Home Novel Cinta Oh Tuhan, Aku Cinta Dia 4
Oh Tuhan, Aku Cinta Dia 4
Nufa Hanna
23/10/2018 17:24:00
3,554
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 4

BAB4

 

Dua tahun kemudian

Rambutnya yang panjang itu disimpul dandisanggul. Dia menyinsingkan lengan bajunya sehingga ke siku. Jam tangannyayang berwarna merah itu dipandang. Sudah sepuluh minit berlalu tetapi masihtidak kelihatan batang hidung sahabatnya. Dia merengus geram. Sudahlah cuacapanas. Tiba-tiba telefonnya berdering. Dia menyeluk tangannya ke dalam begnya.

“Kau kat mana?” soalnya sebaik sahajatalian disambung.

“Sorry, Dania. Jalan sesak ni. Dah naksampai pun,” terang Atikah cepat-cepat. Suaranya kedengaran cemas. Mungkintakut dimarahi oleh Dania Aleya.

“Yela.” Dia terus mematikan talian. DaniaAleya duduk di bangku. Dia mengeluarkan buku-bukunya. Mereka berdua berjanjiuntuk mengadakan study group di sekolah. Janji pukul lima sekarang sudah hampirmenjengah ke lima setengah. Dia mengeluh. Atikah jarang sekali lambat. Munginhari ini jalan betul-betul jam.

“Assalamualaikum.”

Dania Aleya berpaling ke arah suara yangmemberi salam. Kelihatan seorang lelaki yang agak tinggi berdiri di sebelahnya.Dia cuba mengingati lelaki itu tetapi dia tidak dapat mengingatinya. Tiba-tibafikirannya mula terbang mengingati sesuatu. Wajah lelaki itu familiar sekali.

“Assalamualaikum.” Sekali lagi salam diberi.

“Waalaikumsalam,” jawab Dania Aleyaperlahan. Siapa lelaki kacak ini? rupanya seperti pernah dilihatnya. Soalnyadalam hati.

“Dania.” Sebut lelaki itu. Dia jadi makinhairan. Dia berdiri. Cuak juga berada berdua-duaan dengan lelaki yang tidakdikenalinya ini. namun lelaki itu menyebut namanya.

“Awak siapa?” soalnya pula. Lelaki itutersengih. Dia terpana seketika melihat senyuman manis lelaki itu. dia cubamengawal dirinya. Jangan terpengaruh dengan lelaki yang kacak. Mereka memangpandai menipu. Mungkinkah lelaki ini berniat jahat dan cuba menjeratnya sepertiyang dibacanya di dalam media sosial.

“Tak ingat?” soal lelaki itu lagi. Diamenggelengkan kepalanya. dia tidak sempat untuk berfikir. Risau dan cemas yangdialaminya ketika ini menghadkan ingatannya.

“Maaflah,” pintanya. Memang diabenar-benar tidak ingat gerangan lelaki kacak yang berdiri di hadapannya ini.dia berdoa agar Atikah akan tiba dengan cepat.

“Maaflah ganggu Dania. Duduklah. Jangantakut. Saya bukan orang jahat,” terang lelaki itu apabila jelas terpancarkeresahan di wajah gadis itu. Dia tersenyum.

“Ezat Eskandar,” ujar lelaki  itu memperkenalkan diri. Mulutnya terlopong.Ezat Eskandar? Lelaki itu? Yang mendapat straight A dalam SPM di sekolahnya.Lelaki yang aktif dalam sukan bola sepak dan lelaki yang memberikan sepucuksurat sebelum meninggalkan sekolahnya dua tahun lalu.

Dia cepat-cepat menutup mulutnya apabilamelihat lelaki itu ketawa kecil. Hai, ketawa pun penuh karisma. Bolehmencairkan hati-hati wanita yang melihatnya. Dia berdehem-dehem. Cuba untukmenenteramkan hatinya yang kelam-kabut ketika ini. duhai hati janganlah mudahtergoda pula. Entah mengapa dia terasa malu. Dia teringat peristiwa dua tahundulu. Fikirnya mereka tidak akan pernah berjumpa lagi.

