1,004
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1
 "Makkk!!!" Farah menjerit kuat.Tangannya meraba-raba segala perabot yang ada di dalam bilik tidurnya itu. Penglihatannya kabur. Puan Najihah yang sedang memasak di dapur itu segera meninggalkan masakannya buat seketika.


  "Hah? Kenapa Farah terjerit-jerit macam Tarzan ni? Emak nak memasak pun tak senang.." Puan Najihah bercekak pinggang di hadapan anak perempuannya itu. Farah mengerutkan dahinya di hadapan ibunya. Rambut paras bahunya dibiar mengurai. 


    "Mak.. Mak nampak tak cermin mata Farah? Sebelum mandi tadi Farah letak kat atas katil. Tengok-tengok tak de. Mak ada nampak tak?" Puan Najihah menggeleng. Anak perempuannya itu jika tiada cermin mata memang tidak boleh hidup. Sudah sebati di dalam diri.


   "Itulah. Letak merata-rata. Kan sudah susah nak cari. Lain kali letak dekat tempat yang senang cari. Dah lah Farah tu rabun teruk. Memang susah nak tengok semua benda. Macam dah buta." Farah hanya pasrah. Sememangnya dia meletakkan cermin mata itu di atas katilnya. Badannya masih lagi dilitup sempurna dengan tuala mandi. Puan Najihah mengambil sesuatu di sebelah Farah. Betul-betul di atas katil.


   "Hah! Ni cermin matanya! Lain kali kalau nak mandi ke apa.. Letak dekat tempat yang senang nampak. Kan dah susah!" Farah terpaksa menadah telinga mendengar bebelan ibunya itu. 


   "Mak!! Farhan dah nak pergi ni!" Puan Najihah terus menyerahkan cermin mata itu kepada anaknya dan kemudian terus turun ke tingkat bawah.


   "Farhan dah nak pergi? Haa.. Sarapan dulu dengan nasi goreng mak tu. Nanti perut kosong pergi ke pejabat." jejaka kacak yang tinggi lampai itu terus menjamah sarapannya yang enak itu. Itu adalah abang Farah. Abangnya mempunyai syarikat kereta sendiri, Syarikat Afly. Oleh kerana penampilan dan rupanya yang kacak persis bintang Korea itu, dia mempunyai banyak peminat tetapi telah berkahwin dengan pilihan hatinya. Bertuah sungguh Puan Maisarah.

   

    "Farah mana mak? Masih tidur lagi ke?" tanya Farhan sambil menyuapkan nasi gorengnya ke dalam mulut perlahan-lahan. Enak sungguh sarapan dia pada pagi ini.

  


 "Ada kat atas. Sibuk mencari cermin mata." Farhan ketawa berdekah-dekah sehingga tersembur nasi goreng itu dari mulutnya.


   "Ya Allah! Dah kenapa? Kan kotor baju tu? Macam budak kecil! Tak senonoh betul!" Puan Najihah mengerutkan dahinya sambil mengacau bancuhan tehnya di dalam jag air. Farhan tersengih-sengih sambil menepis lembut nasi goreng yang sudah berterabur di atas baju kemejanya. 


   "Hilang lagi? Cermin mata letak merata-rata. Cermin mata dia boleh lari kot.. Lain bagi dia tu mandi, tidur semua pakai cermin mata. Padan muka. Suruh letak tali, tak nak. Macam nenek kononnya. Sekarang tanggunglah.." Farhan ketawa berdekah-dekah lagi. Riang sungguh dia dengan perangai adiknya yang seorang itu. 


   "Abang memanglah tak merasa orang pakai cermin mata. Abang apa tau? Tau makan, minum, tidur. Tu jelah kerja abang kan? Suka sangat perli Farah." Farah yang sudah terpacak di hadapan meja makan itu mencebik sambil mencedok nasi goreng ibunya daripada mangkuk. Farhan tersenyum nipis. Farah memakai baju lengan panjang berwarna jingga, berseluar jeans dan bertudung bawal berwarna hitam sahaja. Hari ini adalah hari pertama dia akan masuk ke universiti.


  "Ehh.. Excuse me! Abang kerja kat syarikat tau! Farah? Apa ada? Baru je nak jejak universiti hari ni. Abang lagi terror!" Farhan berlagak di hadapan adiknya itu.  Puan Najihah menggeleng melihat telatah anaknya itu. Sudah besar tetapi perangai memang seperti budak tidak cukup umur.


    "Dah! Farhan cepat habiskan sarapan tu. Nanti lambat. Farah.

Cuci pinggan tu. Lepas tu pergi cepat. Farhan hantarkan." mereka berdua terus memberi tabik kepada Puan Najihah tanda mematuhi arahan.

***

  

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh