Aku menyarung tudung yang disangkut pada kusyen. Apalah yang Khan Fadzil buat di luar rumah malam-malam ? Bersembang ke ? Risau dikacau bunian sahaja.
"Abang", aku memanggil dia. Dia menoleh sambil tersenyum. Kemudian dengan pantas aku mengambil tempat duduk di sebelahnya. Nampaknya dia terlalu tekun melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit.
"Abang tak takut ke duduk sini sorang-sorang ? Dulu, ayah selalu cakap tempat ni laluan bunian", kata aku. Mengingatkan cerita ayah membuatkan aku lebih ceria. Memang ayah suka bercerita tentang benda-benda tu. Baik bunian, pocong, semua dia cerita sehingga tak lena aku tidur.
"Eloklah bunian. Boleh abang jadikan dia isteri nombor dua", seloroh dia sambil ketawa. Aku hanya menayangkan muka cemberut.
"Abang ni .. jahatlah"
"Sayang lagi jahat. Sengaja nak takut-takutkan abang", dia mencubit pipiku dengan kedua-dua tangannya. Sakitlah, Khan Fadzil !!! Kenapa pipi aku jadi sasaran ni ? Benci betul.
"Yelah. Dah kenapa duduk luar sorang-sorang ? Duduk dalam rumah lagi elok tahu tak ? Boleh tengok cerita hantu sama-sama dengan mak dan akak"
"Eeeee berani ke sayang tengok cerita hantu ?", dia menjauhkan diri sambil mengejek aku. Aku menjengilkan mata. Nak kena laki aku ni !
"Abang !!! I'm serious okay !!!"
"Nothing lah sayang. Dah lama abang tak rasa suasana kampung waktu malam. Tiba-tiba rindu dengan Muar. Selalu abang fly je. Risau ni kalau tak dapat beraya dengan sayang", dia melentokkan kepalanya di atas bahuku.
"Ala biasalah bila kerja pilot, beraya dalam kapal terbang", aku cuba menyedapkan hatinya. Selama 8 tahun aku 'stalk' dia di Instagram, memang dia selalu terbang ke tempat-tempat yang jauh apabila tiba musim raya. Maklumlah dulu kan aku peminat dia. Hehe.
"No, no. Sayang tak faham tau perasaan dia. Sayang bayangkan family sayang tengah best enjoy quality time together tapi sayang kena fly, duduk dalam kokpit yang sempit sampai sakit belakang", kata dia sambil melepaskan keluhan. Khan Fadzil, saya faham perasaan awak. Hurmmm ... sedih pulak bila fikir macam ni.
"Abang boleh je cakap ; 'Harini saya celebrate raya dalam flight dengan crew-crew yang bagus' .. tapi deep down, diorang pun macam abang. Tak dapat beraya and lastly end up raya dalam flight"
"Nak buat macam mana. Dah kerja abang macam tu"
"Sayang ni .. positive sangat. Cuba support abang sikit", dia mencubit lembut lenganku lalu tawa kami meletus.
"Abang, boleh tak abang lakonkan balik situasi abang buat passenger announcement ? Sebab sayang tak pernah sama flight dengan abang. Sedih tau"
"Eh, sayang ni .. ala janganlah ingatkan abang pasal kerja masa cuti"
"Please ??? Kalau tak, tak nak teman makan K-Fry dekat iOi", aku mencuit hidung mancungnya. Dia ketawa lagi. Lucu melihat gelagatku.
"Okay, okay. Abang try. Jangan gelak tau"
"Hehe okay. Ready aaa ... One, two, three, action !", kata aku dengan bersemangat.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan-tuan dan puan-puan. Ini adalah kapten anda. Selamat datang ke pesawat MH 1, yang dijadualkan untuk terbang ke hati Nur Shakirah, si isteri yang comel. Kita akan berlepas dalam masa 10 minit lagi. Untuk makluman anda, kita adalah pesawat pertama yang akan mendarat di lapangan terbang Nur Shakirah. Kita akan terbang pada ketinggian 26,000 kaki dari aras laut. Terima kasih kerana terbang bersama Malaysia Airlines", ucapan spontan yang diucapkan oleh Khan Fadzil mengundang tawaku. Macam-macamlah.
"Ohhh macam ni eh announcement yang Khan Fadzil saya ni buat ?"
"Eh tak sama dengan original. Yang ni abang tukar sikit je sebab nak fly ke tempat yang special"
"Nasib baik hati saya. Kalau hati orang lain, siap abang !"
Sekali lagi tawa kami meletus. Ya Allah, gembiranya malam ni. Bergelak-ketawa dalam suasana yang sungguh mengasyikkan. Lagi-lagi diiringi dengan angin malam yang sejuk sehingga menggigil aku dibuatnya. Mujur tiada nyamuk malam ini. Fuh.
---
"Lagi berapa hari ayah nak balik sini, mak ?", tanya aku pada mak. Aku dimaklumkan yang ayah sedang berada di Kedah untuk melawat saudara-maranya.
"Lusa kut ?", emak membalas sambil memotong tembikai dengan penuh tekun.
"Esok adik nak balik dah"
"Satu hari je adik duduk sini ?", emak berhenti memotong lalu memandang aku.
"Khan nak balik Muar esok. Lepastu lusa dia nak rehat. Kemudian hari lagi satu tu dia kena fly ke New Delhi"
"Oh .. tak apalah kalau macam tu. Adik boleh kan duduk sini sementara Khan fly ?"
"Insya-Allah. Kena minta izin dia dulu", aku menghadiahkan senyuman. Hurm .. aku memang nak tidur sini. Boleh aku datang tengok-tengok butik di pekan Port Dickson. Kesian Izzah terpaksa jaga seorang diri.
---
Ting Tong !
Bunyi loceng ditekan kedengaran di hadapan rumah Alisha. Alisha yang sedang leka menonton televisyen terkesima lalu terus berlari untuk membuka pintu. Mungkin Lizzy datang ?
"Hi !", sebaik sahaja pintu dibuka, suara seorang lelaki kedengaran. Alisha cuba melihat dari celah-celah pintu pagar. Tertekan kerana tidak dapat melihat dengan jelas, Alisha berjalan mendekati pintu pagar. Ingin melihat gerangan yang menegur.
"Faez ?", Alisha tergamam apabila lelaki yang dilihat di hadapannya kini adalah Faez. Aduh kenapa dia datang ni ? Ya Allah. Dahlah aku tak pakai make up. Habislah dia tengok muka pucat aku.
"Hi, Alisha. I mengganggu you ke ?"
"Eh, taklah ...", rambut yang terurai diselitkan di tepi telinga sambil tersipu-sipu malu.
"Betul ni ?"
"Betullah. Kenapa you datang tiba-tiba ni ?"
"I fikir nak ajak you hang out. I tak ada kawan nak ajak lepak", kata Faez sambil tersenyum. Wajah kacaknya membuatkan jantung Alisha semakin laju berdegup.
"Ala tapi mesti lama kalau you nak tunggu I bersiap"
"Eh, I'm fine. Take your time. Nanti you dah siap, call I. I ambik"
"Habistu you nak tunggu I dekat mana ? Takkan depan ni ?"
"I lepak kejap dekat kedai runcit depan tu. Nanti you dah siap, call I. I datang ambil you. Okay ?"
"Menyusahkan Faez je"
"No, no. Pergilah siap. I tunggu tau"
"Okay. Tunggu tau", Alisha berlari menuju ke bilik tidurnya. Mencari satu persatu pakaian yang sesuai. Imejnya sebagai pramugari tidak boleh diabaikan. Sentiasa kelihatan cantik ! Agar orang sekeliling selesa selalu !
---
Bilik tidur aku yang kini menjadi tempat kami berehat sebelum bertolak ke Muar dikemas elok oleh kakak. Alhamdulillah akak tolong kemas-kemaskan masa aku tiada di kampung. Khan Fadzil awal-awal lagi sudah mendarat di atas katil empuk itu. Aku hanya tersenyum. Dia memandangku. Mengharapkan aku untuk baring sekali bersamanya. Bukan aku tidak mahu baring, cuma mata tak mengantuk lagi. Entah mengapa terasa segar.
"Baringlah, sayang. Kenapa duduk je ?", tanya dia sambil memandang sepasang mata milikku.
"Nothing .. just ada benda nak fikir. Abang tidurlah dulu", aku membalas.
"Sayang, kenapa ni ?", Khan Fadzil bangkit daripada pembaringan lalu menghampiri aku yang duduk di hujung katil.
"Kalau saya cakap ni, abang jangan marah tau"
"It's okay. Cakaplah"
"Boleh tak kalau masa abang fly ke New Delhi nanti, saya nak tidur sini ?", tanya aku dengan berhati-hati.
"Laaa boleh je sayang. Abang lagi galakkan sayang tidur rumah emak atau rumah mommy. Sebab abang risau jugak kalau jadi apa-apa masa abang tak ada. Malang tak berbau, sayang. Tak apa. Abang izinkan", dia mengangguk tanda bersetuju akan keinginanku. Ya Allah, lega !!!
"Thank you, abang"
"You're welcome", dia membalas sambil mencuit hidungku. Adeh ! Tubuhku dipeluk kemas dari belakang. Aku dapat merasakan hembusan hangat nafasnya. Hangat sehingga aku tidak lagi dibaluti kesejukan malam.
---
"You nak bawa I pergi mana ?", tanya Alisha sebaik sahaja kereta yang dipandu oleh Faez menuju ke Bukit Bintang.
"McD ?", senyum Faez.
"McD Bukit Bintang ?", soal Alisha lagi. Dia tidak berasa selesa apabila terpaksa menikmati hidangan yang lazat di situ kerana memori dia dan Khan Fadzil juga berada di situ. Dia selalu mengunjungi kondominium lelaki itu, membeli-belah dan sebagainya. Entah mengapa dia berasa perit untuk menelan satu-satu memori yang menjengah di ruang fikirannya.
"Chill lah. I nak bawa you makan. You patutnya happy tau. Sebab hari ni kita akan try burger baru dia !"
"Hurm okay"
---
Usai menunaikan solat subuh secara berjemaah bersama Khan Fadzil, emak dan kakak, aku membantu emak menyediakan sarapan. Sarapan yang ringkas namun cukup menyelerakan. Nasi lemak. Tak sabar nak bagi Khan Fadzil rasa penangan nasi lemak Cik Imah. Hehe. Dulu, kalau orang makan je mesti mengantuk. Haha. Jahatnya aku. Tak sedar diri yang kejap lagi nak bertolak ke Muar. Another tired day ?
"Khan", tegur emak apabila Khan Fadzil mengambil tempat di meja makan.
"Wah, mak masak ke ni ?", soal Khan Fadzil dengan penuh teruja. Senyuman lebar yang dilemparkannya ternyata menceriakan hati sesiapa yang melihat. Lagi-lagi aku ni isteri dia. Uhuks.
"Mak masak tapi Shakirah tolong", jawab emak sambil ketawa. Emak mencedok sesenduk nasi lemak lalu diberikan kepada Khan Fadzil.
"Wah kalau sayang tolong, mesti lagi sedapkan ? Betul tak mak ?"
"Haha betul betul betul", emak mengangguk.
"Akak mana, mak ?", aku menyoal emak apabila kelibat kakak tak langsung aku lihat pagi ini kecuali pada waktu subuh tadi.
"Dia tidur. Tak apalah. Penat sangat kut ? Emak malas nak kejut"
"Habistu mak tak nak panggil akak makan ?", giliran Khan Fadzil menyoal emak.
"Tak apa lah. Korang makan dulu. Nanti kang tak sampai Muar pulak. Lusa Khan pun nak kerja kan ?", emak menggeleng dan tersenyum.
"Kalau macam tu, kami makan dulu eh mak ?"
"Boleh, boleh. Makanlah"
---
"Wahhhh !!! Ucu datanglah, nek. Ucu datang dengan maksu", jerit dua orang anak buah lelaki Khan Fadzil iaitu Ahmad dan Dani sebaik sahaja kami keluar dari kereta. Masing-masing kelihatan gembira sambil berlari ke arah kami. Aku hanya tergelak melihat keletah mereka. Alangkah indahnya jika aku dan Khan mempunyai cahaya mata ketika ini ? Hurmmm .. cepat-cepat aku menepis firasat itu. Malu pula. Ehem.