“Sihat?” soal lelaki itu mematikanlamunannya.

“Sihat,” jawabnya sepatah. Dalam hati diaberdoa agar Atikah cepat-cepat sampai.

“Buat apa lagi kat sini? Kan dah lewat ni.dania sorang je ke?” Ezat Eskandar memandang wajahnya.

“Tunggu Atikah. Sebenarnya kami studysama-sama. Tapi dia lewat sikit,” katanya. Kaku betul situasi mereka. Diabenar-benar tidak selesa. Tiba-tiba telefonnya berdering. Pantas dia mencapaitelefonnya.

“Kau kat mana?” soalnya sebaik sahajatalian disambung.

“Aku minta-maaf. Mak aku tiba-tibatelefon. Dia suruh aku pulang. Aku tak dapat nak jumpa kau. Sorry, Dania. Akubetul-betul tak sengaja. Insyaa Allah esok kita jumpa ya,” ujar Atikahmemberitahu. Dia mengeluh. Selepas menjawab salam telefonnya dimatikan. Diapandang lelaki itu.

“Kenapa?” soal Ezad Eskandar.

“Saya kena balik. Kawan saya ada hal takdapat datang.” Dia mengemas buku-bukunya dan memasukkan ke dalam begnya.

“Saya pergi dulu. Assalamualaikum,”ujarnya sebelum berlalu. Langkah kakinya diatur laju. Tidak selesa berlama-lamabersama Ezad Iskandar. Tambahan pula dia malu berdepan dengan lelaki itu.

“Dania.” Panggilan Ezad Eskandarmenghentikan langkahnya. Dia berpaling.

“Saya hantar awak balik. Lagipun dah lewatni,” kata lelaki itu. Dania Aleya diam. Dia berfikir. Sebolehnya dia tidak mahuberdua-duaan dengan lelaki itu. Dia jadi serba-salah.

“Awak mesti ada halkan datang ke sekolahni. Saya tak nak lah menyusahkan awak. Saya boleh balik sendiri. Lagipun sayaboleh telefon papa saya.” Dia menolak dengan baik.

“Urusan saya dah selesai. Please, Dania.Jangan takut dengan saya. Saya bukan orang jahat,” pujuk lelaki itu lagi. DaniaAleya diam. Akhirnya dia mengangguk. tidak mahu lelaki itu terasa hati denganlayanannya pula. Lagipun dia harap Ezat Eskandar tidak menyimpan dendamdengannya kerana menolak lelaki itu dahulu. Jelas terukir senyuman di wajahEzat Eskandar. Dania Aleya memerhatikan lelaki itu dalam diam. Siapa tahu diaakan bertemu kembali dengan lelaki itu. Lelaki yang seboleh mungkin cubadielakkannya. Tempoh dua tahun dapat berubah semuanya. Ezat Eskandar telahberubah menjadi seorang lelaki yang tampak matang.

“Dania dah besar.” Ezat Eskandar membukabicara. Dia hanya senyum.

“Tak sangka dah dua tahun berlalu.”

Dania Aleya hanya mengangguk. Dua tahun.Tempoh yang membuatkan jiwa dan raganya terseksa. Selama dua tahun dia menanti.Dan dia berharap penantiannya ini tidak sia-sia. Tak sangka dua tahun ituberlalu juga walaupun perlahan sekali rasanya.

“Minggu depan Dania exam kan,” soal EzatEskandar.

“Ya,” jawabnya sepatah. Benar-benar rasakekok bersama Ezat Eskandar. sebenarnya dia malu kerana tidak pernah membalasemel lelaki itu. Mungkin lelaki itu beranggapan dia perempuan yang sombong danberlagak. Namun sebenarnya dia tidak sempat berfikir tentang perkara lain.Lagipula tahun ini dia akan menduduki peperiksaaan SPM. Dia sudah berjanji  untuk melakukan yang terbaik dalampeperiksaannya.

Akhirnya mereka sampai di rumah DaniaAleya. dia mengucap syukur dalam hati. Terasa begitu lama pula perjalanan untuksampai ke rumahnya kali ini.

“Terima kasih,” ucapnya sebelum membukapintu kereta. Ezat Eskandar senyum lagi. Dia beristighfar. Senyuman lelaki itumenawan sekali pada pandangannya.

“Hope to see you again.”

“InsyaAllah,” ujar Dania Aleya sebelumberlalu pergi. Dia sempat melambai kepada lelaki itu. Dania Aleya melangkahmenuju ke dalam rumahnya.

“Dania balik dengan siapa?” soal DatinAmina apabila dia masuk ke dalam rumahnya.

“Kawan, mama. Dania naik dulu,” ujarnya.Datin Amina mengangguk. Dia melangkah menuju ke arah biliknya. Apabila tiba dibiliknya dia terus menguncikan pintu biliknya. Bibirnya mengukir senyum saatterpandangkan buah hatinya yang sedang enak berbaring di atas katilnya. Pantasdicapai dan dipeluknya patung tersebut.

“Tak sabar nak tunggu tuan awak balik,”ujarnya sendiri. Dia tersenyum-senyum. Tempoh masa dua tahun sudah berlalu.Bila-bila masa sahaja lelaki itu akan pulang. Minggu depan dia akan menghadapipeperiksaan SPM dan selepas itu dia bolehlah menghabiskan masa bersama lelakiitu.

Dia teringat emel terakhir daripada lelakiitu. walaupun Firasz Akimi jarang-jarang mengirimkan emel kepadanya tetapi itusudah mencukupi. Cuma sejak enam bulan lalu lelaki itu sudah berhentimengirimkan emel kepadanya. Kata Firasz Akimi dia terlalu sibuk tambahan pulatahun itu adalah tahun akhirnya. Dia tidak banyak soal. Cukuplah hanya dia yangmengirimkan emel kepada lelaki itu. Bercerita itu dan ini. walaupun tiadabalasan dia tetap tidak merungut. Lagipun dia banyak mendengar berita FiraszAkimi melalui Aunty Ros. Dalam tempoh dua tahun itu Firasz Akimi tidak pernahsekali pun balik ke Malaysia. Dia tahu Firasz Akimi berusaha untuk lulus dengancemerlang dalam pelajarannya di sana. Dia tahu lelaki itu lakukannya supayadaddynya bangga akan dirinya. Firasz Akimi banyak bercerita perihal daddynyayang terlalu menitik beratkan akan perkara tersebut. Dia mahu satu-satunyaanaknya dapat mengambil alih syarikat mereka nanti.

Dania Aleya berbaring. Tangannya masiherat memeluk patung tersebut. Hatinya benar-benar tidak sabar untuk menemui FiraszAkimi. Dia juga mahu lelaki itu lihat perubahan dirinya. Dia sudah besar dantidak lagi montel seperti dua tahun lalu. walaupun tidaklah sekurus model-modeldi luar sana tetapi badannya tidaklah menjadi seperti tong drum seperti yangdiejek oleh lelaki itu dulu.

Dia memejamkan matanya. Cuba membayangkanwajah lelaki itu. Makin berubahkah fizikal lelaki itu? adakah semakin tinggidaripada dahulu? wajahnya pasti semakin kacak.

 

 

 

DIA jadi tidak selesa apabila lelaki ituberada di antara mereka. Perbincangan tersebut langsung tidak melekat diotaknya. Dia jadi kaku. Dia cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian tetapi tiapkali mata mereka bertentang dia jadi gabra. Mengapa dia jadi seperti ini?

“Dania faham tak?” dia tergamam saat matalelaki itu melekat di wajahnya. Dia menelan liur.

“Hah?” soalnya kembali. Nampak sangat diatidak memberikan sepenuh perhatian.

“Dania tak sihat ke?” soal Ezad Eskandarlagi. Dia menggeleng.

“Saya okey.” Dalihnya walaupun diasebenarnya tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu sebagai pengajar mereka.Dia sendiri terkejut apabila tiba tadi Atikah begitu asyik berborak dengan EzadEskandar.

“Kita stoplah kejap. Rehatkan minda.”

Lelaki itu tersenyum. Dia terpanaseketika. Entah mengapa hatinya berdebar saat melihat senyuman lelaki itu.

