Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Cinta UNEXPECTED LOVE ?
UNEXPECTED LOVE ?
NRYAYAH
13/4/2018 12:27:53
3,175
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Lima

Mata bertentang mata, namun tidak semetinya mampu turun ke hati. Abby menopang dagu, menanti penjelasan dari Fadhli yang sedari tadi membisu. Kalau tengah makan tadi membisu, dia tidak kisah kerana itu memang tabiat Fadhli yang tidak suka berbual ketika makan. Tapi, takkan lepas habis makan pun masih membisu ?

Sejujurnya, dia agak terkejut juga bila Fadhli tiba - tiba menelefonnya ajak berjumpa. Entah kapan lelaki itu pulang ke Malaysia, dia sendiri pun kurang pasti. Tapi Fadhli seakan tahu yang dia tengah menanggung rindu pada si kekasih hati yang sudah lama tidak bersua muka.

Namun yang dia perasan, sejak lelaki itu tiba di depan rumah sampailah sekarang, riak wajahnya seakan gelisah. Seperti ada beban berat yang perlu dia luahkan saat ini. Abby mencebik, tisu plastik dari dalam begnya dia keluarkan seraya mengelap peluh yang menitik di dahi Fadhli.

"I know you're not okay. So, tell me" Arahnya lembut.

Fadhli mengeluh panjang. Kedua telapak tangannya agak berpeluh ditambah pula rasa gementar yang semakin menebal di dada. Mahu tak mahu, dia terpaksa melepaskan cinta hati pergi buat sementara waktu. Dia pasti akan menagih kembali hati Abby sejurus Julia melahirkan anak dan menceraikan gadis itu. 

"Rin, first of all I nak minta maaf sebab baru sekarang I jumpa you. I sibuk sangat kebelakangan ni dan banyak sangat benda yang I fikir. Pasal masa depan I, masa depan kita. I harap apa yang akan I bagitahu you ni, tak buat you sakit hati"

Sakit hati ?

"Jap. Maksud you apa ? I tak fahamlah" Balas Abby, mengerutkan dahi.

"Sebenarnya, I rasa kita...I mean, lebih baik kalau kita putuskan sahaja pertunangan kita, seb-"

Putuskan...

Jantungnya saat ini seakan berhenti berdegup. Pandangan tidak percaya dilemparkan buat lelaki di hadapannya saat ini. "Putus ? What do you mean ? How and why ? Apa alasan you kali ini ? Curang ? You jumpa wanita lain dekat sana ? Ini ke sebab you-"

"Rin, dengar cakap I. I seb-"

"Tak, Fadh. You dengar dulu apa yang I nak cakap. What do you mean by putus ? 2 minggu kita tak jumpa. Dan sepanjang dua minggu itu ada you contact I ? Haram jadah satu message pun tak masuk.  I yang buat usaha dan you balik sini, tiada angin tiada ribut. Iya, mungkin you nak buat kejutan. Tapi putus tunang ? Are you kidding me ? After what we've been through together selama tiga tahun ini, senang - senang you nak putuskan pertunangan kita ? Apa yang tak kena dengan you ?" Pintas Abby geram. Air mata yang ingin mengalir dia tahan sekuat mungkin.

Fadhli mengeluh kecil. "I tahu ini semua salah I. Dan you patut salahkan semuanya pada I. Tapi semua ini demi kebaikan kita berdua. Masa depan you lebih cerah berbanding I. And you deserve better. Trust me, Rin"

'And you deserve better'

"I deserve better ? Alasan ! I tak peduli, bagitahu I apa yang buat you sampai sanggup putuskan pertunangan kita ? Apa yang I nak cakap pada mama nanti ? And what about your parents ? Fadh, whatever yang you fikirkan saat ini, I nak you tahu yang y-"

"I akan berkahwin tak lama lagi"

Zup !

6 patah perkataan yang dituturkan oleh Fadhli cukup untuk memusnahkan segala yang sudah dia impikan bersama Fadhli. Air mata yang mengalir, dia lepaskan saja. Buat apa hendak menahan lagi bila sakit di dada semakin melonjak tinggi ? Pandangan orang yang sudah mengerling ke arah mereka tidak dia pedulikan lagi. Biarlah mereka membawang, asalkan tidak masuk viral sudahlah !

"Berkahwin ? With whom ? But how ?" Dia memacukan soalan meskipun nada suaranya menggeletar saat ini. Tangan dia genggam kuat, memohon kekuatan supaya dia terus tabah menghadapi kenyataan yang semakin menampar dirinya.

Fadhli mengetap bibir. Ingin sahaja dia mengelap air mata yang jatuh namun rasa bersalah dalam diri membuatkan dia rasa tidak layak untuk berbuat sedemikian. "Julia. She's pregnant, anak I. Kami terlanjur wa-"

Ya Allah !

Sudah ditimpa hujan, kini dia bagaikan ditimpa petir saat mendengar ayat yang keluar dari mulut Fadhli. Teringat suara perempuan yang dia dengar tempoh hari, baru dia perasan suara itu persis seperti suara Julia. Dan  patutlah lelaki itu seringkali memberi alasan sibuk, malah sanggup memilih untuk mengabaikan panggilan dan pesanan ringkas demi gadis bernama Julia.

Dasar lelaki tak tahu bersyukur ! 

Sudah ada yang setia di depan mata, tapi masih juga sibuk mencari dan memilih yang lebih baik. Untuk apa ? Kebahagiaan yang lebih ? Apa yang sekarang masih tidak cukup untuk buat dia bahagia ?

Tidak mampu mendengar apa - apa penjelasan dari bibir Fadhli, dia mencapai beg tangan seraya melangkah dari situ. Kakinya terus berjalan, tidak tahu ke mana arah tujunya. Air mata tidak berhenti mengalir, bersama rintik hujan yang turut merasai kesedihan bersama. Sampai sahaja di terminal bas, dia melabuhkan punggungnya menunggu hujan reda sekaligus menunggu teksi atau bas untuk pulang ke rumah.

Lebih baik begitu.

'...lebih baik kalau kita putuskan sahaja pertunangan kita, seb-'

'Masa depan you lebih cerah berbanding I. And you deserve better...'

'I akan berkahwin tak lama lagi'

'Julia. She's pregnant anak I...'

Kata - kata itu cukup untuk membunuh hatinya saat ini. Tidak menyangka Fadhli sanggup memilih orang lain daripada dia. Apa makna percintaan yang mekar sepanjang 3 tahun ini ? Adakah abu - abu sahaja ? Bagaimana dengan majlis pertunangan mereka yang bakal berlangsung tak lama lagi ? Adakah mimpi sahaja ? Adakah sekadar dongeng tak berkesudahan ? Kalau betul, di mana dia sekarang ?

Masih bermimpi atau atau sudah sampai ke alam realiti ?

/

Tik tok

Tik tok

Tik tok

10 minit berlalu.

Jam di dinding dia tatap selama yang mahu sebelum mengalihkan pandangan pada gadis di hadapannya. Sudah 10 minit berlalu namun makanan di atas pinggan masih belum juga habis. Nak kata memang perempuan lambat makan, tidak juga. Buktinya, kakak iparnya. Tapi...

Apa yang gadis ini lakukan ?

Mengunyah sudah dua minit, apatah lagi menelan dan menghadam. Setahu dia, sepanjang dia mengenali gadis ini, jarang sekali dia melihat Hanes makan selambat ini. Kalau dulu, main sumbat sahaja sampai pipi pun kembang. Adakah dia sedang berdiet atau sengaja ingin nampak ayu dan sopan di matanya ?

Ah !

Dia sudah naik bosan. Kalau hendak diikutkan, memang dia sudah melangkah kaki dari tadi. Namun dia relakan hati yang terpaksa untuk melakukan semua itu atas rasa tanggungjawab dan patuh pada arahan ibu dan ayahnya. Telefon dia keluarkan, mula bermain permainan yang diperkenalkan oleh anak buahnya tempoh hari sementara menunggu gadis di hadapannya itu habis makan.

"I dah habis makan !" ujar gadis berambut perang itu sambil mengelap mulutnya dengan napkin. Perutnya sudah kenyang namun demi Ariff, dia habiskan semuanya. Biarlah lambat, asal tidak membazir.

Bukan dia tak tahu, Ariff pantang dengan manusia yang suka membazir makanan.

'Tidak menghargai rezeki di depan mata' Katanya.

Ariff mengangkat wajah memandang Hanes. Dia tersenyum kecil. Matanya beralih pula pada pinggan gadis tersebut dan senyumannya mati. 'Ya Allah, bersepahnya budak ni makan ! Baru layap sekejap dah jadi macam ni' Kutuknya dalam hati.

"Kenyang ? Jom balik" Pelawa Ariff yang ternyata bosan.

Hanes mencebik. "Janganlah balik dulu. Kita pergi tengok wayang nak ? I dengar ada banyak movie bagus tau !"

Keluhan terbit dari bibir Ariff. Jam tangan dia kerling sekilas, menunjukkan sudah pukul 9.30 malam. Pandangan kembali dialihkan pada Hanes yang menunggu jawapannya. 'Wayang ? Heh. Kau makan dah berapa minit, ada hati nak tengok wayang. Bukan aku tak tahu, kau jenis yang ambil masa untuk pilih movie apa nak ditonton !'

"Tak apalah, Hanes. Lagipun I penat sangat bekerja. Tadi jumpa klien and meeting semua. Lain kalilah ye ?" Balas Ariff, tersenyum.

"Aik ? Bukan you cuti ke hari ini ? Kerja apa tu ?"

Gulp !

Ariff menelan air liur gugup. Lupa pula dia sedang mengambil cuti mengelak dari gadis di hadapannya. Sengihan dia tayang, "Maksud I, penat hantar dan jemput anak buah I balik taska. Petang pula hantar dia pergi mengaji. Lain kali, ye ?"

"Ok. Tapi hari ini, you tak payah hantar I balik rumah. Kawan I akan jemput I kejap lagi, kitaorang ada hal. You baliklah dulu. Rehat secukupnya. Dah sampai jangan lupa bagitahu I" Pesan Hanes.

'Alhamdulillah. Jimat masa dan minyak aku' Bisik hati kecik Ariff yang melompat dek teruja.

Selepas berbual pendek dengan Hanes dan memastikan gadis itu selamat bersama kawannya, dia menuju ke arah keretanya dan memandu pulang menuju ke rumah. Matanya memang sudah berat dan katil di rumah barangkali sudah memanggil dirinya.

Dia menuggu dan terus menunggu namun kehadiran teksi dan bas masih tidak kunjung tiba. Telefonnya ? Sudah lama habis batteri. Ingin meminta tolong, hanya dia seorang yang ada di sini ditemani hujan yang masih lagi menangis.

Pon !

Pon !

Kepalanya diangkat. Pandangannya dialihkan pada kereta putih yang berhenti tepat di hadapannnya. Dahinya berkerut, tidak tahu siapa pemiliknya dan apa yang dia lakukan di sini. Kenalkah orangnya pada dia ?

Ariff keluar dari perut kereta dan menghampiri gadis itu. Tanpa menunggu Abby untuk mempelawa duduk, dia terlebih dahulu melabuhkan pungggung di sebelah gadis itu. Hidung merah, mata kembang tak ubah seperti baru lepas menangis. 

Ada masalah agaknya.

"Cik ok tak ni ? Nak tumpang tak ?" Pelawanya.

"A-aw-awak si-siapa ?" Tersedu sedan Abby membalas pertanyaan Ariff. Dia pasti dia mengenali wajah ini, namun dia kurang pasti di mana.

Ariff tergelak kecil. Sah gadis ini baru lepas menangis. "Saya lelaki yang parkir belakang kereta awak tempoh hari. Yang awak marah - marah sebab lama tunggu. Ingat tak ?

Parkir ?

Kereta ?

Oh. Abby mengangguk kecil, seakan mengingati peristiwa itu. "Aaa, awak buat apa kat sini ? Nak apa ?" 

"Eh, tanya kita pulak. Awak tu, buat apa duduk sorang - sorang ? Tunggu teksi ? Ke tunggu orang jemput ?" 

Abby mengeluh kecil panjang. "Saya pun tak tahu. Nak kata tunggu teksi, dari tadi satu teksi pun tak ada. Nak kata orang jemput, telefon dah habis batteri" 

"Kalau macam tu, meh tumpang saya. Saya pun dalam perjalanan nak balik"

"Oh before that, awak ni okey tak ? Muka macam badut sarkas. Kalau tak ok, luahkan saja. Jangan pendam. Nanti makin sakit" Sambung Ariff. 

Diam.

Tiada balasan. 

Baru sahaja ingin membuka mulut, dia dikejutkan dengan suara tangisan Abby yang sudah menyembam muka pada lutut. Ariff buntu, jadi dia membiarkan sahaja gadis itu menangis. Setidaknya, itu dapat membuang beban yang membuku di hati.

Saat tangisan tidak lagi kedengaran, Ariff membuka bicara. "Cry as much as you want to. But just make sure when you're finished, you never cry for the same reason again"

Abby mengangkat kepala. "That words...Wiz Khalifa. Seriously ?"

Ariff tersengih, tangan spontan mengurut belakang tengkuknya. "Well, that's the first thing dalam fikiran I bila you menangis. Sekarang dah ok tak ?"

"Macam macam ! Hmm, ok lah kut" Balas Abby sekadar berbasa basi. Segan pula menangis di hadapan orang asing seperti Ariff. Nanti dia ingat aku ni kuat menangis pulak. Apalah nak jadi dengan kau, Abby !

Ariff mengukir senyum. Kenapa perlu menipu ? "Awak nak tahu tak ? Sometimes, it's okay not to be okay. Just don't stay there

"Let me guess, Matt Chandler ?" Soal Abby sambil tergelak.

"Apa ni ?! Semua awak tahu. Tapi kan, macam mana awak tahu ? Tak mungkin main teka kut ?" Soal Ariff, kagum.

Abby tersenyum kecil memandang gelagat Ariff yang mencebik seolah baru kalah sesuatu pertandingan. Dia menarik nafas panjang, sebelum menjawab soalan Ariff.

"Entahlah. I just know

-

  "Let go. Why do you cling to pain? There is nothing you can do about the wrongs of yesterday. It is not yours to judge. Why hold on to the very thing which keeps you from hope and love?"


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.