"Sayang, jomlah masuk. Nenek panggil tu", dia memanggil aku lalu menggengam erat tanganku. Kami jalan bergandingan menuju ke sebuah rumah kampung yang tampak meriah dengan pokok bunga dan pokok buah-buahan. Lagi ceria daripada rumah aku. Patutlah Khan Fadzil suka.
---
"Oh, jadi kamulah isteri Khan ni ? Maaflah nenek tak datang masa kamu berdua nikah. Nenek sendiri pun tak larat dah", kata nenek sambil memandang aku. Segaris senyuman dihadiahkan.
"Tak apa, nek. Khan datang ni sebab rindu nek lah", Khan membalas sambil ketawa.
"Eh ? Kamu tak kerja ke ?", soal nenek kepada Khan Fadzil.
"Kerja nek tapi lusa. Orang tidur sini semalam kemudian esok balik. Dapat tengok nenek pun cukup baik. Lama tak jumpa"
"Macam-macamlah kau ni ! Haaa Shakirah, dulu laki kamu ni suka sangat mandi tak pakai baju kat pili luar rumah tu. Lepas main bola terus nak mandi"
"Ya Allah ...", aku menekup mulut menahan tawa.
"Sayang ! Tu masa abang umur 5 tahun okay. Nenek ni .. janganlah cerita. Malu orang", Khan membalas. Kelihatan jelas wajahnya yang sedang memerah menahan malu. Cute pulak bila tengok. Hehe.
"Alaaa kalau tak bagitahu, tak syoklah. Betul tak, Shakirah ?", nenek ketawa sambil menyoal aku. Aku hanya membalas dengan senyuman. Geli hati dengan gelagat nenek Khan Fadzil ni.
"Yelah, nek. Memang Khan ni selalu jadi mangsa buli nenek", Khan Fadzil mencebik. Kononnya merajuk apabila nenek tidak henti ketawa. Namun, jauh di sudut hatinya, inilah salah satu kebahagiaan yang dia peroleh.
"Eh, ala .. nenek tak masak lagi. Lauk pun tak cari lagi. Allahu akbar. Korang kalau bagitahu awal-awal, mesti nenek dah siap masakkan", nenek menepuk dahi. Sunggu orang tua itu gelabah apabila hidangan tengah hari belum dimasaknya.
"Tak pe, nek. Nenek bagi list, kitorang pergi beli", Khan menawarkan bantuan dengan ceria.
"Kesian pula kamu ni .. baru je datang, dah kena keluar"
"Tak apa, nek. Kitorang okay"
"Okay .. kejap eh ? Nenek nak pergi ambil senarai barang kejap. Kamu berdua rehatlah dulu sementara tunggu"
Setelah kelibat nenek tidak kelihatan, aku mendekatkan diri ke arah Khan Fadzil yang sedang 'mendaratkan' dirinya di atas kusyen empuk milik nenek.
"Abang ..."
"Ya, sayang. Kenapa ?", dia memandang aku dengan pandangan mata yang redup. Jelas dia sedang penat.
"Biar Sha drive eh ?"
"Is it okay for you ? Abang boleh je drive", dia menggenggam tanganku lalu tanganku diusap lembut.
"No, no, no. I'm okay. Bagilah Sha drive pulak. Sha tengok abang pun macam penat je"
"Betul ni sayang okay ?"
"Ya. Sha nampak macam tak okay ke ?", aku mengangguk lalu ketawa. Mestilah aku okay, kalau tak okay, takkanlah aku beria-ia nak bawa. Adoiiaiii !
"Okay kalau macam tu", kata Khan Fadzil sambil tersenyum. Awww ! Cair aku ! Senyuman dia tak pernah tak manis.
"Khan ... nah", tiba-tiba kedengaran suara nenek dari arah dapur sedang menuju ke ruang tamu. Cepat-cepat Khan Fadzil bangun daripada pembaringan untuk menerima 'list' yang diberi oleh nenek.
"Hati-hati memandu tu. Jangan leka", pesan nenek kepada kami berdua. Ya, nenek. I will. Hehe.
