Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Cinta JANGAN LUPAKAN AKU
JANGAN LUPAKAN AKU
9/4/2014 12:03:48
13,333
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

PUAN SRI HALIMAH masih jelita walaupun telah berusia 61 tahun. Hari ini, Tan Sri Rushdi menjemput hampir 300 orang teman dan keluarga untuk bersama menyambut hari lahir isteri kesayangannya. Perancangan rapi Tan Sri Rushdi ini dibantu oleh Azalea dan Aisyah. Ilham Zackry juga turut membantu. Namun, dalam diam dia tetap berdebar. Dia tidak pasti adakah hari ini adalah hari terbaik dia bertemu dengan Elza Zaharah.

“Izack ni teruklah. Macam dia yang anak dara,” giat kakaknya, Aisyah.

“Mama yang beria-ia. Kakak pun tahu Izackbusy,” jawab Izack.

Busy konon. Abang Joe nampak kamu lepak di Bukit Jalil Golf Club. Main golf tengah hari buta.Busy apa?” kata Azalea.

Ilham Zackry ketawa. “Oh, tu sebab nakmaintainbusiness.”

“Kamu main golf di situ, Izack?” soal Tan Sri Rushdi yang kebetulan muncul lalu turut serta dalam perbualan anak-anaknya.

Ilham Zackry mengangguk. “Ya, pa! Kadang-kadang. Kenapa?”

“Zara tinggal di Anjung Hijau depan tu,” beritahu Tan Sri Rushdi sambil tersenyum simpul.

Azalea dan Aisyah tertawa gembira.

“Ha! Ha! Tak boleh lari,” sambung Aisyah. Teruja dia untuk bertemu wanita bernama Elza Zaharah. Cerita indah dan baik telah banyak didengar dari Tan Sri Rushdi sedangkan tuan punya badan tidak pernah sampai ke banglo itu.

“Tetamu dah sampai. Izack, ushar-ushar sikit. Elza Zaharah dahconfirmkan kehadiran semalam,” kata Tan Sri Rushdi lagi. “Papa sendiri yang jemput dia.”

OhmyGod!” kata Ilham Zackry tidak percaya.

“Kak Sya puneager nak tengok,” kata Aisyah. “Kami tak pernah berjumpa bakal buah hati awak...”

Ramai tetamu yang datang. Ilham Zackry banyak berbual dengan teman-teman papanya. Tiada teman-temannya yang dijemput hadir kerana kebanyakan mereka tinggal di New York. Sebenarnya Ilham Zackry tidak ada ramai teman pun di Malaysia. Hanya rakan perniagaan, itupun kebanyakannya darinetworking papanya.Networking Ilham Zackry semuanya berbangsa asing.

Hari itu, Ilham Zackry berbaju batik. Biru ungu mengikut tema yang ditetapkan kakaknya. Halaman rumah orang tuanya ditutupkan dengan khemah putih besar yang lengkap berpenghawa dingin. Bagai khemah pengantin, kata kakaknya. Dia hanya tersenyum. Maklumlah, dia tidak pernah menghadiri majlis perkahwinan. Malah, ketika kakak-kakaknya mendirikan rumah tangga, dia mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia pada waktu itu.

Dari tempat Ilham Zackry berbual dengan tetamu, sekilas dia nampak Elza Zaharah melangkah masuk ke khemah yang disediakan. Berseorangan dengan membawa hadiah di tangannya. Dia berbaju kurung batik merah hati lengkap tudung berona emas. Setelah bersalaman dengan mamanya, mereka berbual seketika.

Senyumannya manis. Gayanya sopan. Kini dia bersetuju 100% dengan kata-kata mamanya, Elza Zaharah cantik dan bersopan. Tidak lepas mata Ilham Zackry dari memandang Elza Zaharah, namun dari jauh sahaja. Untuk datang dekat dan menyapa, entah mengapa akalnya menghalang keras.

Tidak! Ilham Zackry tidak mahu begini sebagai titik permulaannya. Dia bergegas meninggalkan majlis dengan menyusup keluar dari khemah melalui pintu belakang. Segera dia menghubungi pemandunya, Elias.

Dia tahu mamanya akan merajuk. Mungkin papanya, akan marah. Namun, suatu hari nanti mereka pasti faham kenapa ia penting buat dia dan seluruh ahli keluarganya.

KISAH ANTARA ELZA ZAHARAH & ILHAM ZACKRY BOLEH DIHAYATI HINGGA TAMAT DENGAN MEMILIKI NOVEL JANGAN LUPAKAN AKU, TERBITAN ALAF 21 DI KARANGKRAF MALL DAN HAMPIR SEMUA KEDAI BUKU DI SELURUH MALAYSIA.

TERIMA KASIH

Saat Pena Di Genggaman...

Iza Safiya


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.