nak tolong, end upnya jadi gitu…”

Ketawa lagi. “Dia boleh apply kat KRU Corp. buat solekan untuk Hantu Sundal Malam.”

What am I to you. Pontianak?!” Aqi menoleh dengan mata terbuntang. Terdiam Umar lalu ketawa lagi, terbaring atas katil. Wanita itu mendesis, kembali mencuci mukanya.

You look alike!” Thumbs up. “Mujur masih muda kalau tak, nak je aku panggil nenek kebayan. Hahahahaha!”

Aqi menjeling tajam. “Kau kutuk aku tau.” Dah mula geram. Umar masih terkekeh tak henti-henti bila baring berganti dengan duduk di birai katil. Aqi dengan rambut yang menggerbang sedikit direnung dengan ketawa yang masih bersisa di hujung bibir.

“Janda kebayan.”

Aqi membaling sikatnya ke arah katil manakala Umar jatuh terguling. Tertawa lagi. Lawak! Lawak! Wanita itu mendesis, lalu bangun dan keluar dari bilik. Taknak kawan Umar lagi.

Lelaki tu menutup mulutnya, menahan ketawa. Bawa mengucap berkali-kali. Astaghfirullah… heheh. Handphone dikeluarkan dan muka Aqi dilihat lagi. Memang sangat lawak! Pipi pink. Mata hitam. Bibir merah. Muka putih. Apa lagi solekan yang lebih teruk dari itu?! Hahahahahahhaha!!

Rasa macam pernah je benda ini berlaku. Umar membengkok kepala. Ketawa terhenti sendiri. Aqi muncul semula dalam bilik dan bergerak ke katil tanpa sepatah bicara. Tidur lagi bagus. Umar pula masih merenung handphonenya. Mungkin berbalas SMS dengan Mimi lagi. Aqi menjuling mata ke langit.

Umar senyap. Mata menjeling pada wanita itu di sebelah. Ketawanya terlepas lagi, perlahan cuma. “I should tell Bang Farid.” Kaki dibawa turun ke lantai.

Aqi yang terdengar mencerlang matanya! Refleks tangan menangkap kolar sleeveless Umar lalu ditarik kembali ke katil. Terperanjat lelaki itu! iPhone di tangan sekelip mata menghilang, sudah berganti tangan di pegangan Aqi. Wajah isterinya itu kemerahan melihat skrin iPhonenya. Nafasnya juga nampak mengah.

“Kau jangan nak mengarut! Aku delete!”

“Hoi!” Giliran Umar pula merampas kembali smartphone-nya itu menyebabkan Aqi gagal memadam gambar yang dikehendaki. Dia mendesis deras, menentang Umar.

“Bak sini gambar tu…”

Not until I tell the others.”

“Maaarr…!!” Aqi terjerit lalu menimpa tubuh si suami. Umar terbaring terperanjat. Aqi pula terkedu dengan tindakannya. Biarkan lelaki itu terkejut seketika, lekas iPhone yang masih digenggam itu dicapai. Umar tidak melepaskan. Kejap sungguh pegangannya. Gadis itu mendesis geram. Mereka berpandangan.

Give me this phone or we’ll stay like this the whole night.” Aqi mengugut.

Fine with me.” Muka geram itu dibalas dengan sengih selamba.

Berpandangan lagi. Aqi menarik cermin mata Umar dan lelaki itu membalas dengan menggeletek tubuh Aqi. Terlepas gelak gadis itu, berusaha nak lepas tetapi Umar tidak melepaskan tahanannya. Aqi berkalih badan, dan buk!! Jatuh katil.

“Adeih!!”

Umar terperanjat, melihat ke lantai. Aqi sedang merengkok sakit sambil menahan sakit di belakang kepala. Tergelak lagi dia, terkekeh sepuas hatinya di atas katil. Aqi di lantai mendesis geram sambil terus menggosok belakang kepala.

“Comel la kau ni. Clumsy. Dan idiotic,” ujar Umar, menoleh. Gelak yang bersisa dihabiskan sehingga kosong. Wanita itu pula mendesis.

Shut up. Padamkan balik la gambar tu…”

“Erm… cadangan ditolak. Hehe.”

Aqi mencemik. “Fine. Tengah malam nanti aku taulah nak jadi orang minyak macammana.” Dia bangkit dari duduk, berdiri tegak. Lelaki itu dipandang. Umar membalas dengan tenungan mencabar.

“Oho… masih berani nak jadi orang minyak kalau aku buat begini?” Handset-nya dimasukkan ke dalam seluar. Aqi mengerut dahi, lalu sengih jahat dilukis pada wajah. Muka perogol!

“Tak payah tunggu tengah malam. Sekarang pun aku sudi seluk tangan aku dalam tu…” Sepuluh jemari runcingnya digoyang-goyang seperti tangan sotong. “…dan lepas tu aku kergh!” Tangan buat gaya menghancurkan buah limau. Hidung turut berkerut dengan riak penuh usaha. Umar spontan duduk bersimpuh dibuatnya. Melindungi.

“Bangang betul ada bini yang begini.” Mengeluh. “Kau ni tak macam bini aku pun…” Bibir dicebir sambil berpeluk tubuh. Tubuh kecil kurus itu direnung atas bawah. Memang tidak seperti wanita yang berusia 25 tahun walaupun tingginya mungkin boleh diterima. Cuma… tiga saiz itu hampir sama dan mampu mengecewakan lelaki sihat yang nak cuci mata. Hurm… Umar mengusap dagu. Ligat berfikir.

Aqi meniru riak wajah Umar. Bibir bawah siap dipanjangkan cebirannya. “Nak kutuk aku, kau sendiri lebih anggap Mimi jadi bini kau.”

“Bakal bini…” Dibetulkan kata nama itu. “Kau… aku rasa aku lagi prefer jadi adik aku. Nak? Aku memang dah lama nakkan adik perempuan.” Mata hazel itu bersinar ceria, gembira dengan cadangan sendiri.

Aqi mengerut dahi. “Adik?” Wajah ceria di katil direnung. “Aku? Adik kau?” Telunjuk bertukar dari diri sendiri pada si suami.

Umar tersenyum lebar. “Yep. Adik aku.”

Jatuh rahang. Terkedu habis dia. Perkembangan cerita kau dah jadi makin teruk, Aqi!!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.