“Aku pergi beli air kejap. Abang Ez,Dania, nak apa-apa tak?” Atikah berdiri. Dia turut berdiri.

“Aku ikut kau, Ati.”

Dia tidak mahu ditinggalkan berdua-duaandengan lelaki itu.

“Eh, tak pelah. Kau temankan abang Ez.Abang Ez nak kirim tak?” soal Atikah lagi.

“Belilah apa-apa pun.”

Ezad Eskandar menghulurkan not berwarnamerah. Atikah menyambutnya sebelum berlalu. Dania Aleya duduk kembali. Diaserba tidak kena. Berdua-duaan dengan lelaki ini membuatkannya keresahan.

“Ehem.” Ezad Eskandar berdehem.

“Percubaan hari tu dapat buat?” soalanEzad Eskandar kedengaran kekok.

“Alhamdulillah, boleh,” jawabnya perlahan.Dia menggigit bibir. Ke mana menghilang sifatnya yang keletah dan periang itu?dia ibarat kucing yang kehilangan tanduk sahaja. Malu-malu. Tidak seperti sifatasalnya.

“Awak.”

“Dania.”

Mereka sama-sama terdiam apabila membukamulut serentak. Dania Aleya menggigit bibir. Manakala Ezad Eskandar hanyatersenyum. Hai, senyum je yang mamat ni tahu.

“Dania dulu.”

Ezad Eskandar bertindak macho apabilamemberi dia bercakap dahulu.

“Ezadlah dulu. Dania dah lupa nak cakapapa.” He he he. Lelaki itu ketawa kecil. Dia hanya tersenyum. Kurang sedikitsifat kekok di antara mereka.

“Macam-mana boleh lupa pulak?” soal lelakiitu bersama senyuman. Senyum lagi. Sabarlah wahai hati.

“Entahlah. Nantilah saya fikir dulu. Nantidah ingat saya beritahu awak.”

Dia cuba bergurau. Nyata gurauannya yangtidak seberapa itu mengundang tawa kecil lelaki itu. Sikit-sikit ketawa. Sajanak usik hati akulah tu. Bisiknya.

“Macam tak percaya je ni Dania yang sayatinggalkan dua tahun lepas.”

Dania Aleya buat muka. Tidak mengertidengan maksud lelaki itu.

“Erm, dulu kita tak pernah duduk berborakmacam ni. Saya cuma ingat sekali je saya pernah tegur awak. Itupun macam naktak nak je awak layan saya. Lepas tu kali terakhir saya tegur awak masa sayabagi surat tu.”

Dia dah buka kisah yang memalukan itu.Kerana surat yang tidak pernah berbalas itu dia jadi segan dengan lelaki ini.Bukan dia berniat untuk menjual mahal tetapi dia tidak sempat untuk memikirkantentang perkara itu. Tambahan pula dia masih lagi budak-budak ketika itu. Suratlelaki itu pun sudah hilang entah ke mana. Dia terus lupa pasal lelaki yangbernama Ezad Eskandar sehinggalah dia bertemu lelaki ini dua hari lepas.

“I’m sorry,” pintanya. Wajahnya jelaskelihatan bersalah.

“It’s okey. Saya tak pernah salahkanDania. Sebab masa tu kita budak-budak lagi. Lagipun Dania baru lima belastahun. Saya memang tak matang masa tu. Tak pernah memikirkan situasi Dania.Mungkin Dania terperanjat dapat surat daripada sayakan. Saya yang patut mintamaaf. Sorry, Dania.”

Mata Ezad Eskandar menikam tepat kematanya. Dia memalingkan mukanya ke arah lain. Segan.

“Mana Ati ni?” soalnya sambil melilaukanmatanya. Sudah lebih sepuluh minit sahabatnya itu menghilang. Rasanya kedaitidaklah sejauh mana.

“Banyaklah kot yang dia nak beli.”

“Jadi apa-apa tak kat dia?” soalnya kalut.Ezad Eskandar senyum.

“Jatuh tengah jalan tak?” guraunya. DaniaAleya ketawa. Tidak dapat membayangkan jika betul sahabatnya itu rebah.

“Jahatlah awak ni cakap macam tu.”

“Manalah tahu,” kata lelaki itu.

“Mengumpat aku ke?”

Atikah muncul. Dia meletakkan tiga botolminuman ringan dan plastik yang berisi makanan.

“Lama Ati pergi. Dania dah risau tadi.Ingat Ati kena culik.”

“Eh, mana ada. Ez ni cakap kau rebahtengah jalan.” Dia ketawa. Atikah mencebik.

“Kau orang kutuk aku ya. Buat penat je akubeli makanan untuk kau orang,” katanya. Dia buat muka merajuk. Dania Aleya danEzad Eskandar ketawa kecil.

“Aku lambat sebab jumpa Elia tadi. Sajaborak-borak.” Terangnya.

“Kau borak apa dengan abang Ez? Rancak jeaku tengok,” soalnya. Dania Aleya menyedari sesuatu. Atikah selalu membahasakanlelaki itu dengan panggilan abang dipangkal namanya. Tidak seperti dirinya yanghanya memanggil nama.

Dania Aleya hanya tersenyum tidak menjawabpersoalan sahabatnya itu.

Tepat pukul tujuh mereka bersurai. DaniaAleya pulang dengan Pak Bahar. Dia menolak ajakan lelaki itu untukmenghantarnya. Tidak mahu berhutang budi lagi dengan lelaki itu. cukuplahsekali lelaki itu menghantarnya pulang.

Selepas mandi Dania Aleya berlingkar diatas katilnya ditemani dengan patung beruang pemberian Firasz Akimi. Dia tidaksabar untuk menamatkan peperiksaan dan berjumpa dengan Firasz Akimi. Entah apakhabar lelaki itu sekarang? Dia tersentak apabila telefonnya berdering. Diamerengus. Kacau je. Bebelnya sendiri. Telefon yang berada di atas mejanyadicapai. Dia mengerutkan dahi melihat nombor yang tidak dikenali. Denganteragak-agak dia mengangkatnya.

“Dania.”

Panggil satu suara apabila dia tidakbersuara. Dadanya berdebar. Suara itu amat dikenalinya.

“Siapa?” soalnya lambat-lambat.

“Si montel ni buat apa?”

“Akimi!” Sedikit menjerit suaranya.

“Akimi ke ni?” soalnya inginkan kepastian.

Terdengar ketawa yang agak kuat ditalian.Dania Aleya yakin lelaki ini adalah Firasz Akimi.

“Tak study ke?” soalnya.

“Akimi. Bila nak balik sini? Akimi buatapa ni?”

Dia tidak dapat menahan perasaannya. Sudahagak lama lelaki itu tidak menelefonnya. Dia juga tidak mahu menganggu lelakiitu. Dia tahu Firasz Akimi sibuk.

“Banyak mulut la budak ni.”

“Bila nak balik?”

Dia tidak menghiraukan kata-kata lelakiitu. Tidak terusik pun dengan kata-katanya.

“Maybe next week or next month or nextyear or…”

“Akimi!”

Panggilnya geram. Firasz Akimi ketawalagi.

“One fine day I’ll be stand in front ofyou.”

Cakap mat sallehlah pulak mamat ni. Diamengukir senyum. Tak sabar menunggu hari itu tiba.

“Akimi tak boleh lama-lama. Ada kerja.Dania dah nak exam kan. Buat yang terbaik tau. Jangan main-main.” Pesan lelakiitu. tersentuhlah pulak hatinya.

“InsyaAllah. Akimi jaga diri. Jangan lupasolat. Dania akan tunggu Akimi balik. Cepatlah balik.” Suaranya kedengaransayu.

“Yerlah comel. Okeylah Akimi kena letakni. Do the best. Miss you like crazy. Assalamulaikum. Bye.”

“Akimi..”

Tidak sempat diamembalas talian telah pun dimatikan. Dia mengeluh. Namun dia gembira keranaFirasz Akimi masih mengingati dirinya. Telefonnya di bawa ke dada. Dia memelukerat telefon itu. Tidak sabar menunggu kepulangan Firasz Akimi

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.