---
"Huarghhhh ! Penat", kata Alisha sambil menguap. Sungguh dia penat apabila terpaksa bangun pada pukul 1 pagi untuk bersiap-siap menuju ke KLIA bagi penerbangannya ke Korea. Sepinggan nasi lemak yang dipesan oleh penumpang yang berada di Business class dihidang dengan tekun. Dia seakan sudah lali melihat awan-awan yang berada di langit namun dia masih menikmati pekerjaannya. Bukan senang untuk melayan kerenah penumpang. Jika penerbangannya kali itu baik, maka baiklah. Jika sebaliknya, hurmmmm entahlah nak cakap apa.
"I hantar dulu nasi lemak ni", kata Alisha kepada rakan sekerjanya, Muiz yang berdiri di dapur kabin.
"Okay, Alisha. Tell me kalau ada passenger yang cantik or handsome. Boleh gosip-gosip", balas Muiz sambil mengenyitkan mata.
"Gatal. I fikir nak tidur je ni", kata Alisha lalu menuju ke ruangan Business Class dengan lemah-lembut. Rata-rata yang mendapat perkhidmatannya akan berpuas hati kerana Alisha merupakan 'top' pramugari dalam batch nya.
"Sir, your Nasi Lemak. Enjoy your meal", Alisha meletakkan hidangan tersebut dengan penuh lemah-lembut sambil menayangkan senyuman.
"Oh, ya. Thank you", balas penumpang itu.
"If you would like to have anything or any service during our flight, feel free to call us", kata Alisha sebelum pergi.
"I will. I think Malaysia Airlines is great"
Sekali lagi Alisha menayangkan senyuman. Dia penat. Dia ingin tidur. Huwargghh !
---
Setelah seharian tidur di rumah nenek, aku dan Khan Fadzil meredah kesesakan lalu lintas yang menggila. Bagaikan semua berpakat pulang sempena Hari Raya Aidilfitri, walhal baru bulan 3. Aku yang memandu ni, boleh kata naik anginlah.
"Alhamdulillah, sampai pun kita, sayang", kata Khan Fadzil sebaik sahaja aku memberhentikan kereta di blok kawasan parkir kondominium Swiss Garden.
"Abang tu .. kenapa tak tidur tadi ?", soal aku sambil menayangkan muka cemberut.
"Aik, marah ? Abang nak temankan sayang drive je", balasnya dengan petah. Kami jalan bergandingan menuju ke rumah. Pintu yang dilengkapi sistem keselamatan diakses dengan mudah. Oh, rumah ! Rindu kau !
Sebaik sahaja memasuki ruang bilik tidur yang bertemakan redup dan wangian vanila yang mengasyikkan, tubuhku dipeluk dari belakang. Ingin tolak, tak sampai hati. Maklumlah esok dia harus terbang ke Nanjing selama 3 hari.
"Sayang, I love you", bisik dia ke telingaku. Hembusan nafasnya yang panas menghangatkan suasana bilik yang sejuk dek kerana penghawa dingin.
"I love you too. I mean, a lot", balasku lalu meleraikan pelukan. Aku berpusing memandang wajah kacaknya. Handsome tapi nampak macam penat. Eye bag tu .. risau pulak kalau berkilo-kilo. Aih, apa aku merepek ni ?
"You know what ? I have never seen someone like you. Abang sangat terkejut at the moment bila sayang datang minta autograf abang", dia menarik tubuhku untuk berdiri menghampiri dirinya. Jantung aku semakin berdebar.
"Me too. Tak expect pun abang akan setuju untuk bergambar and all of that", aku membalas sambil tersengih. Serta-merta dia mencium pipi kananku.
"Abang ni ..", muka aku semakin merah akibat malu apabila menerima ciuman tersebut. Malu lah ! Nak sorok bawah katil !
"Kenapa ? Oh my god, sayang still malu dengan abang ke ?"
"Tak ..."
Sekali lagi aku dikejutkan dengan ciuman apabila dia mengucup lembut dahiku. Rambutku kemudiannya diusap lembut.
"You're my wife. Abang minta maaf sebab abang tak macam orang lain. Abang kena selalu fly. I'm so sorry"
"No, no, no. Jangan cakap macam tu"
"Abang harap Allah beri kita anak yang soleh dan solehah. Boleh temankan sayang", dia tersenyum sambil memandang tepat mataku. Entah mengapa aku rasa seperti dia memaksudkannya.
Insya-Allah, abang. Moga Allah beri kita cahaya mata yang soleh dan solehah. Aamiin.
---