Home Novel Cinta OPS TERJATUH CINTA!
OPS TERJATUH CINTA!
Alin Alia
16/1/2020 23:32:03
3,578
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

EMELDA menggosok baju kerja suaminya. Kelihatan Tengku Farid di muka pintu bilik air. Emelda malu melihat suaminya yang hanya bertuala. Tengku Farid berjalan menuju ke arah isterinya lalu memeluk Emelda dari belakang. Emelda tersentak.


        Tengku Farid tiba-tiba mencium leher isterinya. Emelda mula kegelian. "Er.. sekejap ye. Baju awak dah nak siap dah ni." Tangan Emelda laju menggosok seluar slack suaminya. Tengku Farid meletakkan dagunya di atas bahu isterinya.


         "Boleh tak mulai hari ni awak panggil saya abang?" 


          "Dah buang tebiat ke dia ni." Gumam Emelda.


           "Boleh tak?" Tanya Tengku Farid lagi.


           "Tapi kenapa eh saya nak kena panggil awak abang?" Emelda memberhentikan tangannya dari menggosok seluar kerja suaminya.


          "Sebab saya nak dengan cara tu saya akan rapat dengan awak." Tengku Farid memeluk erat isterinya.


          "Baju awak dah siap gosok. Saya nak bersiap pulak." Emelda melepaskan tangan Tengku Farid dari memeluknya.


          "Hari ni awak pergi kerja dengan saya, balik pun dengan saya. Ok?" Tengku Farid menanggalkan tualanya yang di pakainya.


           Emelda menjerit. Tengku Farid ketawa. "Awak ni dah kenapa tak malu ke?" Marah Emelda.


           "Apa masalahnya awak kan isteri saya. Biar je lah."


           "Ee..tak malu langsung awak ni. Bogel suka hati awak je." Emelda menjeling suaminya.


           Hanya kedengaran suara Tengku Farid ketawa sahaja. Suaminya langsung tidak tahu malu.



"IKUT saya pergi jumpa client karang." Tengku Farid, tekun memandu.


           "Aik kenapa pula. Tak pernah saya ikut awak pergi jumpa client. Hari ni awak ajak pula?" Emelda berapa pelik.


           "Ikut je la. Malas la sorang-sorang pergi. Kalau ada awak seronok juga. Ikut eh." Tengku Farid membuat suara manja.


           "Yela-yela." Malas Emelda ingin melayan suaminya itu, yang sejak akhir-akhir ni terlalu manja dengannya.



SETELAH selesai berjumpa dengan client, Tengku Farid mengajak Emelda pergi minum petang di salah satu kelab golf di Shah Alam. Emelda hanya mengikuti suaminya.


           Sampai sahaja di kelab golf, Tengku Farid memesan pelbagai makanan. Emelda tergamam melihat makanan di atas meja.


          "Banyaknya awak oder. Awak kata nak minum petang. Ni dah macam makan tengah hari dah ni." 


           "Ala tak pa la. Terus dinner je ni. Ha makan la. Apa nak di tunggu lagi." Tengku Farid mula mencedok nasi dan lauk ke pinggan Emelda. 


           Tengku Farid makan dengan begitu selera sekali. Hanya Emelda sahaja yang makan sedikit. 


            "Eh tak habis pun nasi tu. Makan la sampai habis. Awak ni membazir tau." Tengku Farid mula  mengambil nasi dari pinggan isterinya.


             "Kenapa awak ambil nasi saya. Nasi ni saya dah makan la. Dah bekas-bekas saya makan tadi. Tak elok." Emelda menahan tangan Tengku Farid dari mengambil sisa nasinya yang tidak habis.


            "La biar jelah saya habiskan nasi awak ni. Saya tak kisah la. Nampak tak? Itu maknanya saya setia dengan awak tau." Tengku Farid mengangkat keningnya. Emelda mencebik.


             "Ha ambil la. Setia kan?" Emelda memerli Tengku Farid.


             Tengku Farid tidak mempedulikan Emelda. Dia mengambil nasi yang ada dalam pinggan Emelda, lalu menyuap ke mulutnya. Emelda terdiam melihat tingkah laku suaminya.


             Setelah selesai makan. Tengku Farid tiba-tiba mengajak  Emelda pergi ke I-CITY Shah Alam. Dah alang-alang mereka berada di sana.


             Habis semua tempat Emelda masuk. Ke tempat salji, ke pameran patung lilin dan juga melihat lampu-lampu yang ada di situ. Emelda tidak pernah melihat suaminya yang kelihatan begitu teruja. Emelda tersenyum sendiri.


             Mereka berdua tiba di rumah pada pukul 11 malam. Emelda melihat ayah dan ibu mertuanya di ruang tamu yang sedang menonton tv.


             "Lambat korang balik. Pergi mana?" Tanya Tengku Fadil.


             "Oh tadi kitaorang pergi I-CITY. Saje bawa Emelda jalan-jalan." Tengku Farid menggengam tangan Emelda.


              "Oh yeke. Ha lupa nak beritahu, Sabtu ni korang boleh la pergi ke Pulau Redang. Papa dah book kan bilik untuk korang berdua."


             "Eh ye ke pa. Macam tahu-tahu je Farid tak pergi honeymoon lagi." Emelda hanya diam membisu.


           Tengku Fadil dan Tengku Halida tersenyum.


           "Ok la pa, Farid dengan Emelda naik atas dulu. Nak mandi." Tengku Farid menarik tangan Emelda berjalan naik ke atas. Emelda hanya menurut apabila tangannya di tarik suaminya.


          "Alhamdullillah ye bang. Seronok saya tengok dorang berdua tu. Nasib baik Farid tak kahwin dengan Maya ye bang." Tengku Halida teringat sebulan yang lepas di mana suaminya menceritakan tentang hal Maya yang bertukar-tukar lelaki. Itu pun suaminya beberapa kali terserempak Maya dengan lelaki lain. 


       Apabila mereka mendengar anak lelakinya ditangkap khalwat cepat-cepat Tengku Fadil memasuk meminang Emelda untuk anak lelakinya. Ini kerana dia tidak mahu melukakan hati sahabat baiknya Dato' Mursyed, dan dia juga menggunakan alasan anaknya ditangkap khalwat. Walaupun dia tahu anaknya tidak akan melakukan hal yang sedemikian.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alin Alia